Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 5 November 2011

HAKIKATNYA: Bila Melayu tak sokong, mereka tak berani....

ALHAMDULILLAH! Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

“Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka,” petik kenyataan itu.

Lantaklah apa kau orang nak kata bagi ‘memujuk hati’ yang kecewa kerana tentangan umat Melayu/Islam kali ini benar-benar solid. Bukan main-main dan bukan macam Bersih 2.0 dulu.

Semasa perhimpunan haram Bersih 2.0, Melayu bangsat dari puak Pas dan PKR dok sokong gerakan itu. Sebab Aci Ambiga sangat berani meneruskannya walaupun diberi amaran oleh pihak berkuasa polis.

Keadaan kali ini sangat berbeza. Macam bumi dengan langit. Semua umat Melayu/Islam – tak kira Melayu Umno dan Pas, semuanya bersatu hati menentang niat kaum Lut yang cuba meminta amalan mereka dihalalkan oleh budaya, agama dan undang-undang negara bertuah ini.

Maknanya, kalau orang Melayu/Islam bersatu menentang atau membantah, mereka yang jadi ‘jembalang’ mahu mencabar agama Islam, bangsa Melayu dan adat istiadat Melayu tak berani buat apa-apa.

Kelihatannya mereka sama seperti anjing dengan tuannya. Kalau ada tuannya si anjing bukan main garang dan menyalak semahu-mahunya menunjukkan kegarangannya. Tapi bila tak ada tuannya, si anjing tak bersuara. Takut kecut. Belum dibaling dah cabut lari, kecut. Itulah yang dikatakan bagai anjing bercawat ekor....

Alhamdulillah! Bersyukur kita semua kepada Allah swt yang membukakan hati mereka untuk merancang projek laknat itu. Dan kerana itu jugalah Allah swt telah satukan hati-hati umat Melayu menentang mereka demi agama Islam dan ajaran Islam sebenar.....

Mungkin inilah yang dikatakan, ‘ada rahmatNya di sebalik apa yang kita semua anggap sebagai musibah’....
Fikir-fikirkanlah....

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H


Daripada
PakSulung @ Satu Melayu

Seksualiti Merdeka 2011: Kemana menghilangnya 'tukang salak' Pas yang tersohor tu?

Gambar yang diambil dari Utusan Malaysia ini merakamkan sekumpulan penduduk melancarkan demonstrasi aman sebagai membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil, Baling, Kedah, semalam.

Pada hari Jumaat, semalam, memang banyak kumpulan rakyat di seluruh negara mengadakan tunjuk perasaan membantah projek menghalalkan lesbian dan gay sebagai satu budaya baru yang mahu dilahirkan atas dasar hak asasi manusia.

Tanpa mengira siapa mereka dan dari parti politik mana - Umno, Pas atau PKR, asalkan mereka umat Islam dan berbangsa Melayu, mereka bersatu menzahirkan bantahan selepas solat Jumaat.

Alhamdulillah! Siapa sangka projek laknat puak-puak pengangkat Anwar Ibrahim itu secara tidak disedari telah berjaya menjadi wadah menyatupadukan umat Melayu/Islam di negara bertuah ini, setelah agak lama berpecah-belah kerana fahaman politik dan hasutan juak-juak pembangkang.

Keadaan ini sudah tentu menyusahkan hati boss puak pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pejuang-pejuang kaum imigran yang bercita-cita merampas negara ini dari tangan orang Melayu.

Peliknya, mana perginya suara dua ekor penglima Pas yang sering menyalak apabila sesuatu isu itu dapat mereka kaitkan dengan Umno atau pemimpin Umno?

Apakah kerana isu Seksualiti Merdeka ini tidak memihak kepada matlamat mereka merampas Putrajaya dan ada kaitan pula dengan tabiat kesukaan Anwar Ibrahim - bakal PM pakatan, maka Mat Sabu dan Mahfuz Omar jadi kelu dan bisu. Lari masuk ke dalam lubang tikus?

Bayangkan kalau isu Seksualiti Merdeka ini ada kaitan dengan mana-mana pemimpin Umno, tak tahulah bagaimana hebatnya gema salakan Mat Sabu dan Mahfuz yang konon jadi panglima Pas dalam memerangi Umno/BN....

Dan tak dapat dibayangkan juga bagaimana besarnya perhimpunan haram yang bakal mereka adakan kerananya....

Tapi bila yang timbulkan isu itu datang dari puak kesayangan mereka, wajah tak nampak, bayang mereka pun tak ada kelibat...
Mungkin mereka dan bercawat ekor kot....

Ana sudah kena main daaa!

CHILAKA punya surat habaq Mat Saleh Australia ni.... Depa dok mainkan ana... Ini misti Najib dok bayaq depa supaya buat berita lagu tuuu,,, kemudian minta maaf... dan mengaku salah... silap... Ana yang mampooossss! Ana ingatkan berita depa tu betoi... haramjadah betoi depa niii!

Begitu agaknya yang terlintas di fikiran Pak Syeikh Nuar yang sedang kantoi sekantoi kantoinya akibat termakan berita palsu yang mengaitkan isteri PM dan anaknya berbelanja besar di Australia, sedangkan anak PM tidak pun berada di sana pada ketika dan masa yang disebutkan....

Bukan saja Nuar yang kantoi, semua juak-juak PKR seperti anak penakan Nuar yang bernama cikgu bard pun kantoi untuk kali yang entah ke berapa pun tak tau...

 Itulah akibatnya apabila hati dibiarkan disarang oleh Iblis....
Kerana dah sebati dengan hasutan dan fitnah Iblis, pertimbangan jadi tak waras, usul periksa tidak menjadi amalan.... terus balun dan hentam ikut syok sendiri....

Akibatnya? KANTOOOOOOIIIIIIIII lagi dan lagi dan lagi....

Pembangkang dicabar pecat kakitangan awam di negeri yang mereka kuasai - Shahrir

KERAJAAN pakatan pembangkang dicabar supaya memberhentikan terlebih dahulu separuh daripada kakitangan awam di negeri yang dikuasai mereka tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat pakatan pembangkang melaksanakan rancangan itu dan melihat apa yang akan terjadi selepas itu.

"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah suatu langkah baik, laksanakan dahulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

"Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.

"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," katanya ketika dipetik dalam http://umno-online.com. hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Shahrir berkata, motif pakatan pembangkang itu hanyalah mahu menaikkan sentimen rasis dan bukannya berasaskan ekonomi kerana sekiranya mereka benar-benar mahu lakukan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka.

Ujarnya, apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana kononnya kerajaan yang ada sekarang besar. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) dikatakan kerajaan Melayu.

"Apa yang saya dapat lihat kenyataan itu hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ataupun kakitangan kerajaan sendiri.

''Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan setuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju," ujar beliau.

Shahrir dalam pada itu menambah, beliau yakin sekiranya langkah memberhentikan kakitangan kerajaan itu dilaksanakan, ia akan mendedahkan negara kepada masalah lain dan menyebabkan huru-hara serta menyusahkan rakyat.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Begitulah caranya DAP mengekalkan sokongan kaum Cina terhadap parti itu. Mereka memainkan isu untuk meraeh sentimen kaum Cina yang memang selama ini tidak senang dengan orang Melayu.
Berdasarkan hakikat itulah peramal politik tanah air meramalkan DAP akan terus mengekalkan kerusi yang mereka menangi pada PRU-13 nanti.
Yang tak sedar dan lupa diri kerana dendam dan dengki sesama kaum ialah orang Melayu.
Punyalah busuk hatinya kaum Melayu yang berada di pihak pembangkang hinggakan sanggup menyerahkan kepimpinan negara ini kepada kaum imigran Cina daripada terus dipegang oleh kaumnya sendiri.
Melayu mudah lupa....

Jumaat, 4 November 2011

Pembunuhan Banting: Spesimen Tulang Tiada DNA?

PERBICARAAN kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat, dikejutkan dengan persoalan bahawa spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dijumpai dalam siasatan kes tersebut tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).

Perkara itu ditimbulkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon kepada saksi pendakwaan ke-63, Dr Nurliza Abdullah, 46, berdasarkan keterangan Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terdahulu mengesahkan bahawa 30 daripada 2,030 spesimen yang dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan DNA.

Tambah saksi, bagi tujuan tersebut, Pengarah Bahagian Forensik, jabatan terbabit, Lim Kong Boon telah mengambil 18 spesimen pada 15 September 2010 manakala baki 12 spesimen lagi diambil pada 21 September tahun yang sama oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.

Manjeet: Adakah kamu tahu hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap spesimen-spesimen yang diambil?
Nurliza: Saya tidak tahu.

Manjeet: Saya beritahu kamu bahawa mereka (Jabatan Kimia Malaysia) tidak menjumpai apa-apa DNA dalam semua 30 spesimen tersebut?
Nurliza: Saya tidak tahu.

Manjeet: Adakah kamu terkejut mendengar perkara ini?
Nurliza: Saya tidak terkejut.

Semasa disoal balas oleh Manjeet, saksi itu juga mengakui bahawa beliau tidak boleh memastikan sama ada spesimen tersebut datang daripada individu berbangsa India, Cina, Melayu atau Caucasian.

Nurliza yang merupakan pakar dalam bidang anthropology (tulang dan rangka manusia) juga mengakui bahawa beliau tidak boleh mengesahkan tempoh berapa lama spesimen tulang tersebut telah berada di tempat ia dijumpai.

Pada prosiding itu, Manjeet juga bertanyakan saksi sekiranya beliau mempunyai pengetahuan atau kepakaran dalam bidang tulang haiwan, seperti lembu, kambing dan anjing yang dikatakan terdapat di ladang tempat pembunuhan tersebut didakwa berlaku.

Nurliza memberitahu, beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut tetapi memiliki pengetahuan asas berhubung perkara berkenaan, selain turut mengesahkan spesimen tersebut tidak dihantar untuk rujukan pakar di dalam bidang haiwan.

Manjeet menambah, rangka tulang manusia dan haiwan-haiwan tersebut berkongsi istilah-istilah yang sama dan cadangan tersebut diakui oleh pakar yang bertubuh kecil molek tersebut.

Berhubung penggunaan istilah 'non-human bones' (bukan tulang manusia) yang digunakan Nurliza dalam laporannya, saksi menjelaskan beliau tidak dapat memastikan secara tepat apakah bahan spesimen terbabit.

"Saya tidak tahu ia tulang apa kerana saya hanya boleh mengenal pasti tulang-tulang manusia berdasarkan sifat-sifatnya. Maka apa yang tidak saya ketahui, akan dikategorikan sebagai non-human bones," tambah beliau.

Nurliza juga bersetuju dengan cadangan Manjeet bahawa beliau tidak menggunakan perkataan 'tulang manusia' di dalam laporan tersebut, sebaliknya diletakkan sebagai 'berkemungkinan besar tulang manusia.'

Terdahulu, dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, saksi memberitahu berat kesemua 2,030 gram spesimen tulang tersebut adalah berjumlah 2,505 gram.

"Pada kebiasannya, berat serpihan tulang seorang individu yang terdedah pada suhu haba yang tinggi adalah antara 2,300 gram ke 2,400 gram dan dalam kes ini jumlahnya telah melebihi kelaziman.

Terdapat juga perbezaan antara berat serpihan tulang wanita dengan lelaki kerana serpihan tulang wanita yang didedahkan pada suhu haba yang tinggi beratnya akan kurang daripada 2,000 gram," tambahnya.

Dalam kes ini, seorang bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, sedang dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua tertuduh juga didakwa membunuh pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, dekat sini, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang turut dilaporkan hilang selepas mengikuti Sosilawati ke Banting.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di sebuah ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Jika disabitkan kesalahan, semua tertuduh boleh dihukum mati mandatori seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Selasa depan.
- Laporan: mStarOnline

SEKSUALITI MERDEKA 2011: Siapa PAS yang nak persoal kerjalaku Ambiga?

HAI la Pas, hai la Nasharuddin! Apa kelas tuan nak persoal apa yang dilakukan si Aci Ambiga tu? Apa jawatan Aci tu di Tanah Melayu ini? Menteri? Pemimpin politik? Presiden parti politik, ahli Pas, penasihat Pas, ahli bersekutu Pas, penyokong setia Pas atau hanya seorang peguam biasa yang kita tak tahu pun asal usulnya....

Nampak sangat kalian dalam Pas dah ‘gelabah puyuh’ dengan peranan Aci tu menjahanamkan perpaduan umat Melayu/Islam di negara bertuah ni...

Sebagaimana diberitakan dalam Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, selaku bekas Presiden Majlis Peguam dan seorang peguam senior, Ambiga sepatutnya faham mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini serta reaksi yang bakal diterima daripada penganjuran program itu.

''Kerana itu saya meneyokong penuh kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang menolak program tersebut. Berkenaan pendirian rasmi Pas yang belum dinyatakan, saya percaya ia akan keluar sedikit masa lagi kerana ia merupakan isu yang sangat sensitif," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi penglibatan Ambiga dalam Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula kelmarin hingga 13 November ini anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan budaya seks songsang.

Semasa si Aci tu anjurkan Bersih 2.0 dulu bukan main lagi kalian sanjung dan sokong hingga lupa diri dan lupa yang kalian itu sebenarnya jadi alat puak ‘pengkhianat negara’ yang tak sudah-sudah mahu menjahanamkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam di tanah air banga Melayu ni...

Ketika itu kalian lupa siapa si Ambiga tu dan tak mahu ambil tahu dari mana dia datang serta apa tujuan sebenar dia anjurkan Bersih 2.0... Yang kalian fikir masa itu perarakan haram berkenaan boleh menjatuhkan Umno/BN dan kepimpinan Datuk Seri Rajib Tun Razak.

Setelah semuanya gagal kerana tidak mendapat sokongan ramai, kalian tak mahu tahu apa pulak rancangan si Aci tu seterusnya... Kalian telah jadi jahil politik kerana di hati kalian disarangi hasutan Iblis melalui sikap dendam kesumat terhadap Umno, sedangkan Melayu Pas dan Melayu Umno bersaudara.

Dan persaudaraannya bukan sekadar kerana seagama tetapi benar-benar bersaudara kerana pertalian darah atau keturunan bangsa di sebuah negara bangsa – Tanah Melayu.

Sekarang apabila dengan jelas dan nyata atau ‘sudah terang lagi bersuluh’ yang si Aci itu terlibat dalam usaha membudayakan ‘lesbian dan gay’ sebagai wadah mencabar kesucian agama Islam di negara ini, baru kalian terkincit dalam seluar...

Baru kalian tersedar dari mimpi bahawa ianya merugikan pengaruh politik kalian yang sekejap Islam, sekejap buang Islam tu...

Apo nak buek jang! Nasi dah jadi bubur...
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah kerana terlalu berdendam...
Bukankah berdendam itu sangat ditegah oleh ajaran Islam sebenar?

Sedarlah wahai sekeliah ahli Pas, sebenarnya si Aci Ambiga tu tak pandang sebelah mata pun pada perjuangan kalian, selain sekadar alat untuk menjahanamkan negara dan umat Islam....

Padan mukaaaa!

Seksualiti Merdeka: Umat Islam yang terlibat, murtad – Mufti Perak

“.... Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.”

UMAT Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Khamis.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.

Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Bolehkah kita semua menafikan semua ini terjadi kerana adanya golongan tertentu mahu membebaskan Anwar Ibrahim daripada dikenakan hukuman kerana meliwat?

Sedarkah kita bahawa hak asasi yang mahu diperjuangkan adalah hak manusia yang tidak beragama... Sedangkan yang menentang pula bertindak atas hak asasinya sebagai insan beragama...

Kesimpulannya, semua itu adalah kerana dan disebabkan Anwar bin Ibrahim....

Khamis, 3 November 2011

Pembunuhan Banting: Kemungkinan Besar Spesimen Adalah Tulang Manusia

SEORANG Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan bahawa 2,030 spesimen termasuk 19 yang dijumpai di tapak tempat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai dibunuh bersama tiga individu yang lain, kemungkinan besar adalah tulang manusia.

Dr Nurliza Abdullah, 46, yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang forensik anthropology (tulang atau rangka manusia) juga memberitahu, spesimen tersebut turut menunjukkan kesan-kesan pembakaran atau pendedahan kepada suhu haba yang amat tinggi.

Menjelaskan keadaan itu, Nurliza yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-63 berkata, pendapat itu dibuat berdasarkan perubahan warna daripada coklat kegelapan sehingga kehitaman dan kelabu kebiruan kepada warna putih.

"Untuk mendapat perubahan warna sehingga menjadi keputihan, iaitu proses yang dipanggil sebagai calcination, ia memerlukan haba yang sekurang-kurangnya setinggi 800 darjah celcius yang menyebabkan hanya tinggal mineral yang sudah tersedia ada pada tulang," tambahnya.

Selain itu, Nurliza juga memberitahu, pemeriksaan yang dilakukan pada spesimen tersebut mendapati terdapat kesan retakan, rekahan dan belahan secara melintang serta melengkung selain berlaku perubahan bentuk struktur tulang.

"Ini menunjukkan bahawa semasa tulang-tulang ini didedahkan kepada suhu yang tinggi ia adalah tulang yang berdaging, iaitu jasad yang berdaging.

"Apabila tulang berdaging didedahkan pada suhu yang amat tinggi, perubahan akan berlaku pada tulang berkenaan yang boleh membengkok, berpintal dan menunjukkan kesan-kesan rekahan atau belahan," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Selain itu, semasa ditanya sama ada spesimen tersebut dapat membantu dalam mengenal pasti bilangan individu yang terlibat, Nurliza berkata, beliau berpendapat sekurang-kurangnya ia melibatkan dua individu.

Pendapat itu disokong dengan penemuan dua tulang odontoid, iaitu tulang yang terdapat di bahagian belakang leher manusia yang membantu untuk menunduk atau menggelengkan kepala.

"Seorang manusia hanya mempunyai satu sahaja odontoid," katanya dan bagi memberikan pemahaman yang lebih baik, saksi menggunakan rangka manusia yang difahamkan berharga belasan ribu bagi menunjukkan kedudukan tulang tersebut.

Bagaimanapun, Nurliza mengakui bahawa beliau tidak dapat memastikan jantina, umur atau keturunan pemilik tulang terbabit memandangkan serpihan tersebut sangat pecah dan tidak boleh dicantumkan.

Ketika ditanya mengapa saksi kerap menggunakan perkataan kemungkinan besar tulang manusia semasa merujuk kepada spesimen berkenaan, Nurliza berkata, beliau hanya boleh memberi kebarangkalian secara subjektif berdasarkan hasil pemeriksaan kepada struktur anatomi manusia.

Berhubung penemuan beberapa spesimen dipercayai berkemungkinan besar adalah gigi, Nurliza memberitahu, beliau telah merujuk perkara itu kepada pakar gigi.

Pada keterangan-
nya, Nurliza memberitahu pemeriksaan kepada semua spesimen berjumlah 2.040 yang ditemui di tapak dan di Sungai Panchau di Banting, dekat sini dilakukan pada 15 hingga 18 September 2010.

Semua spesimen terbabit akan dimasukkan semula ke dalam beg plastik dan disimpan di dalam peti sejuk mayat yang berkunci sebelum sebahagiannya di hantar ke Jabatan Kimia Malaysia menerusi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Ishak Yaakob.

Nurliza juga memberitahu beliau bersama tujuh lagi doktor dari HKL, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dan Hospital Melaka telah mengikuti lawatan ke tapak berkenaan pada 14 September 2010 bagi membantu polis melakukan pencarian tulang.

Dalam kes ini, seorang bekas peguam, N. Pathma-
nabhan, 42, sedang dibicarakan bersama tiga pekerja ladang, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua tertuduh juga didakwa membunuh pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, dekat sini, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang turut dilaporkan hilang selepas mengikuti Sosilawati ke Banting.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di sebuah ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Jika disabitkan kesalahan, semua tertuduh boleh dihukum mati mandatori seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung Jumaat.
- Laporan: mStarOnline

Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka – Khalid... 'Kantoi lagi!!!'

HASRAT penyokong Anwar Ibrahim merancang satu gerakan menghalalkan kegiatan gay dan lesbian di negara ini tidak kesampaian bilamana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini (Khamis) mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 Nov ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

"Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur.

"Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya.

Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal.

"Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah.

"Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan.

"Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya.



Kepada SM, kalaulah apa yang dirancangkan itu mendapat sokongan rakyat, terutamanya orang Melayu/Islam, maka tabiat hubungan sejenis yang dilaknat Allah itu berjaya dibudayakan di negara ini.

Kalau rakyat sudah boleh menerimanya, maka hobi yang sangat diminati Anwar Ibrahim itu tidak menjadi satu kesalahan dari segi moral.

Akhirnya nanti, apabila rakyat menerimanya sebagai salah satu budaya yang berlandaskan kebebasan ‘hak asasi manusia’, maka kes dakwaan Anwar Ibrahim meliwat Saiful juga adalah tidak salah.

Inilah matlamat akhir ‘seksualiti Merdeka’ yang direncanakan itu....

Seksualiti Merdeka: Nik Aziz tidak sokong Ambiga, minta kerajaan ambil tindakan tegas.... Benarkah berita ini?

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dalam penganjuran ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang bermula semalam sehingga 13 Nov ini.

Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.

"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Lota Baharu, Khamis.

Penganjuran program itu dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

"Kebebasan secara mutlak sememangnya tidak ada dan saya khuatir tidak lama lagi akan ada yang menyebut tentang soal kebebasan merompak dan menyamun atas nama kebebasan," katanya.

Katanya sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi yang diciptakan Allah SWT kerana sebarang aktiviti yang bertentangan dengannya akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia.

"Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan daripada mana-mana pihak," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Walaupun Nik Aziz ‘tolak bola’ masalah yang dilaknat Allah itu kepada kerajaan pusat, tetapi penolakan itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Nik Aziz tidak menyokong Ambiga dalam isu ini.
Maknanya, para pengikuit setia Pok Nik pun akan ikut sama menentang projek meruntuhkan moral dan akidah umat Islam oleh golongan yang anti-Islam itu.

Bagaimanapun, keraguan tetap timbul berdasarkan pengalaman lampau.
Benarkah apa yang diberitakan ini? Benarkah Nik Aziz berani menentang apa yang direncanakan oleh mereka yang sealiran dengan hobi Anwar Ibrahim?

Kalau Anwar melenting dengan kenyataan Nik Aziz itu amacam?
Sama-samalah kita semua tunggukan apa pulak perkembangan selanjutnya mengenai berita kenyataan Pok Nik itu.

PROVOKASI: Penyokong Anwar cuba cetuskan ‘kekacauan’ kerana kemarahan umat Melayu/Islam....

PERBICARAAN Kes Liwat Anwar-Saiful semakin hampir untuk dimuktamadkan. Setelah hampir tiga tahun ianya berjalan dalam keadaan yang sangat memihak kepada Anwar Ibrahim dari segi tangguh dan tunggu, akhirnya kes ini pasti akan tiba juga di garisan penamatnya.

Sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, 18 Oktober lalu, Hakim perbicaraan telah menetapkan 23 dan 24 November ini sebagai tarikh pendengaran hujahan lisan di akhir kes pembelaan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan selesai mengemukakan semua empat saksi penyangkal kenyataan mereka yang dibawa bagi mematahkan keterangan saksi pembelaan.

Selepas hujahan lisan oleh kedua-dua pihak – pendakwa dan pembela, Hakim dijangka akan menetapkan tarikh keputusan kes liwat yang sangat hebat onarnya hingga menarik perhatian dunia seluruhnya.

Sebagaimana yang diketahui dan difahami oleh mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, majoriti berpendapat bahawa tertuduh – Anwar Ibrahim, seratus peratus sangkut. Segala helah dan putar belit yang memakan diri serta tindakan Anwar yang tidak mahu membela diri secara bersumpah di mahkamah, meyakinkan ramai orang bahawa dakwaan Saiful Bukhari Azlan itu adalah benar.

Dari sudut kewajaran terlepas dari pertuduhan, Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan ‘tingal nyawa-nyawa ikan’ sahaja. Tercungap-cungap kerana ketiadaan air untuk terus hidup.

Melihatkan keadaan ini, juak-juak dan penyokong yang tersangat berkehendakkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia ke-tujuh kerana muslihat tertentu, tidak pernah jemu untuk mengatur atau merencana sesuatu muslihat supaya negara bertuah ini jadi huru-hara atau kacau-bilau melalui sengketa sesama rakyat.

Cuma dengan berlakunya kekacauan di seluruh negara sahajalah yang boleh memungkinkan kes liwat Anwar-Saiful terhenti kerana hakim tidak dapat membut keputusan sebab negara dalam keadaan ‘dharurat’.

Justeru, setelah Bersih 2.0 gagal menjadi alat pencetus kekecauan, puak-puak yang melibatkan peranan para peguam seperti Ambiga masih dikerah untuk melakukan sesuatu. Dan sasarannya ialah pertempuran sesama Melayu. Puncanya kerana terjebak atau tersepit antara akidah Islam dengan budaya liberalisme yang mereka jadikan alat serta hujah.

Melayu/Islam puak PAS dan PKR terpaksa menyokong geraklan mereka kerana terlalu taksub dengan dendam membenci Umno/BN. Apa jua yang mereka lakukan ditarbiahkan sebagai usaha menghancur atau melemahkan Umno/BN serta barisan kepimpinan negara masa kini.

Maka ‘Program Seksualiti Merdeka 2011’ yang disokong oleh segelintir pihak, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia adalah salah satu contoh gelombang terbaru yang perlu dihadapi masyarakat khususnya orang Melayu/Islam di negara ini.

Diharapkan orang Melayu yang masih ada akal fikiran dan tidak terjebak teruk dengan hasutan dendam yang ditonggani Iblis laknatullah, tidak terpengaruh dengan budaya Barat itu yang cuba dibawa oleh pihak tertentu bagi maksud menganggu-gugat keharmonian Islam di negara ini.

Golongan yang cuba membawa pengaruh ini menjadikan hak asasi manusia sebagai modal mereka, sedangkan kita semua sedia maklum, program itu cuba dieksploitasi oleh kumpulan yang mempunyai agenda politik.

Sebagai rakyat berbudaya Timur, kita di Malaysia seharusnya menentang dan menolak budaya kuning dari Barat yang cuba diterapkan sebagai satu provokasi terhadap budaya dan agama yang selama ini berjalan dengan aman tanpa ada sengketa kerananya.

Hakikatnya, tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang bermula 2 hingga 13 November depan, adalah satu provokasi yang mahu menimbulkan kekacauan kerana agama.

Reaksi umum terharap program itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak yang dilihat sebagai langkah cuba menghalalkan hubungan sejenis.

Sebagaimana semua rakyat negara ini tahu, siapakah tokoh hubungan sejenis yang tersohor di negara bernama Malaysia ini kalau bukan ‘Anwar bin Ibrahim’?

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor masakini yang sangat terkilan dengan tindakan JAIS menghalang pemimpin tertentu negeri berkenaan merancanakan program ‘memurtadkan’ umat Islam baru-baru ini juga turut merancang sesuatu bagi maksud menimbulkan kemarahan umat Melayu/Islam.

Secara bersembunyi pemimpin tertentu dan kerajaan Selangor sendiri diberitakan terlibat menyumbang bantuan kewangan sebanyak RM 5 juta bagi menganjurkan sukan yang membolehkan seorang warga Israel datang ke negara ini untuk menyertainya.

Sudah menjadi budaya tak tertulis kepada rakyat Melayu/Islam di negara ini tidak menerima kehadiran warga Israel dalam apa jua keadaan.

Sebagai bukti, pada setiap pasport antarabangsa negara ini tercatat nama negara yang tidak boleh kita semua pergi. Negara berkenaan ialah negara Israel.

Oleh itu tidak mustahil ini juga sengaja dibuat bagi maksud provokasi supaya berlaku rusuhan atau kekacauan....
Wallahhu’alam....

Rabu, 2 November 2011

HANCURRRR! Majlis Peguam minta martabatkan puak gay dan lesbian pulak....

MAJLIS Peguam agaknya dah mati kutu.... Dah tak ada modal nak kritik kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib yang semakin mendapat sokongan majoriti rakyat kerana pelbagai pendekatan yang disenangi rakyat majmuk di negara bertuah ini.

Fikir punya fikir.... Maka terfikirlah mereka untuk mempetuakan satu falsafah baru iaitu jika negara ini ingin dihormati sebagai sebuah negara demokrasi, ia mestilah terlebih dahulu menghentikan sebarang penindasan ke atas golongan minoriti seksual yang terdiri daripada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kalimat itu diluahkan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

MasyaAllah! Apa nak jadi negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam dan Islam adalah agama resmi negara. Kenapalah ada puak-puak laknatullah macam ini....

Sebagaimana dilaporkan mStarOnline, Majlis Peguam juga mahu kerajaan bertindak segera memberi perlindungan kepada golongan ini dengan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi mengantikan undang-undang yang menggenakan kawalan yang tidak sepatutnya ke atas hak individu golongan LGBT di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Majlis Peguam, katanya lagi tidak akan berganjak daripada terus memberi sokongan ke atas program Seksualiti Merdeka yang telah pun bermula dari 1 November lalu sehingga 13 November ini.
Program Seksualiti Merdeka merupakan satu program untuk memberi sokongan moral kepada golongan LGBT.

Kata Lim, Majlis Peguam berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada penyokong dan pendokong program berkenaan walaupun ia mendapat tentangan ramai kerana berpendapat, golongan LGBT yang selama ini hidup tertindas sebenarnya memerlukan pembelaan dan sokongan moral.

Majlis Peguam, katanya sangat mengalu-alukan kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa beliau adalah perdana menteri kepada sebuah negara yang progresif dan liberal sebagaimana yang tersiar di dalam akhbar the Sydney Morning Herald pada 27 Oktober lalu.

Dalam tulisannya itu, kata Lim, Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai budaya dan pelbagai etnik dengan sejarah keharmonian sosial yang dapat dibanggakan dan mengalu-alukan orang luar.

Malangnya, kata Lim, di Malaysia, golongan LGBT ini untuk sekian lamanya dilayan sebagai “orang luar”, walaupun mereka adalah warga negara ini.

“Golongan LGBT di Malaysia telah berhadapan dengan keperitan hidup termasuklah ketiadaan jaminan keselamatan diri ekoran gangguan sivil dan juga pihak berkuasa Syariah malah mereka sentiasa hidup dalam ketakutan,” ujarnya pada Rabu.

Tak tahulah apa sebenarnya yang mahu diperjuangkan oleh puak-puak yang Nabi tak mengaku umat itu. Adakah mereka mahu membela kaum berkenaan kerana liberalisme atau kerana mahu menncabar agama Islam yang jadi agama resmi negara ini.

SM hanya mampu berdoa memohon kerahmatan Allah swt supaya negara ini dijauhkan dari balaNya sepertimana yang telah ditimpakan kepada kaum Nabu Lut. Aminnnn....

Pertikai lantikan Senator Nallakaruppan: Cuba pandang dari sudut ‘Perasaan’ Anwar dan puak pembangkang.... Mampooossss... deme!

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (dua kiri) beramah mesra bersama tiga anggota Dewan Negara yang baru dilantik (dari kiri) Pengarah Tess Innovations Sdn Bhd, Datuk Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dan Pengarah Syarikat CLK Consultants Sdn Bhd, Chiew Lian Keng di Parlimen, Rabu.
SEORANG hamba Allah bernama Datuk Nallakaruppan – lebih tepat Nallakaruppan a/l Solaimalai, telah selamat diijabkabulkan sebagai salah seorang Senator di Dewan Negara pada pagi Rabu.

Sebelum itu, sebaik sahaja berita mengenai perlantikan beliau tersebar, pelbagai komen negatif boleh kita baca dalam blog-blog tertentu yang kebanyakannya melahirkan rasa tidak senang dengannya. Pelbagai gelaran diberikan kepada Nalla akibat keakrabannya dengan Anwar Ibrahim puluhan tahun lalu.

Kepada SM, begitu dan itulah bukti kebebasan bersuara di negara bertuah ini, walaupun masih terdapat manusia-manusia bingal yang berkata ‘kebebasan bersuara’ di negara Malaysia ini disekat.

Dari sudut positif, besar kemungkinan perlantikan si Nalla itu dibuat berdasarkan beliau adalah Presiden kepada sebuah parti politik pro-Barisan Nasional, iaitu ‘Parti Bersatu India Malaysia – MIUP’.

Selain Nalla, dua lagi senator baru dilantik bersama beliau, iaitu Bendahari MIC – Datuk Jaspal Singh dan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan – Chiew Lian Keng. Tahniah diucapkan kepada mereka yang baru terlantik itu.

SM tidak mahu komen apa-apa mengenai perlantikan Datuk Nalla yang pernah jadi balaci Anwar Ibrahim dan juga pengarah sebuah syarikat perjudian terbesar negara itu.

Cukuplah kalau SM memandangnya dari sudut ‘perasaan’ Ketua Pembangkang – Anwar Ibrahim, serta para juak-juak yang mahu mengangkat ‘kaki kelentong nombor wahid’ itu menjadi Perdana Menteri ke-tujuh Malaysia.

Selepas Ezam Mohd Nor – juga bekas orang kuat dan orang kanan Anwar, dilantik jadi Senator, kini tiba pula giliran Nalla mendapat jawatan serupa.

Segala rahsia luar dalam mengenai Anwar Ibrahim serta seluruh ahli keluarganya berada dalam ‘poket’ bekas-bekas sahabatnya seperti Ezam, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Zahrain, Syeril Eskay dan lain-lain.

Bagaimanapun, kepada mereka yang kurang senang dengan perlantikan ini, sila fikir dan menongkan dari sudut strategi politik menentang pembangkang oleh Barisan Nasional menjelang PRU-13 nanti.

Apa kata kalau semua mereka yang pernah jadi sahabat, kawan dan balaci paling rapat dengan Anwar mendedahkan segala rahsia ‘kesongsangan moral’ Ketua Pembangkang itu dengan bukti yang sangat ampuh?

Selain itu sila juga ambil perhatian bahawa perlantikan seorang Senator tidak melebih dua penggal, iaitu tiga tahun untuk setiap penggal....

Mampooossss... kau kali ni Nuar!

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog