Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 1 Oktober 2011

Chin Peng Tenat Di Bangkok. Mat Sabu tak pergi tengok ke?

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa....
BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Bangkok, Thailand kini berada dalam keadaan tenat, menurut sumber risikan daerah.

Chin Peng yang baru menyambut kelahirannya yang ke 87 pada 21 Oktober lalu dirawat di sebuah hospital swasta terkemuka di Bangkok sejak Rabu lalu.

Kesihatan beliau dilaporkan bertambah buruk dan ahli keluarga serta teman-teman rapat termasuk dari Malayaia diminta melawat pemimpin berkenaan.

“Dia sangat uzur. Kami difahamkan doktor telah memaklumkan kepada ahli keluarganya supaya melawat beliau dalam waktu terdekat,” kata pegawai risikan berkenaan.

Difahamkan beliau telah mendapatkan rawatan rapi sejak dua bulan yang lalu.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang.

Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.

Sumber turut melaporkan beliau kini dibantu oleh dua pembantu di Bangkok dan ingatannya semakin merosot sejak beberapa bulan yang lalu.

Chin Peng, yang dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.

Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth.
Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.

Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.
- Berita: mStarOnline

SATU MELAYU:
Suku sakat Chin Ping yang memimpin DAP Perak, Nga Kor Meng dan Ngeh Koo Ham dah pergi jengok ke?
Bagaimana pula dengan Lim Kit Siang danLim Guan Eng?

Dan yang paling penting sudahkah Mat Sabu dapat tahu berita ini? Kalau dah tahu silalah berangkat ke Bangkok untuk mendapatkan fatwa terakhir mengenai komunis Malaya sebelum idolanya itu mamxxx....

Jumaat, 30 September 2011

‘Selamat Penganting Baru’.... Nabil Raja Lawak selamat diijabkabul dengan Nazirah Ayub....


SELEPAS melalui pelbagai kontroversi, pelakon Nabil (Raja Lawak) akhirnya selamat bernikah dengan bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub. Kedua mereka selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar pada Jumaat.

Bekas pelajar warga Sudan ke tali gantung kerana bunuh anak teman wanita

WARGA Sudan, Mohannad Taha Ismail (tengah) menerima hukuman gantung sampai atas pertuduhan membunuh seorang anak teman wanitanya oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang bekas pelajar kolej warga Sudan selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya di sebuah kondominium di Cheras dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohannad Taha Ismail, 27, selepas mendapati pembelaan yang dibuat tertuduh tidak 'bermerit dan lesu', tidak masuk akal serta tidak melampaui keraguan munasabah.

Mohannad Taha didakwa membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala tertuduh diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik.

Mengikut fakta kes, seorang saksi iaitu pakar patologi forensik, Dr Abdul Karim Tajudin berkata terdapat 34 kesan kecederaan di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak itu juga mengalami penderaan fizikal serta seksual.

Saksi itu juga mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan perdarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.

Ibu kanak-kanak itu, Ellina Maulad Mahather, 25, seorang warga tempatan, dalam keterangannya pula berkata bahawa mangsa pernah mengadu ditumbuk dan dipukul oleh Mohannad Taha semasa ditinggalkan di bawah jagaan tertuduh.

Saksi itu juga mendakwa pernah melihat tertuduh memarahi dan memukul mangsa menggunakan penyangkut baju, pembaris serta tangan.

Aaliyah adalah anak hasil perkahwinan Ellina, dengan bekas suaminya Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh kelihatan tenang selepas mendengar hukuman dan dibawa keluar dari mahkamah.
- Bernama

SATU MELAYU:
Semoga apa yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada wanita Melayu yang syok sangat kat 'Pak Hitam' yang datang ke negara ini atas tiket pelajar tetapi jadi penyangak dan perosak moral....

Dewan Baru, Bajet PRU-13 dan ISA Antara Yang Menanti Persidangan Dewan Rakyat

Dewan Parlimen Sementara siap untuk digunakan mulai Isnin ini....
PERSIDANGAN Parlimen yang bermula Isnin ini bakal menjadi tumpuan umum dan lebih menarik kerana selain Dewan Rakyat bersidang di premis baru, ramai mengharapkan berita 'luar biasa' pada sesi pembentangan Bajet 2012.

Persidangan Dewan Rakyat itu dianggap penting kerana cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dijangka dibahaskan oleh anggota Parlimen selepas 51 tahun akta itu diguna pakai di negara ini.

Mengikut takwim Parlimen, Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Dewan Rakyat akan bersidang mulai Isnin ini sementara Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Okt ini

Mesyuarat Dewan Rakyat itu sehingga pertengahan Disember ini juga berkemungkinan besar merupakan sesi Parlimen terakhir sebelum dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.

Penggunaan bangunan dewan serbaguna sedia ada untuk dijadikan Dewan Rakyat yang baru mencipta sejarah kerana ia merupkan julung kali mesyuarat diadakan di premis lain sejak perasmiam dan penyerahan bangunan itu pada 2 Nov 1963.

Terletak bersebelahan bangunan utama Parlimen, dewan sementara itu dinaik taraf dengan kos RM28 juta bagi menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Projek itu dilaksanakan bagi membolehkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad, melalui pengubahsuaian struktur secara menyeluruh, bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.


Projek naik taraf bangunan Dewan Rakyat sedia ada akan dilaksanakan tahun depan dan dijangka siap pada 2014.

Dewan Rakyat akan terus bersidang menggunakkan premis baru itu secara sementara sahaja sebelum dipindahkan semula ke tempat asal selepas kerja-kerja menaiktaraf itu disiapkan.

Menariknya, dewan sementara itu yang lebih kecil dari Dewan Rakyat telah menyebabkan kedudukan kerusi anggota Parlimen lebih dekat, sekali gus memungkinkan suasana perdebatan lebih gamat, terutamanya jika berlaku perang mulut antara anggota dewan.

Di dewan itu juga, sesi pembentangan Bajet 2012 sudah dikaitkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya' kerana ada desas-desus yang mengatakan penjawat awam dijangka sekali lagi akan menikmati kenaikan gaji dan imbuhan bonus.

Dari segi isu, perdebatan berhubung pemansuhan ISA dan dua akta baru untuk menggantikannya serta pembentangan beberapa akta lain diramal menarik minat anggota Dewan Rakyat.

Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini dewan masih belum dimaklumkan mengenai urusan pemansuhan Akta ISA, namun ia dijangka akan dikemukakan pada persidangan itu.

"Kerajaan mempunyai masa yang lama iaitu sehingga pertengahan Disember ini untuk memaklumkan sebarang urusan kepada dewan, dan pada pandangan saya ia akan dikemukakan pada persidangan kali ini bersekali dengan beberapa lagi rang undang-undang lain," katanya kepada Bernama.

Mengenai pandangan pemansuhan ISA bakal 'menghangatkan dewan', Wan Junaidi berkata, ia bergantung kepada anggota Parlimen, namun beliau sendiri tidak melihat isu itu perlu disensasikan.

"Pengumuman yang dibuat itu adalah untuk kebaikan semua dan demi imej negara, saya tidak nampak perlunya untuk timbulkan kekecohan dalam isu ini," katanya.

Ekoran pemansuhan ISA, kerajaan sedang merangka dua akta baru untuk menggantikannya yang kini sedang diperincikan oleh Peguam Negara.

Selain ISA, kerajaan juga dijangka akan mengemukakan Rang Undang-Undang untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dan menghapuskan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan seperti yang termaktub di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Permit pencetakan akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Selain itu, pindaan ke atas Akta Pekerjaan 1955 juga mungkin mencipta kontroversi, lebih-lebih lagi apabila Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk mengadakan piket di perkarangan bangunan Parlimen pada Isnin ini, jika kerajaan meneruskan rancangan meminda undang-undang pekerjaan itu.

Rang undang-undang berkenaan pertama kali dibentangkan di Parlimen pada 8 Julai 2010, tetapi ditarik balik kemudian selepas menerima pandangan dari pelbagai pihak.
- Bernama: BernamaOnline

Pembunuhan Banting: Peguam Pertikai Ketepatan Dokumen

PERBICARAAN kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada Jumaat, menyaksikan peguam utama mempertikaikan ketepatan dokumen yang dicetak oleh seorang pegawai kanan syarikat komunikasi, DiGi Telecommunication Sdn Bhd.

Peguam Manjeet Singh Dhillon membangkitkan isu tersebut semasa menyoal balas saksi pendakwaan ke-55, Mohd Feisal Zakaria, 43, berhubung kewujudan tanda soal pada satu rekod panggilan bernombor 016-68***78 yang tidak diketahui pemiliknya.

Mohd Feisal juga masih memberikan jawapan yang sama apabila disoal kali kedua oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Akhtar Tahir dan menambah, tanda soal tersebut dicetak melalui komputer.

Manjeet: Tengok pada rekod panggilan, ia menunjukkan talian tersebut telah diaktifkan sejak tahun 1900. Syarikat kamu dah bermula sejak itu? Akta Syarikat juga masih belum wujud pada masa itu.
Akhtar: Komputer juga masih belum wujud.

Manjeet: Saya tidak menyalahkan kamu. Adakah ia adalah satu kesilapan?
Mohd Feisal: Saya tidak pasti bila kesilapan tersebut berlaku.

Pada keterangannya, saksi juga mengakui bahawa beliau tidak dapat memastikan sekiranya dokumen yang dicetak daripada komputer yang terdapat di tempat kerjanya adalah tepat atau sebaliknya.

Perkara itu dibangkitkan oleh Manjeet yang merujuk kepada dua rekod panggilan yang dicetak menggunakan dua komputer berbeza mempunyai dua nama pemilik berbeza, sedangkan ia adalah satu nombor yang sama.

Manjeet: Mengapa maklumat tersebut tidak sama di kedua-dua komputer?
Mohd Feisal: Saya tidak tahu.

Manjeet: Setuju bahawa kamu tidak tahu jika terdapat kesilapan pada komputer?
Mohd Feisal: Ya.

Manjeet: Jika dokumen yang dicetak salah, kamu juga tidak akan tahu?
Mohd Feisal: Ya.

Terdahulu, saksi memberitahu penglibatannya di dalam siasatan kes bermula apabila beliau menerima permohonan daripada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Ishak Yaakob untuk mencetak rekod panggilan terhadap talian yang digunakan oleh tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azimul Azama Muhammad Nor, saksi berkata permohonan tersebut diterima pada 29 Jun lalu dan melibatkan talian 010-24***27 yang menggunakan talian prepaid dan didaftarkan atas nama Thilaiyalagan.

Mohd Feisal sedang memberi keterangan terhadap bekas peguam, N. Pathma-
nabhan, 42, dan tiga pekerja ladang termasuk Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung pada 10 Oktober ini.
- Laporan: mStarOnline

MUDAHNYA!: Malaysian Insider Mohon Maaf dan Akui Siar Berita Fitnah Terhadap Tajudin....

MUDAH sungguh portal berita The Malaysian Insider membersihkan diri setelah melakukan pelbagai fitnah. Hari ini mereka yang terlibat mengemukakan permohonan maaf terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutifnya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu menerusi peguam mereka George Miranda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal di dalam kamar di sini.

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Di luar mahkamah, Miranda memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan tersebut, beberapa terma lain turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Melalui surat tersebut ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka di atas segala kesulitan yang dialami Tajudin berikutan tersiarnya berita berkenaan.

Kesemua pihak juga bersetuju menarik balik berita yang disiarkan serta mengakui berita itu fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih.

Penyelesaian hasil rundingan di luar mahkamah ini adalah rentetan daripada permohonan saman Tajudin terhadap portal itu berjumlah RM200 juta pada 18 Ogos lepas.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama, Jahabar dan Shazwan sebagai defendan kedua dan ketiga.


Demikian sebuah kisah yang menyaksikan bagaimana mudahnya sebuah portal berita membersihkan diri setuelah melakukan fitnah yang mencemarkan nama baik seseorang. Kesan atau akibat yang diterima oleh pihak yang kena fitnah tidak pernah diambil kira semasa menyiarkan berita.

Bagaimanapun, setelah diseret ke mahkamah dan terkantoi dengan fitnah yang dilakukan dengan mudah dan selamba mereka memohon maaf dan mengaku segalanya dibuat atas dasar fitnah yang tidak berasas.

Itu kisah antara TS Tajudin Ramli yang difitnah Malaysian Insider.

Bagaimana agaknya kalau yang kena fitnah dan mengemukakan saman itu ialah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Karpal Singh? Ada kemungkinankah mereka boleh memaafkan begitu sahaja tanpa mendapat habuan berupa duit?

Jelas bahawa orang Melayu itu sangat baik dan mudah memaafkan, walaupun yang membuat fitnah itu adalah kaum sebangsa dan seagama dengannya.

DAP tidak tentang hukum hudud tetapi, hanya halang PAS laksanakan hudud...

BENAR! DAP tidak menghalang atau membantah hukum hudud. Mereka bukan manusia Islam. Macam mana mereka dikatakan menghalang hudud. Apa yang Guan Eng dan Karpal tahu pasal hudud.

Itu dan begitulah kira-kiranya maksud jawapan merapu pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz dan Tuan Ibrahim mengabui telinga dan kepala hotak orang Pas setelah pemimpin tertinggi pakatan haramjadah selesai bermesyuarat kelmarin.

Biasalah! Kalau tak salahkan Umno apa lagi alasan yang boleh mereka lakukan? Mereka tidak pernah berfikir untuk majukan rakyat, tingkatkan syiar Islam, apatah lagi tinggikan ekonomi umat Islam. Yang mereka tahu hanyalah berfikir bagaimana nak kenakan Umno, salahkan pemimpin Umno dan kuatkan sokongan orang Melayu bangang terhadap parti jenama Islam itu.

Bukankah semua mereka itu mempunyai dendam kesumat terhadap pemimpin Umno sejak Pas mula ditubuhkan 60 tahun lalu?

Cerita kecewa dan menyalahkan orang lain adalah mainan wajib yang mesti tertanam di hati pemimpin dan juak-juak Pas sejak dulu, kini dan selamanya. Hanya orang kecewa dalam hidup sahaja yang sokong puak pembangkang berkenaan. Tak percaya cuba selidiki setiap masalah peribadi mereka.

Sebagaimana kita semua tahu tiga parti yang bersekongkol dalam pakatan haramjadah adalah parti-parti yang ditubuhkan kerana atau atas dasar ‘kecewa’.

PAS tertubuh kerana pengasasnya gagal merebut jawatan Yang Di Pertua (Presiden) Umno pada tahun 1951 setelah kalah bertanding dengan Tunku Abdul Rahman, apabila Dato Onn Jaafar letak jawatan.

DAP juga begitu. Ianya ditubuh sebagai cabang atau serpihan kepada PAP pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura apabila Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada 1965.

PKR lagi lerrr! Parti hak milik kekal Anwar Ibrahim itu ditubuh setelah ‘Si Peliwat Tegar’ itu dipecat daripada Umno dan kabinet kerajaan Umno/BN kerana salah laku moral yang sangat teruk dan menjijikkan.

Justeru, apalah nak dihairankan sangat ketika-tiga kumpulan pemimpin dalam pakatan haramjadah itu sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan Umno?

Cuma yang mereka terlupa nak sebuat mengenai kesalahan Umno/BN ialah ‘kenapa kerajaan Umno/BN izinkan ketiga-ketiga parti itu ditubuhkan?’

Kalaulah Pendaftar Pertubuhan yang dikuasai oleh kerajaan Umno/BN tidak mengizinkan tiga parti politik itu ditubuhkan, akan wujudkah mereka seperti yang ada sekarang?

Berbalik kepada soal hudud, memang DAP tidak menentang hukum hudud tetapi, DAP menentang PAS melaksanakan hudud jika pakatan haramjadah itu nanti berkuasa selepas PRU-13.

Jangan salah tafsir ‘putar belit’ lidah bercabang para pemimpin Pas yang kini diibaratkan telah ‘tergigit getah’ apabila pucuk pimpinan pakatan melarang Pas laksanakan hudud sebagaimana yang dikehendaki DAP.
Wallahhualam....

Khamis, 29 September 2011

Letupan Kuat Dalam Kebakaran Kilang Penapisan Minyak Shell Pulau Bukom Singapura

SATU letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom pada tengah hari Rabu ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu.

Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan pada Khamis berkata keadaan kini adalah terkawal.

Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran.

Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Sehingga pukul 8 pagi, sebanyak enam jentera dan 11 kenderaan bantuan dengan 80 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Kira-kira 250 kakitangan utama Shell juga berada di Pulau Bukom bagi membantu operasi itu.

Shell, dalam kenyataan berkata pihaknya percaya kebakaran itu adalah kemalangan dan siasatan penuh akan dijalankan selepas api dipadam sepenuhnya.

Semua petugas dari Pulau Bukom dipindahkan dari pulau itu.


>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog