Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 17 September 2011

Hasan Ali 'Ketinggalan Bas'? Kesian!

DATUK Hasan Ali, ADUN Gombak Setia yang juga Exco Kerajaan Selangor terkenal sebagai seorang pakar motivasi yang petah bercakap dan bijak mengatur kata.

Malangnya, setelah menyertai Pas dan berjaya menjadi ADUN serta Exco di negeri yang dikuasai PKR – Selangor, kepetahan dan kelancaran bicaranya hilang. Tidak lagi seperti dahulu. Banyak yang tak boleh pakai. Apa sebabnya dan kenapa, hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya.

Demikian komen seorang rakan dari Klang dalam perbualan dengan SM melalui telefon sebentar tadi. Rakan itu mengulas mengenai kenyataan Hasan seperti yang tersiar di portal Malaysiakini, hari ini.

Sebagaimana dilaporkan, Hasan Ali menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Nampaknya Hasan Ali kini telah ‘ketinggalan bas’ dalam menghayati dan memahami perjuangan Pas yang dianggotainya. Dia masih berkhayal dengan perjuangan lama Pas yang memperjuangkan Islam. Sedangkan pada muktamar 2011, Presiden Pas – Abdul Hadi Awang, dengan lantang, jelas dan tegas mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mahu memperjuangkan ‘negara Islam’ kerana ianya tidak terdapat dalam al-Quran.

Selain itu, Pas juga mengambil pendirian itu kerana menghormati rasa hati sahabat karibnya – DAP, dan semua pengundi kaum Cina yang tidak senang dengan hasrat mahu menjadi negara Malaysia ini sebuah negara Islam.

Mana ada lagi Pas memperjuangkan negara Islam? Sekarang parti itu berjuang untuk kebajikan. Kebajikan siapa tak tahulah pulak... Apakah Hasan Ali dah lupa atau dia tak dengar apa yang dikatakan Presiden partinya itu? Di mana dia waktu itu?

Tak sedarkah dia bahawa partinya – Pas, kini telah mencampakkan ke longkang semua perjuangan asal partinya itu?

Adalah Hasan juga mengidap sindrom mudah lupa atau hilang ingatan seperti yang berlaku ke atas Mat Sabu?

Nampaknya, semua orang bijak pandai Melayu bila join ajer Pas atau PKR mereka jadi biul dan sering lupa dengan apa yang didengar. Lebih teruk lagi mereka lupa dengan apa yang telah mereka sendiri tuturkan....

Kesian!....

Tiga Rakyat Malaysia Antara Empat Yang Maut Angkara Bom Di Sungai Golok

SEORANG kanak-kanak antara tiga rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian tiga letupan bom di Sungai Golok, Selatan Thailand.

Mereka ialah Wong Heng Yep, 65, dan cucunya Wong Kai Sen, 3, serta Fong Too Keh, 45. Wong dan cucunya berasal dari Jalan Hamzah, Kota Baharu, Kelantan manakala Fong berasal dari Kuantan, Pahang.

Wong dan cucu itu difahamkan berada di Sungai Golok bersama keluarganya sejak petang semalam manakala Fong datang bersama abang dan rakannya.

Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, seorang lagi yang terbunuh dilaporkan sebagai seorang sukarelawan rakyat negara itu yang berusia 38 tahun.

Letupan pada Jumaat itu turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.

Tiga letupan bom itu dilaporkan berlaku di kawasan yang sering dijadikan tempat hiburan di sekitar Jalan Charoen Khet, di bandar yang terkenal dengan industri hiburan itu.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rusdi Che Omar ketika ditemui pemberita Malaysia berkata letupan pertama berlaku pada 7.30 malam waktu Malaysia apabila sebuah motosikal meletup di hadapan Pusat Kebudayaan Persatuan Teochew yang menyebabkan ramai orang awam tercedera.

Katanya beberapa minit kemudian, sebutir bom yang diletakkan pada motosikal turut meletup di sebuah hotel berhampiran yang membunuh Fong dan lelaki rakyat Thailand itu ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Ketika suasana panik tercetus, satu lagi letupan yang kuat telah menggegarkan kawasan medan selera berhampiran yang mengorbankan Wong dan cucunya.

"Bom itu diletakkan dalam sebuah kenderaan yang turut merosakkan hotel berdekatan dan ramai yang cedera dan parah termasuk rakyat Malaysia," katanya.

Tinjauan mendapati kawasan berkenaan kini lengang dengan kawalan ketat pihak berkuasa, yang sedang menjalankan siasatan rapi.

Ketua Polis Sungai Golok Kolonel Chakaporn Thenthong berkata bagaimanapun yakin siri letupan bom itu dilakukan sindiket dadah yang berang dengan tindakan pihak berkuasa itu. "Setakat ini, kami melaporkan lebih 60 orang lagi cedera termasuk 19 rakyat Malaysia yang berkunjung ke Sungai Golok untuk makan dan berhibur.

"Dua anggota polis, empat tentera dan tiga anggota sukarelawan Thailand turut cedera dan kini dirawat di Hospital Sungai Golok," katanya.

Pihak berkuasa itu sedang berusaha mengesan suspek melalui rakaman litar tertutup yang mungkin terdapat di sekitar kawasan kejadian.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Semoga apa yang berlaku di pekan Sungai Golok ini diambil perhatian oleh rakyat Malaysia yang suka sangat berkunjung ke sana untuk berhibur.

Dua hari lagi, perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful disambung.... Akan adakah lagi penangguhan atas usaha Karpal?

ISNIN ini, perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful sepatutnya disambung semula. Harapan majoriti rakyat negara ini, perbicaraan berkenaan diteruskan tanpa ada lagi penangguhan atas karenah peguam bela – Karpal Singh.

Perkembangan terbaru politik puak pembangkang tanah air menimbulkan suatu keadaan di mana terdapat segelintir penyokong setia Anwar Ibrahim merasakan Karpal yang juga pengerusi DAP itu seolah-olah mahu melambat-lambatkan perbicaraan bagi maksud meruntun turun Ketua Pembangkang daripada menjadi pemimpin utama Pakatan.

Kepada mereka, tindakan membosankan rakyat itu seolah-olah disengajakan. DAP yang dilihat menguasai kumpulan pakatan DAP-PAS-PKR seolah-olah telah menyingkirkan secara halus kepimpinan Anwar Ibrahim dan menggantikannya dengan Mat Sabu yang berjaya membuat kenyataan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Isu yang ditimbulkan Mat Sabu sejak hampir sebulan lalu itu masih panas dan ianya terus menenggelamkan populariti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan. DAP dilihat lebih meyakini pemimpin Pas untuk dijadikan ‘rakan kongsi’ dan ‘kuda tonggangan’ dalam usaha merampas kepimpinan negara daripada Umno/BN melalui PRU-13.

PKR tidak diperlukan lagi kerana parti itu semakin hari semakin lemah. Sementara Pas yang menggalas tugas pembangkang Melayu dilihat lebih kedepan dan jauh lebih berwibawa. Perhimpunan haram Bersih 2.0 membuktikan bahawa, tanpa Pas ianya tidak akan berjaya.

Justeru, sejak Bersih 2.0, DAP sedar bahawa PKR sudah tidak mampu lagi berperanan mengepalai gerakan pembangkang di Malaysia. DAP sebagai penguasa mutlak Pakatan nampak keadaan ini dan terus meletakkan Pas lebih ‘boleh diharap’.

Setelah pemimpin Pas berjaya ditarbiah oleh Lim Kit Siang dua beranak untuk membubarkan perjuangan Islam, DAP dilihat lebih senang berkongsi kuasa dengan Pas dalam menjadikan parti itu alat mendapatkan sokongan orang Melayu terhadap DAP.

Pada masa sama, tindakan melambat-lambatkan perbicaraan kes berkenaan juga dilihat sebagai memperlekeh mahkamah dan sistem kehakiman Malaysia.

Kenyataan Ketua Puteri Umno ini menjurus kepada muslihat DAP melalui peranan Pengerusi parti itu yang menjadi Ketua pasukan pembela Anwar Ibrahim di mahkamah.


Jangan tangguh lagi kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Peguam Negara didesak untuk bersikap tegas dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyaksikan penangguhan demi penangguhan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana perbicaraan melibatkan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, sudah 55 kali ditangguhkan.

Jelasnya, apa yang membimbangkan, kelicikan pasukan peguam bela Anwar memohon ‘siri’ penangguhan telah mengakibatkan kelewatan dalam pelaksanaan prinsip keadilan itu sendiri.

“Sehubungan itu, Puteri UMNO mahu melihat Peguam Negara menghalang sebarang campur tangan terutamanya oleh parti politik termasuk DAP dalam perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar.

“Peguam Negara juga tidak boleh membiarkan mana-mana pihak berjaya menimbulkan persepsi yang buruk akibat sikap berdiam diri sehingga menyaksikan barisan peguam Anwar yang juga pemimpin parti politik pembangkang mengambil sikap keterlaluan.

“Pakatan pembangkang juga perlu menghormati badan kehakiman dengan menyegerakan kes liwat Anwar. Tindakan mereka melengah-lengahkan kes tersebut sama seperti mempermainkan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar di peringkat bela diri bersambung pada 19 September ini.

Rosnah berkata, Karpal Singh juga dilihat bukan lagi menjadi peguam bela bagi kes Anwar sebaliknya berperanan sebagai ‘peguam tunda’ dan bukannya mencari keadilan.

“Pada 1997, Karpal Singh pernah menyatakan di Parlimen bahawa beliau ada bukti kukuh mengenai kegiatan liwat Anwar. Seorang seperti Karpal yang ‘boleh menuduh hari ini dan membela orang yang sama esoknya’ jelas menjejaskan reputasi beliau sebagai peguam,” katanya.
- UtusanOnline

Jumaat, 16 September 2011

NANTI DULU!: ISA bukan dimansuh tapi diganti dengan dua undang-undang baru....

KEPUTUSAN kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu disambut semua pihak dengan penuh tanggung jawab bagi memastikan survival isu keselamatan negara.

Hakikatnya, kenyataan itu disambut dalam pelbagai persepsi. Ada yang gembira dan tidak kurang pula yang bagaikan tak percaya dengan apa yang diumumkan itu. Malah ada yang menganggapnya ‘bohong’. Manakala puak yang tak pernah berpuas hati dengan kerajaan UMNO/BN, membuat komen negatif kerana tidak menyangka DS Najib sanggup hapuskan ISA.

Mereka yang berpendapat sedemikian mungkin menganggap ISA adalah senjata politik yang paling ampuh untuk melemah dan melumpuhkan musuh politik. Maknanya, jika puak mereka berkuasa, ISA akan diteruskan dan digunapakai sebagai alat membunuh lawan.

Kepada SM, pemansuhan yang dimaksudkan cuma pada namanya sahaja. Ianya akan diganti dengan dua undang-undang baru yang lebih telus dan tidak bersifat politiking. Apapun, keputusan itu memperlihatkan keyakinan DS Najib terhadap keupayaan masyarakat, termasuk anggota legislatif pembangkang, dalam melaksanakan proses transformasi secara menyeluruh.

Berdasarkan apa yang diucapkan, secara tidak langsung, badan eksekutif dah beri sebahagian kuasanya dalam soal keselamatan kepada badan kehakiman dan legislatif, termasuk kepada rakyat secara tidak langsung.

Justeru, sepatutnya mereka dalam sektor perundangan negara termasuk peguam-peguam di Majlis Peguam, perlu lebih berdisiplin dan harus menjadi neutral secara total, jangan lagi ada dolak-dalih dan berselindung di sebalik kegiatan politik. Dan komitmen juga harus diberikan oleh pihak pembangkang dalam menjayakan hasrat transformasi ini.

Sebagaimana dijelaskan Perdana Menteri, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Oleh itu, selepas ini tidak timbul lagi sebarang polemik nakal yang mendakwa sebarang langkah keselamatan oleh kerajaan adalah bersifat politik.

Kepada pihak-pihak yang terus menerjah dengan pelbagai komen negatif sebaik sahaja ianya diumumkan DS Najib, perlu sedar dan ingat bahawa apa yang diumumkan itu adalah fasa pertama dari transformasi yang dimaksudkan. Masih ada banyak lagi perkara berkaitan yang belum dimuktamad dan diumumkan.

Apa bentuk undang-undang pengganti ISA masih belum diumumkan. Baik atau buruk dan bahaya atau tidak kepada negara masih belum diketahui.

Sebelum apa-apa... nantilah dulu.... Takkan DS Najib nak jahnamkan negara. Beliau bukannya tedesak dengan apa-apa salahlaku moral peribadi bertimpa-timpa macam si polan tu. Fokusnya tentulah kepada membangunkan negara yang telah dibangunkan pemimpin terdahulu disamping uaha mensejahteakan rakyat.

Sebagaimana kata Tun Dr. Mahathir: “Saya kenal Najib, tapi saya tak dapat baca isi hatinya....”

MERDEKA: Kenapa lebih sejuta PATI tidak mahu pulang? Sejahtera sangatkah negara Malaysia ini?

STATISTIK proses pendaftaran 6P menunjukkan seramai 1,015,852 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menyatakan hasrat untuk terus menetap dan bekerja di Malaysia manakala 95,446 lagi ingin kembali ke negara asal.

Kenapa mereka berminat sangat nak tinggal di negara ini? Adakah kerana senang cari makan atau kerana kehidupan di negara ini jauh lebih baik daripada negara asal mereka? Entahlah.... Kekadang pening juga kalau kita fikir-fikirkan.

Sebab, setakat yang kita selalu dengar, baca dan lihat melalui media moden kini, sebahagian rakyat negara ini sendiri sangat tidak sukakan kepimpinan negara sedia ada sejak negara ini berkerajaan sendiri di bawah pilihan rakyat mulai 31 Ogos 1957.

Kepada mereka semuanya tak bagus dan tak baik. Pilihan raya tak adil, ekonomi tak berapa bagus, kehidupan sosial rakyat tak mencapai tahap negara maju, kepimpinan politik zalim, polis zalim, undang-undang banyak yang tak betul dan tak bagus dan macam-macam lagi serba tak bagus, tak baik dan tak betul....

Tapi rakyat negara asing berduyun-
duyun masuk untuk cari makan di negara bernama Malaysia ini. Tak dapat melalui cara sah, secara haram dan sangat membahayakan diri sendiri mereka lakukan. Malahan ramai yang terkorban dalam perjalanan ke mari. Tujuannya semata-mata untuk datang ke Malaysia dan cari kerja. Kalau boleh mereka mahu terus menetap di negara ini dan diberikan taraf warganegara.

Kepada SM, sebahagian rakyat negara ini yang membenci kerajaan dan pentadbir negara sedia ada bukannya kerana negara ini tak bagus dan segala prasarananya tak baik. Sebenarnya, semuanya bagus, baik, duit banyak, hasil bumi banyak dan kesejahteraan rakyat tersusun dengan baik.

Malahan kerana semuanya bagus dan baik serta banyak duit itulah, mereka yang berkata negara ini tak bagus dan tak baik itu sebenarnya sangat teringin mahu mengambil alih kekuasaan negara ini dari tangan kepimpinan sedia ada. ‘Musang yang tak dapat makan anggur, masam katanya’.

Kalaulah keadaan negara ini macam Somalia, mungkinkah ada yang beriya-iaya mahu merebut kuasa? Dan yang lebih penting untuk diperhatikan, tak akan ada warga asing yang datang ke negara ini dan mahu terus menetap hingga akhir hayat.

Ketika itu mungkin sebahagian besar kaum wanita dari negara ini akan berhijrah beramai-ramai mencari rezeki sebagai pembantu rumah atau pekerja kilang di negara-negara lain yang jauh lebih maju.

Syukur Alhamdulillah, perkara sebegitu tidak berlaku. Tidak ada rakyat negara kita yang bersusah payah mencari rezeki sebagai pembantu rumah atau pekerja kilang di negara-negara lain. Kalau ada pun cuma seorang dua yang tak sabar nak jadi kaya, lalu terjebak menjadi kaldai dadah antarabangsa dan tersadai di luar negara kerana tertangkap oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kepada yang sontot akal budinya, bermuhasabahlah dengan keadaan yang berlaku di depan mata ini. Jika terlalu kufur dengan nikmat dan rahmat yang dilimpahkan Allah swt, takut nanti Allah swt selaku penguasa sebenar menarik balik segala nikmat yang diberiNya dan mendatangkan musibah yang tak terhingga pedih dan sangsaranya.

Beringatlah sebelum kena dan berjumat sebelum habis....

NEGERI BERKEBAJIKAN: 28.8 daripada setiap 100,000 rakyat Kelantan hidap HIV, AIDS....

KONONNYA kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap sesetengah penyokong tegar Pas sebagai tersangat makbul doanya.

Bagaimanapun, setelah lebih 20 tahun Nik Aziz jadi MB melalui penguasaan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang itu rakyatnya tidak mampu dibentuk dengan baik dari segi sosial dan cara hidup lebih sejahtera. Ekonomi lembab, masalah sosial punah-ranah.

Apakah kerana rakyat hanya diperlukan untuk mendengar ceramah politik dan mengundi Pas ketika pilihan raya sahaja membuatkan urusan lain kehidupan rakyat terbiar dan tidak dipedulikan?

Seingat SM, Pok Nik melalui ceramah-ceramah dan kuliahnya tidak pernah menyentuh mengenai penyakit yang tidak ada ubat ini. Adakah kerana beliau tak ambil kisah atau tak tahu menahu mengenai kehidupan rakyat di negeri yang dipimpinnya?

Memandangkan majoriti penghidap HIV, AIDS adalah umat Melayu/Islam, rakyat Kelantan seharusnya membuka minda untuk membetulkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak mengambil berat soal kehidupan sosial rakyatnya. Asyik dok main politik sahaja....

Keutamaan hidup yang hanya difokuskan kepada kecapaian politik kepartian semata-mata menghasilkan gejala sosial yang sangat buruk dan memalukan.
Wallahhualam....

Fikir-fikirkanlah kewajaran berita ini......


Kelantan paling tinggi hidap HIV, AIDS

KOTA BHARU 15 Sept. - Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.
- UtusanOnline

KES SOSILAWATI: Terdapat komunikasi tertuduh di Banting

R. Matan (depan), N. Pathmanabhan (tengah) dan R. Kathavarayan

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada hari Khamis diberitahu bahawa terdapat beberapa transaksi pada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama dua tertuduh, R. Matan dan R. Kathavarayan di sekitar kawasan Banting pada 30 Ogos tahun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Bil, Celcom Axiata Bhd., Abdul Latif Mohamad berkata, kedua-duanya berkomunikasi antara satu sama lain selepas pukul 8.30 malam pada hari jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dibunuh di Ladang Gadong pada tarikh tersebut.

"Transaksi telefon bimbit itu menunjukkan terdapat komunikasi antara kedua-duanya menggunakan stesen pemancar Batu Laut di Banting," katanya semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu

Semasa disoal balas oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan, Abdul Latif mengakui keterangannya itu semata-mata berdasarkan rekod transaksi yang tidak dicetak oleh beliau sendiri.

Saksi itu juga mengaku baru pertama kali melihat rekod transaksi bagi nombor yang didaftarkan atas nama Matan dan Kathavarayan dan diserahkan kepada pihak polis oleh Eksekutif Kanan Unit Perantara, Jabatan Siasatan dan Pencegahan Penipuan, Nor Azlina Ahmad.

Sementara itu, pakar bahagian teknikal dalam telekomunikasi dan teknologi Celcom, Haizal Hambali pula memberitahu transaksi telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Sosilawati, Ahmad Kamil dan Noorhisham berlaku di sekitar Banting selepas pukul 5 petang, 30 Ogos 2010.

Katanya, ia berdasarkan lokasi stesen pemancar yang tertulis di dalam rekod terperinci transaksi tersebut seperti Kanchung Laut, TM Banting, Telok Panglima Garang dan lain-lain lagi.

"Berdasarkan rekod transaksi yang menggunakan stesen pemancar Johan Setia, diikuti Jenjarom dan Banting, pengguna telefon bimbit 019-2266222 (Ahmad Kamil) bergerak dari Lebuhraya Kesas ke Banting.

"Sementara rekod transaksi nombor 019-2295153 (Sosilawati) menunjukkan pergerakan berlaku dari Telok Panglima Garang ke Banting antara pukul 4 sehingga 6 petang, 30 Ogos 2010," jelas beliau.

Seorang lagi saksi, Haslin Mohamad Baharudin yang merupakan Pengurus Teknikal Celcom pula mengesahkan nombor telefon bimbit 019-2266222 didaftarkan atas nama beliau.

Bagaimanapun jelas beliau, nombor tersebut diberikan kepada Ahmad Kamil dan ia digunakan oleh peguam itu pada Ogos 2010.

"Saya serahkan nombor itu atas dasar kepercayaan kepada rakan saya. Masa itu dia masih belajar. Nombor tersebut tidak dikenakan bayaran perkhidmatan," jelasnya.
- Laporan: UtusanOnline

Rabu, 14 September 2011

Perbualan Telefon: Mat Sabu kata dia tak kenal Normah....

KANTOI! Mungkin itulah yang sesuai untuk dilabelkan terhadap Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu. Perbualan telefon berunsur seks yang didakwa suaranya bersama Normah seperti yang tersiar di You Tube benar-benar telah memeningkan kepala atas tokoh bermulut celupar parti yang tidak diketahui apa perjuangannya itu.

‘Lupa dan tak ingat’ serta ‘tak kenal’ adalah jawapan biasa yang selalu digunapakai oleh manusia-manusia yang terkantoi dengan tuduhan dan dakwaan terhadap dirinya. Mengaku tak mahu!

Sebagaimana dengan isu mengangkat tokoh komunis sebagai pejuang seperti yang diluahkannya dalam satu ceramah di Pulau Pinang tiga minggu lalu, Mat Sabu juga pada peringkat awalnya memberi jawapan yang seangkatan dengan ‘tak kenal’, iaitu ‘lupa’ atau ‘tak ingat’.

Seorang manusia yang ego dan berasa dirinya sangat hebat adalah warisan sifat Azazil atau Iblis laknatullah. Iblis tidak mahu atau tidak sanggup memberi hormat kepada Adam walaupun ianya adalah arahan dan perintah Tuhan – Allah swt, kerana berasa dirinya jauh lebih hebat dan lebih mulia serta lebih mengetahui.

Begitulah dengan sikap Mat Sabu apabila diajukan soalan mengenai rakaman perbualan telefon berkenaan. Timbalan Presiden PAS itu mengakui tidak mengenali Normah Abdul Halim, iaitu individu yang didakwa sebagai wanita dalam perbualan telefon berunsur seks dengannya di laman YouTube.

Enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mat Sabu beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai rakaman telefon berkenaan.

"Saya tak tau dan saya tak pernah dengar...saya tak tau.

"Saya tak kenal (wanita berkenaan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Rabu.

Tanpa menafikan mengenai kesahihan rakaman suara berkenaan, Mat Sabu juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah menonton atau mendengar klip berkenaan yang tersebar menerusi laman YouTube.

"Saya tak tau...video-video ini (berunsur lucah) saya tak tengok," katanya.

Ketika diasak pemberita.wartawan dengan soalan sama ada beliau akan terus berdiam diri tanpa menjawab mengenai tuduhan berkenaan, beliau berkata: "Saya memang tidak akan jawab."

Mohamad (Mat Sabu) dan Normah pernah hadapi tuduhan berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru Kelantan. Mat Sabu ketika itu adalah Ahli Parlimen Nilam Puri, Kelantan.

Mat Sabu ditangkap dengan seorang suri rumah yang juga seorang isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana Kota Bahru pada 31 Januari 1995.  Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau dan pasangannya, Norma  tidak bertudung kepala.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Kepada juak-juak Pas dan para penyokong parti yang beralih daripada memperjuangkan Islam kepada berjuang menegakkan keperwiraan komunis, SM ingin tanya: “Aper komen komer terhadap kisah lama ini? Mat Sabu komer dah kantoi nampaknya....”.
- Sumber: mStarOnline

Penentuan Tarikh Pilihan Raya hak Istimewa Kerajaan - Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Bekas Perdana Menteri berkata sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan.

"Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu.

"Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...,"
katanya.

Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Rabu.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.

"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.

Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.

Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya kenal (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia."
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Kata-kata Tun yang bermaksud bahawa kerajaan akan menerima cadangan pembang-
kang jika ianya ‘waras’ dan sesuai agak menarik untuk kita semua fahami.

Maknanya, apa yang dituntut oleh puak pembangkang yang semacam mengugut kerajaan supaya menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13 terlebih dahulu sebelum mereka bersetuju menyertai Jawatankuasa Pemilih Parlimen itu adalah tindakan orang yang ‘tidak waras’ – sewel, sasau, meraban teben, meroyan dan entah apa lagi gelaran yang sesuai untuk manusia yang sepatutnya berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Memang pun. Tindakan itu tentulah datangnya daripada al-syeikh Anwar Ibrahim yang diketahui umum telah sasau, tidak waras dan senget kepala hotaknya kerana salahlaku moralnya yang begitu teruk dan sangat susah untuk dibersihkan.....

Selasa, 13 September 2011

Pembunuhan Banting: Hakim Putuskan Tiada Tekanan Terhadap Tertuduh

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Selasa, menerima masuk keterangan yang membawa kepada penemuan barang-barang kes dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan tiga rakannya selepas berpuas hati tiada tekanan dilakukan kepada dua tertuduh yang memberikan maklumat tersebut.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu dalam penghakimannya terhadap prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan bagi menentukan keadaan mental dan kemungkinan berlaku tekanan terhadap dua pekerja ladang, T. Thilaiyalagan dan K. Kathavarayan semasa penyiasatan dilakukan oleh polis.

Prosiding TWT dibuat ekoran keterangan pegawai penyiasat, Cif Inspektor N. Govindan yang memberitahu bahawa dua tertuduh itu telah menunjukkan beberapa lokasi di Banting, dekat sini yang menjadi lokasi pembuangan barang kes secara sukarela, yang dinafikan oleh Thilaiyalagan dan Kathavarayan.

Seramai 19 saksi dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding TWT termasuk Thilaiyalagan dan Kathavarayan.

Antara keterangan Thilaiyalagan adalah dia mendakwa telah didera seperti diberikan satu penutup botol untuk mencebuk air yang bertakung di dalam selnya ke dalam sebuah baldi, dihemburkan kata-kata kesat serta dipaksa untuk makan cili padi apabila mengadu lapar.

Kathavarayan pula mendakwa rambutnya yang panjang melebihi bahu telah dipotong, dipukul dengan menggunakan paip getah pada bahagian tapak kaki serta diacukan pistol.

Semua dakwaan tersebut dinafikan oleh pegawai-pegawai polis yang mengatakan, mereka hanya menggunakan teknik soal dan jawab dalam mendapatkan maklumat, selain pistol tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan lokap.

Pada penghakimannya, Akhtar berkata beliau mendapati tiada isu timbul berhubung pemberian makanan kepada tertuduh kerana percaya bahawa pihak polis telah memberikan makanan yang sewajarnya pada waktu yang sepatutnya.

Beliau juga menolak dakwaan tertuduh-tertuduh bahawa mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya kerana ada penyiasatan yang dilakukan sehingga waktu malam, sedangkan peraturan lokap menyatakan seorang tahanan perlu berada di dalam lokap bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

"Pada saya, peraturan tersebut adalah sebagai garis panduan dan bukannya satu undang-undang. Jika siasatan tidak dapat dilakukan pada waktu siang ia perlu diteruskan. Ini bukan satu pekerjaan yang bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 5 petang.

"Pihak yang sepatutnya mengadu kurang rehat adalah polis yang menjalankan tugas dan bukannya tertuduh," kata Akhtar dan menambah, tertuduh juga tidak seharusnya memupunyai anggapan boleh mendapatkan layanan yang baik di dalam penjara.

Selain itu, Akhtar juga mempersoalkan dakwaan Thilaiyalagan dan Kathavarayan yang mendakwa didera secara fizikal, tetapi hanya membuat aduan kepada majistret dan doktor sebulan selepas tarikh kejadian didakwa berlaku.

"Begaimanapun, saya bersetuju dengan kata peguam Manjeet Singh Dhillon bahawa pihak polis tidak akan mengaku sekiranya dia ada memukul tahanan, tetapi sukar untuk saya putuskan perkara itu hanya berdasarkan tingkah laku saksi," katanya.

Namun demikian, Akhtar menyifatkan penggunaan pistol jika ada digunakan adalah satu usaha terdesak untuk mendapatkan maklumat.

Dalam kes ini, Thilaiyalagan, 20, dan Kathavarayan, 31, didakwa bersama-sama dengan bekas peguam, N. Pathmanaban, 42, dan seorang pekerja ladang, R. Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, yang didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu kepada Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pada waktu dan hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.
Perbicaraan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung pada Khamis.

PEMBUNUHAN BANTING: Permohonan peguam bela mahu pendakwa dikena tindakan kerana hina mahkamah ditolak

PERMOHONAN barisan peguam bela agar pihak pendakwaan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mendakwa saksi utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, U. Suresh atas tuduhan memberi keterangan palsu, ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak serta berpuas hati bahawa tindakan itu tidak menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah selain pihak pendakwaan berhak mendakwa mana-mana individu pada bila-bila masa.

Beliau semasa membacakan penghakiman ringkasnya berkata, Timbalan Pendakwa Raya juga telah diberi kuasa penuh untuk memulakan prosiding jenayah dan mereka perlu menurut arahan Pendakwa Raya untuk menjalankan pendakwaan.

Hakim Akhtar bagaimanapun mengarahkan agar prosiding kes terhadap Suresh di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan sehingga perbicaraan kes bunuh Sosilawati selesai didengar.

''Ini bukan salah mereka. Saya juga telah teliti pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan dapati pertuduhan itu berkaitan dengan tuduhan jenayah serta tidak akan menjejaskan keputusan saya. Saya akan buat keputusan atas kredibiliti saksi dan ia adalah dua perkara yang berlainan.

''Bagaimanapun saya dapati tuduhan di Mahkamah Sesyen adalah berkaitan kepada prosiding di Mahkamah Tinggi. Justeru itu, terdapat kemungkinan nota prosiding untuk kes di Mahkamah Tinggi akan ditender (dikemukakan) dan ada kemungkinan ia akan mengganggu perjalanan kes di mahkamah ini,'' katanya.

Sementara itu, perbicaraan yang sepatutnya bersambung hari ini (isnin) ditangguhkan sehingga esok (Selasa) berikutan saksi pendakwaan yang dijadualkan memberi keterangan bercuti sakit.

Pada 11 Ogos lalu, peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N. Pathmanabhan memohon agar dua Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Permohonan yang turut disokong oleh barisan peguam bela itu dibuat dengan alasan pihak pendakwaan tidak sepatutnya mendakwa Suresh memandangkan perbicaraan masih belum selesai selain permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu masih belum diputuskan.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, bekas peguam bersama tiga pekerja ladangnya, T.Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Suresh, 27, yang sebelum ini bekerja di Ladang Gadong, Banting memberikan 22 fakta yang bercanggah semasa memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-29 dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik itu pada akhir Julai lalu.

Dia yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat Sosilawati dan tiga lagi mangsa kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes tersebut.

Suresh yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Hakim Akhtar dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayan di Mahkamah Tinggi 8 di sini antara pukul 9.30 pagi dan 12 tengah hari, 25 hingga 27 Julai lalu.

Sedangkan keterangan itu berbeza dengan kenyataan tertuduh yang diberikan kepada Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong di Penjara Sungai Udang, Melaka pada 26 Oktober tahun lalu.

Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
- Laporan: UtusanOnline

Apa jadi rakyat Mesir dengan ‘kisah tunjuk perasaannya?’ Bila pulak Anwar dan Ambiga nak buat macam itu di Malaysia?

Penunjuk perasaan di luar kedutaan Israel meruntuhkan tembok
yang mengelilingi bangunan....
NEGARA Mesir yang kononnya telah berjaya merubah kerajaan melalui gerakan ‘bantahan rakyat’ masih tak mampu jadi baik atau lebih baik daripada apa yang ada sebelumnya. Malah keadaannya kini semakin teruk. Tunjuk perasaan masih berlaku. Ianya bagaikan satu pesta untuk rakyat. Mungkinkah mereka tak puas dengan tunjuk perasaan menggulingkan Mubarak dahulu itu? Mereka mahu terus mengadakannya sebagai satu aktiviti baru rakyat?

Yang peliknya, tunjuk perasaan kali ini dilakukan kerana membantah negara Israel yang kononnya membunuh anggota polis Mesir. Lalu mereka menunjuk perasaan di depan kedutaan Israel di Mesir. Tak cukup dengan itu, mereka membakar balai polis dan menyerang anggota polis yang mengawal keadaan.

Sekarang keadaan semkin teruk hinggakan ada yang terbunuh dan ramai yang cedera. Yang dimarahi negara Israel, tapi yang dijahanamkan negara sendiri. Apa punya bangangnya mereka... Kenapa jadi macam tu?

Itulah akibatnya apabila rakyat diajak menunjuk perasaan atau merusuh secara beramai-ramai. Sifat murni kemanusiaan telah bertukar jadi binatang apabila perasaan rakyat dimainkan sewenang-wenangnya.

Kepada anak buah dan penyokong Anwar Ibrahim serta Ambiga yang jadi tauke Bersih 2.0, SM ingin bertanya apakah kekecohan yang berlaku di Mesir seperti itulah yang mahu mereka import ke negara ini? Sekarang apa dah jadi? Mubarak dah jatuh, tapi negara tetap tak aman dan rakyat bertambah sengsara. Lebih teruk dari dahulu.

Kepada yang sontot akalnya, fikir-fikirkanlah apa yang sedang melanda rakyat Mesir sekarang. Jangan kerajaan Malaysia terpaksa keluarkan jutaan ringgit lagi untuk membawa pulang pelajar di sana, sudahlahhhh....

Yang ini pulak apa macam? Nak ikut contoh rakayat Mesir yang menjahanamkan negara sendiri kerana marahkan Israel?

Tentera Mesir ketat darurat

DUBAI 12 Sept. - Majlis Pemerintah Tentera Mesir memperketatkan undang-undang darurat dengan menyenaraikan aktiviti seperti menyekat jalan, menyiarkan maklumat palsu dan memiliki senjata sebagai kesalahan di bawah undang-undang itu.

Menteri Dalam Negeri, Mansour el-Essawy ketika mengumumkan langkah itu di televisyen kerajaan, semalam juga memberi amaran, polis akan menembak sesiapa yang menyerang bangunan Kementerian Dalam Negeri atau balai polis.

Langkah itu diambil, selepas penunjuk perasaan menyerang Kedutaan Israel dan sebuah balai polis pada minggu lalu dan membawa kepada pertempuran dengan polis pencegah rusuhan mengakibatkan tiga orang maut dan lebih 1,000 lagi cedera.

Menurut agensi berita kerajaan, undang-undang darurat yang berkuat kuasa sejak bekas Presiden Hosni Mubarak mengambil alih kuasa pada 1981, akan digunakan untuk memerangi 'ancaman terhadap keselamatan negara dan keselamatan awam di negara ini, serta pemilikan dan perdagangan senjata api dan peluru, dan pengedaran dadah'.

Undang-undang itu juga akan digunakan untuk membanteras 'kegiatan samseng, sekatan terhadap kebebasan bekerja, tindakan mensabotaj kilang dan menahan pengangkutan, menyekat jalan dan sengaja menyiarkan khabar angin, berita atau maklumat palsu'.

Kerajaan, kelmarin mengumumkan akan melanjutkan tempoh undang-undang darurat, yang diperbaharui bagi tempoh enam bulan pada April lalu.

Undang-undang itu memberi kuasa meluas kepada pihak berkuasa untuk menahan suspek dan memindahkan kes ke mahkamah tentera dan mahkamah khas yang lain.
- Reuters/UtusanOnline


Mat Sabu dan rakaman perbualan seks: Kah... kahh.... kahhhh.... Enggan komen bererti benar?

TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu dilaporkan menyebut perkataan ‘no komen’ sebanyak tiga kali apabila diminta mengulas mengenai rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.

"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang kelmarin seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. Isnin.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen. Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya. Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.

 Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.
Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Kalau tak silap SM, selepas peristiwa itu, wanita berkenaan dicerikan oleh suaminya dan kemudian berkahwin dengan Mat Sabu. Apa maksudnya tu yerrrr? Bohong! Fitnah! Atau mainan jahat UMNO?

Apakah perkataan ‘no komen’ atau ‘tiada komen’ itu bermaksud apa yang dirakam dan disiarkan itu adalah benar belaka. Tidak ada yang tidak benar melainkan benar sebenar-benarnya?

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Jaguh mulut celupar yang terkenal suka menghentam sesiapa sahaja musuh politiknya dengan pelbagai kata-kata menghina, maki-hamun dan sumpah-seranah, akhirnya terkantoi dengan rakaman perbualan telefon yang disiarkan itu.

Nyatalah si Mat Sabu itu bagaikan ayam bapak yang ‘kokoknya berderai-derai, tapi ekornya bergelumang dengan tahi sendiri’. Sedap sangat mengutuk dan mengata orang hinggakan terlupa diri sendiri lebih teruk. Jahanam dan siallllll!

SM ucap tahniah kepada blogger yang menyiarkan rakaman berkenaan. Ternyata ianya sangat berkesan menundukkan kepala Mat Sabu. Baru dia tahu memandang ke bawah. Kalau tidak asyik dok mendongak ke langit hinggakan terlupa bahawa dirinya berada di bumi nyata.

Padannn... mukaaaaa! Itu baru sedikit! Ada lagi!

Kepada mana-mana blogger yang ada bahan lain yang seangkatan dengan apa yang disiarkan itu sila siarkan segera supaya rakyat tahu siapa Mat Sabu sebenar. Dan kalau yang dah tahu tapi telah terlupa, biar mereka ingat kembali.
- Sumber: UtusanOnline
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog