Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 28 Ogos 2010

SAIDINA ALI MENTAATI KEPUTUSAN HAKIM


KHALIFAH Ali bin Abi Talib, telah kehilangan baju besinya dalam peperangan Shiffin. Selang beberapa hari kemudian, Ali r.a. telah melihat baju besinya dimiliki oleh seorang Yahudi. Ali r.a. menghampiri orang Yahudi itu lalu berkata:
“Baju besi yang ada padamu itu adalah baju aku, aku tidak pernah menjualnya atau memberikan kepada sesiapa pun.”
Berkata Yahudi itu: “ Tidak, baju ini adalah milikku dari dulu.”

Saidina Ali r.a. dan Yahudi itu tetap mempertahankan hak masing-masing. Akhirnya kedua mereka bersetuju untuk menemui hakim Syuraih untuk menyelesaikan masalah mereka. Ketika berada di hadapan hakim, Ali r.a. berhujah mempertahankan haknya dan begitu juga dengan orang Yahudi itu. Masing-masing mengaku sebagai pemilik baju besi berkenaan.
Kata Saidina Ali r.a. “Yang Arif, baju besi yang ada pada orang Yahudi itu milik saya sejak dari dulu lagi.”

Berkata Hakim Syuraih kepada orang Yahudi, “Ali mengatakan baju yang ada padamu itu adalah miliknya, apa hujahmu?.”
Jawab orang Yahudi, “Tidak, baju besi ini adalah milik saya.”
Hakim Syuraih bertanya kepada Ali r.a. “Apakah Amirul Mukminin mempunyai bukti yang mengatakan baju besi itu milik Amirul Mukminin?”
“Ada, saya ada dua orang anak yakni Hasan dan Husin. Mereka memang tahu benar tentang baju besi kepunyaanku itu,” jelas Ali r.a.

Berkata Hakim Syuraih, “Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak boleh diterima sebagai bukti menurut hukum.”
Kata hakim itu lagi, “Oleh kerana Amirul Mukminin tidak dapat mengemukakan dua saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegangnya pada masa ini, iaitu orang Yahudi ini.”
Kemudian Hakim Syuraih pun menutup perbicaraan.

Walaupun Saidina Ali r.a. adalah seorang Khalifah yang membolehkan dia mengambil tindakan atau mengenakan tekanan terhadap hakim untuk memenangkan dirinya tetapi, beliau tidak mengambil jalan itu. Sebaliknya, beliau patuh kepada keputusan mahkamah.

Orang Yahudi itu berasa amat hairan dengan sikap Saidina Ali r.a. yang mana beliau sebagai Amirul Mukminin patuh kepada keputusan mahkamah. Orang Yahudi itu juga hairan dengan sikap hakim yang bertindak menurut yang hak dari segi undang-undang, walaupun yang dihadapinya adalah seorang Amirul Mukminin.

Oleh kerana sangat terharu mengenangkan cara dan keputusan mahkamah yang mengikut peraturan Islam, maka orang Yahudi itu berkata kepada Ali r.a. dan Hakim Syuraih, “Aku bersaksi bahawa Islam adalah agama yang benar dan adil.”
Ketika itu juga orang Yahudi itu memeluk Islam dan mengembalikan baju besi kepunyaan Saidina Ali.

Menyentuh mengenai hakim, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hakim itu ada tiga golongan. Satu golongan masuk syurga dan dua golongan lagi masuk neraka. Golongan yang masuk syurga ialah hakim yang mengetahui kebenaran, lalu dia memutuskan dengan benar, maka dia masuk syurga. Hakim yang tahu kebenaran tetapi, dia dengan sengaja buat tidak tahu, maka dia masuk neraka. Dan seorang hakim yang memutuskan perkara tanpa ilmu, maka ia juga masuk neraka.”

Sementara dalam surah Al-Nahl, ayat 90, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu mengambil pelajaran.”

Wahai Dato’ Seri Shahrizat: JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN, CARI SALAH SENDIRI....


PERGERAKAN Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau. ''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.

Nanti dulu Dato’ Seri, jangan cepat sangat salahkan orang lain atau kaum lain. Cari dulu di mana salahnya orang sendiri dan kaum sendiri, iaitu orang Melayu. Lebih-lebih lagi orang UMNO itu sendiri. Jangan cepat melenting. Jangan tiru cara dan gaya pemimpin pembangkang yang suka melenting, akhirnya apa yang dilentingkan memakan diri. Malu sendiri. Jangan.... itu amalan pembangkang.

Cuba lihat dulu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kalau tak silap penulis, dalam isu ini bukan YB kufar itu yang salah. Mereka sememangnya nak cari sokongan Melayu. Mereka tak kira Melayu bangsat ke, ape ke, asalkan Melayu mereka gunakan. Yang salah si Melayu.

Yang menerima dan bersedia bergambar untuk publisiti ialah puak-puak Melayu bangsat daripada pembangkang, khasnya puak Pas. Mereka boleh berbuat demikian kerana mereka selama ini berjaya menguasai jawatankuasa Masjid dan Surau. Mereka pandai gunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Melayu lain tak pandai.

Bila mereka berkuasa, walaupun di masjid atau surau, maka mereka tunjuklah kuasa mereka dan sikap mereka yang tidak menyokong kerajaan. Itu aje.... Bukannya apa sangat tujuan mereka. Mereka peduli apa dengan masalah ajaran agama Islam dan adab beragama, kerana mereka sendiri belum tentu betul keislamannya. Kerana Allah SWT atau kerana dunia? Kerana Islam atau kerana fulus? Janji masyuk.... dan boleh menyakitkan hati orang UMNO, mereka pun buat, asalkan hati puas....

Kepada penulis, yang salah dalam soal ini puak UMNO. Orang UMNO selalunya phobia bila disebut surau dan masjid. Malas dan selalu mengelak bila ada majlis di masjid dan surau. Orang Pas tidak. Malah mereka berjaya menjadikan surau dan masjid sebagai institusi mereka mengembangkan pengaruh serta menabur fitnah. Orang UMNO tahu marah aje.... Counter attack tak ada....

Orang UMNO kalau ada pun, semasa menganjurkan moreh di bulan Ramadhan saja.... Itupun satu malam dalam sebulan penuh puasa. Bulan-bulan lain lesap. Sebut kiamullail, tazkirah, zikir munajat atau apa saja kegiatan agama, orang UMNO mesti menyepi... minggirrr.... Kalau ada majlis di coffee house, kopitiam, kelab golf dan resot yang mewah, ramai le orang UMNO.

Jangan marah Dato’ Seri, ini perkara benar yang jadi masalah kepada UMNO dari dulu. Bukan sahaja yang lelaki, yang wanita pun sama.... Majlis masak-masak, busana, persolekan, kraftangan, buat kueh raya dan lain-lain ramai le wanita UMNO join.

Bayangkan kalau majoriti surau dan masjid yang ada di negara ini dikuasai oleh orang UMNO, masalah serta kejadian seperti itu boleh berlaku ke tidak?. Tak begitu, Dato’ Seri....
Maaf Dato’ Seri, kata-kata saya ni agak kasar. Tapi keadaan sekarang nampaknya terpaksa berkasar sikit. Zaman lemah lembut dan lentuk-liuk dah berlalu. Kalau DS nak marah pun marahlah. Saya tak kisah. Niat dan hasrat saya demi kebaikan UMNO dan orang Melayu/Islam.

Zaman dan keadaan masa kini tidak membenarkan sistem pujuk digunapakai. Zaman ini adalah zaman merotan atau mebesit. Ini bukan zaman melentur buluh dari rebungnya tetapi, zaman menebang buluh jika ianya membahayakan.

Itu baru cakap pasal ahli-ahli UMNO dan pemimpin peringkat bawah yang hampir dengan rakyat. Belum lagi nak cerita fasal pemimpin peringkat atasan.

Kalau nak diikutkan, segala permasalahan berpunca daripada keputusan atau hasil PRU-12. Rakyat cuba menunjukkan protesnya kepada kerajaan ketika itu – khasnya UMNO. Siapa yang jadi Perdana Menteri ketika PRU-12 kalau bukan Presiden UMNO ketika itu? Orang UMNO le tu.... Kerana lemah dan tidak cukup cekap mentadbir-urus negara, semuanya lingkup. Sebabnya, kerana PM ketika itu melalui nasihat PUNAHSIHATnya, membebaskan seekor pengkhianat bangsa dari penjara Sungai Buloh.

Takkan Dato’ Seri tak faham bahawa segala kekalutan yang berlaku sekarang semuanya bermula selepas PRU-12. Dan yang jadi ‘kacang hantunya’ ialah si pengkhianat negara yang tegar dengan masalah peribadinya.

Saya harap, DS bawa isu ini ke dalam MT UMNO akan datang. Turun dan bergerak dari bawah. Bukan dari atas. Bangunan, walau setinggi mana sekalipun bermula dari bawah. Kemudian barulah mencanak naik setinggi yang dimahukan.

Kesimpulannya, jangan salahkan orang lain. Cari kelemahan dan kesalahan sendiri. Kemudian cari jalan bagaimana mengatasinya. Pemimpin bawahan yang berada di kampung-kampung ditunjukajar dan dididik supaya belajar mendekati surau dan masjid. Itu tempat orang Melayu/Islam berkumpul dan bermasyarakat. Pastikan para ketua cawangan tu kenal yang mana satu surau dan yang mana satu masjid.

Pak Sulung: Memohon berbanyak maaf kepada DS Shahrizat kerana agak kasar bahasanya atau mungkin ada yang menganggapnya ‘kurang ajar’. Tak mengapalah, asalkan jangan ‘peluru habis, pelembang tak alah’.

Komen Nik Aziz Mengenai ‘Sweeping Malaysian’ SEKADAR MELEPASKAN ‘BATHOK DI TANGGA’.


MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia Isnin lepas sebagai “memalukan”. Mursyidul Am Pas itu berkata, sepatutnya sebagai negara berjiran, kedua-dua kerajaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham secara kekeluargaan.

Ok! Le tu. Ada juga komen daripada pihak Pas mewakili pakatan rakyat, walaupun entah apa-apa yang dicakapkannya. Siapa yang malu dan macam mana boleh jadi malu kita pun tak faham. Apatah lagi kalau ditanyakan kepada siapa malu itu ditujukan.

Malu kepada siapa? Kepada negara luar atau kepada jiran-jiran kita di Asia Tenggara? Atau kepada pihak Yahudi yang menguasai Amarika Syarikat? Atau kepada pihak Barat yang kesemuanya dikuasai oleh Zionis, seperti UK, Perancis, Sepanyol, Itali dan lain-lain lagi?

Bagaimana pula dengan pelbagai kemugkaran yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang, terutamanya Pas dan Nik Aziz sendiri yang sangat anti kepada ‘Perpaduan Melayu’? Tidak berasa malu ke? Dan begitu juga dengan perpecahan Melayu yang dicemarkan oleh puak-puak pakatan melalui mimbar masjid dan di masjid yang difahamkan sebagai rumah Allah itu, tak ada rasa malukah Nik Aziz dengan kecelaruan yang berlaku?

Bagaimanapun, apa yang dicakapkan Nik Aziz itu menjadi petanda bahawa Pas telah cuba melangkah keluar daripada kepongpong pakatan, yang mana dua lagi sekutu – DAP dan PKR, langsung tak berkata apa mengenai apa yang berlaku di Jakarta itu.

Elok le. Mungkin itu sebagai balasan Pas dan Nik Aziz Nik Mat kepada pemimpin DAP dan PKR yang menolak dan mengecam dirinya serta Pas kerana berura-ura menghidupkan kembali propaganda isu ‘Hudud’, minggu lepas. Berapi Nik Aziz kena dengan kenyataan Karpal dan juga Zaid Ibrahim.

Mungkin kerana itu Nik Aziz baru tersedar daripada lamunannya dan mula memberikan perhatian kepada kecaman dan penghinaan yang dilakukan terhadap negara Malaysia oleh segelintir rakyat negara jiran yang diyakini didalangi oleh individu tertentu yang tersangat rapat hubungannya dengan Tuan Penahsihat dan Pemimpin Agong Pakatan Rakyat, Sheikh Anwar Ibrahim.

Nampak sangat komen Nik Aziz jadi merapu dan tak tentu hujung pangkalnya. Kenapa jadi begitu? Adakah kerana ‘Tuan Punahsihat’ tidak membantu mengatur kata-kata untuk Nik Aziz sebagaimana biasa? Nampak sangat Nik Aziz tak tahu nak kata apa tanpa nasihat dan arahan Sheikh Anwar.

Kepada Nik Aziz dan para pemimpin Pas yang lain serta para penyokong tegarnya, sila maklum bahawa apa yang berlaku di Jakarta itu adalah kerana mereka mendapat upah lumayan berupa ‘duit raya’ yang dihulur oleh pihak yang mahukan negara kita dengan Indonesia bermusuhan.

Di Indonesia, khasnya dikota Jakarta terdapat kumpulan yang ‘cari makannya’ ialah mengadakan tunjuk perasaan. Mereka tak kira siapa. Asal ada upah mereka akan lakukannya. Presiden Indonesia pun mereka perlakukan sedemikian jika ada pihak yang menyuruh dan membayar upahnya.

Selain itu, sebagai ahli politik, Nik Aziz dan para pengikutnya harus faham bahawa ‘Gerakan Yahudi Sedunia’ sememangnya merancang memecah-belahkan umat Islam di mana sahaja di dunia ini. Kalau di Asia Barat mereka telah berjaya memecah-belahkan negara dan umat Arab, maka kita di Nusantara yang merupakan umat Islam paling ramai, tidak pernah tersisih daripada agenda mereka. Negara pulau, Indonesia telah berjaya mereka tekan ekonominya sehingga meleset teruk dan tergolong sebagai negara miskin. Rakyat Indoonesia tidak ada pekerjaan, sedangkan bilangan mereka hampir 300 juta.

Kerana negara jadi miskin, pelaburan luar tidak datang melabur. Maka terkapai-kapailah rakyat negara itu hidup dalam kemiskinan kerana tidak ada peluang pekerjaan, walaupun Indonesia adalah anggota OPEC, iaitu negara pengeluar minyak yang besar juga. Hasil buminya banyak, tanahnya masih luas tetapi, tetap miskin kerana tekanan dan perancangan zionis yang anti-Islam.

Usaha melaga-lagakan antara Malaysia dan Indonesia sering berlaku. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan - 1957, terlalu banyak insiden yang cuba dijadikan alasan supaya umat Islam di kedua negara dapat dipecah-pecah dan diperintah melalui pelbagai isu remeh.

Yang menjadi ‘mata, telinga dan tangan’ kepada gerakan zionis ialah negara jiran yang dikuasai kaum bukan Islam. Sebuah negara yang kecil tetapi, kaya raya. Peranan negara berkenaan samalah seperti Israel di Asia Barat. Perancangan dan hasutan mereka sama. Tugas mereka ialah supaya umat Islam di Nusantara jangan bersatu dan seterusnya jadi maju dan kuat ekonominya.

Kalau Indonesia yang punyai ramai penduduk itu kukuh dan mantap ekonomi serta politiknya, sudah tentu ianya akan menjadi seperti negara Iran. Inilah yang sangat ditakuti oleh zionis dan juga negara pulau yang menjadi jiran kita dan juga jiran Indonesia itu.

Sementara di pihak Malaysia pula, terdapat seorang pemimpin tajaan yang sedang bergelut dengan masalah peribadi yang sangat kritikal. Oleh kerana pemimpin itu telah diangkat menjadi talibarut mereka di rantau ini, maka dipergunakanlah si polan itu secukup-cukupnya. Bantuan wang dan laporan media diberikan kepadanya seluas mungkin.

Dan apa yang berlaku di Jakarta itu adalah sebahagian daripada perancangan mereka. Si polan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menyumbangkan ‘duit raya’ kepada puak yang bila-bila masa sedia diperalatkan itu.

Sebagai balasan kepada sumbangan itu, maka terjadilah apa yang telah terjadi. Tunjuk perasaan membenci Malaysia. ‘Sweeping Malaysia’ dan macam-macam lagi slogan digunakan. Kalau boleh mereka mahukan supaya Malaysia dan Indonesia berkonfrantasi sepertimana yang berlaku pada tahun 1963 dahulu.

Demikian serba ringkas penjelasan senario politik di Nusantara yang dapat dijelaskan untuk difahami oleh mereka yang tersangat bencikan kerajaan Barisan Nasional. Memusuhi Barisan Nasional boleh dan memang dibolehkan oleh sistem politik di negara kita. Tetapi kalau sudah sampai ke tahap meruntuh dan menjahanamkan agama, bangsa (Melayu/Islam) dan negara, maka itu adalah keterlaluan dan penderhaka gelarannya.

Jika negara Malaysia ini punah dan terlepas ke tangan kaum bukan Melayu/Islam, maka rasa malu tidak ada gunanya lagi. Kalau ada pun sekadar malu kepada diri sendiri yang bebal dan terlupakan ajaran agama suci dari Allah SWT, iaitu Islam. Dan Islam yang dimaksudkan ialah Islam sebenar sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW atau Islam Ahlil Sunnah wal Jamaah. Bukan Islam yang jadi jenama parti politik.

Wallahualam....

Pak Sulung: Berpesan kepada mereka yang menceburkan diri dalam politik atau pun berminat dengan politik, supaya memahami situasi politik negara serta umat Islam di Nusantara. Kalau umat Arab telah hancur-lebur kerana perancangan zionis, giliran umat Melayu di Nusantara hanya menanti masa. Setelah Indonesia berjaya dilumpuhkan selumpuh-lumpuhnya dari segi politik, ekonomi, sosial dan keagamaannya, maka keseluruhan Nusantara menanti masa untuk dijadikan sepertimana Asia Barat. Di pecah-pecah, diperintah serta dilaga-lagakan.

Sultan Selangor Murka: MELAYU BANGSAT MEMBANGSATKAN AGAMA ISLAM


PADUKA Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu. Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, selepas siasatan dibuat, pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau itu serta-merta.

Kelmarin sebuah lagi masjid yang dikuasai puak-puak bangsat dari pembangkang, menerima seorang lagi kufar (kafir harbi – kafir yang memusuhi Islam) menjejakkan kaki ke tempat sujud orang Islam di Selayang.

Sebagaimana diberitakan Akhbar Sinar, kejadian serupa berlaku di Masjid At-Taqwa, Selayang di mana MP PKR Selayang, William Leong diterima dan dibenarkan masuk ke ruang tempat solat untuk bergambar dan berucap sambil menyampaikan sumbangan. Dengan wajah ceria dan tersengih-sengih gembira, puak Melayu bangsat dari pembangkang bukan main megah lagi bergambar menerima sumbangan dari puak kufar berkenaan.

Nampak sangat puak-puak Melayu bangsat jenis itu tersangat mudah dibeli atau digula-gulakan dengan wang ringgit. Kerana wang yang tak seberapa, mereka sanggup mencemar kesucian ajaran Islam. Tempat sujud para imam dan umat Islam di masjid itu dibenar untuk dipijak oleh kaum kufar. Etika dan adab ‘rumah Allah’ tercemar kerana sikap jawatankuasa masjid yang membelakangkan susila kerana fahaman politik sempit. Secara tidak lengsung mereka menyerlahkan puak mereka sebagai ‘Melayu bangsat’.

Kini, Sultan Selangor telah murka kerananya dan MAIS diberikan satu tanggungjawab berat untuk menjaga dan mencegah daripada berlakunya perkara serupa di masjid-masjid dalam negeri Selangor.

Persoalannya, kenapa selepas menerima arahan Sultan barulah pihak MAIS hendak bertindak? Selama ini pihak MAIS buat apa? Tidur...? Takkan nak tunggu media seperti para blogger dan akhbar serta TV menyiarkan berita kemungkaran itu, barulah MAIS terbangun dari tidur?

Tidak mustahilkah ada kebenarannya pendapat yang mengatakan bahawa sebahagian daripada penjawat awam dalam Majils Agama Islam Negeri-negeri sendiri ada yang berpihak kepada pembangkang dengan menganggap mereka lebih Islamik?

Sama-sama kita semua tunggukan jawapannya daripada pihak berkenaan. InsyaAllah, para blogger yang prihatin akan mendedahkan kegiatan serupa, sekiranya selepas Sultan menitahkan supaya diambil tindakan terhadap perlakuan mungkar sedemikian, berulang.

Biasanya, puak-puak Melayu bangsat itu tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa mahu pun titah Sultan. Kalau Sultan pun pernah mereka caci maki dan hina, inikan pulak arahan yang hanya boleh dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri. Tentunya mereka akan langgar dan pelanggaran itu memang disengajakan bagi menunjukkan kekuatan mereka sebagai pembangkang.

Perlakuan sedemikian jelas membuktikan bahawa puak pembangkang dari kaum kufar sedang berusaha keras memenangi sokongan orang Melayu dengan menabur sedikit wang bantuan kepada masjid dan surau sempena bulan Ramadhan yang mulia, untuk PRU akan datang. Dan puak Melayu bangsat yang lemah fikiran serta dibutakan hatinya oleh Allah SWT itu tanpa segan silu menerimanya walaupun terpaksa menggadaikan kesucian ajaran agama Islam.

Kalau bercakap atau berhujah, merekalah kononnya yang paling kental semangat dan perjuangan Islamnya. Inilah akibatnya apabila agama Islam dijadikan alat politik.

Dengan kudrat dan iradat Allah SWT, di bulan Ramadhan yang mulia serta banyak keberkatannya ini, mereka dijelmakan menjadi pengkhianat kepada ajaran agama Islam. Kesucian Islam mereka cemar dengan sewenang-wenangnya.

Untuk itu bertepatanlah perbuatan itu dengan sebuah Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan At-Tarmizi, bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, ‘Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).”

Demikian juga dengan firman Allah dalam Surah Al-Jassiah, ayat 23, bermaksud: “Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsu, Tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (ia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengaran dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesuadah Allah? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang yang ingkar) tidak beringat dan insaf?”

Sementara sebuah lagi hadis Rasulullah riwayat Muslim maksudnya: “Dari Abdullah bin ‘Amr r.a. katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?’. Jawab Rasulullah: Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya.”

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan Muslim pula, maksudnya: Dari Abu Dzar r.a., katanya Rasulullah bersabda: “Sepeninggalanku kelak, akan muncul suatu kaum yang pandai membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkongan mereka (hanya sekadar baca sahaja). Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busarnya, dimana mereka tidak pernah lagi kembali ke dalam agama itu. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk dan tingkah laku mereka.”

Hayati dan fikir-fikirkanlah....

Pak Sulung: Yakin bahawa semua yang terjadi itu adalah bala dan bencana jiwa (hati) yang diturunkan Allah SWT khusus kepada umat Islam yang menjual agamanya kerana kepentingan dunia.

Jumaat, 27 Ogos 2010

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD MENURUT NABI ADAM


DIKISAHKAN bahawa Nabi Adam as telah menjelaskan: “Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku:

1. Taubat aku hanya diterima di kota Mekah, sedangkan taubat umat Muhammad SAW di terima di mana sahaja tanpa mengira tempat oleh Allah SWT.

2. Pada mulanya aku berpakaian tetapi, apabila aku berbuat derhaka, maka Allah SWT menjadikan aku telanjang. Manakala apabila umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan bertelanjang, Allah SWT memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah melakukan derhaka kepada Allah, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku, Hawa. Manakala bila umat Muhammad SAW berbuat derhaka Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT di syurga dan aku dikeluarkan dari syurga. Tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT.

Fikir dan renungkanlah makna tersirat daripada penjelasan Nabi Adam as itu.

MALIK BIN ANAS MIMPI BERJUMPA MALAIKAT MAUT

PADA suatu malam, Imam Malik bin Anas bermimpi melihat Malaikatul Maut. Kemudian ia bertanya: “Ya Malaikatul Maut, masih tinggal berapa lama lagikah usiaku?”

Malaikatul Maut memberi isyarat dengan kelima jarinya. Imam Malik tidak faham dan tidak mengerti maksud Malaikatul Maut itu.
Maka ia bertanya lagi: “Lima apa, ya Malaikatul Maut, apakah lima tahun, lima bulan, lima minggu atau lima hari?”

Belum pun sempat mendengar jawapan, Imam Malik terjaga daripada tidurnya.

Keesokkan paginya Imam Malik pergi menanyakan tentang maksud mimpinya kepada seorang yang ahli mengenai mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin.
Kata Ibnu Sirin: “Ya Malik, mimpimu itu baik-baik sahaja. Malaikatul Maut tidak bermaksud mengatakan lima tahun, lima bulan, lima minggu, lima hari atau lima jam. Tetapi ia hendak memberitahu kepadamu bahawa pertanyaanmu itu termasuk ke dalam lima rahsia ilmu ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah SWT sendiri.”

Untuk itu, Allah SWT telah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang juga yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maka Mengetahui lagi Maha Mengenal.” – Surah Luqman: 34.

TIDAKKAH SEMUANYA TERJADI KERANA DOA NIK AZIZ?


PARAH dan TERUK, itulah ungkapan yang mungkin sesuai diluahkan apabila mengenang musaibah yang menimpa umat Islam di negara Malaysia ini. Ajaran Islam semakin jadi kalut dan bercelaru. Sama ada diterima atau tidak, segala kekalutan ajaran Islam sekarang terdedah hari demi hari. Satu demi satu perbuatan yang dianggap fasik dan melanggar etika ajaran Islam terjadi tanpa rasa bersalah oleh para pelakunya.

Masjid dan surau menjadi premis dan medan meruntuhkan etika ajaran suci Islam. Dan semua itu dilakukan oleh puak yang menentang kerajaan sedia ada – Barisan Nasional. Kerana fahaman politik sempit, mereka yang berpengetahuan agama tak seberapa, jadi bebal dan dungu.

Sekadar membebalkan diri mereka sendiri tidak mengapa tetapi, apabila apa yang mereka lakukan itu terang-terang boleh menyesatkan kaum yang sekumpulan dan sama-sama terserkup dibawah satu tempurung dengan mereka, maka akibatnya semakin parah. Parah kerana jumlah mereka jadi semakin ramai. Terlalu ramai sangat orang Melayu kini yang bebal, bangang dan bengong.

Kalau ramainya mereka itu untuk menguat dan memantapkan ajaran Islam ada faedahnya tetapi, ramainya mereka sekarang ialah ramai untuk menjadi peruntuh dan pemusnah ajaran agama Islam yang selama ini meharmonikan kehidupan rakyat di negara ini.

Apakah semua ini sebagai satu musibah yang diturunkan Allah SWT khas untuk umat Melayu/Islam di negara ini?

Tidak cukup dengan itu, Allah SWT juga berkemungkinan telah menurunkan bala dengan pelbagai masalah sosial yang sangat meresahkan seluruh umat Islam di negara ini sekarang.

Isu membuang bayi, kes pembunuhan kejam kerana pesakit mental yang tidak terkawal dan sepanjang bulan Ramadhan ini satu demi satu kanak-kanak Melayu/Islam cedera kerana mercun dan bunga api semakin meresahkan, sedangkan mercun dan bunga api bukanlah budaya orang Melayu.

Persoalannya, apakah semua tragedi yang bersifat bala daripada Allah SWT itu terjadi kerana ‘DOA NIK AZIZ NIK MAT YANG MEMOHON ALLAH MEMECAHKAN PERUT DS NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA’ sedikit masa dahulu?

Yang pasti, tidak siapa pun yang boleh menjawabnya. Sebagai Mukmin, segalanya diserahkan kepada Allah SWT yang Maha Mencipta dan Maha Berkehendak.

Sebagaimana diketahui umum kehebatan doa orang dahulu terjadi kerana mereka orang-orang yang zuhud. Dengan bersifat zuhud, mereka tidak banyak menceburi urusan dunia. Mereka lebih menumpukan kepada soal ibadat dan terselamat daripada memakan rezeki yang haram.

Kepada mereka, dunia ini hanya sebagai tempat untuk beribadat dan persinggahan sementara. Rumah bagi mereka tidak lebih daripada tempat berlindung daripada panas dan hujan. Sementara makanan pula tidak lebih daripada sekadar penganjal perut.

Kesemua itu adalah menjadi syarat penting untuk menjadikan doa seseorang itu makbul. Barangkali inilah sebabnya di zaman sahabat, tabiin dan ulama salaf, sering ditemui orang-orang yang sangat makbul doanya.

Justeru, orang-orang zaman dahulu lebih makbul doanya kerana mereka lebih dekat kepada Allah dan lebih terpelihara daripada memakan rezeki yang haram.

Pak Sulung: Bimbang doa dan segala macam solat hajat yang dilakukan oleh puak-puak yang memperalatkan ajaran Islam ‘terbalik kuang’ menjadi bala setelah segala apa yang mereka pohonkan itu tidak menjadi kenyataan. Dan bala darpada Allah itu tidak semestinya terkena kepada mereka yang berkenaan sahaja. Ianya akan merangkum orang lain yang tidak terlibat dan tidak tahu-menahu mengenai kerja-laku mereka yang melanggar perintah Allah.

Soi Lek Tak Habis-habis Buat Hal: KINI ISU WARGENEGARA PULAK?


MUSLIHAT apa yang cuba diketengahkan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek mengenai cadangan terbaru yang konon akan dikemukakan parti itu kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia.

Apa perlunya pendatang yang dah lanjut usia (+60 tahun) yang menanti hari untuk mati itu diberikan taraf warganegara? Tahu minta sahaja. Syarat untuk dapatkannya tak mahu ikut. Dah kotai duduk kat negara ini masih ramai yang tak tahu berbahasa Melayu. Bukan setakat itu sahaja, ketaatan kepada Raja-raja Melayu tidak pernah nampak. Taat kepada negara dan undang-undang jauh sekali. Semuanya main langgar aje, asalkan untung. Malah kalau boleh semua yang berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu mahu dinyahkan daripada cara hidup rakyat Malaysia. Macam tu nak diberikan warganegara?

Inikah yang dimaksudkan pepatah: Sudah diberi betis, mahukan paha?

Apa maksud Presiden MCA yang partinya jadi komponen penting dalam Barisan Nasional itu mengeluarkan satu cadangan yang belum pun dikemukakan kepada pihak berwajib? Apa perlu ianya dinyatakan sekarang, walaupun ianya hanyalah satu cadangan?

Wajarkah dalam suasana negara Melayasia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53 dan dimasa sama sedang mendekam kerana kecaman penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia sekarang, MCA mengutarakan satu cadangan yang meresahkan?

Apa lagi yang MCA mahu? Apakah ini juga bermaksud menarik sokongan kaum Cina terhadap parti itu atau ada agenda lain yang bersifat ‘menambahkan lagi tekanan’ kepada kerajaan pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak?

Penting sangatkan jumlah mereka yang seramai 25,751 orang yang memegang kad pengenalan merah itu diberikan taraf warganegara? Kemudahan apa lagi yang mereka terlepas di negara ini? Tidak cukupkah dengan kemewahan dan kesenangan yang mereka perolehi di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu?

Soi Lek jangan ingat orang Melayu bodoh sangat. Kalaulah seramai 25,751 orang itu diberikan taraf warganegara, berapa juta jadinya setelah 50 tahun akan datang? Cukuplah dengan yang ada sekarang. Itupun dah tak terkirakan karenah jenayah dan kurang ajar yang dilakukan terhadap orang Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan undang-undang negara.

Kalau 25,751 orang itu diberikan taraf warganegara, tak tahulah berapa ramai daripadanya akan melahirkan individu berjiwa Lee Kuan Yew, Lim Kit Sing, Lim Guan Eng, Ronnie Liu, Botak Chin, Tan Che Koon, Fan Yew Teng dan macam-macam nama lagi yang tidak enak didengar oleh orang Melayu.


Kalau ya pun MCA atau Chua Soi Lek mahu meraih sokongan kaumnya, lakukanlah secara tertutup dan janganlah gunakan media yang dilihat sebagai bersifat retorik. Ikutlah jejak langkah pemimpin-pemimpin terdahulu yang memetingkan musyawarah daripada retorik dan gimik politik melalui media massa.

Sedarkah Soi Lek bahawa segala masalah yang berlaku di negara ini adalah kerana para pemimpin politik terlalu menggunakan media? Kalau apa yang dicadangkan itu baru pada peringkat kajian dan usul, apa perlunya Soi Lek mendedahkannya kepada media kalau tidak bermaksud retorik atau gimik politik?

Kepada Soi Lek ingin ditegaskan bahawa selagi beliau dan partinya bertindak kelihatan tidak taat kepada pucuk pimpinan dan kesepakatan dalam BN, jangan harap orang Melayu akan menyokong calon dari MCA pada PRU akan datang.

Ingat dan sedarlah diri bahawa selama ini, keberadaan wakil MCA dalam kerajaan di peringkat pusat dan negeri-negeri adalah kerana sokongan orang Melayu. Kalau harapkan sokongan kaum Cina, MCA boleh berputih mata – habur pun tarakkk....

Pak Sulung: Ingin berpesan kepada MCA dan juga Chua Soi Lek supaya kembali kepada semangat musyawarah dalam BN. Jauhkan diri daripada kenyataan yang menimbulkan polemik perkauman. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

ISLAM TERGADAI KERANA POLITIK DAN NAFSU?





MEMPERINGATI Nuzul Quran bagi kaum Muslimin amat penting kerana kita memperingati peristiwa besar yang berlau abad lalu. Kita memperingati Nuzul Quran kerana kita berkeyakinan bahawa al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai sebesar-besar rahmat kepada umat manusia.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan tanggal 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610 M.

Kebanyakan ulama menetapkan bahawa pada hari penghabisan turunnya al-Quran ialah hari Jumaat 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah atau tahun ke-63 dari tarikh kelahiran Nabi.

Pada saat itu Nabi SAW sedang berwukuf di Padang Arafah dalam menyelenggarakan haji yang terkenal dikenali Haji Wada'. Kebanyakan ulama tafsir menetapkan bahawa sesudah hari itu tidak ada lagi al-Quran diturunkan untuk menerangkan hukum. Dan 18 hari selepas Haji Wada', baginda pun wafat iaitu pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

Ayat yang terakhir menurut pendapat Jumhur adalah surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: "Pada hari ini Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-ucapkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu agama bagimu."

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar!"

Sempena Nuzul Quran hari ini, Jumaat 27 Ogos 2010, elok rasanya kita tinjau keadaan umat Islam di negara bernama Malaysia ini. Menyebut umat Islam di Malaysia, bererti ianya terdiri dariapada kaum Melayu yang berjumlah 56% daripada keseluruhan rakyatnya. Perpaduan sesama Islam semakin goyah dan perpecahan semakin mencabar. Kenapa dan apa sebabnya?

Jawapannya adalah kerana fahaman politik yang diperalat untuk mendapatkan kuasa memerintah negara bertuah ini.

Umat Islam dibenarkan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam dalam soal kepimpinan dan pentadbiran negara selama mana prinsip dan ajaran Islam tidak terjejas. Perkongsian kuasa antara kaum dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama merupakan ciri-ciri sebuah negara bertamadun. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menegakkan keadilan dan keprihatinan pemerintah terhadap rakyat berbilang bangsa dan agama.

Bagi menegakkan keadilan dan keseimbangan kaum maka ia memerlukan perundangan dan perlembagaan yang dipersetujui oleh kesemua kaum.

Sejarah menunjukkan bahawa pembentukan Perlembagaan negara adalah berasaskan kepada amicable agreement (persetujuan kesemua kaum secara damai) bagi membentuk negara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Jika Perlembagaan sudah dipersetujui oleh pelbagai kaum kenapa terdapat golongan tertentu cuba meminda Perlembagaan negara. Realiti yang wujud pada masa kini ialah terdapat umat Islam yang terlalu ghairah untuk menunjukkan sikap universal sehingga berkompromi dengan masyarakat bukan Islam untuk meminda Perlembagaan negara tanpa mengira fakta sejarah dan realiti kedudukan umat Islam dalam negara mereka sendiri.

Apabila hak dan kedudukan umat Islam tidak dihiraukan maka perkara-perkara berkaitan dengan keagamaan akan diselewengkan sewenang-wenangnya kerana matlamat dan konsep perjuangan politik adalah untuk menguasai tanpa mengira batas dan landasan agama.

Tepatlah seperti kata Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa di negara ini Islam tidak lagi menjadi agama resmi.

Sumber: Utusan dan Blog-blog sahabat.

Khamis, 26 Ogos 2010

KISAH BAGAIMANA SAIDINA ABU BAKAR MASUK ISLAM

DIRIWAYATKAN bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi Abu Bakar mengunjungi seorang tua apabila beliau berada di Yaman ketika menguruskan perniagaannya. Orang tua itu adalah seorang pendita yang sangat rajin membaca kitab dan mempunyai ramai murid.

Pada suatu hari, ketika Abu Bakar berkunjung ke tempat orang tua itu, tiba-tiba orang tua itu bertanya: “Adakah tuan orang Arab?”
Jawab Abu Bakar: “Ya.... benar.”
“Saya ingat tuan berbangsa Quraish?”
“Benar.”

Abu Bakar berasa hairan kerana orang tua itu mengetahui latar belakangnya. Dia menjadi bertambah hairan apabila orang tua itu bertanya: “Bolehkah saya melihat perut tuan.”
Jawab Abu Bakar: “Saya tidak akan menunjukkan perut saya jika tuan tidak memberitahu akan perkara yang sebenarnya.”

Lalau berceritalah orang tua itu kepada Abu Bakar bahawa mengikut apa yang diketahuinya, seorang Nabi akan diutuskan di Tanah Arab. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabat. Seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur. Sahabat yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindung Nabi daripada sebarang marabahaya. Manakala sahabat yang seorang lagi itu berkulit putih dan berbadan kurus. Di perutnya ada tahi lalat dan di paha kirinya ada satu tanda.

Setelah Abu Bakar mendengar cerita orang tua itu, dia pun terus menunjukkan bahagian perut dan pahanya. Memang Abu Bakar mempunyai tahi lalat di perut dan tanda di paha kirinya.
Sebaik sahaja melihatkan tanda-tanda itu, orang tua itupun berkata: “Demi Tuhan, tuanlah orangnya yang akan menjadi sahabat keppada Nabi itu.”

Setelah Abu Bakar selesai menguruskan urusan perniagaannya di Yaman, dia pun bersiap-siap untuk berangkat pulang ke Mekah. Sebelum pulang, Abu Bakar berkunjung sekali lagi ke tempat orang tua itu untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Boleh tuan sampaikan beberapa rangkap syairku kepada orang-orang Mekah?” katanya.
“Boleh,” jawab Abu Bakar.

Kemudian Abu Bakar pun berangkat pulang ke Mekah dengan membawa rangkap-rangkap syair orang tua itu. Sesampai sahaja Abu Bakar di Mekah, dia ditemui oleh pembersar-pembesar Quraisy yang kelihatan seperti dilanda kesusahan yang berat.
“Adakah tuan ketahui apa yang telah terjadi?” tanya mereka kepada Abu Bakar.
“Apakah peristiwa itu? Hamba tidak mengetahuinya,” jawab Abdu Bakar.
“Anak saudara Abu Talib yang yatim piatu itu telah mengaku dirinya menjadi Nabi. Kami harap tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Kalaulah kami tidak mengenangkan tuan adalah sahabatnya, sudah tentu kami membunuhnya,” kata salah seorang pembesar Quraisy berkenaan.
“Baiklah, hamba akan cuba selesaikan perkara ini,” jawab Abu Bakar memberikan jaminan.

Setelah itu Abu Bakar pun pergi menemui Nabi Muhammad.
“Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tuan. Ajaran tuan itu amat menyimpang daripada ajaran nenek moyang kita,” kata Abu Bakar.

“Saya adalah pesuruh Allah. Saya diutus kepadamu dan kepada seluruh umat manusia,” kata Rasulullah dengan tegas.
“Apakah buktinya, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar.
“Buktinya ialah orang tua yang tuan temui di negeri Yaman tempoh hari,” jawab Nabi Muhammad.
“Yang mana satu wahai Muhammad, kerana ramai juga orang tua yang aku temui di Yaman sana.”
“Orang tua yang mengirimkan rangkap-rangkap syair kepada orang-orang Mekah,” jelas Nabi Muhammad.

“Siapakah yang memberitahu tuan, wahai Muhammad?” tanya Abu Bakar kehairanan.
“Malaikat yang pernah menemui nabi-nabi sebelum saya yang memberitahu,” jawab Nabi.
Sebaik mendengarkan kata-kata itu, Abu Bakar terus menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Setelah selesai urusannya dengan Nabi Muhammad, Abu Bakar pun pergi berjumpa dengan pembesar-pembesar Quraisy untuk menerangkan kepada mereka akan hal Nabi Muhammad yang telah dilantik menjadi pesuruh Allah. Beliau juga telah memberitahu bahawa tugas Nabi Muhammad SAW adalah untuk mengajarkan agama baru, iaitu agama Islam.

Abu Bakar juga menjelaskan kepada mereka bahawa seruan Nabi Muhammad adalah supaya seluruh manusia memeluk agama Islam kerana agama ini adalah agama yang paling sempurna.

MALAIKAT MENGUJI SEORANG LELAKI

LAITH bin Saad bercerita, bersumber daripada Ismail bin Nafi’ dari seseorang yang bercerita kepadanya bahawa ada dua bersaudara yang kaya raya. Seorang soleh, sementara yang seorang lagi berakhlak buruk. Pada suatu waktu, orang yang soleh itu menerima musibah. Perniagaannya merosot dan dia jadi papa. Tidak ada apa yang ada padanya melainkan seorang isteri yang sangat cantik.

Dalam keadaan itu, pergilah si soleh itu berjumpa saudaranya yang berperangai buruk untuk mendapatkan bantun. Dia meminta diberikan sebarang kerja sebagai balasan kepada bantuan itu.

Kata saudaranya yang jahat, “ Mudah sahaja bagiku memberikan pertolongan kepadamu. Asalkan kamu sedia menyerahkan isterimu yang cantik itu untuk menemani aku tidur barang semalam. Dan engkau akan aku berikan wang seratus dinar.”

Mendengarkan jawapan saudaranya, si soleh terus meninggalkan saudaranya pulang kerumah untuk menceritakan syarat yang dikehendaki saudaranya.
Si isteri berkata: “Gila! Sungguh kamu keterlaluan , tidak sabar menerima musibah yang menimpa kita, hinggakan engkau sanggup meminta pertolongan daripada saudaramu yang berperangai buruk lagi jahat itu. Padahal kamu mengetahui bagaimana kelakuanku. Tolak sahaja keinginannya. Aku tidak rela. Semoga Allah akan membukakan yang lebih baik bagi kita.”

Lama si soleh berfikir mencari jalan usaha. Akhirnya dia memutuskan untuk berjualan air minuman. Dan dari hasil itulah, hari demi hari keluarganya dapat rezeki untuk makan.

Pada suatu hari, ketika dia sedang pergi, bekas tempat dia menyimpan air minuman jatuh dan pecah. Setelah mengetahui hal itu, dia duduk di depan pintu rumahnya, melamun sendirian. Fikirannya menerawang. Dia ragu-ragu untuk masuk ke dalam rumahnya untuk menemui isterinya tanpa membawa sesuatu hasil.

Setelah lama berada dalam kebingungan, dia memutuskan beredar meninggalkan rumahnya. Dengan langkah perlahan dia berjalan menuju sungai untuk mandi, kemudian terus solat bermunajat kepada Allah SWT. Dalam munajatnya si soleh berkata: “ Ya Allah, bila ada pada sisiMu bahagianku di akhirat, maka segeralah Engkau datangkan hal itu ke dunia ini sebagai rezeki untukku dan isteriku.”

Tidak lama selepas itu, datanglah awan berarak mengelilingi dan menyelubunginya. Dari gumpalan awan itu, jatuhlah sebutir mutiara yang tidak dalam kategori benda dunia. Dengan senyum penuh gembira dihampirinya mutiara itu lalu mengambilnya. Kemudian dia pergi ke rumah saudaranya untuk menceritakan pemgalamannya sambil memperlihatkan muatiara berkenaan.

“Biarlah benda ini aku beli darimu dengan tiga ribu dinar,” kata saudaranya yang berkelakuan buruk.
“Nanti dulu, aku akan mesyuarat dengan isteriku,” jawab si soleh.
Lelaki itu pun segera pulang ke rumah dan menceritakan peristiwa yang dilaminya. Demikian juga dengan keinginan saudaranya membeli benda itu.
“Kekanda, perbuatan kamu itu sangat tidak baik. Kamu tidak sabar menerima musibah Allah, Kamu meminta kepadaNya untuk disegerakan simpanan abadi yang akan kita nikmati di alam baqa. Tidak! Aku tidak rela menerimanya, apa lagi menjualkannya kepada orang lain,” kata isteri si soleh.
“Adinda, keputusan itu aku ambil kerana keperluan yang mendesak. Kalau begitu, apa yang harus aku lakukan?,” tanya si suami.

“Kembalikan sahaja ke tampat tadi. Lakukan seperti apa yang telah engkau lakukan. Berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan mengambil kembali muatiara itu,” kata si isteri.

Maka pergilah lelaki soleh itu memenuhi cadangan isterinya. Setelah itu dengan hati sedih dan duka, dia kembali. Sesampai di muka pintu rumahnya, dia duduk melamun lagi. Dia mengenagkan dirinya yang tidak membawa apa-apa untuk isterinya yang tercinta. Dia tidak berani menemui isterinya, sekalipun dia tahu isterinya seorang solehin dan tabah menghadapi cubaan di dunia.

Ketika kekalutan sedang menyelubungi dirinya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki. Dia bertanya dengan suara yang menyentak lamunannya.

“Tuan boleh menunjukkan kepadaku orang yang jujur dan soleh di daerah ini, yang boleh memegang amanah? Aku akan memberinya amanah berupa benih tumbuhan dan beberapa ekor lembu sehingga dia dapat menyara hidupnya dan memberi nafkah kepada keluarganya. Mampu memberi sedekah dan membeli pakaian. InsyaAllah, sesuadah itu, pada waktu ditentukan aku akan datang untuk mengambil bahagianku,” kata lelaki itu.

Mendengarkan kata-kata lelaki yang datang dengan tiba-tiba itu, si soleh jadi tertarik. Dia cuba memberanikan diri, seraya berkata: “Demi Allah, barangkali akulah orang yang dapat memegang amanah itu. Aku ingin berusaha menjadi orang jujur dan berlaku soleh seperti yang tuan kehendaki, sekiranya tuan mempercayakan amanah itu kepadaku.”

“Baiklah, urus dan tanamlah benih ini. Pelihara pula lembu ini, kalau kamu mengetahui caranya. Dari lembu ini akan lahir seekor anak kuda,” kata lelaki itu.

Maka dia mulai bekerja, bercocok tanam sambil memelihara lembu sehingga hasil tanamannya melimpah ruah dan lembu itu membiak dengan cepat. Setelah beberapa tahun dia melakukan tugas itu kekayannya pun pulih kembali, hartanya banyak. Ketika itu datanglah lelaki yang memberikan amanah kepadanya dahulu.

“Kenalkah kamu kepadaku?,” tanya orang itu.
“Tidak,” jawabnya.
“Apa benar? Apakah ini kemungkinan awal ketidakjujuran dan pengkhianatan yang akan kamu lakukan?”
“Tuan jangan berbicara sesuka hati. Berkatalah dengan kata-kata yang sedap di dengar. Semoga Allah merahmatimu. Siapa tuan ini?” kata petani itu.

“Aku adalah orang yang memberikan amanah kepadamu, yang punya benih dan lembu dahulu.”
“Selamat datang tuan.”
“Apakah yang telah kamu lakukan dengan amanah yang aku berikan itu?”
“Tuan lihat bukti itu. Tanah yang terbentang luas itu bahagianmu.”
“Lalu bagaimana pula dengan anak-anak kuda yang dilahirkan oleh lembu itu,” tanya lelaki itu.
“Demi Allah tuan. Tidak mungkin ada di dunia ini lembu beranakkan kuda. Sekiranya apa yang tuan katakan itu benar, semestinya tuan melihat di sini banyak kuda berkeliaran,” jawab petani.

“Kamu mulai berkhianat dan tidak jujur. Ini petanda bahaya besar. Tidak! Aku tetap menuntut kuda darimu. Kalau dirimu tidak jujur, akan aku adukan kepada Hakim. Segera pilih mana hakim yang kamu suka, biar perkara ini segera dapat dibereskan.”

Maka berangkatlah mereka menghadap hakim yang boleh dipercayai masyarakat ketika itu. Setelah berada di hadapan hakim, si petani mengemukakan masalahnya. Dia dituduh mengkhianat.
“Demi Allah, lembu tidak pernah beranakkan kuda,” katanya membela diri.
“Kalau memang ada kuda itu, tentu aku akan menyerahkan kepadanya,” sambung si petani.

Sebelum hakim membuat keputusan, lelaki yang menuntut memberikan rasuah secara rahsia kepada hakim. Akhirnya, hakim memutuskan si petani mesti memnyerahkan kuda kepada yang menuntut haknya itu. Petani tidak puas hati dan mereka pergi berjumpa hakim lain untuk mengadili masalah sama. Sampai tiga orang hakim mereka temui, semuanya memenangkan lelaki yang menuntut itu kerana rasuah yang diberikannya.

Akhirnya, mereka bersetuju untuk menghadap Nabi Daud. Sebelum mereka berjumpa Nabi Daud mereka terlebih dahulu berjumpa dengan Nabi Sulaiman, iaitu anak Nabi Daud. Lalu mereka mengadukan masalah.
“Lembuku melahirkan seekor kuda. Tetapi ketika aku bermaksud hendak mengambilnya, dia menyembunyikan dan mengatakan tidak ada,” jelas lelaki itu.
Mendengarkan pengaduan itu, Nabi Sulaiman berkata: “Betulkah kuda yang dilahirkan lembumu? Sekarang, pergi taburkan padi ini di sungai. Bila dia tumbuh, berikan kepadaku!”
“Apakah benih padi ini dapat tumbuh di sungai?” tanya lelaki itu kehairanan kepada Nabi Sulaiman.
“Sekarang pulanglah. Kamu wahai petani, adalah benar. Jujur dalam memegang amanah,” jelas Nabi Sulaiman.
“Seorang Nabi telah memutuskan perkara ini dengan adil,” kata petani yang soleh itu.

“Sesungguhnya aku adalah malaikat yang diutus Allah untuk menguji para hakim. Allah SWT telah membutakan pandangan mereka, maka lihat dan perhatikanlah sifat mereka, nescaya kamu akan tahu siapa mereka sebenarnya. Tidak lebih adalah syaitan-syaitan. Sekarang, kekayaan itu semua milikmu. Aku tidak minta sedikit pun, “tegas lelaki itu.

Pengajaran:
Kisah ini menceritakan bagaimana tabahnya suami isteri yang soleh menghadapi dugaan dari penciptanya, Allah SWT. Dalam keadaan terdesak bagaimana sekalipun mereka tetap sabar dan taat kepada Khaliknya. Si suami tidak sanggup menggadaikan isterinya semata-mata kerana mahukan kesenangan di dunia. Begitu juga dengan si isteri yang jauh lebih tabah daripada suaminya tetap sabar dan tidak rela dijadikan barang gadaian. Akhirnya, mereka berjaya dan kembali kaya raya dengan pertolongan Allah SWT.

Bagaimana dengan sesetengah manusia di zaman sekarang? Bukan sahaja ada yang sanggup menggadaikan isterinya demi kekayaan dunia dan kedudukan malahan, berkongsi isteri pun ada yang sanggup melakukannya. Bukan semalam dua tetapi berterusan selagi diperlukan.

Gerakan ‘Sweeping Malaysian’ dari Jakarta: APA KOMEN DAP, PKR & PAS?


DEMONSTRASI memprotes kerajaan Malaysia kerana menahan tiga anggota penguat kuasa marin Indonesia oleh Polis Marin Malaysia pada 13 Ogos lalu, semakin memmuncak. Tidak cukup dengan membaling najis manusia dan memijak Jalur Gemilang di Kedutaan Malaysia di Jakarta, kini ianya memasuki fasa baru dimana tunjuk perasaan anti Malaysia itu bertukar kepada gerakan mengusir rakyat negara ini dari negara itu pula.

Sebagaimana dilaporkan Utusan, gerakan yang diberi nama ‘Sweeping Malaysian’ itu akan bermula hari ini dan dijangka lebih ramai warga kota Jakarta akan menyertainya sebab mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maksudnya, mereka yang melakukan tunjur perasaan itu mendapat bayaran dari pihak tertentu yang bertindak sebagai dalang. Dan penganjur yang diberi tugas melakukannya pula adalah Gerakan Pemuda Pemudi Anti Malaysia iaitu salah satu cabang di dalam ‘Bendera’.

Begitulah nasib yang menimpa rakyat sebuah negara Islam terbesar di dunia – Indonesia. Kerana kesempitan hidup yang mendesak sebab tidak mempunyai peluang pekerjaan, mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat ‘ongkosnya’, walaupun ianya boleh diibaratkan sebagai mencantas tangan yang menghulurkan rezeki kepada jutaan rakyat negara itu yang berada di negara ini.

Penulis tidak mahu mengulas mengenai tunjuk perasaan itu kerana telah banyak disiarkan oleh media massa. Kita faham, malah tersangatlah fahamnya mengapa perkara sebegitu boleh terjadi. Semuanya kerana ada dalang yang sanggup melaburkan wang untuk tugas itu.

Peliknya, kenapa Malaysia sahaja yang sering jadi sasaran? Telah banyak kali kumpulan-kumpulan tertentu di negara jiran itu, khasnya di kota Jakarta menganjurkan tunjuk perasaan memprotes dan mengecam negara kita dengan pelbagai isu yang remeh. Hinggakan kerana lagu pun mereka sanggup mengadakan tunjuk perasaan membantah Malaysia.

Begitu jugalah dengan isu amah dari negara itu yang menerima nasib malang kerana kekejaman dan layanan buruk majikan mereka di negara ini. Tapi, bukan di negara ini sahaja amah-amah dari Indonesia yang diperlakukan tanpa peri kemanusiaan oleh majikannya.

Apa kurangnya mereka yang bekerja di Singapura? Ada juga yang diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, malah ada yang terbunuh pun. Ada juga yang di rogol dan bermacam lagi kekejaman.

Kerajaan Singapura juga tidak kurang mengambil tindakan tegas terhadap warga Indonesia yang melakukan kesalahan di negara itu. Ada yang dipenjara dan tidak kurang juga yang dijatuhi hukam mati.

Tetapi pernahkah kita mendengar rakyat Indonesia, khasnya kumpulan yang menggelarkan kesatuan mereka sebagai ‘Bendera’ itu mengadakan tunjuk perasaan membantah, mengecam dan membakar bendera Singapura?

Setahu dan seingat penulis, tidak pernah. Bukankah pelik bin ajaib tu....

Kalau bercakap mengenai negara serumpun dan sebangsa bukan main hebat lagi. Indonesia dan Malaysia negara jiran yang akrab dan tidak boleh dipisahkan kerana kita adalah serumpun. Konon....

Untuk itu, penulis ingin menayakan kepada para pemimpin pembangkang di negara ini, terutamanya dari PKR, DAP dan juga PAS. Apa komen anda semua dan mengapa sunyi sepi tanpa berita? Kita di Malaysia mempunyai seorang yang pakar dan sangat mahir dalam selok-belok tunjuk perasaan, iaitu Saudara Anwar Ibrahim, sekutu rapat Amin Rais dari Parti Keadilan Indonesia.

Mana tunjuk perasaan para pembangkang membantah tindakan rakyat Indonesia yang membaling najis manusia dan memijak jalur Gemilang? Kenapa tidak ada memorandum untuk kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur dari mereka yang kononnya sangat perihatin terhadap rakyat dan maruah negara bernama Malaysia ini? Mana.... mana... mana dan mana....?

Tak tahu le pulak kalau semua yang berlaku di Jakarta itu adalah disuruh atau didalangi oleh puak-puak pembangkang negara kita yang ada konteks dengan pertubuhan tertentu di sana.

Terlintas di fikiran, apakah kerana di Indonesia nama Allah boleh digunakan oleh apa juga agama, maka kerana itu bala dari Allah SWT tidak henti-henti melanda negara berkenaan? Gunung berapi tidak kerap kali meletus dan memusnahkan harta benda serta kediaman penduduknya.

Walaupun kejadian itu adalah kehendak Allah SWT tetapi, para ulama mengatakan bahawa bencana alam seperti gunung berapi, banjir besar dan taufan itu adalah bencana kerana bala daripadaNya.

Seperkara lagi yang terlintas difikiran ialah kalau di Asia Barat kekecauan timbul kerana Yahudi Israel, apakah di Nusantara juga ada kaum yang serupa dengan Yahudi yang sentiasa berfikir bagaimana mahu membesarkan jajahannya? Fikir-fikirkanlah....

Wallahualam....

Pak Sulung: Yakin tunjuk perasaan yang sedang bergelombang di kota Jakarta itu didalangi oleh pihak tertetntu dari negara jiran Indonesia sendiri. Kemantapan politik dan kekukuhan ekonomi Malaysia sangat tidak disenangi oleh puak-puak tertentu. Dan oleh kerana sebahagian kecil rakyat Indonesia boleh dibeli untuk menimbulkan kebencian yang merobek maruah sesebuah negara, maka dengan mudah mereka diperalatkan. Yang mendapat nama buruk ialah Muslim dan kaum Melayu Nusantara.
Kepada rakyat Malaysia yang bercadang melancong ke Indonesia, batlakan sahaja rancangan anda.

Rabu, 25 Ogos 2010

JIBRIL TERHALANG MASUK RUMAH RASULULLAH

Gambar hiasan atau apa yg dimaksud sebagai gambar

DIRIWAYATKAN, Aisyah ra berkata: “Jibril as telah berjanji akan mengunjungi Rasulullah SAW pada suatu hari yang telah ditetapkan. Apabila sampai hari dan ketika sebagaimana ditentukan itu, Jibril tidak muncul. Ketika itu di tangan Rasulullah SAW ada tongkat. Sambil meletak tongkat baginda berkata: “Allah dan RasulNya tidak menyalahi janji.”

Setelah itu Baginda menoleh ke belakang lalu terpandang seekor anak anjing di bawah tempat tidur. Maka Baginda bertanya kepada Aisyah: “Wahai Aisyah! Sejak bilakah anak anjing ini masuk ke sini?” Lalu Aisyah ra berkata: “Wallah! Aku tidak tahu menahu tentang anak anjing ini.”
Kemudian Rasulullah pun menyuruh Aisyah menghalau anak anjing itu keluar.

Setelah itu Jibril pun masuk.
Lalau Rasulullah bersabda: “Anda telah berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan dan aku telah menunggu-nunggu anda tetapi, anda tidak juga datang.”
Berkata Jibril: “Aku tidak dapat masuk sebab terhalang oleh anjing dalam rumah kamu. Kami para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar-gambar.

Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan.
Tajuknya, anjing dan gambar-gambar menghalang malaikat dari memasuki rumah seseorang.
Wallahhualam....

JIBRIL MENERANGKAN SIFAT-SIFAT TERPUJI KEPADA RASULULLAH

MALAIKAT Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW lalu berkata: “Ya Muhammad, Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikanNya kepada sesiapa pun sebelummu.”
“Hadiah apa itu wahai Jibril,” tanya Rasulullah ingin tahu.
“Sifat sabar. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Sifat zuhud. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Sifat ikhlas. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya baginda lagi.
“Sifat yakin. Dan ada yang lebih baik daripada itu.”
“Apa itu hai Jibril?” tanya Rasulullah.
“Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal iaitu berserah diri sepenuhnya kepada Allah Azza wa Jalla.”

“Apa itu tawakal kepada Allah, hai Jibril?”
“Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat, memberi atau melarang; dan engkau bersikap tidak menaruh harap kepada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini, maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah semata-mata. Dia tidak berharap dan tidak takut melainkan kepada Allah. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah. Inilah yang disebut dengan tawakal.”

“Wahai Jibril, apa erti sifat sabar?”
“Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia; engkau bersabar di saat miskin sebagaimana engkau sabar di saat kaya; engkau bersabar di saat menerima bencana sebagaimana engkau sabar di saat sihat sejahtera; engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima sebagai ujian dan derita.”

“Bagaimana pula dengan sifat qana’ah atau berkecukupan, wahai Jibril.”
“Qana’ah itu bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari duniamu; engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas yang seadanya.”

“Wahai Jibril, apa erti redha?”
“Orang yang redha adalah orang yang tidak murka kepada tuannya, apakah dia memperoleh dunianya atau tidak; dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab sekadarnya saja.”

“Wahai Jibril, apa erti zuhud?”
“Orang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta kepada Khaliknya, benci kepada orang yang membenci Khaliknya, bersikap hati-hati dari bahagian dunia yang halal dan tidak menoleh kepada bahagian yang haram. Kerana, yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.

“Dan lagi dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih kepada dirinya. Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya. Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan-akan ajalnya sudah berada di hadapan matanya.”

“Wahai Jibril, apa erti ikhlas?”
“Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain tetapi, berusaha keras sampai dia memperoleh cita-citanya. Apabila dia telah memperolehnya dia akan rela. Jika masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya, dia akan memberikannya kerana Allah semata-mata.

“Orang ikhlas juga tidak memohon dari makhluk. Bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyah (kehambaan) kepada Allah Azza wa Jalla. Jika dia memperolehnya lalu dia rela, bererti dia telah rela kepada Allah dan Allah pulaa rela kepadanya. Apabila dia memberi semata-mata kerana Allah, maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-janjiNya.”

“Wahai Jibril, apa erti yakin?”
“Orang yakain adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia melihatnya. Prinsipnya, sekalipun dia tidak melihat Allah, namun Allah melihatnya. Dia yakin apa yang terjadi kepadanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.”

“Semua itu adalah rintangan-rintangan tawakal dan tangga menuju sifat zuhud.”

DAP dan PKR Kantoikan Nik Aziz: NEGARA ISLAM BUKAN DASAR PAKATAN.


NIK AZIZ kantoi lagi. Pas pun turut kantoi sama. Yang mengantoikan kali ini bukan musuh, bukan orang biasa. Pemimpin DAP dan PKR sendiri yang kantoikan Nik Aziz dan juga Pas. Lebih kantoi lagi, pendirian Karpal Singh tetap konsisten tanpa kompromi. Tetap dan tidak berubah-ubah mengikut keadaan sebagaimana amalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Kisahnya tentulah mengenai hukum hudud yang cuba dipulihkan semula oleh Pas melalui suara Mursyidul Am-nya itu. Nik Aziz kata karpal bersendirian dan dianggapnya sebagai pendapat peribadi apabila Presiden DAP itu menolak saranan Menteri Besar Kelantan itu mengenai hukum hudud untuk negara ini.

Menurut Karpal, dia tidak bersendirian. Malah penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah beberapa kali menyatakan pendirian DAP bahawa Malayasia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud serta penubuhan negara Islam ‘bukan dasar pakatan pembangkang’.

Persoalan itu telah beberapa kali disuarakan. Cuma Nik Aziz dan Pas sahaja yang tak faham-faham. Atau masih tak mahu faham.

Sehubungan dengan itu, Karpal juga menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan dengan kata-kata: “Pas patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Nyatalah bahawa Nik Aziz dan Pas bersendirian dalam agenda politik yang memperalatkan isu hukum hudud dan penubuhan Negara Islam. DAP dan PKR sampai bila-nila pun tidak akan bersetuju. Lantak le Nik Aziz Nik Mat nak kata apa mengenai isu itu, sekutu utama dalam pakatan – DAP, tetapi konsisten dengan pendirian mereka. Begitu juga dengan PKR. Tak ada cerita hudud dan negara Islam dalam kamus politik mereka.

Yang mungkin mengulit Nik Aziz dan Pas dalam isu hudud dan negara Islam ini adalah Sheikh Al-Anwar Al-Jub.... yang mahukan Pas kekal bersama dalam pakatan, demi mencapai cita-citanya untuk menduduki Putrajaya. Bukannya untuk Islam dan jauh sekali untuk melaksanakan hukum hudud.

Sedarkah Pas, Nik Aziz dan para penyokongnya bahawa Anwar Ibrahim sendiri sangat takutkan hukum yang bernama HUDUD itu?

Nyatalah, Pas telah terjun dengan labu-labunya bersama Nik Aziz. Mereka dipermain dan diperalat oleh Anwar Ibrahim sehinggakan sokongan penyokong terhadap parti itu semakin susut, merosot dan menurun..

Apakah selama ini para pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz Nik Mat tidak sedar dan tidak faham bahawa Anwar Ibrahim cuma penasihat PKR. Bukannya Presiden. Dia Cuma tinggal sebumbung dengan Presiden PKR sahaja. Sebilik pun belum tentu. Malah beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan parti itu. Sekadar memberikan nasihat sahaja. Dan nasihat, bila-bila masa boleh dibuang kerana tidak perlu atau tidak sesuai.

Kalau itupun masih tak faham dan tak sedar, tak tahulah bagaimana Pas boleh diharap membela nasib orang Melayu dan agama Islam di negara ini. Kokok berderai-derai tetapi, dia sendiri tak tahu dan tak faham apa yang dikokokkannya. Boleh berjaya atau tidak. Boleh diterima atau tidak oleh sekutunya yang jauh lebih dominan darinya.

Akhirnya jadilah Pas serta Nik Aziz sebagai pak turut yang bertaraf melukut di tepi gantang dari segi matlamat perjuangan pakatan pembangkang di peringkat sekarang. Kehadhiran Pas cuma diperlukan sebagai mencukupkan kouram sahaja. Cakap mudahnya, untuk cukupkan jumlah bilangan pihak pembangkang aje.... Tak lebih dari itu.

Hakikatnya, dasar dan perjuangan Pas tidak termasuk pun dalam matlamat pakatan untuk merampas kedudukan di Putrajaya. Tidak mustahil kalau DAP dan PKR mempunyai bilangan yang cukup untuk memerintah negara tanpa Pas, maka Pas akan ditendang keluar kerana menyusahkan agenda DAP dan juga agenda Anwar Ibrahim itu sendiri.

Lebih malang lagi, kalau Anwar Ibrahim pun dirasakan menjadi beban kepada pakatan, maka beliau juga akan ditendang keluar. Ketika itu apa kan jadi dengan Pas tanpa Anwar?

Segalanya bergantung kepada kekuatan dua parti itu – DAP dan PKR, selepas PRU-13. Kalau tanpa Anwar dan Pas pun mereka boleh mendirikan kerajaan, maka terpelantinglah Pas dan Anwar ditendang keluar.

Sedar dan insaflah bahawa politik itu sendiri adalah suatu ‘permainan serba mungkin’. Maksudnya, hari ini kawan, esok boleh jadi musuh. Begitu juga jika hari ini musuh, esok boleh jadi kawan karib. Sejarah politik negara bangsa telah membuktikan bahawa perkara sebegiitu sering berlaku.

Kepada pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz, sedarlah bahawa cerita hukum hudud dan penubuhan sebuah negara Islam untuk Malaysia itu adalah isu basi. Kepada rakan dan sekutu yang ada, dasar atau slogan Pas itu sudah ‘luput tempoh’. Dah tak boleh digunapakai lagi. Kalau mahu diguna juga, maka terimalah akibat yang memudharatkan matlamat Pakatan.

Pak Sulung: Menyeru para pemimpin Pas, terutamanya Nik Aziz Nik Mat supaya bermuhasabah diri dan cubalah berdiri di hadapan sebuah cermin besar, kemudian lihatlah paras rupa diri dan juga keadaan parti anda sekarang. Adakah kerana termakan pujukan Anwar Ibrahim yang menjadikan Pas sebagai alatnya, Pas jadi tidak popular dan penyokong sedia ada beransur-ansur meninggalkan parti secara senyap. Sesungguhnya Pas sekarang berada di pihak yang rugi.

Selasa, 24 Ogos 2010

JIBRIL MENERANGKAN MENGENAI TAWAKAL

NABI Muhammad SAW pernah bertanya kepada Malaikat Jibril apa erti tawakal kepada Allah dan apa batansannya?

Jibril menjelaskan: “Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudharat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

“Apabila seoraang hamba memiliki sifat sedemikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah semata-mata dan dia tidak akan menaruh harapan kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal.”

Besar atau kecilnya tawakal seseorang kepada Allah sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah. Apabila rasa percayanya kepada Allah kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan jadi kecil. Apabila rasa percayanya tinggi, sikap tawakalnya kepada Allah juga akan jadi tinggi.

Imam Ali pernah berkata: “Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba Allah, bergantung kepada kadar kepercayaannya kepada Tuhannya.” Dan mungkin kerana itu ketika al-Quran menyebut tentang tawakal, orang yang menyandang sifat ini hanya orang-orang yang mukmin sahaja.

Firman Allah, maksudnya: “Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesuadah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” – Surah Ali-Imran: 160.

Sementara dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman, maksudnya: “Katakanlah! Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” – At Tahrim: 51

Ketika Luqman al-Hakim menasihati anaknya, antara lain dia berkata: “Duhai anakku! Percaya penuhlah kepada Allah. Kemudian, saksikanlah dalam kehidupan manusia apakah ada orang yang percaya penuh kepada Allah, kemudian tidak diselamatkanNya?

“Duhai anakku! Bertakwakallah kepada Allah. Kemudian lihatlah pada kehidupan manusia apakah ada orang yang tawakal kepada Allah, kemudian tidak dijaminNya?”

KeIslaman Orang Melayu Bercelaru: NAMANYA SAMA, AJARANNYA BERBEZA?


PERBALAHAN dan berbeza pendapat sesama Islam di negara ini semakin parah. Generasi muda yang mahu berjinak-jinak dengan kefahaman Islam sebenar jadi bingong mendengarkan tokoh-rokoh agama yang ada berbeza pendapat. Golongan bukan Islam yang ada minat terhadap Islam pun turut pening memikirkan betapa tidak konsistennya para ulama Melayu negara ini dalam memperkatakan soal ajaran Islam itu sendiri atau apa yang disebut sebagai akidah.

Contoh terbaru ialah mengenai hukum mendoakan Ketua Menteri bukan Islam dalam Khutbah Jumaat yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (tokoh ulama Pas yang jadi ketua kepada semua ulama dalam parti itu) ketika diminta mengulas mengenai isu itu berkata, ianya satu pendapat peribadi. Tak apa dan dibolehkan. Tak ada komen. Membisu le tu.

Sementara Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi pula ketika mengulas perkara sama berkata, tindakan khatib itu betul, tidak salah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah mendoakan untuk orang kafir. Beliau juga tergolong sebagai ulama muda dalam Pas.

Manakala Sahibul Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula ketika mengulas isu yang sama berkata hukumnya orang Islam yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagian orang bukan Islam adalah HARAM, apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat. Menurut beliau lagi perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam tetapi, menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

Lebih parah lagi, Chua Soi Lek, Presiden MCA yang baru-baru ini kena lanyak teruk kerana isu ikuiti bumiputeranya, turut serta memberikan pendapat. Siap dengan buat kenyataan akhbar lagi. Bukan main hebat bunyinya dia mempertahankan pendapat bahawa apa yang dilakukan oleh khatib puak Pas, bernama Zakaria Ahmad adalah salah dari sudut peraturan agama Islam.

Cuma yang belum buat kenyataan adalah Samy Velu atau Palanivel dari MIC. Sama-sama kita tunggu apakah mereka juga akan turut sama memberikan pendapat mengenai ajaran dan peraturan agama Islam di negara ini.

Begitulah bercelarunya agama Islam di negara kita sekarang. Yang seratus peratus mengamalkan ajaran Islam ialah orang Melayu. Yang menghuru-harakannya pun Melayu juga. Bukan orang lain, bukan umat lain dan bukan juga pemimpin agama lain. Yang pasti, apabila Melayu/Islam berbalah mengenai amalan agamanya, maka kaum bukan Islam pun tumpang sekaki.

Kenapa begitu jadinya?

Tidak syak lagi, semuanya kerana fahaman politik. Itulah akibatnya apabila agama suci Allah SWT itu dijadikan alat berpolitik. Bila dikatakan jangan peralatkan Islam untuk politik, marahnya selangit. Melenting dan dengan mudah menuduh puak yang tidak menyokong mereka sebagai sasat, toghut dan macam-macam lagi gelaran yang menghina. Setakat menghina sahaja tak apa tetapi, apabila ianya jadi isu, maka terserlahlah bahawa sesama Islam tidak bersatu dan berpecah-belah.

Kalau dalam menghayati kesucian ajaran agama pun sesama Islam berbalah, apa lagi yang boleh diharapkan kepada agama Islam di negara ini? Sebagaimana yang selalu diuar-uarkan, hanya Islam sahaja boleh menyatu-padukan umatnya sebagaimana sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana dengan Islam di Malaysia sekarang? Jadi alat penyatuan atau sebaliknya?

Hakikatnya, apa yang terjadi semuanya ‘terbalik kuang’. Tokoh agama Islam yang diharapkan dan dijadikan ikutan serta diakui tarbiahnya tidak sekata dalam banyak perkara yang berkaitan dengan ajaran dan amalan murni agama itu.

Tidakkah semua ini menyebabkan generasi muda jadi keliru dan tak tahu mana satu yang betul. Mana satu yang harus dijadikan ikutan. Fahaman mana yang dikatakan ajaran Islam sebenar? Akhirnya, generasi muda hilang minat dan menjauhkan diri.

Apabila ada pendakwah agama lain, terutamanya Kristian dan Hindu berdakwah kepada anak-anak Melayu mengenai agama mereka, maka melenting dan bukan main marah lagi para pemimpin ugama Islam dan para Mufti. Heboh hingga pihak berkuasa polis tidak terkira berapa banyak laporan dibuat untuknya.

Apanak jadi dengan orang Melayu sekarang? Kerana politik jalinan hidup jadi bercelaru. Wujud puak dan saling salah menyalah antara satu puak dengan satu puak lain. Masing-masing mendakwa pihak merekalah yang betul. Yang lain itu salah, sesat dan bermacam label diberikan.

Jelaslah orang Melayu di negara ini semakin hebat pecah-belahnya. Yang tua menyalahkan yang muda berkaitan penghayatan agama Islam, sosial, budaya dan jati diri. Bagaimana generasi muda mahu mendengar atau mengikut cakap orang tua, kalau orang tua yang patut dijadikan idola berkecamuk dan berbeza-beza pendapat dalam hal-hal yang menyentuh soal akidah?

Apa lagi yang ada pada orang Melayu? Kehidupan sosial runtuh. Perpaduan kaum musnah dan punah-ranah. Budaya bercelaru. Ekonomi tercorot. Sekarang, akidah Islam pula tak keruan. Tak tahu mana satu yang betul.

Siapa yang bersalah dalam perkara ini? Rakyat yang berada di bawah atau para pemimpin yang duduk selesa di atas? Dari kalangan Mufti pun hanya Mufti Perak sahaja yang berani menonjol. Yang lain ke mana? Cukupkah dengan tazkirah di radio dan TV sahaja? Mengatakan yang itu haram yang ini tak boleh memang mudah tetapi, penerimaan dan pengahyatannya bagaimana?

Benarlah pendapat yang mengatakan: Orang Melayu walau pun dah lebih 50 tahun merdeka tetapi, masih bodoh. Kebodohan orang Melayu masih belum habis?

Pak Sulung: Sentiasa resah dan gelisah apabila memikirkan masa depan orang Melayu di negara ini. Apakah semua ini sebagai isyarat dari Allah SWT bahawa kaum Melayu negara ini akan terpinggir kerana mahu digantikan dengan kaum lain?

Isnin, 23 Ogos 2010

NABI MUSA MENERIMA TEGURAN JIBRIL

PADA suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan dia berada dalam dukacita yang mencengkam.Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya yang tidak mengenakan sebarang solekan dan penghias muka. Kulitnya yang bersih dan badannya yang langsing serta roman muka yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang melanda hidupnya.

Dia melangkah terseret-seret mendatangi tempat tinggal Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu rumah perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah jawapan dari dalam rumah berkata: “Silakan masuk!”

Perempuaqn cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata: “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya. Saya ketelanjuran.”
“Apakah dosamu, hai wanita?” tanya Nabi Musa dalam nada terkejut.
Dengan suara yang tersekat-sekat, perempuan itu bercerita: “ Saya.... saya.... telah berrr..zina.”
Nabi Musa mengangkat kepalanya dan hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan ceritanya: “Dari perzinahan itu saya punnn.. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya.... sayaaa.... cekik lehernya sampai... matiii.....” diikuti tangisan sekuat-kuat hatinya.

Nabi Musa jadi marah. Matanya bagaikan berapi. Dengan muka yang berang ia mengherdik, “Perempuan hina! Pergi kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergiiii...! pergiiii...!,” Nabi Musa mengherdik sambil matanya menjeling tanda jijik.

Perempuan berwajah ayu itu dengan hati yang hancur, bagaikan kaca terhempas ke batu, segera bangun dan melangkah pergi dari rumah Nabi Allah itu. Ratap dan tangisannya amat memilukan. Dia tidak tahu kemana lagi tempat untuknya mengadu. Bahkan tidak tahu kemana hendak dibawa dirinya.

Apabaila seorang Nabi Allah seperti itu telah menolaknya, bagaimana pula dengan manusia biasa yang lain menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya. Betapa jahat perbuatannya.

Dia tidak tahu sepeninggalannya, malaikat Jibril a.s. turun datang mengunjungi Nabi Musa.

Ruhul Amin Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang mahu bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang jauh lebih besar dari itu?”
Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah yang jauh lebih besar dan keji daripada wanita penzina dan pembunuh itu? Dengan perasaan ingin tahu, Nabi Musa bertanya: “Betulkah ada dosa yang lebih besar dari dosa perempuan yang nista itu?”

“Ada,” jawab Jibril dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa.
“Dosa orang yang meninggalkan solat dan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu lebih besar dosanya daripada seribu kali berzina.”

Mendengarkan penjelasan itu, Nabi Musa pun memanggil wanita itu untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk berdoa memohonkan keampunan kepada Allah SWT bagi pihak wanita berkenaan.

Nabi Musa sedar bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Anggapan itu bererti meremehkan perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Manakala orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh pula, bererti dia masih mempunyai iman di dadanya. Itu tandanya orang itu yakin bahawa Allah itu Maha Kuasa serta dia pun ingin kembali taat kepada Tuhannya. Itulah sebabnya Allah SWT menerima kedatangannya.

Nota:
Kisah ini jangan disalah ertikan sebagai berzina itu lebih baik daripada meninggalkan solat. Perbuatan zina tetap berdosa. Apa yang mahu ditegaskan dalam kisah ini ialah bahawa solat itu amat penting – tiang agama. Dan kesalahan kerana meninggalkan solat wajib dengan sengaja serta tanpa kesal itu paling besar dosanya, bertujuan supaya kita semua jangan meninggalkan solat sesuka hati tanpa sebab.

Dan kalau kita bersolat dengan benar-benar khusyuk kerana Allah SWT, InsyaAllah perbuatan zina tidak akan datang menghampiri kita. Allah SWT akan selamatkan kita daripada melakukan dosa itu serta dosa-dosa besar yang lain.
Wallahhualam.....

Isu Doakan Guan Eng Dalam Khutbah: AGENDA ALIHKAN ISU DAP DI SELANGOR?


SELEPAS subuh tadi – 23 Ogos, penulis menerima panggilan telefon dari seorang sahabat di Selangor yang memberikan pandangan yang boleh diterima akal. Katanya, apa yang berlaku di Pulau Pinang, yang jadi isu panas membabitkan orang Islam berpunca dari mimbar masjid, adalah satu agenda terancang yang disepakati puak pembangkang – Pakatan Rakyat, untuk mengalih isu salahguna kuasa, rasuah malah kes bunuh yang dikaitkan pula dengan SPRM, di Negeri Selangor.

Menurutnya, agenda itu dirancang untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana negeri itu juga adalah negeri yang dikuasai pembangkang – DAP, dan mudah untuk dilaksanakan.

Justeru, para pemimpin pembangkang golongan Melayu/Islam yang berada dalam Pas dan PKR akan menghalalkan apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang itu, supaya ianya jadi satu polemik sesama Melayu/Islam. Tujuannya adalah untuk mengalihkan isu panas yang mebahang di Selangor jauh ke utara Semenanjung.

Buktinya, kata sahabat yang menelefon, ialah seperti apa yang disuarakan oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi yang mengatakan amalan membacakan doa untuk pemimpin kufar adalah biasa dan pernah di sunahkan oleh Rasulullah SAW.

Memang le benar, Rasulullah SAW ada mendoakan kebaikan untuk kaum kafirun di zaman Baginda tetapi, doanya bukanlah semasa berkhutbah yang jadi sebahagian daripada rukun solat Jumaat. Ianya doa biasa di waktu yang tidak ada kena mengena dengan solat Jumaat.

Yang jadi isu ialah menggantikan doa untuk Ketua Agama Islam dalam khutbah Jumaat kepada pemimpin kufar yang bukannya ketua agama Islam. Bukannya berdoa untuk memohon supaya orang kafir lembut hati dan tidak memusuhi Islam. “Guan Eng belum Islam lagi, Nik Aziz belum berjaya tarbiahkan anak Lim Kit Sing tu supaya memeluk Islam,” tambahnya.

Nampak sangat puak-puak yang berlagak sebagai orang alim atau ulama dalam Pas itu mengalih isu yang sengaja ditimbulkan itu.

Apabila penulis tanya, pihak mana atau siapakah yang merencanakan pengalihan isu berkenaan, sahabat itu menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mempunyai jawapan untuknya. Tetapi, katanya kalau berdasar kepada tempat atau kawasan di mana permasalahan itu dimulakan, beliau yakin ianya agenda yang dirancang oleh para pemimpin utama pakatan dan dilancarkan di kawasan sekitar Permatang Pauh.

“Bila saya sebut Permatang Pauh, faham-fahamlah siapa yang saya maksudkan,” katanya menjawab pertanyaan penulis.

Penulis pun tak tahu sama ada apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Ianya boleh ditakrifkan sebagai ‘dengar cakap’. Tak ada bukti jelas dan bersifat andaian semata-mata.

Bagaimana pun kekadang, walau pun tak terdapat bukti nyata tetapi, peristiwa boleh dijadikan saksi.

Menambah hujah untuk menguatkan dakwaan, sahabat itu menjelaskan bahawa inkues kematian Teoh beng Hock menjadikan pemimpin DAP ‘panas punggung’. Telah ada suara-suara dalam DAP sendiri yang mahukan salah seorang Exco Selangor dari parti itu meletakkan jawatan.

“Bila DAP panas, PKR dan Pas pun turut panas sama le. Maklumlah mereka berada dalam satu kehemah bertap zink, berdindingkan zink dab berlantaikan besi. Bila terbakar, jadi le mereka macam kueh baulu dalam oven,” usik sahabat itu.

Kenyataan terbaru Pronthip - pakar pathology dari Thailand, yang mengatakan Beng Hock tidak membunuh diri tetapi di bunuh, sebelum dicampak ke bawah dari tingkat atas bangunan pejabat SPRM, menjadikan DAP resah dan gelisah. Dan peguam Gobind Singh Deo pun nampaknya menunujkkan keresahan yang tak terhingga.

Maknanya, kes yang pada mula mahu mengheret SPRM sebagai pembunuh Beng Hock telah bertukar menjadi kes bunuh oleh kumpulan tertentu, kerana Setiausaha kepada Exco Selangor itu telah membocorkan banyak rahsia penyelewengan dalam kerajaan pakatan di Selangor.

Apabila penulis tanya daripada mana sahabat itu mendapat analisis ini, dia tak mahu cakap. “Ade le.. Orang penting yang beri tahu aku,” katanya.
“Siapa?” Tanya penulis.
“Itu rahsia... tak boleh bagi tau,” jawabnya.
“Khir Toyo? Noh Omar? Atau Ezam?” serkap penulis.
“Jangan cuba nak korek.... cukup dengan apa yang aku beritahu. Kalau nak tulis... tulislah. Pandai-pandai le dedahkan. Aku tahu kau boleh punya.... Assalammualaikum....” katanya menamatkan perbualan.

Penulis termasuk akal jugak dengan alasan dan hujah yang diberikan itu. Penulis sendiri berada jauh dari Selangor dan kurang arif pula pasal Undang-undang. Takut tersalah terjah nanti, lain pulak jadinya.

Justeru, dikesempatan ini penulis serahkan persoalan ini kepada Unspinners, yang terbukti mahir dan telah begitu menyerlah dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan inkues kematian berkenaan. Juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan negeri Selangor.

Penulis berharap pihak kekawan di Unspinner menerima permintaan ini.

Pak Sulung: Yakin dengan apa yang dikatakan sahabat dari Selangor itu. Memang DAP khasnya dan para pemimpin sekutunya dalam Pakatan Pembangkang sedang kepanasan dengan kes-kes berat yang sedang mula terbongkar dan terdedah di Negeri Selangor Darul Ehsan, satu demi satu. Gerakan SSDE membuatkan pakatan di Selangor goyah se goyah-goyahnya.

TIGA MALAIKAT JADI TETAMU NABI LUTH

ADA golongan orang yang dalam keadaan sedar melanggar batas-batas ketentuan Tuhan tetapi, masih tetap melanggarnya dan berpura-pura pula bertanya konon tidak tahu, pada hal mereka mengetahuinya. Pertanyaan mereka hanyalah mempersendakan perintah-perintah Allah SWT yang diwajibkan ke atas dirinya.

Untuk itu Allah berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun orang-orang yang beriman maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan : ‘Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?’ Dengan perumpamaan itu pula ramai orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.” – Al-Baqarah, ayat 26.

Contoh teladan yang bertepatan dengan ayat berkenaan iaialh perihal isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth. Mereka adalah orang yang hidup bersama suami mereka yang memegang tanggungjawab sebagai seorang Nabi. Mereka mengetahui secara langsung melalui suami mereka akan kebenaran wahyu daripada Allah SAW, namun mereka tetap tidak mengendahkannya. Malahan membantu pula orang-orang yang kafir dan fasik lainnya, yang akhirnya isteri kedua-dua Nabi tersebut mati dalam bencana yang diturunkan Allah SWT.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksaan) Allah SWT, dan dikatakan kepada keduanya: “Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka.” – At Tahrim, ayat 10.

Menurut Ibnu Abbas, isteri Nabi Nuh kadang kala ikut mencela suaminya dengan mangatakan bahawa Nabi Nuh gila dan sebagaimnya. Sementara isteri Nabi Luth pula tidak mempedulikan dakwah suaminya yang menentang kaumnya yang mengamalkankan ‘homoseks’ itu. Malahan dialah yang memberitahu kepada penduduk bahawa rumahnya ada pemuda yang cantik, yang datang sebagai tetamu, sehingga mereka datang untuk memiliki pemuda tersebut, pada hal tetamu itu sebenarnya adalah malaikat.

Nabi Luth dalam dakwahnya mendapat tentangan hebat dari kaumnya sehingga sampai kepada satu tahap bahawa kaumnya memang tidak mahu lagi diajak kepada kebenaran. Akhirnya Nabi Luth pun berdoa kepada Allah SWT supaya kaumnya ditimpa bencana di dunia ini sebelum ditimpa bencana yang lebih pedih lagi di akhirat nanti.

Oleh Allah dikirimkan tiga Malaikat menyamar sebagai tiga orang tetamu biasa, memberitahu kepada Luth bahawa Nabi Ibrahim telah dikurniakan anak yang bernama Ishak. Kemudian Malaikat tersebut menyampaikan kepada Luth bahawa dia adalah utusan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Luth di kota Sadum.

Nabi Luth berpesan kepada isteri dan kedua puterinya supaya merahsiakan kedatangan tetamu-tetamunya itu, jangan sampai diketahui oleh kaum-kaumnya. Tetapi isteri Nabi Luth yang fasik itu, sehaluan dengan pendirian penduduk Sadum (pengamal homoseks) telah memberitahukan tentang kedatangan para pemuda yang gagah dan perkasa itu.

Terbuktilah apa yang dibimbangkan oleh Nabi Luth. Mereka (pengamal homoseks) semua datang ke rumah Luth untuk melihat tetamunya itu serta mahukan pemuda-pemuda itu untuk memuaskan Hawa nafsu mereka. Nabi Luth tidak membuka pintu rumahnya dan berseru kepada mereka yang datang agar kembali ke rumah masing-masing dan tidak mengganggu tetamunya itu.

Seruan Nabi Luth tidak mereka endahkan, bahkan mereka berusaha untuk memecah pintu rumah Nabi Luth pula. Akhirnya Nabi Luth berterus terang dengan tetamu-tetamunya yang tiga orang itu: “Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi untuk menentang mereka, aku sangat malu sebagai tuan rumah tidak dapat menghalang gangguan terhadap tetamu-tetamuku di rumah ku sendiri.”

Kemudian tetamu-tetamu itu pun memperkenalkan dirinya bahawa mereka adalah para malaikat yang diutus oleh Allah SWT untuk membinasakan kota Sadum bersama penghuninya yang ingkar. Dan dia menyuruh Nabi Luth supaya pintu rumah tersebut dibuka. Ketika pintu dibuka mereka semuanya meluru masuk, ketika mereka melangkah kaki untuk masuk ke dalam rumah, tiba-tiba pendangan mereka menjadi gelap, tidak kelihatan satu apa pun, ternyata mereka semua jadi buta.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, malaikat tadi pun berseru kepada Nabi Luth agar segera meninggalkan kota itu bersama keluarganya, sebab azab Allah telah hampir tiba menimpa mereka semua. Malaikat itu berpesan kepada Luth serta keluarganya, ketika dalam perjalanan meninggalkan kota ini jangan ada seorang pun dari mereka melihat ke belakang.

Maka Nabi Luth dan keluarganya pun meninggalkan kota Sadum pada tengah malam dengan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan apa lagi menoleh ke belakang. Tetapi, isterinya merasa sedih meninggalkan kaumnya, ia berjalan di sebelah belakang. Tidak henti-hentinya dia menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui bencana apa yang akan menimpa kaumnya.

Ketika fajar menyingsing dan ketika langkah Nabi Luth berserta puteri-puterinya melewati sempadan kota Sadum, bergoncanglah bumi dengan dahsyatnya dari bahagian bawah bandar. Isteri Nabi Luth yang fasik itu tidak terkecuali daripada menerima akibatnya. Dia turut hancur dan terkubur di dalam azab Allah tersebut. Angin kencang berserta hujan batu itu dengan serta merta menghancurkan bumi Sadum yang subur itu.

Begitulah gambaran bencana yang akan di terima oleh orang-orang yang ingkar (pengamal homoseks), serta nasib orang yang fasik seperti isteri Nabi Luth yang bersekongkol dengan kaumnya yang fasik. Dia tahu akan kebenaran tetapi, tidak melaksanakan dan mengikuti kebenaran tersebut.

(Kisah ini dapat di rujuk dalam al-Quran surah al-Anbiya: 74/75; Asysyu’ara: 160-175. Surah Hud: 77-83. Surah al-Qamar: 33-39 dan At Tahrim: 10)

Moral kisah:
Begitulah akibat seorang isteri yang mengatahui apa yang ditegah dan dilarang oleh Allah SWT tetapi, buat-buat tak tahu malah bersekongkol dengan kaum homoseks yang dilaknat Allah. Akhirnya, dia dihukum oleh Allah SWT dengan hukuman yang menghancurkan kaum Nabi Luth itu. Dia hancur dan mati terkubur bersama kaumnya yang zalim.

Maksudnya, sesiapa yang bersekongkol dengan pengamal homoseks sedangkan dia tahu apa yang diamalkan itu salah dan melanggar perintah Allah SWT, maka dia juga turut serta menerima hukuman setimpal dari Hakim Rabbul Jalil.

Dikhabarkan bahawa Bandar Sadum yang jadi tempat tinggal kaum Nabi Luth itu telah diterbalikkan para malaikat dengan perintah Allah SWT hingga menjadi laut. Dan laut yang dimaksudkan ialah Laut Mati yang ada sekarang. Ianya kekal wujud sebagai peringatan dari Allah SWT untuk mereka yang mahu beringat dan menginsafi kebesaran Allah SWT.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog