Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 26 Ogos 2010

KISAH BAGAIMANA SAIDINA ABU BAKAR MASUK ISLAM

DIRIWAYATKAN bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi Abu Bakar mengunjungi seorang tua apabila beliau berada di Yaman ketika menguruskan perniagaannya. Orang tua itu adalah seorang pendita yang sangat rajin membaca kitab dan mempunyai ramai murid.

Pada suatu hari, ketika Abu Bakar berkunjung ke tempat orang tua itu, tiba-tiba orang tua itu bertanya: “Adakah tuan orang Arab?”
Jawab Abu Bakar: “Ya.... benar.”
“Saya ingat tuan berbangsa Quraish?”
“Benar.”

Abu Bakar berasa hairan kerana orang tua itu mengetahui latar belakangnya. Dia menjadi bertambah hairan apabila orang tua itu bertanya: “Bolehkah saya melihat perut tuan.”
Jawab Abu Bakar: “Saya tidak akan menunjukkan perut saya jika tuan tidak memberitahu akan perkara yang sebenarnya.”

Lalau berceritalah orang tua itu kepada Abu Bakar bahawa mengikut apa yang diketahuinya, seorang Nabi akan diutuskan di Tanah Arab. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabat. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabat yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindung Nabi daripada sebarang marabahaya. Manakala sahabat yang seorang lagi itu berkulit putih dan berbadan kurus. Di perutnya ada tahi lalat dan di paha kirinya ada satu tanda.

Setelah Abu Bakar mendengar cerita orang tua itu, dia pun terus menunjukkan bahagian perut dan pahanya. Memang Abu Bakar mempunyai tahi lalat di perut dan tanda di paha kirinya.
Sebaik sahaja melihatkan tanda-tanda itu, orang tua itupun berkata: “Demi Tuhan, tuanlah orangnya yang akan menjadi sahabat keppada Nabi itu.”

Setelah Abu Bakar selesai menguruskan urusan perniagaannya di Yaman, dia pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Mekah. Sebelum pulang, Abu Bakar berkunjung sekali lagi ke tempat orang tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Boleh tuan sampaikan beberapa rangkap syairku kepada orang-orang Mekah?” katanya.
“Boleh,” jawab Abu Bakar.

Kemudian Abu Bakar pun berangkat pulang ke Mekah dengan membawa rangkap-rangkap syair orang tua itu. Sesampai sahaja Abu Bakar di Mekah, dia ditemui oleh pembersar-pembesar Quraisy yang kelihatan seperti dilanda kesusahan yang berat.
“Adakah tuan ketahui apa yang telah terjadi?” tanya mereka kepada Abu Bakar.
“Apakah peristiwa itu? Hamba tidak mengetahuinya,” jawab Abdu Bakar.
“Anak saudara Abu Talib yang yatim piatu itu telah mengaku dirinya menjadi Nabi. Kami harap tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Kalaulah kami tidak mengenangkan tuan adalah sahabatnya, sudah tentu kami membunuhnya,” kata salah seorang pembesar Quraisy berkenaan.
“Baiklah, hamba akan cuba selesaikan perkara ini,” jawab Abu Bakar memberikan jaminan.

Setelah itu Abu Bakar pun pergi menemui Nabi Muhammad.
“Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan. Ajaran tuan itu amat menyimpang daripada ajaran nenek moyang kita,” kata Abu Bakar.

“Saya adalah pesuruh Allah. Saya diutus kepadamu dan kepada seluruh umat manusia,” kata Rasulullah dengan tegas.
“Apakah buktinya, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar.
“Buktinya ialah orang tua yang tuan temui di negeri Yaman tempoh hari,” jawab Nabi Muhammad.
“Yang mana satu wahai Muhammad, kerana ramai juga orang tua yang aku temui di Yaman sana.”
“Orang tua yang mengirimkan rangkap-rangkap syair kepada orang-orang Mekah,” jelas Nabi Muhammad.

“Siapakah yang memberitahu tuan, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar kehairanan.
“Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelum saya yang memberitahu,” jawab Nabi.
Sebaik mendengarkan kata-kata itu, Abu Bakar terus menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Setelah selesai urusannya dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar pun pergi berjumpa dengan pembesar-pembesar Quraisy untuk menerangkan kepada mereka akan hal Nabi Muhammad yang telah dilantik menjadi pesuruh Allah. Beliau juga telah memberitahu bahawa tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk mengajarkan agama baru, iaitu agama Islam.

Abu Bakar juga menjelaskan kepada mereka bahawa seruan Nabi Muhammad adalah supaya seluruh manusia memeluk agama Islam kerana agama ini adalah agama yang paling sempurna.

1 ulasan:

nabiyuka berkata...

pelik saya bukankah nama abu bakar itu nama orang islam , jadi islam masuk islam ke ? tapi kat mekah dah ada kaabah tentu ada org buat haji maknanya abu bakar dan muhammad itu orang islam yang masuk islam kali ke 2 , apa beza islam nenek moyang mereka dengan islam baru yang dibawa n muhammad? sampai islam nenek moyang mereka yang mereka anuti itu allah gelar jahilliah(bodoh terhadap allah)ini tentu ada yang allah nak bagitahu , jadi untuk mengetahui nya kenalah kaji al quran apa yang allah maksudkan dengan jahilliah itu.............

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog