Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 20 Ogos 2011

Adakah menyerapkan ajaran Kristian kepada kanak-kanak Islam di kelas tuition itu juga mainan Umno?

"Kesian! Tuhan cikgu mati kena paku...."
BELUMPUN sempat isu ‘memurtadkan’ umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) selesai, timbul pulak cerita baru mengenai usaha halus mengkristiankan umat Islam kepada anak-anak orang Melayu di sebuah kelas tuition percuma di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Apa yang dipaparkan media massa bukannya satu konspirasi politik Umno, tetapi benar-benar berlaku tanpa disedari oleh ibu bapa kanak-kanak terlibat.

Daripada paparan siaran berita TV3, jelas membuktikan bahawa memang tardapat gerakan halus dan tersembunyi dilakukan oleh seorang guru khas di kelas tuition berkenaan. Ianya diceritakan oleh kanak-kanak Melayu terbabit dengan lancar tanpa skrip.

Takkanlah kanak-kanak sekecil itu pandai berbohong atau menjawab pertanyaan mengikut skrip yang telah disediakan Umno?

Sekarang apa pula komen dan ulasan pemimpin-pemimpin Pas yang dalam isu mertad di GMDU menuduh ianya dirancangatur oleh Umno?

Adakah mereka akan kata mengajarkan ajaran Kristian kepada kanak-kanak Melayu Islam itu juga gara-gara mainan politik Umno?

Mana komen Nik Aziz, Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mat Sabu atau sesiapa sahaja pemimpin Pas yang telah tercucuk hidungnya oleh DAP dan Anwar Ibrahim?

Yang pasti semua ini adalah petunjuk daripada Allah swt terhadap parti jenama Islam bernama Pas yang selama ini memperalatkan agama suci Islam untuk tujuan politik, tapi akhirnya mencampakkan slogan Islam kerana tunduk dengan kehendak chauvanis cina DAP.

Tak tahulah apa lagi bukti yang Allah swt akan tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khasnya umat Islam yang taksub dengan Pas dan kelentong ‘raja peliwat’ yang terkial-kial mencari helah untuk mengelak daripada membela diri Isnin ini.

Sesungguhnya gerakan mengristiankan umat Islam di negara ini sedang bergerak cergas dan begitu berani sekali setelah mereka mendapat sokongan puak Melayu Pas dan PKR yang berketuakan seorang insan yang tercemar teruk moralnya.

Dulu puak imigran yang bercita-cita merampas negara ini dari tangan orang Melayu tidak berani melakukannya, tetapi setelah yakin dengan sokongan padu orang Melayu daripada Pas dan Anwar Ibrahim, maka semakin hebatlah gerakan mereka.

Setelah kaum Melayu berjaya dipecah-pecahkan kepada tiga golongan, tindakan mereka seterusnya ialah menghapuskan akidah umat Islam di bumi Malaysia.

Kalau di GMDU melibatkan orang dewasa, dikelas-kelas tuition yang dibiayai gerakan Kristian menanamkan secara halus ajaran Kristian kepada kanak-kanak sekolah.

Tidak diketahui berapa banyak usaha seperti itu sedang berkembang-biak di negara bertuah ini tanpa disedari oleh umat Islam dan orang Melayu.

Sebabnya? Kerana Melayu sama Melayu asyik bercakaran dan berpecah-belah kerana fahaman politik, puak imigran mengambil kesempatan melumpuh dan melamahkan orang Melayu dan menghancurkan ajaran Islam.

Melayu akan ranap akhirnya setelah agama Islam berjaya dilumpuhkan secara perlahan-lahan.... Apa yang telah berlaku di negara jiran serumpun kita, cuba diterapkan pula di negara kita ini.

Apabila ‘undi’ menggantikan Tuhan, Pas 'menggigil' perjuangkan Islam....


PAS kini kelihatan gentar dan 'menggigil' untuk memperjuangkan Islam di negara ini selepas menyertai pakatan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, Pas yang dulunya lantang memperjuangkan Islam terpaksa membuat rujukan awal kepada DAP dan PKR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Menurutnya, Pas kini tidak boleh lagi mengeluarkan sebarang kenyataan secara terus mengenai isu yang melibatkan umat Islam kerana perlu menjaga hati rakan-rakan pakatan pembangkang.

"Pas ternyata lebih mementingkan sokongan daripada DAP dan PKR daripada mempertahankan isu akidah umat Islam yang sering diperkotak-katikkan sejak kebelakangan ini.

"Lihat sahaja bagaimana Pas banyak mengalah dalam isu pembinaan kuil dan penjualan arak di Shah Alam, larangan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang serta berdiam diri dalam isu tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Putrajaya, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kini mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam baru-baru ini.

Mohd. Jurit berkata, Pas sejak akhir-akhir ini juga lebih suka menimbulkan dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Contohnya isu Mismah yang sengaja digembar-gempurkan untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat mengenai ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya tugas memperjuangkan kesucian agama ini diambil alih daripada Pas oleh badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam.

Mohd. Jurit turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak pembangkang yang menggunakan masjid dan surau di Selangor dalam menyebarkan dakyah politik mereka.

"Saya ada menerima aduan mengenai tindakan pembangkang yang mengggunakan tempat ibadah suci umat Islam ini untuk menyebarkan dakyah politik mereka tanpa mempedulikan kesucian bulan Ramadan," katanya.
Beliau menambah, tindakan itu amat merugikan kerana ia hanya membawa perpecahan kepada penyatuan umat Islam di negara ini yang kian goyah.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Itulah akibatnya apabila Pas melihat ‘undi’ pilihan raya mengatasi segala-galanya di dunia ini, waima tuhan yang Maha Pencipta.

Mungkin, setelah lebih 60 tahun parti itu berjuang atas nama Islam, tetapi tidak juga berpeluang menjadi tonggak pemerintah negara, maka terpaksalah slogan Islam dicampakkan dan sedia menjadi kuda tonggangan kaum imigran bukan Islam asalkan Umno yang dijadikan musuh dapat ditewaskan.

Justeru, kerana undi jugalah Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu dimusuhi oleh Pas dan pernah digelar sebagai ‘al-juburi’ oleh Mat Sabu sanggup diangkat jadi panglima serta pemimpin utama dalam memerangi Umno, walaupun segala keburukan dan kesongsangan moral ‘pengkhianat negara’ itu disedari.

Pemimpin dan ahli totok Pas, siang malam mengimpikan undi... undi... undi... Hidup dan mati mereka adalah kerana ‘undi’, bukannya kerana Allah....

Jumaat, 19 Ogos 2011

Pembunuhan Banting: Penerbit Buletin Utama TV3 Pula Diperintah Tunjuk Sebab

SEHARI selepas wartawan dan editor Utusan Malaysia diperintahkan untuk hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, perintah sama dikeluarkan pula kepada penerbit Buletin Utama, TV3 untuk memberikan penjelasan berhubung penerbitan berita yang 'menyerang' peribadi peguam utama di dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu pada Jumaat, selepas membenarkan permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon yang memberitahu bahawa berita itu disiarkan pada pukul 8 malam, Rabu lalu dan dapat ditonton di seluruh negara, termasuk oleh dua rakan peguam, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad.

Manjeet menambah, kandungan berita tersebut adalah sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Rabu lalu, menerusi berita bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang memetik temubual antara wartawan, Raja Syahrir Abu Bakar dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N, Gobalakrishnan.

Katanya lagi, berita tersebut yang membawa maksud barisan pembelaan adalah alat kepada pemimpin pembangkang dan mempunyai motif tersembunyi dalam kes itu adalah bersifat subjudis (kacau ganggu kes yang masih berjalan) serta merupakan campur tangan kepada mahkamah dan juga pentadbiran kehakiman.

Hakim Akhtar kemudiannya berkata, perintah telah dikeluarkan kepada Raja Syahrir dan editor surat khabar arus perdana itu untuk hadir di mahkamah pada minggu hadapan, tanpa memberikan tarikh yang spesifik bagi memberikan penjelasan berhubung berita tersebut.

Sementara itu, perbicaraan yang masuk hari ke-26 menyaksikan Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Mejar Ranjit Singh, 49, memberitahu bahawa tiga tertuduh, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan tidak pernah membuat aduan kepadanya semasa beliau melawat lokap pada pukul 3.25 pagi dan 3.30 petang, 10 September 2010.

''Mereka berada dalam keadaan yang normal dan tidak mengalami masalah kesihatan," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh Manjeet, saksi yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun itu mengakui bahawa lawatannya ke lokap tidak dicatitkan pada buku perharian balai, meskipun ia merupakan satu kemestian.

Tambahnya, ketiadaan catitan itu mungkin disebabkan kerana anggota polis yang bertanggungjawab menulis buku tersebut terlupa atau tersalah pandang untuk berbuat demikian.

Penggunaan perkataan 'terlepas pandang' oleh saksi dipersoalkan oleh Manjeet yang berkata, tidak mungkin anggota polis yang menjaga lokap tidak perasan jika Ranjit ada melawat lokap kerana keadaan fizikalnya yang tinggi dan mudah dilihat.

Manjeet: Berdasarkan keterangan ini, adakah kamu mengatakan anggota polis tersebut tidak mematuhi peraturan?
Ranjit: Mungkin mereka terlupa.

Manjeet: Adakah kamu akan mengambil tindakan kepada anggota polis itu?
Ranjit: Saya boleh membuat aduan pada badan disiplin. Saya kena berbincang dengan Ketua Balai terlebih dahulu.

Manjeet: Jadi, jika kamu berbohong, siapa yang akan mengambil tindakan?
Ranjit: Saya telah bersumpah untuk bercakap benar, tidak boleh berbohong.

Ditanya bagaimana cara pemeriksaan di lokap dilakukan, Ranjit berkata beliau akan berjalan di hadapan sel dan melihat dengan mata kasar jika tahanan mempunyai masalah.

"Waktu lawatan dilakukan, ada juga tahanan yang akan mengadu sakit seperti sakit kepala atau sakit perut dan minta diberikan rawatan," tambah Ranjit.

Menjawab soalan Amer Hamzah, Ranjit memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung isu keselamatan atau perkauman dari tertuduh mahupun dari tahanan-tahanan Melayu yang terdapat di dalam lokap pada malam itu.

Selain Ranjit, terdapat empat lagi anggota polis dipanggil sebagai saksi kepada pihak pendakwaan dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan untuk menentukan keadaan mental Thilaiyalagan dan Kathavarayan yang didakwa berada dalam keadaan tertekan semasa memberikan keterangan yang membawa kepada penemuan barang kes.

Prosiding TWT berakhir pada Jumaat, dan Hakim Akhtar menetapkan pihak-pihak yang terlibat untuk mengemukakan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada Jumaat depan.

 Thilaiyalagan, 20, dan Kathavarayan, 31, dibicarakan bersama bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan R. Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di senuah ladang di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung dengan prosiding perbicaraan utama pada Isnin ini.
- Laporan: mStarOnline

Dr Mahathir Bimbang Umat Islam Di Malaysia Berpecah Tiga

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negaraIslam lain yang telah berpecah.

"Kerana berpecah belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan(menentang) Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapikerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, Kedah, malam Khamis.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Anggota Parlimen Jerlun.

Dr Mahathir berkata banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.

"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.

"Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu," katanya.

Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.

"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi burukkerana perpecahan kita," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Bapak kepada segala punca perpecahan umat Islam di negara ini adalah PAS, iaitu Parti jenama Islam yang telah dengan suka relanya menjadi murtad. Sama macam Lina Joy atau 12 individu di GMDU tu....
Walaupun ianya kelihatan berpunca daripada ‘kaki kelentong’ nombor satu – Anwar Ibrahim, tetapi Anwar tidak akan jadi hebat kalau tidak disokong oleh pemimpin dan ahli Pas.
Contoh terbaru, Bersih 2.0 yang mengadakan perhimpunan haram baru-baru ini tidak akan dihadiri oleh hampir 10,000 peserta kalau tidak disokong oleh pemimpin dan ahli Pas.
Fikirkanlah....

Bakar kaki lima ibu pejabat parti: Sendiri bikin atau perbuatan khianat? Ada ' daging babi bakar' di sebalik mee?


Sesuaikah ibu pejabat DAP Pulau Pinang ditempatkan di bangunan buruk seperti ini?
SEBAIK sahaja bangunan ibu pejabat DAP Pulau Pinang dikhianati dengan simbahan cat merah dan cuba dibakar, Guan Eng pun terus menuduh Umno yang buat.

Sebagaimana yang diberitakan kebakaran yang berlaku tidaklah sebesar mana. Cuma dibahagian luar pejabat sahaja, bukan keseluruhan pejabat. Kerugiannya tak banyak manapun. Lagipun yang dibakar adalah ‘surat khabar lamaaa’ yang terkumpul di situ.

Nampak macam ianya sengaja dirancang untuk memburukkan Umno dan orang Melayu Pulau Pinang sambil menaikkan semangat kaum Cina di negeri itu untuk terus menyokong DAP.

Biasanya kerja menyimbah cat merah dan bakar membakar ni kerja parti komunis atau gangster atau along. Sedangkan ketiga-tiga golongan itu saling berkait antara satu dengan lainnya. Sementara DAP adalah parti kaum Cina yang bergerak dengan kekuatan tiga golongan itu.

Justeru, tidak mustahilkah yang menyimbah cat merah dan membakar longgokan kertas surat khabar lama itu adalah perbuatan ‘orang suruhan’ DAP dari kalangan berkenaan?

Kerja khianat bagi maksud mengalihkan sesuatu isu besar yang terkena kepada DAP, adalah mainan biasa puak cahuvanis yang sedikit tertekan buat masa ini kerana kemarahan orang Melayu/Islam akibat larangan membaca Quran menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dalam negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebagai jalan mudah untuk mengalihkan isu, tidak mustahilkah pembakaran kecil di bangunan ibu pejabat parti itu sengaja dilakukan untuk menutup isu berkenaan daripada terus menjadi punca kemarahan orang Melayu/Islam terhadap pemimpin dan parti bernama DAP itu?

Ada kemungkinan Guan Eng takut kalau-kalau orang Melayu/Islam mengadakan bantahan beramai-ramai sebagaimana yang berlaku di Selangor gara-gara memurtadkan umat Islam oleh geng mereka di sana.

Apabila ada isu seperti tuduhan terhadap Umno membakar bangunan ibu pejabat DAP, sudah tentu kaum Melayu bangang dari Pas dan PKR yang menjadi lembu Guan Eng dan ayahnya akan menyokong DAP mengecam dan menuduh Umno.

Tidaklah seperti apa yang terjadi di Selangor, di mana ahli-ahli Pas pun turut serta dalam satu perhimpunan NGO-NGO Melayu/Islam membantah isu murtad yang masih belum selesai itu.

Kalau berlaku orang Melayu Pas dan PKR di Pulau Pinang menyokong gerakan membantah DAP dan Guan Eng dalam isu membaca Quran tanpa pembesar suara di masjid dan surau, maka malulah Guan Eng kerana gagal membuktikan kepada ‘bapa angkatnya’ di seberang Tambak Johor bahawa DAP telah berjaya melemahkan orang Melayu melalui projek pecah dan perintah seperti yang telah dilakukan itu.

Kalau Anwar Ibrahim tidak mahu dilihat oleh kuasa asing sebagai gagal merampas kuasa di Malaysia kerana bantuan wang yang telah diberikan, Guan Eng dan Kit Siang juga sama. Dua beranak itu tidak mahu dilihat oleh Lee Kuan Yew sebagai telah gagal meneruskan usaha melebarkan kekuasaan kaum Cina seperti di Singapura untuk Pulau Pinang.
Jangan lupakan asal usul DAP....

Kalau DAP melalui Guan Eng dan bapanya – Kit Siang, gagal menarik sokongan kaum Melayu terhadap perancangan besar mereka, maka terbantutlah cita-cita kaum Cina merampas kuasa di Perak, Negeri Sembilan dan Melaka pada PRU-13 nanti.

Lagipun sebagai sebuah parti pemerintah negeri, adalah agak memalukan kalau ibu pejabat DAP tidak gah dan hebat sebagaimana sepatutnya sebagai parti yang berkuasa di Pulau Pinang. Pejabat DAP negeri itu hanya ditempatkan di sebuah kedai dia tingkat dalam keadaan yang sangat tidak hebat. Tak padan dengan kuasa yang mereka telah dapat di pulau mutiara itu.

Oleh itu adalah peluang DAP Pulau Pinang membina bangunan baru ibu pejabatnya yang jauh lebih hebat dan lebih gah sesuai dengan kedudukan DAP sebagai parti kaum Cina yang telah berjaya merampas sebuah negeri yang sebenarnya adalah salah satu daerah di negeri Kedah yang dipajakkan itu.

Macam kaum Yahudi Amerika dengan bangunan World Trade Centre lerrrr. Mereka yang musnahkan, bangsa Arab yang dituduhkan. Dalam masa sama berpeluanglah mereka membina bangunan baru yang lebih tinggi, canggih dan gah kerana sebelum itu mereka kalah oleh bangunan-bangunan lain yang hebat-hebat di luar US.

Puak kafir harbi yang tidak ada iman dan tauhid dalam hidup mereka sudah tentu sanggup lakukan apa sahaja demi kejayaan apa yang mereka rancangkan.

Apapun, puak Melayu terencat akal yang masih khayal dengan janji manis puak kafir harbi itu masih terus menyokong dan bersekongkol dengan mereka walaupun pelbagai bukti jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya sedang melebarkan usaha merampas negara milik orang Melayu ini, setelah mereka berjaya menjadi kaum yang menguasai ekonomi melalui pelbagai kegiatan haram.


Khamis, 18 Ogos 2011

Pembunuhan Banting: Wartawan, Editor Utusan Malaysia Diperintah Tunjuk Sebab


HAKIM yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya memerintahkan seorang wartawan dan editor surat khabar Utusan Malaysia untuk hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagi memberikan tunjuk sebab berkaitan penyiaran berita yang menyentuh peribadi peguam di dalam kes tersebut.

Hakim Datuk Akhtar Tahir pada Khamis, membuat keputusan itu pada Khamis, selepas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama dalam kes itu, N. Pathmanabhan, membangkitkan isu mengenai berita mengenai dirinya bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang disiarkan di surat khabar arus perdana berkenaan pada Rabu.

Manjeet yang turut membawa keratan akhar tersebut berkata, berita itu yang ditulis oleh wartawan bernama Raja Syahrir Abu Bakar bersifat subjudis (kacau ganggu pada kes yang belum selesai) sedangkan tiada siapa yang dibenarkan untuk membuat komen terhadap sesuatu kes yang masih di dalam peringkat perbicaraan.

"Malangnya, Utusan Malaysia dengan tidak berasas telah menyiarkan berita yang boleh membawa maksud bahawa terdapat campur tangan politik dalam prosiding ini dan barisan pembelaan adalah alat kepada pemimpin pembangkang serta mempunyai motif tersembunyi dalam mengendalikan perbicaraan ini," tambahnya.

Seterusnya, Manjeet juga memberitahu komen tersebut juga disiarkan di TV3 pada pukul 8 malam Rabu, tetapi sehingga kini beliau masih tidak dapat mengenal pasti wartawan yang terlibat dan memohon agar komen tersebut diabaikan oleh mahkamah.

"Lelaki yang membuat komen itu ialah N. Gobalakrishnan yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai. Saya tidak mengenali lelaki ini dan tidak pernah berjumpa dengan beliau. Saya tidak tahu daripada mana beliau mendapat tahu tentang penipuan ini," katanya lagi.

Sehubungan itu, Manjeet memohon agar satu perintah dikeluarkan untuk Gobalakrishnan, Raja Syahrir dan editor surat khabar terbabit hadir di mahkamah bagi memohon maaf dan menarik semula berita itu selain dijadikan peringatan kepada mereka yang tidak mempunyai rasa hormat kepada perjalanan kes di mahkamah.

"Mereka perlu diingatkan bahawa jika bertindak melampui batasan, mereka akan menerima akibatnya," ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengetuai barisan pendakwaan memberitahu, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan berhubung isu tersebut, tetapi mengakui telah membaca berita yang dibangkitkan Manjeet.

Akhtar selepas mendengar hujahan tersebut kemudiannya menyifatkan tindakan mengaitkan prosiding di hadapannya dengan isu politik adalah keterlaluan dan memerlukan penjelasan daripada wartawan terbabit.

"Sebarang serangan terhadap peguam adalah sama seperti serangan kepada mahkamah," katanya dan menambah, editor seharusnya tahu bahawa sebarang komen sepatutnya 'disimpan' dan tidak disiarkan terutamanya yang menyentuh prosiding yang belum selesai.

Merujuk kepada kejadian yang hampir sama, iaitu di mana Manjeet memohon agar wartawan New Straits Times dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana berita bertajuk 'Victims' bones found in river' pada Julai lalu, Akhtar berkata semua laporan yang ditulis selepas peristiwa itu adalah tepat dari segi fakta.

Beliau seterusnya memberi peringatan kepada wartawan yang membuat liputan kes itu untuk mengingatkan editor masing-masing bahawa tindakan sebegitu adalah subjudis dan boleh membawa kepada tindakan menghina mahkamah.

"Orang awam boleh membuat andaian sendiri, tetapi bukan pihak media," ujarnya.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, yang merupakan bekas peguam didakwa bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang didakwa hilang bersama pengasas kosmetik jenama Nouvelle Visages tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ladang lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada pukul antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung pada Jumaat.
- Laporan: mStarOnline

"Tidak mustahil Anwar akan sakit menjelang Isnin ini..." - Nalla

Hiasan: Akan berulangkah drama lakonan terbaik ini?
“TIDAK mustahil apabila menjelang sahaja tarikh tersebut, Ketua Pembangkang itu secara tiba-tiba akan jatuh ‘sakit’ sehingga memerlukan rawatan segera di hospital bagi membolehkan cuti sakit dikeluarkan sekali gus perbicaraan terpaksa ditangguhkan.”

Demikian antara ungkapan yang tercetus dari mulut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan mengenai kes liwat Anwar-Saiful kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai pembelaan diri Anwar selaku ‘Orang Kena Tuduh’, Isnin depan.

Bekas sahabat karib Anwar Ibrahim sejak lebih 30 tahun itu yakin ketika ini Anwar Ibrahim sedang mencari helah untuk menangguhkan kes liwat yang dihadapinya meskipun hakim telah mengarahkan beliau memberi keterangan bela diri 22 Ogos ini.

Katanya, beliau berani membuat jangkaan tersebut kerana selama tiga tahun kes liwat itu dibawa ke mahkamah, Anwar berulang-kali membuat pelbagai helah sehingga memaksa kes berkenaan ditangguh lebih 50 kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

“Saya seperti juga seluruh rakyat Malaysia mahu melihat kes ini diselesaikan dengan segera bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Namun, mengenali Anwar saya percaya beliau akan cuba bermain helah.”

“Sebab itu sehingga sekarang dia gagal mengemukakan saksi dan alibi bagi kes ini, sebaliknya cuba mengheret Perdana Menteri dan isteri bagi memperdaya rakyat kononnya wujud konspirasi. Tapi bila saya dan beberapa rakan menawarkan diri menjadi saksi tidak pula dipanggil.

Sahabat baik Anwar, S. Nallakarupan
“Kami adalah saksi yang relevan kerana saya sendiri boleh mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar di mahkamah. Siapa lagi mangsa Anwar saya boleh nyatakan satu persatu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Rabu.

Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, ketua pembangkang itu perlu mengambil peluang daripada keberkatan bulan Ramadan ini untuk menyucikan diri bagi menghadapi kes liwat tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tambahnya, dalam usia yang sudah melewati 60-an, Ketua Pembangkang itu tidak boleh lagi hanya memikirkan tentang kepentingan peribadi, sebaliknya beliau perlu memikirkan tentang masa depan agama, bangsa dan negara yang telah banyak dirosakkannya selama ini.

“Anwar sepatutnya menjadikan peluang membela diri ini bukan sahaja medan membersihkan diri, tetapi untuk menginsafi kembali segala tindak-tanduk yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara semata-mata demi bergelar Perdana Menteri,” katanya.

Kepada SM, Anwar sudah tindak mampu lagi untur berundur walaupun setapak. Apa yang telah dilakukannya teramat teruk. Dia mungkin boleh menipu jutaan manusia, tetapi dia tidak akan mampu menipu dirinya sendiri.

Justeru, jangan haraplah dia akan berfikir dari segi keagamaan dan juga keadaan dirinya. Dia sedang tersepit dalam jejaring yang dibinanya sendiri. Apa yang ada di kepala hotaknya hanyalah bagaimana nak melepaskan diri dengan apa cara sekalipun.

Sama-samalah kita tunggukan Isnin ini apakah Anwar Ibrahim akan muncul atau tidak di mahkamah....

‘Insya-Allah, kebenaran akan bangkit’ - Saiful


Mohd. Saiful Bukhari bersama bapanya, Azlan Mohd. Lazim ketika mengimbau kembali sumpah laknat yang dilakukannya tiga tahun lepas.
TIGA tahun lalu, iaitu pada 15 Ogos 2008, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada satu peristiwa besar apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat mendakwa beliau diliwat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Peristiwa itu membawa tuduhan liwat oleh Mohd. Saiful Bukhari kepada satu episod baru apatah lagi cabarannya supaya Anwar membuat sumpah yang sama tidak disahut sehingga kini.

Semalam (Selasa 16 Ogos), Mohd. Saiful Bukhari menggagahkan diri sekali lagi mengunjungi Masjid Wilayah Persekutuan yang banyak merubah nasib dirinya selepas peristiwa tersebut.

Ditemani ayah, Azlan Mohd. Lazim yang menjadi simbol kekuatannya, Mohd. Saiful Azlan mengakui dia berasa terharu dan tersentuh untuk kembali ke masjid itu apatah lagi peristiwa yang penuh bersejarah tersebut masih lagi segar dalam ingatan.

“Pelbagai kisah berlaku sebelum, sewaktu dan selepas tiga tahun saya melafazkan sumpah laknat tersebut. Ada antaranya diketahui umum dan ada juga yang tidak pernah saya kongsi dengan orang lain,” katanya.

Mengimbau bagaimana dia tergerak untuk membuat sumpah tersebut, Mohd. Saiful Bukhari berkata, walaupun dia dengan rela hati melakukannya, namun tindakan itu tercetus daripada saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan disokong oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas berbincang dengan keluarga dan beberapa tokoh agama, katanya, dia mempelawa Anwar untuk bermuhabalah pada 7 Julai 2008, namun tiada sebarang tindakan diambil Anwar.

“Pada awalnya, ia sepatutnya diadakan dengan kehadiran kedua-dua pihak, iaitu saya dan Anwar. Namun, setelah dipelawa dan sering berdolak-dalik untuk berminggu-minggu lamanya, saya dan setelah mendapat persetujuan keluarga, memutuskan untuk melafazkan sumpah tersebut bersendirian, iaitu sumpah laknat,’’ katanya.

Mohd. Saiful Azlan menambah, selepas melafazkan sumpah tersebut, beliau telah difitnah dengan pelbagai tuduhan antaranya dikatakan sakit tenat dan terpaksa membuang air besar menggunakan tiub.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan tersebut ternyata tidak benar dan pihak yang memfitnahnya sudah memohon maaf selepas dua tahun.

Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat kekuatan dalam menempuh hari-hari selepas mengangkat sumpah itu, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia tidak pernah putus memohon bantuan daripada Allah SWT.

“Saya sentiasa berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak dinafikan, memang banyak cabaran dan rintangan. Namun, saya bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tenang dan banyak bantuan daripada Allah yang saya terima,” katanya.

Berkenaan dengan prosiding mahkamah pula, Mohd. Saiful Bukhari berkata, dia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan negara meskipun prosiding kes liwat berjalan agak perlahan atas sebab tertentu.

Ketika ini, katanya, dia bersyukur kerana telah memberi keterangan dan kes di pihak pendakwaan telah pun selesai sebelum memasuki peringkat pembelaan.

“Lebih pada itu saya reda dan berserah pada Allah,” katanya.

Tambah beliau lagi, walaupun tempoh tiga tahun itu terasa begitu lama dan mencabar, namun dia bertuah kerana ahli keluarga dan rakan-rakan sentiasa berdoa dan membelanya dengan ikhlas.

Dia juga sangat terharu dengan perjuangan para blogger yang membelanya dengan penuh ikhlas tanpa sedikit pun mengharapkan balasan.

“Saya juga bersyukur kerana telah selesai memberi keterangan dan dibebaskan sebagai saksi serta berkesem-
patan mengiringi nenek mengerjakan ibadat haji hujung tahun lalu.

“Paling utama, saya bersyukur kerana keluarga dan pelbagai pihak terus mendoakan dan memberi sokongan, serta boleh menerima diri saya seadanya,” kata beliau.

Mengakhiri pertemuan hampir sejam itu, Mohd. Saiful Bukhari yang kelihatan sangat bersemangat dan tidak lekang dengan senyuman sempat menitipkan pesanan yang mahu dikongsi olehnya dengan semua pihak.

Katanya: “Insya-Allah, di bulan yang mulia ini, kebenaran akan bangkit. Sama-sama kita doakan.”
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tidak ada sebaik-baik tempat untuk menyerahkan diri dan harapan selain daripada Allah swt.
SM dturut mendoakan agar Saiful ditunjukkan oleh Allah swt dengan kebenaran dan keadilan yang dinantikan itu. Amin!

Rabu, 17 Ogos 2011

Kes Liwat Anwar-Saiful: Bekas KPN Enggan Ditemu Bual....

TEMU bual peguam yang mewakili Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada Rabu, hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Peguam S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata sesi itu dihentikan apabila Musa membayangkan hasratnya untuk menggunakan haknya untuk tidak ditemu bual.

Pada 8 Ogos, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan pasukan peguam yang mewakili Anwar menemu bual saksi dengan syarat mendapat persetujuan mereka yang terlibat (para saksi) sebelum mereka memberi keterangan di mahkamah.

Pada Isnin pula, beliau memberitahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu bahawa tanpa mengambil kira hasil temu bual berkenaan, perbicaraan akan disambung pada 22 Ogos ini.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Mungkin TS Musa hanya akan menjelaskan atau menjawab soalan apabila beliau berada di mahkamah sebagai saksi kes. Dan kesaksiannya sudah tentulah untuk pihak pendakwa, bukan untuk jadi saksi pembela.

Mana mungkin seseorang yang jadi saksi pemdakwa, juga menjadi saksi di pihak pembela? Tak faham lerrr apa yang cuba dicari oleh para peguam Anwar dan Anwar itu sendiri.

Pembangkang pun menipu juga semasa pilihan raya – Tun Dr. M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penubuhan jawatankuasa pemilih Parlimen untuk mengubah proses pilihan raya bukan memenuhi kehendak pembangkang semata-mata.

Ini kerana, katanya, penipuan juga berlaku di pihak pembangkang ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sambil mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu, Dr Mahathir mendedahkan ada kes yang mana sebuah rumah digunakan sebagai alamat 50 pengundi yang bukan penduduk kawasan terbabit.

"Perkara seperti inilah yang Suruhanjaya Pilihan Raya wajar teliti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengumpul sumbangan untuk mangsa kebuluran di Somalia menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima, di Putrajaya Rabu.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa tersebut bagi mencari langkah terbaik mengubah proses pilihan raya di negara ini demi memastikan ia adil dan telus. Jawatankuasa itu akan disertai anggota Parlimen yang menyokong kerajaan dan juga pembangkang.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata amnya pilihan raya di negara ini adalah bersih.

"Di Malaysia, pada setiap pilihan raya, anda akan dapati pembangkang bukan saja memenangi kerusi tetapi memenangi kerusi di negeri berbeza. Mungkin ada sedikit perkara yang tidak kena, tapi keseluruhannya pilihan raya di Malaysia bersih," katanya.

Perkara itu kata beliau tidak berlaku di sesetengah negara di mana 99 peratus undi untuk parti tertentu sahaja.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berharap rakyat Malaysia akan menyokong usaha tersebut dan mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu rakyat Somalia.

"Kita telah mengumpul banyak wang untuk membantu Gaza, mangsa gempa bumi di Pakistan, rakyat Aceh yang dilanda tsunami.

"Saya fikir kita sudah berasa letih sedikit namun saya gembira mengatakan itu tidak benar. Rakyat berasakan kita perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka ini," katanya.

Dr Mahathir berkata Yayasan Al-Bukhary telah berikrar untuk menyumbang RM750,000 kepada dana itu, manakala Yayasan Keamanan Global Perdana akan menyumbang RM50,000 dan sebuah lagi persatuan sebanyak RM10,000.

Beliau turut memberi sumbangan peribadi kepada tabung itu yang digerakkan bersama NSTP-Media Prima dan Mercy Malaysia.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian, krisis kebuluran di Somalia membabitkan kira-kira 3.2 juta penduduk.
- Berita: BernamaOnline


SATU MELAYU:
Apa yang dihebohkan oleh pembangkang, khasnya Anwar Ibrahim dan Pas itu adalah modal alasan ketika kalah teruk pada PRU-13 nanti, khasnya di Kelantan.

Oleh kerana mereka telah merasakan pakatan akan kalah teruk, terutamanya PKR dan Pas pada PRU akan datang jawapannya telah pun disediakan, iaitu penipuan SPR dan pilihan raya tidak bersih.

Ketika itu mungkin satu gerakan mengesa rakyat membantah keputusan pilihan raya akan diadakan supaya negara kacau-bilau dan ada pelung untuk Anwar diangkat jadi PM oleh kuasa luar yang datang mengambil kesempatan seperti yang cuba dilakukan di Libya sekarang.

Umno Selangor dicabar saman Mustafa.... Peluang Pas alihkan isu pendiriannya mengenai murtad di GMDU....

SETIAUSAHA Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Pas dan Setiausaha Agung parti itu, Mustafa Ali kerana tidak mahu meminta maaf. Kira Pas dan Mustafa cabar minta disaman lerrr tu....

Memang itulah yang dinanti-nanti oleh peminpin Pas untuk mengalihkan isu panas yang menerjah parti itu kerana kegagalan mereka mempertahankan akidah umat Islam gara-gara takutkan herdikan DAP dan PKR yang membela penganjur memurtadkan umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Sekurang-kurangnya dengan adanya saman daripada pihak Umno Selangor itu nanti bolehlah Pas memutar-belit isu dan menghalakan meriam buluhnya kepada Umno. Isu memurtadkan di GMDU akan beralih kepada saman Umno terhadap Pas dan Mustafa.

Begitulah nampaknya yang bakal dilakukan oleh Pas mengenai isu memurtadkan itu. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, sebaik DS Mohd Zain keluar kenyataan, secepat kilat Mustafa jawab dalam nada mencabar.

Datuk Mustafa Ali diberitakan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung dakwaan bahawa Umno mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Malah, beliau menegaskan tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang dituntut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ir.Mohd Zin Mohamed pada Selasa.

"Saya tidak akan minta maaf. Saya tetap berpegang kepada apa yang saya katakan sebelum ini. Jadi soal minta maaf itu tidak timbul," katanya ketika dihubungi mStar Online di Petaling Jaya, Rabu.

Menurut Mustafa, beliau tegas dengan pendirian itu kerana mempunyai maklumat sahih bahawa wujud campur tangan Umno dalam tindakan JAIS menyerbu gereja berkenaan.

"Hanya saya seorang yang ada maklumat itu...itupun saya tak beritahu ahli PAS lain. Sekiranya berjumpa dengan Pengarah JAIS, Marzuki Hussin saya akan dedahkan maklumat ini kepada beliau," tegasnya.

Sah yang Pas mahu mengalih isu yang menimpa parti mereka kepada Umno Selangor dengan alasan ada bukti. Sedangkan bukti mengenai projek memurtadkan umat Islam di gereja berkenaan hilang cerita.

Apakah Umno Selangor secara tidak langung tlah memberi peluang baru kepada Pas untuk spin bagi selamatkan diri, terpulanglah kepada persepsi kalian.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, Isnin, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIS ke atas gereja itu awal bulan ini.

 Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Sehubungan itu, Mohd. Zin memberi masa selama tiga hari bermula hari ini kepada Pas dan Mustafa Ali supaya memohon maaf melalui satu sidang akhbar atas dakwaan tersebut.

Jelas Mohd. Zin, kenyataan itu berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau berkata, PAS dan Mustafa akan dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan tidak berasas itu.

Bagaimanapun, Mustafa memberitahu beliau bersedia untuk berdepan apa jua tindakan undang-undang akibat enggan meminta maaf.

"Saya bersedia untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana saya ada maklumat yang boleh dipercayai mengenai dakwaan itu," katanya.

Awal bulan lalu, penguatkuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Terdahulu, 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di gereja itu tampil memberi keterangan di JAIS bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut pada Isnin.

Dua belas individu Islam yang terlibat telah pun memberi keterangan kepada JAIS....

Anggota sindiket curi kereta ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta

Anggota sindiket curi kereta ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta
MAHKAMAH Sesyen Klang, Selasa mencatat sejarah perundangan apabila membenarkan empat lelaki yang terbabit dalam sindiket curi kereta terbesar di Lembah Klang, ‘Black Water’ diikat jamin RM1.96 juta setiap seorang setelah masing-masing didakwa atas 196 pertuduhan.

Keempat-empat mereka masing- masing didakwa dengan 98 pertuduhan menerima harta curi iaitu 98 buah kereta mewah dan 98 pertuduhan lagi atas perbuatan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut.

Mereka yang dituduh Wong Ooi Kay, 34, Sim Cee Wei, 39, Lau Kuan Zui, 39, dan Tan Ching Swee, 40, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kepada mereka di dua Mahkamah Sesyen Klang.

Ooi Kay dan Cee Wei menghadapi tuduhan di hadapan Hakim Siti Nor Sharida Awang manakala Kuan Zui dan Ching Swee didakwa di hadapan Hakim Siti Nuraida Sulaiman.

Bagi setiap tertuduh, 190 pertuduhan didakwa dilakukan di No. 1, Lot 8638, Kampung Black Water off Jalan Banting-Klang pada pukul 5 petang, 29 Jun lalu manakala enam pertuduhan lagi didakwa dilakukan di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi pada pukul 6 petang, hari yang sama.

Kesemua 98 kenderaan yang dicuri ialah 59 buah Honda City, Toyota Hilux (22), Honda CRV (7), Toyota Rush (6), Honda Civic (2) serta masing-masing sebuah Honda Accord dan Toyota Fortuner.

Kesalahan menerima harta curi didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan manakala kesalahan menolong menyembunyikan kesemua kereta tersebut didakwa di bawah Seksyen 414 kanun yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohd. Yusoff yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan oleh kesemua tertuduh adalah serius serta melibatkan jenayah terancang.

‘‘Kes ini melibatkan sindiket besar dengan modus operandi menerima dan menyembunyikan 98 kereta mewah jenis Honda dan Toyota yang dicuri selain ia merupakan satu perbuatan jenayah merentasi sempadan,’’ katanya.

Beliau turut dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar dan Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Kedua-dua hakim terbabit membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhannya RM1.96 juta setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes terhadap Ooi Kay dan Cee Wei ditetapkan pada 15 September ini manakala kes terhadap Kuan Zui dan Ching Swee akan disebut semula pada 12 Oktober depan.

Pada 29 Jun lalu, polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 98 buah kenderaan curi bernilai RM8 juta ke Kepulauan Cyprus selepas menahan empat anggota sindiket curi kereta dalam serbuan ‘Ops Lejang Mewah’ terbesar di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting, Klang.

Gudang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama itu disewa oleh sindiket dikenali sebagai ‘Black Water’ itu yang sebelum ini dikesan menyeludup 456 kereta bernilai RM49 juta yang dicuri di negara ini sejak tahun lalu ke Hong Kong, Thailand dan Dubai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, modus operandi mereka adalah mendapatkan kenderaan- kenderaan curi daripada orang tengah dan mengumpulkan kenderaan itu dalam gudang sebelum diseludup ke luar negara.
- Laporan: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tahniah SM ucapkan kepada pihak berkuasa polis yang berjaya mengesan, menagkap dan menuduh di mahkamah penjenayah curi kereta terancang yang mengaut kekayaan melalui kegiatan menyeludup keluar kereta-kereta curi berkenaan.

Beginilah caranya kaum ini mengaut kekayaan di negara ini. Hasil kekayaan sebeginilah yang menjadikan kaum mereka menguasai ekonomi negara sejak dulu lagi. Dengan wang yang banyak itulah mereka menuasai hartanah dan lain-lain perniagaan utama.
SM yakin di belakang mereka ada jerung yang lebih besar....

Ambil tindakan terhadap Ambiga....

SEMUA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa mendesak Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan para pengikutnya.

Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak berkata, sudah tiba masanya bagi semua NGO tanpa mengira bangsa dan agama berganding bahu mendesak tindakan segera ke atas petualang-petualang yang berpotensi menyebabkan kerosakan terhadap negara ini.

Datin Reny Rahayu
“Kenapa NGO perlu takut memperjuangkan kebenaran? Adakah NGO mahu terus membisu melihat golongan yang membelakangi agama, bangsa dan negara terus bebas melakukan kemungkaran demi kepentingan politik mereka?

“Kini tiba masanya semua NGO menggembleng tenaga dalam memastikan kedaulatan dan kredibiliti negara terus terpelihara daripada anasir-anasir licik yang sentiasa mencari peluang untuk menjejaskan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Selasa.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin memberi kata dua kepada Jabatan Peguam Negara supaya mendakwa segera Ambiga atau bakal berdepan dengan tindakan luar jangkaan daripada pertubuhan itu.


 Pada masa sama, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga menuntut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas ‘pelakon’ dalam video seks mirip Anwar Ibrahim serta mendakwa pihak yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Jelas Reny Rahayu, pihaknya yang terdiri daripada 500 NGO berbilang kaum dan agama turut menggesa kerajaan menghukum pihak yang menabur fitnah kononnya pihak polis bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

“Kami akan sentiasa peka dan sensitif terhadap pihak yang mahu memutarbelitkan pemikiran rakyat serta merosakkan negara. Kami sebulat suara akan berjuang habis-habisan supaya agenda songsang mereka ini tidak akan tercapai,” ujarnya.
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Ada yang berpendapat kerajaan mengambil langak berlembut supaya mereka yang dia ats pagar memihak kepada BN pada PRU-13 nanti.

Bagaimanapun ada pula yang berpendapat, jika pihak berkuasa masih terus berlembut sedangkan puak ‘pengkhianat negara’ mengambil kesempatan melakukan pelbagai provokasi terhadap maruah orang Melayu, agama Islam dan instirusi Raja-raja Melayu, boleh menyebabkan para penyokong kerajaan jadi marah dan bertindak tidak menyokong BN.

Entahlah.... Tak tahu masa satu yang betul.

Berlembaut salah, berkeras pun salah. Maka semuanya jadi serba salah....

Yang penting, biarlah yang dikejar dapat dan yang dikendung tidak berciciran....

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog