Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 24 September 2011

Pembunuhan Banting: Panggilan telefon tertuduh dikesan

NOMBOR telefon bimbit yang didaftarkan atas nama firma guaman milik N. Pathmanabhan dikesan membuat beberapa panggilan di sekitar kawasan Subang Jaya antara pukul 9.55 malam dan 11.46 malam pada hari Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi didakwa dibunuh.

Pakar Teknologi di Bahagian Keselamatan, Maxis Mobile Sdn. Bhd., Ahmad Safuan Shaharani, 32, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata, panggilan daripada nombor 012-2051243 dibuat kepada dua nombor telefon bimbit lain serta peti simpanan suara.

Menurutnya, kesemua panggilan yang dibuat daripada nombor yang didaftarkan atas nama Pathma Nalli & Patners itu berjaya disambungkan berdasarkan bayaran yang dikenakan bagi setiap panggilan tersebut.

‘‘Pada pukul 9.55 malam, 30 Ogos 2010, nombor itu (dikesan) membuat panggilan kepada nombor 016-2123641 selama 12 saat dan pemanggil berada di Subang Jaya.

‘‘Pada pukul 10.30 malam hari yang sama, nombor tersebut membuat panggilan kepada nombor peti simpanan suara. Panggilan itu berjaya dan pemanggil berada di SS12, Subang Jaya,’’ jelas beliau semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Keterangan dua saksi yang merupakan anggota polis sebelum ini mengesahkan kereta BMW dengan nombor pendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada 6 September tahun lalu.

Sementara kereta BMW X5 hitam dengan nombor pendaftaran WTL 11 yang dinaiki Sosilawati dan Kamaruddin pula ditemui di Flat Angsana, USJ 1, Subang Jaya pada hari yang sama.

Menurut Ahmad Safuan, panggilan dibuat sekali lagi kepada nombor 016-2123641 pada pukul 11.12 malam dengan pemanggil ketika itu berada di SS15, Subang Jaya.

Sementara pada pukul 11.19 malam pula, nombor tersebut membuat panggilan kepada nombor lain iaitu 019-2689282 ketika berada di SS17 Subang Jaya.

Kata saksi pendakwaan ke-46 itu juga, panggilan terakhir dibuat pada pukul 11.46 malam kepada nombor yang sama dari SS12, Subang Jaya.

‘‘Nombor 012-2051243 juga turut menerima panggilan daripada 019-2689282 pada pukul 10.26 malam, hari yang sama,’’ katanya lagi.

Menurut saksi, rekod panggilan menunjukkan nombor firma guaman tertuduh pertama itu juga membuat panggilan ke nombor 019-3124041 pada pukul 1.33 petang sebelum itu di Pekan Teluk Datok, Banting.

Jelasnya, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dihantar menggunakan nombor itu kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Sosilawati pada pukul 7.53 malam melalui stesen pemancar Batu Laut 2, Banting.

Kata Ahmad Safuan, selain mencetak perincian pelanggan, rekod panggilan dan SMS bagi nombor milik firma guaman Pathmanabhan, dia juga melakukan perkara yang sama bagi tiga lagi nombor iaitu 012-2222541, 012-9775266 dan nombor yang didaftarkan atas nama anak jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Sementara itu, beberapa minit selepas prosiding hari ini bermula, mahkamah tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi tembakan meriam sempena majlis keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari di Selangor.

Tembakan meriam yang dilepaskan di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak bersebelahan dengan kompleks mahkamah itu menyebabkan satu mentol lampu berhampiran tempat duduk Hakim Datuk Ahtar Tahir terjatuh.

Hakim Akhtar kemudian menangguhkan seketika prosiding bagi memberi laluan sehingga tembakan sebanyak 21 das itu selesai.

Perbicaraan yang masuk hari ke-33 hari ini bersambung Isnin ini.
- Laporan: Utusan Online

Jumaat, 23 September 2011

Cepat lerrr siarkan klip video terbaru si polan tuuu! Ramai yang tak sabar tunggu...

KLIP video terbaru yang dijangka tambah menggegarkan seluruh negara sedang diuar-uarkan kepada umum oleh blog-blog tertentu macam iklan wayang dulu-dulu – ‘coming soon’.

Maka ramailah para peminat dan pemerhati politik dalam keadaan tak sabar menantikan klip video ‘coming soon’ berkenaan.

Janganlah simpan lama-lama....

‘‘Adakah ini juga video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim? Apakah yang terjadi di dalam video itu? Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Anwar dalam video tersebut?

‘‘ Kepada pemilik video tersebut, jangan buat kami menunggu terlalu lama. Kami mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya,’’ kata blog- blog berkenaan.

 Berita mengenainya di akhbar seperti berikut:


Blog siar gambar klip video seks
Sekeping gambar yang mengandungi imej yang didakwa seorang pemimpin pembangkang berdiri di hadapan katil seperti dalam blog Papagomo, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Sept. – Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China Februari lalu, beberapa blog tempatan hari ini menyiarkan sekeping gambar dipercayai daripada sedutan satu lagi klip video seks dikatakan melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun menurut laman- laman blog berkenaan seperti stopthelies.my, alamjiwaparadox.blogspot dan theunspinners.blogspot, ia dipercayai berlaku di lokasi yang lain.

Blog papagomo.com juga tidak ketinggalan mendedahkan gambar yang sama.

Di dalam gambar bertarikh 13 Januari 2011 itu kelihatan seorang lelaki sedang memakai jubah mandi.
Beliau berada berhampiran dengan katil bersaiz queen yang kelihatan bersepah dan keadaannya tidak ubah seperti di dalam bilik sebuah hotel.

Menurut blog alamjiwaparadox yang diolah daripada blog stopthelies sekiranya Anwar mahu menafikan gambar tersebut, Ketua Pembangkang itu perlu menjawab di mana beliau berada pada 12 hingga 13 Januari 2011 pada jam 8.30 malam (masa dan tarikh mengikut paparan masa pada gambar).

Ekoran daripada paparan gambar itu, kesemua blog tersebut mempersoalkan sama ada video seks yang terbaru itu turut melibatkan Anwar.

‘‘Adakah ini juga video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim? Apakah yang terjadi di dalam video itu? Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Anwar dalam video tersebut?

‘‘ Kepada pemilik video tersebut, jangan buat kami menunggu terlalu lama. Kami mahu tahu apa yang berlaku sebenarnya,’’ kata blog- blog berkenaan.
- UtusanOnline

Kes Liwat II: Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi. McDonald mengaku ‘tersilap baca’....

BARISAN pembelaan Anwar Ibrahim akan memanggil pakar bedah tulang belakang yang membuat pembedahan terhadapnya pada 2004 sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

Salah seorang peguam bela tertuduh, Sankara Nair menyatakan, Dr. Thomas Hoogland yang akan hadir pada 6 Oktober ini bakal memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan perubatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Peguam tersebut berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Kes itu dijadualkan untuk sambung bicara peringkat bela diri dari 3 hingga 7 Oktober ini.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Hoogland ialah doktor pakar yang mengetuai pasukan pakar pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha di Munich, Jerman.

Anwar menjalani pembedahan tersebut pada 7 September 2004 selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh dekat sini setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara berhubung kes liwat pertamanya.

Selain pakar bedah itu, Nair memaklumkan pihaknya akan turut memanggil Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Kong Boon ialah saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian asid deoksiribonuleik (DNA) ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian, Tivolli Villa dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar yang turut membabitkan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Sementara itu, pada pemeriksaan semula oleh pihak pembelaan ke atas Dr. Brian McDonald , saksi tersebut menyatakan, beliau 'tersalah baca' keterangan yang diberikan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini.

Kesilapan tersebut, jelasnya, menyebabkan beliau menyangka bahawa saksi pakar kimia tempatan itu membuat ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas semua calitan-calitan putik kapas yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terutamanya daripada dubur mangsa.

McDonald, 60, turut menyatakan, kenyataan yang diberikan tidak mempunyai hubung kait dengan kejujurannya sebaliknya ia adalah disebabkan 'tersilap baca'.

Menjawab pertanyaan peguam, Ramkarpal Singh berhubung daya tahan sperma di dalam rektum, saksi pembelaan keempat itu berkata, bahan rujukan yang dikemukakan oleh Peguam Negara Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semasa pemeriksaan balas semalam merupakan satu contoh yang disifatkan amat jarang berlaku.

Ujarnya, peratusan untuk menemui DNA di dalam sampel yang berusia antara 65 hingga 113 jam adalah 0.01 peratus.

Beliau menyatakan, kes ini (kes liwat terbaru Anwar) yang mana sampel diambil dari rektum mangsa dan hanya dianalisis selepas 56 jam merupakan rekod paling lama sesuatu bahan bukti menunjukkan hasil DNA yang positif.

Dalam kes tersebut, calitan putik kapas mengandungi sampel sperma itu diperoleh doktor-doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 dan Lay Hong menerima sampel tersebut kira-kira 56 jam kemudian.

Dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan, Lay Hong mengesahkan bahawa spermatozoa dalam sampel yang diperoleh dari dubur Mohd. Saiful Bukhari berada dalam keadaan elok.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Eloklah Anwar dan peguam-peguamnya cuba pulak pakar dari Jerman tu. Mana tau, kalau-kalau boleh membantu, walaupun ianya tak ada kena mengena dengan kes meliwat si Saiful. Kes sakit tulang belakang yang satu ketika dulu pernah dipertikaikan.

Saksi import dari negara kangaroo tu nampaknya tak berapa menjadi. Buat peghabeh bogheh jorrrr...

Kalau si Jerman tu pulak tersilap langkah dan tersalah baca, dapatlah kita ketahui apa kisah sebenar mengenai sakit tulang belakang si Nuar dahulu.

Tunggggguuuu!

Khamis, 22 September 2011

Nik Aziz ‘naik angin’ dengan DAP?

KENAPA secara tetiba Nik Aziz ‘hangin’ dengan DAP

Bagaikan perwira yang gagah berani Pok Nik ‘menghincit’ (menghalau) DAP keluar pakatan. Katanya: "Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 50-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah.

"Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata bye-bye (selamat tinggal) tak apa. Sekarang dia (DAP) masuk balik...itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota baharu, Khamis.

Pelik juga kita memikirkan kenapa secara tiba-tiba Nik Aziz jadi garang dan begitu berani sekali dengan DAP. Bagaimana dengan pendirian Presiden Pas – Abdul Hadi Awang, yang pada Muktamar Pas tahun ini telah dengan gahnya membubarkan perjuangan Islam daripada parti itu?

Nik Aziz dah semacam nak berlawan dengan Hadi ker? Atau inikah cara terbaik kepimpinan Pas meleraikan masalah sokongan ahli yang kian merosot kerana tidak setuju dengan sikap dan pendiarian parti itu bersekongkol dengan kafir harbi DAP? Wayang tongkol kerrr?

Sebagaimana dilaporkan Bernama, Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz juga turut menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah S.W.T ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah S.W.T dan bukannya manusia.

"Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah S.W.T, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.

"Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana," katanya.

Justeru, Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Huh! Tegas dan garang sungguh Pok Nik kali ini menyanggah jaguh DAP. Tapi hukum hudud di Kelantan tak juga berani dikanunkan.

Apakah kerana tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir, maka Pok Nik buat kenyataan sedemikian untuk mengekalkan sokongan Melayu Pas yang semakin hari semakin susut jumlahnya kerana parti itu dilihat semakin ‘merapu dan sasau’ kerana mementingkan hubungan baik dengan DAP? Untuk dapatkan undi kaum Cina kononnya.

Ataupun kerana Anwar Ibrahim memberikan pendapat peribadi bahawa beliau menyokong penuh Kelantan melaksanakan hukum Hudud sebagaimana dilapor hari ini?

Bila dah dapat ‘green light’ daripada Anwar, maka bertempiklah Pok Nik bagaikan hero tua yang dah hilang taring.

Bagaimana pula dengan Mat Sabu? Timbalan Presiden Pas itu sebagaimana diketahui umum adalah kawan sejati dan penyokong setia DAP dalam pakatan. Dan beliau juga dilihat sebagai pengganti kepada ketokohan Anwar Ibrahim dalam kepimpinan pakatan oleh DAP.

Apakah kerana Anwar merasakan dirinya bagaikan tidak diperlu lagi oleh DAP, maka dia pun mencadangkan supaya kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hukum hudud?

Ketika membuat kenyataan mengenai hudud Kelantan, Anwar nampaknya bermain politik apabila dia melapik sokongannya itu dengan alas ‘pendapat peribadi’.

Lantak kau orang lerrr! Nampaknya semakin hancur berkecailah parti kedua terbesar orang Melayu itu gara-gara mainan politik Anwar dan DAP.

Kalau DAP menjadikan Mat Sabu sebagai ‘meriam buluh’ dalam meghentam Melayu UMNO, Nik Aziz pula jadi ‘mercun’ kepada Anwar Ibrahim dalam percaturan politik peribadinya dengan DAP.

Hancussssssssssss!

Video Seks: Polis buka kertas siasatan ke atas ‘Laporan Anwar’

KERTAS siasatan ke atas laporan yang dianggap palsu oleh sesetengah pihak ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai isu video seks yang didakwa Datuk Eskay pelaku lelakinya adalah Ahli Parlimen Permatang Paug itu telah pun dibuka oleh pihak berkuasa polis.

Maka akan dapatlah kita semua dengarkan semula kisah jam tangan  jenama Omega, kisah perut buncit dan macam-macam lagi kisah yang bakal didedahkan oleh Datuk Eskay Abdullah mengenai keterlitannya dalam apa yang terpapar dalam video seks berkenaan jika ianya didakwa di mahkamah nanti.

Tidak mustahil lebih banyak lagi pendedahan oleh bekas rakan karib Anwar itu akan didedahkan juga.

Hai la Nuar! Nasib hang laaa! Sapa suruh hang langgan China Doll di Kuala Lumpur? Takkan hang tak tahu bahawa di semua tempat-tempat seperti itu ada banyak cctv dan ratusan biji mata manusia kenal siapa hang. Awat la hang jadi bangang sangat?

Kalau begitu betoi la kata sesetengah bekas kawan-kawan hang yang menyebutkan, ‘apabila kepala kecik hang mengamuk, kepala besaq hang jadi biul dan tak mampu berfikir dengan waras.....’

Takkan la apa yang hang buat itu adalah perangkap yang dipasang oleh Umno? Sedangkan yang tutuh China Doll tu hang dan yang jadi saksinya adalah kawan hang sendiri - Eskay.


Hang tak kenai siapa Datuk Eskay kaaa?


Laporan Anwar: Polis buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuat laporan palsu bagi menafikan beliau ialah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan kes tersebut dibuka selepas ada pihak membuat laporan polis baru-baru ini.

Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan.

"Berpandukan kepada aduan yang diterima, kita siasat kes ini mengikut prosedur dan justifikasi perundangan negara.

"Kertas siasatan sudah buka dan sekarang kita sedang menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Triaj Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Travers di sini, hari ini.

Ismail mengulas mengenai desakan orang ramai yang meminta polis tidak menunggu kes liwat membabitkan Anwar selesai di mahkamah sebelum menyiasat laporan yang dibuat pemimpin itu sebelum ini.

Pergerakan Puteri UMNO sebelum ini membuat laporan polis berhubung tindakan Anwar membuat laporan palsu menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.
- UtusanOnline


Kes Liwat II: Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y

WALAUPUN mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia pada Rabu tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok (Khamis) dengan pemeriksaan semula ke atas McDonald oleh pihak pembelaan.
- Laporan: UtusanOnline

Rabu, 21 September 2011

Dr M sindir Nik Aziz laksanakan hudud di Kelantan.... 'Ada berani?'

Datuk Nik Aziz Nik Mat.... 'Ada dengarrrrr...?'
TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Rabu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa yang sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
- Bernama

SATU MELAYU:
 Apa lagi Pok Nik! Sahutlah cabaran Tun Dr. Mahathir itu. Laksanakanlah hukum hudud untuk Kelantan sepertimana yang pernah dilakukan di zaman kekuasaan Tun dahulu. Sekarang bukan Tun Dr. M lagi yang jadi PM. Lagipun, sekarang ini pembangkang dah ada banyak kuasa. Bukan macam di zaman Tun dahulu.

Kalau Kelantan buat, pastilah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan ikut sama.

Sejak PRU 2008, kini dah lebih tiga tahun pakatan berkuasa tetapi tak pernah pun Pok Nik sebut nak laksanakan hukum hudud, waiman untuk negeri Kelantan sendiri.

Bagaimanapun, apabila tersiar berita bahawa rakyat Kelantan menjuarai jangkitan HIV AIDS, tetiba Pok Nik teringatkan hukum hudud dan salahkan Dr. Mahathir. Apa hal? Mimpi atau mengigau?

Dan kalau Karpal tidak menentang atau melarang hukum hudud dilaksanakan, silalah lakukan. Khas untuk negeri Kelantan pun dah cukup baik.... kalau berani.

Sanggup dan beranikah Nik Aziz berdepan dengan Karpal, Lim Kit Siang, Lee Kuan Yew dan Anwar Ibrahim jika Kelantan berani melaksanakan hukum hudud?

Takut nanti Pok Nik terkencing dalam kain mereka kerjakan.....

Video Seks Versi Baru: Polis Akan Buka Kertas Siasatan


PIHAK polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasuk papagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Ulang Tahun Facebook PDRM dan Pelancaran Twitter PDRM di Kuala Lumpur, Rabu.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

Sementara itu, Ismail berkata, setakat ini peminat Facebook rasmi PDRM mencecah seramai 85,000 orang.

"Facebook rasmi PDRM yang dilancarkan pada 21 September 2010 merupakan sebagai satu aktiviti kemasyarakatan PDRM.

"Melalui alam siber, Facebook PDRM juga bertindak sebagai wadah merapatkan jurang komunikasi dan mengikis persepsi negatif terhadap PDRM," katanya.

Mengenai Twitter PDRM, Ismail berkata, ia merupakan antara platform media sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan hebahan terus kepada masyarakat dengan cepat, tepat dan ringkas.

"Twitter PDRM juga akan menjadi medium untuk mengetengahkan berita semasa PDRM seperti kejayaan tangkapan, program bersama masyarakat serta kenyataan atau siaran media oleh pucuk pimpinan.

"Ini termasuk hebahan umum seperti aktiviti PDRM yang akan dan sedang dijalankan serta laporan kesesakan lalu lintas secara harian terutama pada waktu puncak di laluan-laluan utama seluruh Malaysia," katanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Kes Anwar Ibrahim ni sampai bila nak habis? Lepas satu, satu!
Apa pulak penafian Anwar mengenai video terbaru yang memaparkan dirinya bersama Eskay masuk keluar lif di pasar ayam China Doll....

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog