Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 21 Mei 2011

Mahkamah Akan Dedah Kebenaran Isu Video Seks - Hishammuddin

MAHKAMAH akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi, Sabtu.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.
- Bernama

SATU MELAYU:
Diharapkan penjelasan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu akan melegakan sebahagian besar rakyat yang ternanti-nanti dan tertanya-tanya apa kesudahannya isu penas yang membabitkan seorang yang tersohor kerana ‘gila talak’ yang serius dalam impiannya untuk berkuasa dan tinggal di Putrajaya.

Sekurang-kurangnya penjelasan Hishammuddin itu menjelaskan kedudukan sebenar isu yang bakal jadi kes mahkamah itu.

24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat


KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
SERAMAI 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang Sabtu.

Setakat pukul 7 malam, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
- Bernama

Tanah Runtuh: Enam Kanak-Kanak Yatim Piatu Diselamatkan; Tiga Terkorban


TIGA kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Manakala enam orang kanak-kanak berjaya diselamatkan, setakat pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 24 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali....

Mahathir Beri Respons Baik Terhadap Rawatan


Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff. - Foto BERNAMA
TUN Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff.

Bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan, menurut Sufi.

"Dr Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Sabtu.

Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara itu, beliau berkata Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lepas kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.
- Bernama

SATU MELAYU:
Alhamdulillah, doa kita semua yang sayang dan menghormati jasa bakti Tun telah dikabulkan Allah SWT.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog