Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 14 Mei 2011

KES LIWAT II: Anwar Ketahui Nasibnya Isnin Ini

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkaN persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

"Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Hakim Mohamad Zabidin
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac, 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perbicaraan itu, yang bermula pada 3 Feb tahun lepas, di mana Mohd Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamh secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberikan keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

Malah Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.


Mohd Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

Pendakwaan memanggil 27 saksi, termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA "lelaki Y" didapati di dubur Mohd Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tangguh sudah, solat hajat pun sudah. Cuma menantikan keputusan ada kes atau tidak pada Isnin ini. Kalau ada kes, Anwar akan dikenakan membela diri. Kalau tak ada kes, Anwar akan dibebaskan.

Peluang telah diberikan secukupnya, malah melebihi tertuduh-tertuduh lain dalam kes serupa.

Anwar sanggup peralatkan Islam - Bekas anak buah.

"Hangpa nak buat apa buatlah.... ana tak kisah.... hangpa nak minta apa, mintalah.... ana boleh bagi, ana boleh lulusakan, asalkan jangan minta ana punya kerusi Perdana Menteri Malaysia...."
DUA bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim menyifatkan sikap bekas majikan mereka yang sudah jauh berubah sebagai bukti beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan Islam demi kuasa.

Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar pada hakikatnya terlalu kemaruk untuk memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menjual agama semata-mata untuk mencapai cita-citanya itu.

“Jika dahulu Anwar mendukung perjuangan Islam, tetapi sekarang Anwar lebih rela menjual agama dan bangsa kepada DAP asalkan dapat berkuasa.

“Soal moral dan akhlak, saya berpendapat Anwar sememangnya seorang yang rosak akhlak sejak dahulu cuma pada masa itu rakyat belum tahu lagi siapa Anwar sebenarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika awal perjuangan dahulu.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit, Anuar Shaari pula berkata, Anwar yang dahulunya dilihat sebagai seorang pejuang Islam kini berubah menjadi seorang pemimpin berfahaman liberal dan tujuannya adalah untuk meraih sokongan.

Beliau berkata, apa yang jelas sejak berimejkan pemimpin berfahaman liberal, Anwar sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan ia dapat menjayakan perjuangan politik peribadinya.

“Ketika perjuangan beliau bertunjangkan Islam, beliau lebih Islam daripada mana-mana umat Islam. Kini Anwar menjadi lebih liberal serta sanggup menggadaikan apa sahaja demi memenuhi sebuah cita-cita politik,” ujarnya.

Presiden Gagasan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, Anwar menunjukkan sikap sebenarnya sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Sejak timbul pelbagai isu, jelas yang Anwar telah rosak akhlaknya. Impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri juga turut terjejas. Beliau berjaya memperkudakan Pas tetapi menjadi boneka DAP,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kalau dah agama pun dia sanggup jual, tentulah dirinya juga akan terjual juga demi mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan mendiami Sri Perdana di Putrajaya.

Dengan kes moralnya yang sangat buruk dan teruk, bayangkan apa akan jadi kalau Anwar jadi PM. Sudah tentu dia mudah diugut. Apabila seseorang pemimpin utama sesebuah negara berada dalam genggaman puak atau kuasa tertentu, tentulah jawatan itu juga akan tergadai sama.

Na’uzubillah....

VIDEO SEKS: Ambik kauuu! Tunggu 25 Mei.... Hishammuddin saman Anwar kerana fitnah

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Writ saman setebal 23 muka surat itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Zul Rafique & Partners pada 25 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dokumen tersebut diperoleh oleh pihak media melalui carian fail di pejabat mahkamah.

Kes saman berkenaan akan disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera pada 25 Mei ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hishammuddin, 50, selaku plaintif mendakwa, pada 21 Mac lalu satu video lucah memaparkan beberapa orang yang tidak dikenali telah ditayangkan.

Keesokan harinya, selepas membuat laporan polis berkenaan video tersebut, Anwar yang dinamakan sebagai defendan telah bercakap kepada pihak akhbar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Datuk Hishammuddin - plaintif
Plaintif mendakwa, kata-kata semasa wawancara itu yang kemudiannya diterbitkan oleh akhbar telah memfitnah dirinya serta merendah-rendahkannya dalam kapasiti beliau sebagai menteri.

Artikel itu antara lain membawa maksud, plaintif bertanggungjawab menayangkan dan mengatur penayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara serta berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan itu.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, plaintif memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadapnya serta menuntut permohonan maaf dalam akhbar kebangsaan yang dipilih oleh beliau.
Plaintif turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta kos.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Cantikkkkkk! Hishammuddin yang kena tuduh terbabit dengan penayangan video seks berkenaan telah pun menyaman Anwar Ibrahim di mahkamah.

Rakyat tunggu macam mana pulak kau nak tepis....
Begitulah tindakan bermoral yang sepatutnya dilakukan oleh sesiapa yang mendakwa dirinya dituduh dengan sesuatu yang tidak benar. Dan bila seseorang itu merasakan tuduhan itu tidak benar, maka saman dan mahkamah adalah jalan dan tempat yang sepatutnya menjadi penentu kebenaran.

Demikian kisah video seks yang memecah-belahkan persepsi rakyat akibat penedahannya oleh Trio Datuk T.

Bila Hishammuddin dituduh terlibat sedangkan dia menafikan dirinya terlibat, beliau saman di mahkamah.

Bagaimanapun di pihak Anwar Ibrahim lain pulak jalan ceritanya. Yang dedahkan Trio Datuk T, sementara yang bersumpah laknat mengatakan pelaku lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim ialah Datuk Eskay – salah seorang anggota Trio.

Tetapi mereka tidak berani diambil tindakan saman di mahkamah oleh Anwar. Yang dilakukannya nafi sana, nafi sini dan tuduh Umno serta pelbagai nama terlibat berkonspirasi atau memfitnahnya, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pentas-pentas ceramah.

Peneroka Felda Purun bantah ceramah Anwar esok. Felda bukan bapak dia punya....

Awas! 'si jahanam' ini mahu datang ke tempat anda. Dia datang bukan untuk kebaikan tapi mahu memecah-belahkan kesejahteraan hidup anda di kawasan Felda. Kalau dia datang juga tempikkan ditelinganya mengenai 'isu video seks', 'jam Omega' dan 'kes liwat II'. Sambut dia dengan kain rentang mengenai tiga perkara berkenaan. InsyaAllah dia akan rasa panas dan cabut lari....
KEHADIRAN Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menyampaikan ceramah Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Felda Purun di Bera, Pahang pada hari Ahad dianggap sebagai satu langkah yang akan mengganggu keharmonian masyarakat peneroka.

Sehubungan itu, sekumpulan 100 peneroka termasuk golongan belia mengadakan demonstrasi aman dengan berjalan sejauh 150 meter sambil membawa sepanduk yang mendesak supaya program itu dibatalkan.

Pengerusi Generasi Kedua Felda Gugusan Bera, Mohd. Fauzi Jalaludin berkata, mereka tidak mahu seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap dan didakwa sebagai pengkhianat berada di tanah rancangan itu.

Tegasnya, tanah rancangan di sini sudah sedia aman, makmur serta sejahtera dan kerana itu mereka tidak memerlukan orang luar apatah lagi yang mahu mengeruhkan suasana tersebut.

"Terlalu banyak perkara negatif dikaitkan dengan Anwar dan kita tidak mahu perkara itu mempengaruhi masyarakat Felda terutamanya generasi muda di sini.

"Kehadiran beliau hanya akan meracuni fikiran generasi muda terutamanya hal-hal memfitnah kerajaan dan Felda disebarkan dalam program tersebut," jelas beliau kepada pemberita di Bera hari Jumaat.

Menurut Mohd. Fauzi, terdapat lima ahli panel pembangkang iaitu dari PKR, DAP dan Pas akan hadir membicarakan ceramah bertajuk 'Ubah Sekarang - Selamatkan Malaysia' pada program tersebut.

Katanya, kebajikan yang diterima peneroka hari ini adalah hasil usaha kerajaan dan pembangkang langsung tidak memberi sumbangan sebaliknya berusaha untuk menghuru-harakan keadaan.

Wakil Gabungan Wilayah Generasi Felda (GWGF), Ismayuddin Suib pula memberitahu, bantahan itu bertujuan mengelakkan pemikiran masyarakat Felda terpesong dan membelakangi kerajaan.

"Kerajaan telah banyak berusaha dan membantu warga Felda tetapi Anwar sewenang-wenangnya, masuk ke sini untuk merosakkan minda anak-anak bangsanya sendiri," katanya.

Wakil peneroka, Ahmad Abd. Rahman, 58, pula menegaskan, sebagai orang lama di tanah rancangan itu, beliau melihat kemakmuran penduduk semakin baik dari semasa ke semasa.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak muda Felda yang berani menyanggah kedurjanaan ‘setan gondol’ yang cuba menawan peneroka Felda di negara ini supaya menyokong kerja jahanam yang dilakukannya.

Felda ditubuhkan bukan hasil usaha dan idea ‘bapak’ dia. Dia tak tahu nak buat sesuatu demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Yang dia tahu hanya mengacau dan merosakkan apa yang orang lain dah buat.

Selain penglhianat negara ini ada semua halau – jangan bagi dia masuk, peneroka yang membawanya masuk ke kawasan-kawasan Felda juga harus dinyahkan dari mana-mana rancangan Felda. Manusia yang tak tahu bersyukur dan tak sedar diri ini tidak layak menduduki tanah-tanah Felda yang diwujudkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Mereka itu semuanya ‘si bangsat’ yang dulunya hidup merempat dan papa kedana, bukan sahaja tidak tahu berterima kasih malah tidak mengakui rahmat dari Allah SWT.

Isu Kristian: Ada asas kebenaran dalam laporan Utusan

Muka depan Utusan Malaysia yang menggemparkan.... Sekarang dah ada yang mengaku ianya betul dan benar. Tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.... Dah ada hamba Allah yang mengaku ianya benar....
LAPORAN muka depan Utusan Malaysia mengenai usaha pihak tertentu untuk menjadikan Kristian sebagai agama Persekutuan Sabtu lalu seperti dipetik daripada dua blog adalah berasas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, asas pada pemberitaan tersebut mungkin boleh dijelaskan melalui sebuah laporan polis hari ini yang dibuat oleh seorang individu yang turut berada dalam majlis dimaksudkan di Pulau Pinang.

Selain itu, katanya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan telah tampil menjelaskan mengenai asas laporan muka depan akhbar berkenaan sewaktu memberi keterangan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, semalam.

"Jadi inilah yang saya tekankan hari itu, jangan kita beremosi tentang perkara berhubung kait agama, kaum, biar pihak berkuasa (iaitu) polis khususnya untuk jalankan tugas mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) Chow Kit di Kuala Lumpur hari Jumaat.

Laporan muka depan akhbar ini Sabtu lalu yang bertajuk Kristian Agama Rasmi? seperti dipetik daripada pendedahan dua blog tempatan iaitu Bigdog dan Marahku bagaimanapun turut menyiarkan penafian Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dari DAP yang turut hadir pada majlis itu.

Bagaimanapun di Pulau Pinang hari ini, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi berkenaan tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.

Hishammuddin menambah, kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap pelbagai pihak termasuk Utusan mengenai hal itu kerana perkara berkenaan masih disiasat polis.

"Jangan tumpukan kepada Utusan, siasatan ini bukan untuk mencari salah siapa, ia lebih kepada mencari kebenaran sama ada perkara itu (ikrar menukar Kristian sebagai agama Persekutuan) benar berlaku," tegasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tak tahulah apa dah jadi mengenai isu ini. Sekejap ada sekejap tak ada. Ada yang nafi dan ada pula yang membuat laporan polis mengatakan benar kerana dia turut serta dalam majlis berkenaan.

Sekarang isu berkenaan dah jadi kes polis.

Tunggu sajalah apa cerita selanjutnya.

Khamis, 12 Mei 2011

'Pandi Kutty': Saya malu dengan Anwar - Nalla

TINDAKAN Anwar Ibrahim yang dikatakan memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandi kutty’ bukan hanya menghina Perdana Menteri, bahkan turut melibatkan maruah ayahandanya yang cukup berjasa kepada negara.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, beliau selaku penganut agama Hindu dan berketurunan India juga cukup malu dengan perbuatan ketua pembangkang itu yang sentiasa menampilkan imej seorang Islam yang warak.

Katanya, tindak tanduk terbaharu Anwar itu menambah satu lagi koleksi petunjuk kepada keperibadian sebenarnya selepas terpalit dengan isu rakaman video seks yang mirip wajahnya dan pertuduhan liwat.

Anwar bagaimanapun menafikan gelaran itu beliau tujukan kepada Perdana Menteri tetapi adalah untuk menggambarkan mengenai tindakan UMNO sebagai sebuah parti.

"Sesiapapun boleh main wayang tetapi perkataan yang terkeluar secara spontan itu biasanya cerminan keperibadian sebenar dan dengan saya, Anwar jangan nak main wayang pula.

"Saya (orang) India, penganut Hindu pun malu nak menggunakan perkataan itu, sepatutnya orang Islam pun begitulah terutama yang boleh menjadi imam, membaca khutbah, memberi tazkirah dan berucap sambil menyelitkan ayat al-Quran macam Anwar.

"Tetapi bekas sahabat saya ini lain pula, nampak macam alim tetapi perkataannya tidak 'alim', yang dihina pula bukan sahaja Najib bahkan Tun Razak yang cukup berjasa, malah Anwar sendiri pun termakan jasanya itu," katanya yang menghubungi Utusan Malaysia di Kuching, Rabu.

Anwar dalam satu ceramah kepada masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakarupan menyelar Anwar sebagai tidak wajar untuk memberi label sebegitu hina kepada Perdana Menteri sewaktu keperibadian beliau sendiri diragui masyarakat.

Katanya, perkataan hina itu lebih layak ditujukan kepada seseorang yang pengecut, bermuka-muka dan perosak keharmonian negara berbanding kepada seorang tokoh yang banyak berjasa.

"Jadi sekarang siapa pandi kutty? Dalam keributan politik negara, saya yakin rakyat boleh membuat tekaan yang tepat," katanya sinis.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pada bahagian akhir berita ini Nallakaruppan bertanya: “Jadi sekarang siapa pandi kutty?”.

Sebelum itu beliau menyatakan bahawa sikap bekas sahabatnya sangat bertentangan dengan karektor yang ditonjolkan sebagai seorang yang alim, menjadi imam solat, memberi tazkirah dan warak. Tapi apabila terdesak dan tertekan dengan isu peribadi yang tidak mampu ditepisnya dengan bukti – sekadar mengatakan “rupa macam saya tapi itu bukan saya”, Anwar sanggup mengeluarkan kata-kata penghinaan seperti itu.

Cumanya, bekas sahabat karib yang sering jadi pemandu Anwar untuk berfoya-foya melepaskan nafsunya dahulu itu tidak mengeluarkan kata-kata bahawa yang sepatutnya dilabel sebagai pandi kutty ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Walaupun yang berkata begitu ialah Nallakarupan – bekas sahabat Anwar, tetapi bila Anwar mengulas mengenainya nanti sudah tentu dia berkata “itu semua kerja orang Umno, perbuatan DS Najib”, sedangkan Nalla bukannya ahli Umno atau pemimpin parti komponen Barisan Nasional.

‘Pandi Kutty’: NGO selar penafian Anwar

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat semakin giat berusaha membersihkan diri dan reputasinya apabila menafikan gelaran pandi kutty yang disebutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepanjang beliau mengenali Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anwar memang sering menyalahkan semua pihak dan baginya hanya dia sahaja yang berada di kedudukan yang betul.

“Sejak tahun 1970 saya kenali Anwar termasuk ketika menjadi rakan tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun, beliau sering mengatakan dia difitnah dan apa yang terjadi ke atasnya adalah konspirasi politik.

“Adakah Anwar lupa bahawa dia sering berucap dan memberi ceramah dengan melemparkan tuduhan terhadap ramai pihak? Bagi saya, ini adalah balasan Allah kepada perbuatannya selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Rabu.

Semalam, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty yang bermaksud ‘anak babi’ dalam ceramahnya Sabtu lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak tetapi menujukan kepada UMNO.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sikap Anwar yang sering menafikan kenyataannya atas tujuan ingin bersihkan nama dan kedudukannya dalam dunia politik adalah sia-sia.

“Anwar perlu ingat pada bidalan Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Saya lihat Anwar sebenarnya sedang menghadapi penyakit ‘sindrom penafian yang kronik’.

“Penafian Anwar itu sebenarnya menghina dirinya sendiri dan seluruh pengamal media khususnya wartawan di negara ini,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Umno hanyalah sebuah pertubuhan. Ia bukan benda atau manusia atau haiwan. Yang menjadi ahli Umno ialah orang Melayu Islam, kecuali sedikit kaum bumiputera Sabah yang bukan beragama Islam.

Apabila Anwar mengaku dia menujukan perkataan  ‘pandy kutty’ itu kepada Umno, tidakkah bermakna dia bermaksud semua ahli Umno adalah ‘anak babi’? Dan oleh kerana Umno itu diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Presiden tidakkah perkataan itu boleh dianggap dituju kepada beliau.

Oleh kerana Anwar sering menuduh segala pendedahan salahlaku seks yang diterimanya adalah konspirasi DS Najib, maka tidakkah kata-kata itu tertuju khas kepada DS Najib?

Siapa yang Anwar cuba nak tipu hidup-hidup bagaikan semua yang mendengar ucapannya itu adalah orang bodoh?

FORUM: Jadikan penyatuan Melayu hasrat utama UMNO

Dari kiri Dr. Hasan Mad, Ahmad Maslan dan Fathul Bari Mat Jahya antara barisan panel Forum 65 Tahun UMNO di Kuala Lumpur, semalam.
HARAPAN penyatuan bangsa Melayu terutamanya antara penyokong UMNO dan Pas wajar menjadi hasrat utama sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 yang disambut, Rabu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana orang Melayu sudah terlalu lama terpisah kerana berseteru dalam politik yang sebenarnya merugikan bangsa Melayu sendiri.

"Penyatuan UMNO dan Pas itu bukan hanya menguntungkan orang Melayu sahaja, tetapi juga orang bukan Melayu.

"Ini kerana sebagai kaum majoriti, kekuatan kaum Melayu akan menyaksikan pembangunan negara dari banyak sudut seperti ekonomi, pendidikan dan sebagainya," kata beliau.

Ahmad berkata demikian pada Forum 65 Tahun UMNO anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-65 di sini hari ini.

Dua lagi ahli panel pada forum itu ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad menambah, beliau secara peribadi juga berharap UMNO akan terus menerajui kemajuan negara menjelang 2020.

Dalam masa sama katanya, semua kaum di negara ini termasuk etnik di Sabah dan Sarawak bersatu padu dan saling menerima antara satu sama lain sebagai sahabat.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Sewajarnya Umno tidak perlu berhenti daripada menyeru dan berusaha ‘menyatukan umat Melayu’ di negara bertuah ini. Itulah asas Umno ditubuhkan 65 tahun lalu.

Kalau dulu Umno menyeru kepada penyatuan demi menentang penjajah Inggeris, kini penyatuan itu sangat diperlukan bagi mengisi kemerdekaan, mencapai tahap kemajuan bangsa, negara dan agama sesuai dengan perkembangan semasa. Zaman berubah, masa berlalu.

Dan yang paling utama, penyatuan sangat diperlukan demi memper-
tahankan hak Melayu yang semakin dihimpit oleh kesepakatan kaum imigran yang bercita-cita merampas tampuk pemerintahan negara ketika mereka melihat orang Melayu sendiri sedang berpecah-belah.

Kalau diketika peralihan kuasa antara pemerintahan Jepun dan Inggeris dahulu mereka pernah cuba merampas kuasa melalui gerakan militan komunis, apakah tidak mungkin dalam keadaan orang Melayu sedang berpecah-belah kini mereka melancarkan tindakan serupa sekali lagi?

Kaum imigran yang didalangi DAP sedang berusaha secara senyap menyatukan kaum mereka dalam mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara kedua selepas Singapura berjaya mereka rampas secara halus dan teratur.

Penyatuan perjuangan antara Pas dan Umno bukan bermakna Umno takutkan Pas. Sejak dulu, kini dan selamanya Umno tidak pernah gentar dengan Pas. Cuma apabila Pas dilihat sebagai alat untuk menguatkan kesepakatan politik kaum imigran, maka kewujudan Pas sudah jadi musuh kepada perpaduan kaum Melayu.

Perpaduan Umno Pas tidak semestinya Pas menyertai Barisan Nasional. Perpaduan Umno-Pas boleh dilakukan dalam bentuk kesepakatan sebagaimana Pas bergabung dengan DAP dan PKR seperti sekarang.

Ruang dan peluang pemimpin Pas berjuang demi agama Islam dan umat Melayu lebih baik jika Pas-Umno berada dalam satu kesepakatan politik yang berteraskan perpaduan umat Melayu dan demi Melayu/Islam.

Mungkin pada peringkat awal sekongkolan PAS-PKR-DAP dilihat oleh orang Melayu sebagai satu peluang alternatif kepada kepimpinan Melayu yang lebih mantap dan bermakna. Justeru itu, ramai orang Melayu menyokong dan mengundi pembangkang pada PRU 2008.

Bagaimanapun, setelah tiga tagun berlalu dan setelah negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah diserahkan kepada kepimpinan pembangkang, ternyata apa yang diharapkan oleh orang Melayu tidak menjadi kenyataan. Malah, lebih banyak berlaku perkara yang mengecewakan orang Melayu sendiri.

Dalam keadaan Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai bakal pengganti kepimpinan negara oleh puak pembang-
kang, bercelaru dan berkecamuk dengan isu peribadinya yang tak habis-habis, kepimpinan Pas gagal menonjolkan diri sebagai pemimpin dan parti terbesar orang Melayu mencapai cita-cita menggantikan Umno di pihak pembangkang.

Lebih teruk lagi, rakyat dapat memerhatikan bagaimana Pas dan pemimpinnya sekadar ‘melukut di tepi gantang’ dalam pakatan berkenaan. Perjuangan Islam entah ke mana, pembelaan umat Melayu pun tidak menjadi

Justeru, atas hakikat inilah Pas dan Umno sangat perlu bersatu dalam memantapkan politik dan kepimpinan negara yang semakin tercabar dalam menempuh gelora politik global yang serba mencabar kini.

ISU VIDEO SEKS: Polis selesaikan siasatan, Peguam Negara segerakan dakwaan dan akhirnya Suruhanjaya Diraja kerajaan tubuhkan.... InsyaAllah, mulut Anwar akan terkunci....

KES dan isu video seks yang didakwa oleh Datuk Eskay bahawa Anwar Ibrahim adalah palkunya, meruntun rakyat terlibat sama apabila tertuduh – Anwar Ibrahim, masih berleluasa berceramah ke sana ke mari menafikan keterlibatan dirinya.

Melalui ceramah-ceramah membela dirinya, Anwar mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Umno memfitnahnya sehinggakan dia sanggup mengeluarkan perkataan ‘pandi kutty’.

Ceramah Anwar yang mengajak rakyat menentang PM dan Umno adalah sandiwara murahan Anwar dalam usahanya membela diri di khalayak umum.

Semakin Umno dan PM bertahan dengan menafikan segala dakwaan Anwar itu, semakin galak dia mengadakan ceramah dan jumlah rakyat yang tak berapa cerdik akan semakin ramai yang terpengaruh.

Isu kelakuan buruknya berjaya dipindahkan kepada rakyat sebagai Umno dan DS Najiblah yang berkelakuan buruk, jijik dan hina kerana memfitnmah Anwar.

Trio Datuk T yang dedahkan video seks berkenaan, Umno dan Perdana Menteri pula yang di salahkannya. Sedangkan Trio Datuk T yang menimbulkan isu tidak pula berani di ambil tindakan oleh Anwar melalui mahkamah.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan sudah tentu akan menambah lagi perpecahan di kalangan umat Melayu/Islam di negara ini. Jika ianya tidak ditamatkan segera, maka akan bersorak gembiralah mereka yang memang menanti-nanti masa berpecah-belahnya pribumi negara ini untuk diambil kesempatan.

Justeru itu, penulis meminta pihak berkuasa polis dan juga Peguam Negara supaya menyegerakan siasatan seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim terhadap Trio Datuk T, iaitu ‘mengedar video lucah’.

Jika ketiga-ketiga mereka di dapati bersalah, hukumlah mereka mengikut undang-undang sedia ada.

Sebagaimana biasa, kalaulah Trio Datuk T dijatuhkan hukuman kerana mengedar video lucah, Anwar Ibrahim sudah tentu akan terus membela dirinya di khalayak umum melalui ceramahnya dengan menuduh Umno dan Perdana Menteri terlibat melakukan fitnah dan konspirasi terhadapnya.

Apabila Anwar kata ada konspirasi PM dan Umno, sementara Umno dan PM menafikannya, maka jalan yang ada ketika itu ialah pihak kerajaan atau kabinet harus mengambil keputusan menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja Menyiasat Kes Video Lucah berkenaan.

Berdasarkan pengalaman Suruhanjata Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, pemimpin pembangkang yang diketuai DAP memburuk-burukkan SPRM terhenti dan terbantut apabila prosiding siasatan suruhanjaya didedahkan dengan isu lain yang cuba DAP tutup, iaitu penyelewengan wang peruntukan ADUN negeri Selangor.

Sebagaimana kita semua ketahui, setelah prosiding bermula, siang-siang lagi peguam DAP dan keluarga mendiang meninggalkan prosiding siasatan dengan pelbagai alasan yang memakan diri.

Hingga kini, DAP dan juak-juak pembangkang dari Pas dan PKR terus terkunci mulut dan terkedu dengan apa yang terdedah pada prosiding berkenaan.

Soh, senyap, sepi dan aman. Nama baik SPRM terbela dengan sendirinya di mata rakyat.

InsyaAllah, kalau isu video seks ini mahu diselesaikan segera demi mengelak rakyat daripada terjebak lebih jauh hanyut bersama kempen-kempen Anwar Ibrahim yang mencari salah orang lain itu, maka tubuhkan suruhanjaya siasatan.

Yakinlah, jika suruhanjaya diraja ditubuhkan akan senyap sepilah mereka yang terkinja-kinja membela Anwar Ibrahim itu. Mulut mereka akan terkunci sebagaimana terkuncinya mulut pemimpin DAP dalam isu kematian Teoh Beng Hock yang menuduh pegawai SPRM membunuh.

Walaupun siasatan kematian Teoh oleh suruhanjaya masih belum selesai, perkembangan prosiding sudah cukup untuk menyedar dan menutup mult rakyat yang terseleweng kerana terpengaruh dengan pembelaan Anwar di pentas ceramah.

 Apapun, penyelesaiannya terletak kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk memulakan tuduhan terhadap Trio Datuk T sebagaimana dakwaan atau laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim mengenai isu video seks berkenaan.

Lagi lambat keputusan dibuat, lagi kalutlah rakyat negara ini, khasnya kaum Melayu/Islam dengan isu yang boleh diibaratkan sebagai ‘lain yang bengkak, lain yang bernanah’ itu.

Wallahhualam.
- YopMan

Betulkah setia pada Umno bila tak jadi calon?... Betul serahkan mandat pada pucuk pimpinan?... Betul?... Terima kasih. - DS Najib

Presiden Umno, Datuk Seri najib Tun Razak berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Turut hadir bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam
PRESIDEN Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menguji kesetiaan anggota Umno terhadap perjuangan parti apabila tiba masanya.

Walaupun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa ujian itu secara langsung mengaitkan pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Apakah kita sudah cukup setia kepada Umno? Apakah tak jadi calon kita akan setia kepada Umno? Betul? Setia? Betul serah mandat pada pucuk pimpinan? Terima kasih. Saya akan uji bila sampai masa nanti.

"Jangan nanti ada yang merajuk, tidak mahu kerja dan pergi ke luar negara kalau tidak terpilih menjadi calon pilihan raya," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-65 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Najib, mendapat respon daripada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir memenuhi Dewan Merdeka yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Umno dari seluruh negara.

Turut sama pada majlis ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, naib-naib presiden serta ketua-ketua sayap parti.

Dalam pada itu, Najib turut mengajak semua anggota dan pemimpin Umno melafazkan ikrar supaya terus sama-sama mendampingi rakyat dan berkhidmat bersungguh-sungguh serta prihatin kepada keperluan dan suara rakyat di peringkat akar umbi.

Sambil mengajak hadirin mengimbas kembali sejarah penubuhan Umno 65 tahun lepas, Najib mengingatkan anggota dan pemimpin supaya menghindari sikap berpuak-puak atau politik 'factionalisme' untuk memastikan Umno terus menjadi parti yang kuat dalam negara.

"Kalau Umno bersatu, apatah lagi kalau orang Melayu pegang, Umnolah parti keramat untuk orang Melayu, Umno itu Melayu...Melayu itu Umno, kita merupakan parti yang kuat dalam negara ini.

"Kita tidak mahu Umno senasib parti-parti lain. Parti yang telah banyak berjasa tapi telah terkubur, yang telah berbudi tapi mengalami kekalahan. Umno belum mengalami nasib sebegitu dan janganlah kita menghadapi nasib yang sama.

Najib berkata Umno juga sudah mempunyai cukup kekuatan untuk terus menjayakan dan memantapkan agenda transformasi negara di samping telah mempunyai jenama tersendiri yang masih di pandang tinggi oleh rakyat jelata.

Pada majlis itu, Najib turut menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' serta memotong pulut kuning.

Datuk Seri Najib bersama pemimpin Umno menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' sambil menyayikan lagu Umno....
- Berita: Bernama. Gambar: UmnoOnline

SATU MELAYU:
Pertanyaan DS Najib itu membayangkan bahawa itulah salah satu masalah yang dihadapi Umno ketika berdepan dengan Pilihan Raya. Rasa tak puas hati kerana tak terpilih atau tak terpilij lagi jadi calon memangnya masalah yang sentiasa wujud.

Bagaimanapun, ketika memutuskan calon-calon yang bertanding dari Umno nanti janganlah sampai ada Ketua Bahagian dari Bahagian A bertanding di Bahagian B, sedangkan Ketua Bahagian B tersingkir atau sebagai Adun sahaja.

Apabila calon pendatang itu menang dan diangkat jadi menteri atau timbalan menteri, sementara Ketua Bahagian yang jadi Adun hanya jadi Adun biasa sahaja, siapa yang tak marah? Sebab pada pemilihan bahagian selepas itu, wakil rakyat pendatang itu akan tentang Ketua Bahagian di mana dia jadi Ahli Parlimen. Ahli akan berpecah dan berbalah.

Keadaan ini memanglah tidak menyenangkan, terutamanya ahli dan orang kuat Ketua Bahagian berkenaan.

Kesilapan meletak calon seperti berlaku pada PRU 2008 diharapkan tidak berulang.

Suruhanjaya Siasatan Dengar Maklumat Baru Berbeza Daripada Inkues

SETELAH bersidang selama 60 hari, suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota exco kerajaan Selangor hampir dua tahun lepas, melabuhkan tirainya dua hari lepas.

Kehadiran 70 saksi termasuk pakar patologi, psikiatri, ahli keluarga dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghasilkan beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya yang dijalankan sebelum ini.

Fakta mengenai perkahwinan, karektor sebelum dia meninggal dunia, penyelewengan dan teori kejatuhannya dari tingkat 14 Plaza Masalam di Shah Alam yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor, didedahkan dengan lebih terperinci.

Penubuhan suruhanjaya itu dianggap sebagai landasan terbaik dalam usaha membersihkan nama SPRM setelah timbul spekulasi kononnya pegawai SPRM bertanggungjawab menyebabkan kematian beliau pada 16 Julai 2009 memandangkan mayatnya ditemui selepas dia disoal oleh SPRM berhubung aduan mengenai penyelewengan.

Pelantikan lima anggota suruhanjaya yang berpengalaman dilihat mampu memberi keputusan yang terbaik dan ia diharap diterima oleh semua pihak.

Suruhanjaya ini juga dilihat berbeza dengan inkues terdahulu kerana anggota suruhanjaya lebih tegas dan tidak memberi peluang kepada peguam untuk mengutarakan soalan yang tidak berkaitan dan berbentuk spekulasi kepada saksi.

Ketika inkues lalu, saksi sering diajukan soalan berbentuk andaian oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, hingga membangkitkan kemarahan dan pertikaman lidah.

Malah, prosiding inkues mengambil masa yang panjang iaitu hampir dua tahun sebelum Koroner Azmil Muntapha Abbas membuat 'keputusan terbuka' bahawa kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau melibatkan pihak ketiga.

Ekoran daripada keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, mengumumkan bahawa satu suruhanjaya ditubuhkan dan laporannya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 25 April. Bagaimanapun tempoh penyerahan laporan itu dilanjutkan ke 24 Jun.

Sepanjang prosiding berlangsung, suruhanjaya yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bersikap tegas malah cubaan peguam yang mewakili Majlis Peguam untuk mengungkai lebih mendalam mengenai isu membabitkan DAP tidak dibenarkan.

Ini kerana Foong berpendapat penubuhan suruhajaya hanya mempunyai dua tujuan iaitu mengenal pasti sama ada terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan oleh SPRM terhadap Teoh dan membuat siasatan tentang kematiannya.

Mengenai teori kejatuhan Teoh, tiga pakar forensik patologi memutuskan bahawa kematian disebabkan kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohamed Noor, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar, merupakan saksi yang sama dalam inkues.

Pendapat Dr Prashant bahawa Teoh mencangkung di tepi tingkap sebelum terjun, telah mencetuskan pelbagai reaksi.

Dr Prashant juga menyerahkan beberapa keping gambar ketika bedah siasat, dan menurut Foong, bahan bukti itu lebih baik daripada yang dimiliki polis yang ditunjukkan ketika inkues dahulu.

Seorang lagi pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis pula memberi keterangan bahawa tengkorak mangsa retak mungkin akibat jatuh dari tempat tinggi serta tekanan berlebihan dan beliau juga berpendapat Teoh duduk seketika di tepi tingkap sebelum jatuh.

Pakar patologi dari Tahiland, Dr Pornthip Rojanasunand, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kononnya Teoh berkemungkinan dibunuh, tidak lagi menyuarakan pendapat bahawa punggung Teoh ditusuk dengan objek keras serta dicekik sebelum mati.

Ketika prosiding, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili SPRM, berkata Pornthip pernah memberi pandangan yang salah berhubung autopsi terhadap kematian seorang jutawan di Tahiland sehingga adik si-mati didakwa membunuh, sedangkan autopsi pertama, mendapati mangsa membunuh diri.

Prosiding pada hari terakhir pada Selasa lepas juga telah mendedahkan maklumat daripada pakar psikiatri yang berpendapat kemungkinan besar kematian Teoh disebabkan bunuh diri dan bukan disebabkan perkara lain.

Perunding Forensik Psikiatri Hospital Permai Johor, Dr Bada'iah Yahya, dan Perunding Psikiatri Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Selayang, Dr Nor Hayati Ali berkata berdasarkan pemeriksaan forensik, tiada tanda-tanda pergelutan, darah atau senjata ditemui di pejabat SPRM yang boleh dikaitkan dengan kematian Teoh.

Mereka berpendapat fikiran Teoh tidak menentu ketika pegawai SPRM datang ke pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebelum dia dibawa ke pejabat SPRM Selangor untuk disoal pada 15 Julai 2009.

Suruhanjaya itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S. Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
- Bernama

Rabu, 11 Mei 2011

Mesyuarat BN Jumaat: Persediaan Hadapi PRU-13 Jadi Tumpuan

PERSEDIAAN pilihan raya umum ke-13 akan menjadi perkara utama yang akan dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ini memandangkan ia akan mengendalikan pilihan raya 'percubaan' (dry run) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya 'percubaan' itu akan dibentang pada mesyuarat berkenaan memandangkan BN dijadual mengadakannya Julai ini.

"Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi dan analisis pilihan raya Sarawak, pendaftaran pengundi dan saya sendiri akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu. Semua ini berkait dengan persediaan pilihan raya umum kerana kita perlu bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada Bernama, Rabu.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar daripada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pilihan raya negeri Sarawak.

Parti komponen BN di Sarawak juga dijangka membentangkan laporan mengenai pilihan raya negeri itu pada mesyuarat berkenaan untuk digunakan sebagai input dalam merangka strategi pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan melihat pelbagai aspek dalam usaha memperkuatkan persediaan kami untuk pilihan raya akan datang," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, BN menang 54 daripada 71 kerusi, sekaligus mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah, Datuk V K Liew berkata kajian semula pilihan raya Sarawak penting untuk BN kerana mereka perlu melihat kelemahan mereka dalam usaha mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

"Biasanya, apabila kita melalui sesuatu pilihan raya, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan jentera kita. Ia adalah pengajaran untuk membolehkan kita memperbaiki diri bagi menghadapi pertandingan yang lebih besar," katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Kajian demi kajian memang diperlukan sebelum Pilihan Raya Umum sebenar diadakan.

Kalau kajian itu memungkinkan BN kalah, apa perlunya diadakan PRU segera. Tempoh masa masih panjang. Masih ada rung untuk membuat kajian terperinci. Masih ada masa untuk perbetulkan mana yang tak berapa betul.


Kekuatan Umno di peringkat Bahagian pun tidak kurang masalahnya. Kuda-kuda tua yang tak produktif masih mahu terus berlari, masih melobi untuk berlumba pada PRU akan datang,

Kisah Hidayah Untuk Hamba PilihanNya: ABDUL MASIH

Khas untuk bacaan umat Islam sahaja.

HAMPIR semua umat yang beragama tahu bahawa kitab yang diturunkan Allah SWT kepada semua Nabi-Nabi-Nya adalah satu, tidak berbilang.

Kepada Nabi Musa as, diturunkan kepadanya Kitab Taurat, iaitu satu-satunya kitab yang diakui oleh orang Yahudi. Manakala untuk Naib Daud as, diturunkan kepadanya Kitab Zabur. Itulah satu-satunya kitab yang dikenali oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Sementara untuk Nabi Muhammad SAW, Allah menurunkan Kitab Al-Quran, iaitu kitab yang sepatutnya diakui oleh seluruh umat manusia.

Bertitik tolak daripada hakikat itu, di manakah logiknya kitab Injil masa kini boleh berbilang? Sedangkan Tuhan yang menurunkannya kepada Nabi Isa as, adalah satu, serta Nabi yang menerima Injil itu juga adalah satu. Justeru, bagaimanakah yang menjadikan kitab itu banyak versi dan berbilang itu boleh terjadi?

Maka terbuktilah bahawa Injil yang beredar di kalangan penganut agama Kristian sekarang ini adalah bukan Injil asal, iaitu Injil yang ditirunkan Tuhan kepada Nabi Isa as.

Sesungguhnya orang yang paling tahu mengenai Injil adalah ahlinya. Yang jelas, ada diantara mereka yang tahu mengenainya telah meninggalkan agama tersebut lalu memilih Islam sebagai agama pegangannya.

Ustaz Syeikh Abdullah Khalis yang sebelum memeluk Islam bernama Abdul Masih menceritakan tentang sebab-sebab keIslamannya melalui sepucuk surat yang disirkan oleh sebuah akhbar terkemuka bernama ‘Al-Hidayah Al-Bahgdadiyah’.

Isi kandungan suratnya adalah seperti berikut:
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah hak Allah semata, Selawat dan Salam untuk Rasul pilihan Muhammad SAW beserta para sahabatnya.

“Sesungguhnya saya adalah Abdullah Khalis dari keturunan Peterix Tarquin, saya berasal dari negara Artioche kemudian menetap di Kota Cairo, Mesir. Pasa waktu itu saya menganut aliran Ya’kubi Ortodox. Nama asal saya adalah Abdul Masih. Dalam agama Kristian saya telah mencapai tahap Materix, lalu diangkat menjadi Pater Abdul Masih di kota Meridian (Turki) sebagai ketua pemimpin aliran Ortodox dan sebagai Materix di kota Diyar Bakr dan selitarnya.

“Ketika saya memegang jawatan sebagai Materix inilah saya ditugaskan sebagai pengawas tempat peribadatan agama Kristian aliran Ya’kubi yang berpusat di kota Anatolie (Turki). Sesudah itu saya diangkat sebagai Wakil Paterix yang menghubungkan berbagai macam kegiatan, sama ada di dalam dan di luar negeri.

“Berserta segala yang aku miliki, dari kehidupan yang mewah, berkedudukan dan pangkat, serta ketekunanku terhadap agama Kristian, pada saat itulah Allah SWT telah menyinari hatiku dan melapangkan dadaku untuk memeluk agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

“Perkara ini terjadi adalah disebabkan aku mula merasakan sendiri bahawa ajaran Kristian dengan kitab-kitab Injilnya saling bertentangan antara yang satu dengan yang lainnya. Ketika aku cuba mendalami perbahasan beberapa agama, aku tidak melihat satu agama pun yang benar-benar pasti mengarahkan menyembah kepada Allah SWT kecuali agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran hanya dalam satu bahasa - Arab
“Sepatutnya kitab Injil yang diakui oleh umat Kristian sebagai Kalam Allah, sebenarnya hanya terdiri dari satu Injil sahaja, sebagaimana halnya dengan Al-Quranul Karim. Maka bagaimana dapat diterima oleh akal apabila Injil itu berbilang atau ada banyak versi hinggakan mereka mendatangkan empat puluh buah Injil. Kemudian setelah itu mereka meringkaskannya menjadi empat Injil?

“Sesungguhnya hal yang demikian itulah membuatkan mereka keluar dari kebenaran bahkan mereka hanya mengikuti hawa nafsu dan mendatangkan cacat cela dalam agamanya. Perkara seperti ini tidak akan dilakukan oleh seseorang, kecuali orang yang gila, maka jadilah keadaan mereka lebih buruk jika dibandingkan dengan penyembahan berhala.

“Di samping itu, mereka juga mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Sedangkan yang lainnya pula berpendapat bahawa Islam itu adalah Allah SWT sendiri, dan yang lain lagi berkeyakinan akan keyakinan triniti (tiga oknum Tuhan tetapi sat). Sesungguhnya Maha Suci Allah dari apa yang mereka sangka dan katakan.

“Mustahil seseorang yang dilahirkan dari perut ibunya itu akan jadi Tuhan atau menjadi sebahagian dari Tuhan, Maha Suci Allah dari sifat yang demikian.

“Yang lebih buruk lagi, sebahagian dari umat Kristian menjelaskan tentang nasab keturunan Nabi Isa, beliau dikatakan sebagai anak dari Nabi Yusuf, padahal Maryam (Ibu nabi Isa) bukanlah isteri Nabi Yusuf.

“Berbeza dengan penjelasan Al-Quran yang agung, yang diturunkan kepada penutup dari para Nabi, ia membebaskan Maryam dan Nabi Isa dari segala sifat tercela tersebut. Al-Quran juga menjelaskan bahawa Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang tidak berbeza dengan manusia lainnya, hanya dia adalah sebagai Nabi utusan Allah SWT.

“Kepada umat Kristian, Syeikh Abdullah Khalis berseru, katakan; “Wahai orang-orang yang sedang berada dalam kebingungan, sesungguhnya bangunan agama yang kamu semua dirikan adalah sangat lemah, lebih lemah dari sarang labah-labah, cukuplah hanya sekali hentakan sahaja, maka akan terbukalah kepalsuan agama yang kamu semua anuti itu.

“Oleh kerana itu, maka palingkanlah diri kamu daripada agama yang dianuti oleh umat Islam, iaitu agama orang-orang yang beriman kepada Allah, kepada para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya serta para Rasul-Nya. Agama kebenaran yang keadaaan malamnya sama seperti siangnya. Aku mengajak kamu semua kepada agama yang  terang, yang akan menyelamatkan hidup manusia, baik di dunia mahupun di akhirat kelak.”

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Dua Pakar Psikiatri Berpendapat Teoh Mungkin Bunuh Diri

DUA pakar psikiatri hari ini (Selasa) berpendapat besar kemungkinan kematian Teoh Beng Hock disebabkan bunuh diri dan bukan disebabkan perkara lain.

Pendapat itu dinyatakan oleh perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor, Dr Bada'iah Yahya dan perunding psikiatri Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Selayang, Dr Nor Hayati dalam laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporan itu dinyatakan, berdasarkan pemeriksaan forensik tiada tanda-tanda pergelutan, darah atau senjata ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dikaitkan dengan kematian Teoh.

Selain itu, terdapat kesan kotor dan berminyak yang ditemui pada cermin tingkap di tingkat 14, pejabat SPRM, Selangor di mana Teoh dikatakan terjun.

Dr Bada'iah dan Dr Nor Hayati turut berpendapat, fikiran Teoh tidak menentu ketika pegawai SPRM datang ke pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan sebelum beliau dibawa ke pejabat SPRM, Selangor untuk ditemu bual pada 15 Julai 2009.

Pejabat SPRM Selangor
Selain itu, merujuk kepada analisis forensik yang dibuat ke atas telefon bimbit milik Teoh, Dr Bada'iah, yang turut memberi keterangan di dalam suruhanjaya itu, berkata terdapat 27 panggilan keluar dan SMS yang dihantar oleh Teoh pada 15 Julai 2009.

"Antara pukul 3.35 petang hingga 6.15 petang, Teoh ada membuat panggilan dan menghantar SMS kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah termasuk rakan sekerjanya, Mandy Ooi.

"Ini menunjukkan Teoh berada dalam keadaan tertekan dan terdesak," kata Dr Bada'iah.

Laporan itu turut dinyatakan Teoh telah bertukar perwatakan daripada seorang yang banyak bercakap kepada pendiam, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, dilihat berjalan mundar-mandir ketika berada di pejabat SPRM dan Teoh juga dikatakan menyesal kerana menyerahkan komputer ribanya kepada pegawai SPRM.

Bagaimanapun, keterangan saksi mengenai situasi Teoh pada ketika itu tidak dapat dijelaskan kerana tidak ada rakaman audio atau video yang merakam temu bual yang dibuat oleh pegawai SPRM, pada 15 dan 16 Julai 2009.

Selain itu, Teoh yang berada di pejabat SPRM di tingkat 14, Plaza Masalam dalam tempoh masa 12 jam tidak mengetahui majikannya, Ean datang ke pejabat berkenaan untuk berjumpa dengannya dan Teoh juga tidak dapat bercakap dengan sesiapa disebabkan telefon bimbitnya diambil oleh pegawai SPRM.

"Ini juga menyebabkan Teoh berada dalam keadaan tidak selesa dan kemungkinan psikologinya terganggu," kata Dr Bada'iah dan Dr Nor Hayati dalam laporan mereka.

Namun, dalam laporan yang disediakan oleh kedua-dua pakar psikiatri itu turut menyatakan sikap dan personaliti Teoh tidak menunjukkan mendiang cenderung untuk membunuh diri.

Menurut Dr Bada'iah dan Dr Nor Hayati, Teoh mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarganya dan mempunyai kerjaya yang stabil dan beliau tidak mempunyai sejarah sebagai seorang pesakit mental.

Di samping itu, Teoh juga menantikan majlis perkahwinan bersama tunangnya, Soh Chor Wei yang ketika itu sedang mengandung anak mereka.

Sementara itu, profesor pelawat di Institut Psikiatri London, Dr Paul E. Mullen, dalam laporannya pula menyatakan Teoh berada dalam kategori risiko rendah untuk membunuh diri.

"Sekira dia membunuh diri, pada pendapat saya kemungkinan kestabilan psikologinya terjejas dan unsur ketakutan dahsyat," katanya dalam laporan psikiatriknya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Ean, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Prosiding Suruhanjaya Siasatan itu berakhir hari ini selepas mula bersidang pada 14 Feb itu.

Pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong, berkata hasil siasatan suruhanjaya itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 24 Jun ini.
- Bernama

Selasa, 10 Mei 2011

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Prosiding Suruhanjaya Berakhir

PROSIDING Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock yang mula bersidang pada 14 Feb lepas, berakhir hari Selasa selepas pakar psikiatri forensik Dr Ba'diah Yahya memberi keterangan.

Pengerusi suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen kemudian menetapkan 25 Mei ini untuk Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hujah bertulis.

Beliau berkata hasil siasatan suruhanjaya akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin 24 Jun depan.

Sepanjang prosiding yang bersidang selama 60 hari itu, seramai 70 saksi memberi keterangan termasuk majikan Teoh, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan beberapa pegawai SPRM yang tidak dipanggil ketika inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam, Selangor.

Tunang Teoh, Soh Cher Wei dan anggota keluarga mendiang iaitu ayah, Leong Hwee, abang, Beng Kee serta adiknya, Lee Lan turut memberi keterangan. Pada prosiding hari ini, suruhanjaya yang bertindak melantik penyiasat persendirian Michael Leslie Squires mendedahkan beberapa dapatan baru seperti kandungan SMS telefon bimbit serta maklumat daripada komputer pegawai SPRM.

Hakim James Foong
Suruhanjaya itu juga membongkar beberapa isu seperti dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan Adun yang membabitkan Teoh dengan lebih terperinci.

Ada saksi, sama ada pegawai SPRM ataupun kontraktor, memberitahu suruhanjaya itu bahawa DAP menggunakan syarikat orang Melayu bagi mendapatkan projek kelas F, namun siasatan berhubung perkara itu terhenti selepas kematian Teoh.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan Plaza Masalam.

Anggota suruhanjaya juga mendedahkan tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Teoh akan mengahwini Soh sehari selepas kematiannya.

Suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.
- Bernama

Awas! Agenda Tersepit Anwar Untuk Tagih Simpati Rakyat

SEMUA pihak khususnya rakyat diminta agar berhati-hati dengan agenda terdesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mencipta  pelbagai skrip termasuk  cerita seram dan menakutkan dalam usaha mengalih tumpun terhadap isu yang melekat pada badannya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata cerita karut-marut yang akan dipertontonkan dan didendangkan selepas ini tidak lain hanya dengan tujuan untuk menaglih tumpuan agar rakyat simpati dengan beliau.

Menurut beliau pengalaman berada bersama Anwar sebelum ini memberi kelebihan terhadapnya untuk berkongsi  dengan rakyat karakter Ketua Umum PKR itu yang akan menggunakan apa jua yang boleh menyelamatkan karier politiknya.

“Lagipun bukankah tarikh 16 Mei ini merupakan keputusan Mahkamah dalam perbicaraan dakwaan yang membabitkan kes liwat. Tarikh berkenaan cukup penting bagi dirinya dan kerana itu Anwar guna strategi awal untuk tagih belas ihsan umum.

“Tidak pelik dan tidak mustahil…Saya dah cukup masak perangai dan tingkah laku Anwar. Dia tidak boleh bohongi saya. Selepas ini beliau akan timbulkan pula cerita menerima ugutan tembak, terima peluru hidup dan sebagainya. Itu tidak mustahil bagi saya,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya menambah, Anwar makin hari makin celaru dan keadaan itu menyebabkan emosinya mungkin sedikit terganggu dan sebab itulah pelbagai ungkapan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin sudah mula menjadi kebiasaan bagi Ketua Pembangkang berkenaan.

“Kecaman dan cercaan terhadap pihak tertentu khususnya kepimpinan kerajaan nampaknya sudah menjadi kelaziman dan terbaru gelaran ‘pandikutti’ atau anak babi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyerlahkan bagaimana keadaan dirinya yang cukup tertekan hingga beliau tidak lagi mampu mengawal emosinya.

“Orang yang tertekan ini sudah pasti tidak lagi mampu mengawal keadaan dirinya. Saya bukan nak tuduh dia macam-macam tetapi sejak kebelakangan ini, beliau memang cukup merapu. Masih ingatkah lagi bagaimana peristiwa beliau melarikan diri ke kedutaan Turki kononnya ada ancaman bunuh. Namun hingga ke hari ini, sehelai bulu roma beliau pun tidak gugur.

“Apa yang menghairankan beliau bebas ke mana sahaja termasuk memberikan ceramah  dan tidak pula beliau khuatir tentang perkara berkenaan. Itulah bukti bagaimana  pihak keselamatan menjaga keamanan di negara ini. Apa pun kita tunggu drama apa pula yang akan digubah oleh Anwar selepas ini,” katanya.
-MediaUMNO

SATU MELAYU:
Inilah adalah antara komen mengkritik dan menghentam Anwar Ibrahim oleh bekas orang kuat Anwar Ibrahim. 


Orang seperti inilah yang sering mengutuk dan mengecam bekas boss atau bekas sahabatnya - Anwar, tapi apa yang mereka katakan tidak pernah disanggah oleh Anwar sendiri. Yang Anwar kecam dan marah sangat ialah DS Najib selaku Perdana Menteri.

Pelik, yang mengutuk dan mendedahkan perangai buruknya tidak di marah atau dinafi tetapi orang lain pulak yang dibabitkannya sebagai berkonspirasi terhadapnya. Sasarannya ialah Umno dan Perdana Menteri.

Peliknya, apa yang Anwar dakwa itu ada juga manusia yang menerima dan menyokongnya.

Sakit otak Anwar Ibrahim nampaknya dah semakin parah. Tak ada yang mampu menyembuhkannya selain dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog