Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 7 Ogos 2010

BARANG BURUK TEMPATNYA DALAM GOBOK ANTIK

KESEDIHAN menerjah fikiran Pak Sulung (PS) apabila membaca tulisan CCZ dalam blognya , Sangul Melayu. Kesian juga mendengarkan rintihannya sehingga mahu meminjam Dr. Zambry dari Perak atau Khir Toyo dari Selangor untuk jadi pemimpin di negerinya – Negeri Kedah Darul Aman.

Walaupun bunyinya macam lawak tetapi, apa yang tersirat sangat mendalam maknannya. PS tak tahu sama ada CCZ tu muda ke atau dah berumur ke. Tapi berdasarkan keadaan sekarang - orang muda dah tidak lagi bersanggul, maka PS yakin CCZ dah berumur dan cukup matang untuk menganalisis apa juga perkara.

Memanglah mustahil Dr. Zambry atau Khir Toyo boleh dipinjam untuk pimpin Kedah. Apa yang diluahkan hanya sebagai rintihan kerana memikirkan betapa pemimpin UMNO/BN Kedah tidak perform sebagaimana dua pemimpin yang di kiaskan.

CCZ merintih kerana orang Kedah atau pemimpin UMNO/BN Kedah tidak bergerak atau masih lena. Tak tahulah adakah mereka lena kerana sakit jantung akibat kalah teruk pada PRU lalu atau memang mereka lena kerana tak tahu nak buat apa. Kira dah ‘jem’ le tu....

Biasanya yang dimaksudkan dengan ‘jem’ atau ‘tidak bergerak’ adalah kerana ianya berkarat. Dan biasanya kalau sesuatu barangan itu dah berkara atau tak boleh guna lagi, pergilah hantar untuk dibaiki atau disimpan sahaja dalam gobok buruk tempat menyimpan barang-barang lusuh.

Hairan juga PS memikirkan keadaan kepimpinan di Kedah seperti yang diluahkan CCZ itu. Mana perginya Johari Baharom, Mahadhir Khalid dan Mat Bashah? Apa depa dok buat? Tidak ada perasaan ke melihat bagaimana pemimpin negeri UMNO/BN di Perak dan Selangor berjuang menentang dan mematahkan kuasa pakatan?

Di Perak dah selesai setelah cuma sebelas bulan mereka berkuasa. Keadaan kembali tenang dan bekas MB Pakatan dari Pas yang didalangi DAP, sedang gila talak dan meroyan kerana hilang kuasa dan pengaruh. Sokongan Melayu Perak untuk mereka telah lebur. Yang tinggal hanya satu dua tunggul mati yang sedang mereput di makan anai-anai.

Sementara di Selangor, pertarungan sedang rancak dan sangat hebat. Gerakan Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) sangat memberi kesan. Kahlid Ibrahim dari PKR dan Tok dalangnya Ronnie Liu dari DAP semakin tertekan. Walau pun mereka membenci pihak Polis tetapi, kerana nak bersihkan diri Ronnie terpaksa buat laporan polis... hee...heee.... Sementara kuasa politik PKR negeri telah dipindahkan dari Khalid kepada Azmin Ali. Something wrong le tu....

Begitulah lebih kurang senario politik yang jadi perbandingan antara Kedah dengan Perak dan Selangor.

Memang wajar Melayu yang berfikiran waras berasa cemburu dengan apa yang berlaku di dua negeri berkenaan. Dan kecemburuan itu tentunya amat dirasakan setelah membandingkannya dengan negeri sendiri. Kaku, malap dan tak bermaya. Bagaikan ‘hidup segan, mati tak mahu’.

Sebagaimana semua kita ketahui, negeri Kedah pernah menjulang namanya kerana kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kedua-dua anak Kedah itu telah menjulang martabat ketuanan Melayu di era awal kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan penuh gaya dan jayanya.

Sekarang, lebih tepat setelah kepimpinan Kedah diporak-perandakan oleh PM ke-lima, keadaan jadi tidak menentu dan orang lama masih mahu kekal bertahan. Tenaga dah kurang, mata dah kabur dan kulit dah kendur tetapi, masih mahu terus memimpin dan mengapai kuasa.

Barangkali inilah masalah yang timbul di negeri Kedah. Mudah kalau yang lama mahu beralah dan berundur dengan senang hati seperti yang dilakukan Tun Dr. Mahathir. Tapi kalau masih kekal bermimpi untuk berkuasa semula, payah jadinya....

Rakyat Kedah perlukan tindakan segera. Tegas dan bertindak demi agama, bangsa dan negara, Bukan demi jawatan, kuasa, wang ringgit dan kemewahan dunia semata-mata.

Nampaknya, apa yang ditunjukkan Tun Dr. M tidak mahu diambil sebagai iktibar oleh pemimpin-pemimpin Kedah selepas beliau. Sama ada mereka benar-benar tidak faham atau memang tidak mahu faham walau pun faham. Buat-buat tak faham le tu....

Apa pun terserah kepada orang Melayu Kedah sendiri. Kalau mereka benar-benar selesa dengan kepimpinan Pas seperti MB sekarang – Azizan, maka kekalkanlah negeri Kedah untuk jadi seperti negeri Kelantan.

Kalau Kedah jadi Kelantan bukannya tak baik. Baik apa...! Jika tak ada peluang kerja untuk anak negeri, boleh cari makan kat luar. Ada banayk lagi negeri lain yang maju dan terus maju. Di sana ada banyak peluang pekerjaan. Kalau tak ada juga boleh berhijrah ke Singapora. Tapi jangan lupa bawa surat sokongan dari Nik Aziz. InsyaAllah, boleh dapat kerja dan boleh hidup mewan di negara pulau itu.

Rasanya, cukup setakat itu yang dapat PS komentarkan mengenai rintihan CCZ melalui Sanggul Melayunya.

Pak Sulung: Masih ada ramai kawan dan rakan di Kedah. Sahabat PS yang dulu memang terkenal dengan ceramah berapinya menyanggah Pas, kini telah berhijrah ke Terengganu kerana berkhidmat di sana. Pemimpin Terengganu yang tahu betapa bernilainya sahabat PS itu. Sedangkan pemimpin UMNO Kedah, tak peduli malah memandang rendah terhadapnya. Walaupun setiap tahun berucap di Perhimpunan Agung UMNO mewakili Kedah tetapi, pemimpin Kedah sendiri tidak tahu nilai bakti sahabat PS itu. Patutlah Kedah jadi macam tu....

Pakatan Rakyat Semakin Lemah: ANWAR, NIK AZIZ, GUAN ENG JADI BEBAN.

GELOMBANG politik tajaan Anwar Ibrahim yang melanda teruk BN pada PRU-12 mula reda. Kemusnahan yang membadai dapat dipulihkan setelah Pak Lah tidak lagi jadi PM. Rasa benci orang Melayu terhadap UMNO juga beransur pulih setelah KJ tidak lagi bermahrajalela seperti zaman pak mentunya berkuasa dulu.

Pendek kata, ‘puting beliung’ yang hampir memusnahkan BN telah tiada lagi. Yang tinggal cuma tiupan angin sepoi bahasa yang melunakkan untuk lena. Semoga pemimpin dan penyokong BN, terutama dalam parti tonggaknya - UMNO, tidak terlena dengan senario sekarang.

Walaupun pemimpin dan pejuang MCA, Grakan dan MIC masih belum terbangun dari lena kerana terkedu sebab kalah teruk, UMNO telah berjaya bangkit dan bergerak setapak demi setapak di bawah pimpinan DS Najib dan TS Mahyuddin.

Alhamdulillah.... InsyaAllah pakatan pembangkang akan berjaya dikuburkan tak lama lagi.

Kehebatan tiga parti pembangkang yang selepas PRU-12 menjenamakan pakatan mereka senagai Pakatan Rakyat tidak mampu bertahan lama. Benarlah seperti yang pernah dikatakan Tun Dr. Mahathir bahawa mereka tidak akan mampu bertahan lama kerana pakatan mereka tidak kukuh, sebab hala tuju dan matlamat perjuangan antara mereka saling bertentangan.

Setelah lebih dua tahun berada dipentas politik tanah air, rakyat mula dapat menilai perjuangan ketiga-tiga parti dalam pakatan. Ternyata mereka berada dalam keadaan tidak menentu dan berkecamuk.

Walaupun pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz cuba menyalut kesepakatan mereka dengan pelbagai warna dan penampal yang rapuh, rakyat mula faham dan sedar apa sebenarnya telah berlaku. Retak sedang menanti belah.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng telah menjadi beban kepada pakatan. Tiga tokoh itu membawa beban yang sangat berat ke dalam pakatan. Sokongan orang Melayu terhadap mereka tinggal tak seberapa.

Selain yang menyokong kerana jawatan, peluang, dendam dan rasa malu, yang berada atas pagar semuanya mula mendiamkan diri. Lari jauh-jauh meninggalkan kelompok yang suatu ketiga dulu begitu gah dan riak dengan sokongan. Ceramah mereka semakin layu. Anwar Ibrahim terpaksa beralih tempat ceramah di Johor kerana tiada sokongan dari orang Melayu Batu Pahat.

Begitu juga dengan Nik Aziz yang terlalu berkuasa dan bersifat diktator dalam kepimpinan Pas. Segala katanya mesti diikut dan dipatuhi. ‘Lak...’ (bahasa Arab da...) kata Nik Aziz, maka tidaklah kata seluruh pemimpin Pas. Kenyataan Presiden dan Mursyidul Am selalu saling bertentangan.

Telah beberapa kali pembetulan dibuat kerana bantahan Nik Aziz yang tak sehaluan dengan pendapat Hadi Awang. Semuanya berpihak kepada kehendak Nik Aziz dari Kelantan. Sementara anak Terengganu – Hadi Awang, terkantoi banyak kali. Presiden terpaksa akur dan tunduk kepada Mursyidul Am?

Apakah kerana Nik Aziz seorang Menteri Besar, maka Hadi Awang yang tidak ada jawatan di negerinya itu menyebabkan kedudukan Nik Aziz mengatasi Hadi? Mungkin dan kerana itukah Hadi Awang sering kalah dan terpaksa mengalah.

Atau adakah kerana Nik Aziz didokong oleh Anwar Ibrahim yang dianggap ketua umum pakatan walaupun dia tidak memimpin PKR – sekadar penasihat sahaja, maka Hadi jadi kecut?

Sekarang Anwar Ibrahim sendiri sedang bertarung melawan ketentuan mahkamah dalam kes liwatnya kali kedua. Keadaannya sangat mencabar. Rakyat tahu bahawa kes kali ini tidak sama dengan kes pertama dahulu. Rakyat mula faham apabila kes kini sengaja ditangguh-tangguhkan oleh pihak Anwar Ibrahim. Rakyat faham kenapa dan mengapa Anwar bertindak begitu.

Sesungguhnya mahkamah rakyat lebih berkuasa dari mahkamah keadilan yang ada. Mahkamah rakyat tidak ada hakim dan tidak ada pendakwa khas. Yang jadi hakimnya rakyat dan yang jadi pendakwanya juga rakyat. Keadaan yang jadi penentu kepada keputusan hakim rakyat. Saksi utamanya ialah telatah atau gelagat pihak di dakwa.

Semakin lama lagi kes liwat Anwar itu ditangguh, semakin ramai rakyat yakin bahawa dia bersalah.

Sikap dan tindak tanduk DAP seperti yang ditunjukkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pula, tidak kurang hebatnya jadi punca sokongan orang Melayu semakin malap untuk pakatan. Tindakan Ketua Menteri DAP di Pulau Pinang, benar-benar telah membakar hati dan perasaan orang Melayu. Bukan sahaja Melayu Pulau Pinang tetapi, seluruh umat Melayu di negara bertuah ini.

Tidak cukup dengan itu, peranan dan kelakuan MB PKR di Selangor juga meruntun hati orang Melayu. Juga bukan sekadar orang Melayu di Selangor tetapi, seluruh orang Melayu yang berakal waras dan berbudi pekerti mulia. Semuanya kerana DAP yang mendalangi PKR. Ronnie Liu lebih berkuasa dari Khalid Ibrahim.

Yang tidur mula bangun. Yang bermimpi mula sedar. Yang dulunya tak ambil kisah mula masuk campur dan yang lemah pun mula jadi kuat. Semuanya kerana semangat orang Melayu telah kembali pulih setelah lebih dua tahun terkurung di bawah tempurung ciptaan pakatan.

Semua ini diambilkira oleh rakyat, terutamanya orang Melayu yang tidak sanggup dirinya dipisahkan dari agama Islam dan susila bangsanya.

Terlalu panjang jadinya tulisan ini jika mahu diceritakan semuanya. Cukup sekadar menyedarkan umat Melayu yang masih lena dibuai mimpi. Lagipun apa yang dicoretkan ini semuanya telah disedari kebanyak orang Melayu. Malah ada yang lebih mendalam dan hebat lagi pemerhatiannnya. Yang penting semuanya telah sedar, mula sedar dan akan sedar.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat yang begitu gah setahun dua ini mula merudum. Terlalu banyak faktor yang menjahanamkan mereka. Semuanya kerana perjuangan parti-parti yang bersekutu tidak sehaluan. Bersimpang siur dan berselirat bagaikan benang kusut yang tidak boleh dilerai lagi. Yang sesuai untuknya adalah dibuang atau dibakar sahaja.

Maka tepatlah seperti yang disedari ramai bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng adalah beban berat yang meruntuhkan pakatan. Sekongkolan PKR, PAS dan DAP akan runtuh tak lama lagi kerana buruk laku, tamak haloba, serakah, niat jahat dan dendam kesumat pemimpin mereka sendiri.

Pak Sulung: Sedang menanti-nanti bila DS Najib umumkan tarikh pilihan raya umum ke 13. Tak sabar menunggu. Siang malam dok menanti khabar berita sambil berdoa supaya di jauhi Allah swt daripada musibah dan bala yang meragut kesejahteraan rakyat yang dialami selama lebih lima puluh tahun.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Anwar Ibrahim dan Melayu P. Pinang: JANJI YANG MEMBAWA AKIBAT

ISU keresahan orang Melayu Pulau Pinang bukan isu ciptaan UMNO atau BN. Ia isu yang benar-benar berlaku. Keresahan dan kebimbangan orang Melayu semakin membara. Kerja laku Guan Eng – Khalifah Abdul Aziz Pas, yang jadi KM Pulau Pinang semakin galak menekan jiwa serta perasaan Melayu Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan Pak Ali baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu Pulau Pinang dah tak tahan lagi. Dan kenyataan Pak Ali bahawa dia hilang keyakinan kepada pembangkang Melayu menjelaskan bukti keresahan orang Melayu.

Apabila Pak Ali berkata dia hilang kepercayaan kepada pembangkang Melayu, adakah bermaksud Pak Ali sendiri adalah penyokong pembangkang? Orang Penang yang kenal Pak Ali mungkin tahu kedudukan sebenar.

Kalau Pak Ali pernah termakan umpan pembangkang yang berkempen untuk membawa perubahan pada PRU-12 dulu, bermakna Pak Ali adalah penyokong Sheikh Anwar Ibrahim Al-Jub...

Setelah dua tahun berlalu, Pak Ali tidak nampak perubahan seperti yang diharapkannya. Perubahan yang dia nampak, Guan Eng anak Kit Siang dari DAP jadi Ketua Menteri. Dan pentadbiran DAP terang-terangan bukan sahaja tidak membela nasib orang Melayu malah mahu menghalau keluar orang Melayu dari pulau yang nama jolokannya Pulau Mutiara itu.

Takkanlah hanya Pak Ali seorang yang berperasaan begitu. Bagaimana dengan Melayu lain? Semuanya sedar dan berasa sangat tertekan oleh mainan politik DAP yang anti Melayu dan anti Islam.

Sekarang baru orang Melayu Pulau Pinang sedar. Sudah pun terantuk tetapi, masih belum terngadah. Melayu pembangkang dari Pas dan PKR serba salah. Nak buat sesuatu menentang Guan Eng dan DAP terhalang oleh ego yang ditanam oleh Pas dan PKR selama ini. Tergigitkan getah. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Maka semakin bermahrajalelalah Guan Eng dan DAP di negeri Pulau Pinang. Negeri kelahiran Anwar Ibrahim dan juga Abdullah Ahmad Badawi. Kedua-duanya pernah menerajui kepimpinan negara.

Keadaan Melayu Pulau Pinang sekarang memerlukan pembelaan politik. Dan pemimpin politik yang sangat sesuai mengambil tindakan mempertahankan nasib masa depan Melayu negeri itu ialah Anwar Ibrahim.

Mengapa tidak? Kerana janji dan motivasi politik Anwarlah orang Melayu Pulau Pinang beralih haluan mencuba nasib dengan menyokong pembangkang pada PRU-12. Ketika itu ramai Melayu Pulau Pinang undi pembangkang. Terutamanya orang Melayu yang berada di kawasan majoriti bukan Melayu. Mereka undi DAP, PKR. Akibatnya semua kawasan calon BN yang diwakili Gerakan, MCA dan MIC kalah teruk.

Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu menjengok tengok apa yang diresahkan oleh Melayu P. Pinang? Adakah kerana kawasan dia berada di seberang tanah besar maka dia tidak mahu ambil tahu hal Melayu di bahagian pulau?

Dengar khabar ke Permatang Pauh pun dia dah lama tak balik. Mungkin kerana sibuk dengan kes liwatnya yang sentiasa ditangguh-tangguh atau Anwat tak berani balik kerana malu sebab tidak berjaya jadi PM Malaysia selepas 16 September 2009?

Agaknya Sheikh Anwar telah bersumpah, selagi dia tidak jadi Perdana Menteri, selagi itu dia tidak akan jejak Permatang Pauh atau pun Cherok Tokun.

Malang sungguh nasib Melayu Pulau Pinang yang sokong pembangkang kerana percayakan janji Anwar dan pemimpin Pas. Undi telah diberi. Perubahan yang diharapkan tidak terjadi. Yang berlaku Melayu Pulau Pinang dipaksa pindah keluar oleh DAP. Nak cari makan sebagai peniaga kecil pun susah. Ada gerai kena roboh, ada kampung kena halau keluar untuk dibangunkan dengan rumah mewah yang tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu.

Hakikatnya, Melayu seperti Pak Ali tak perlu berdialog dengan Guan Eng atau bertindak kasar kepada anak didik Lee Kuan Yew itu.

Yang Melayu Pulau Pinang patut buat sekarang, terutamanya yang dulu termakan gula-gula Anwar ialah bertanyakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat yang juga anak kelahiran Pulau Pinang itu, apa usaha dia membela nasib orang Melayu? Tak perlu cakap untuk Malaysia, cakap untuk Pulau Pinang pun cukuplah.

Kalau dia tak balik, pergi ke KL cari dia dan berdiaog dengannya. Kalau tak mampu berdialog kerana putar belitnya hebat, bertindaklah seperti Pak Ali ke atau fikir le sendiri.... Buat le apa yang patut....

Terlajak perahu boleh undur, terlajak undi tergadai negeri.

Pak Sulung: Berasa kesian kepada orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong pembangkang bagai nak ghak kerana percayakan Anwar Ibrahim. Kalau kawan rapat dia seperti Zaharin pun dah cabut lari, apakah harapan yang boleh diharapkan dari Anwar untuk Melayu Pulau Pinang?

Khamis, 5 Ogos 2010

Persidangan DUN Penang Di Tangguh: KERANA PELEMPANG PAK ALI KOTTTT....

KAHH.... kahh.... heee.... heee.... huuu.... huuu.... Itu agaknya yang terpancut keluar dari mulut Pak Ali (Hero Malaya) bila mendengar berita seperti dilaporkan Bernama bahawa mesyuarat kedua bagi penggal ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang dijadualkan Ogos ini telah ditunda kepada November depan.

Speaker DUN Datuk Abdul Halim Hussain memberitahu Bernama, ekoran penundaan itu, mesyuarat DUN bagi tahun ini cuma diadakan sebanyak dua kali sahaja.

Bagi menutup ‘kemaluan Guan Eng yang terjatuh’ itu, Tuan Speaker selanjutnya berkata: "Mesyuarat DUN hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun dan kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali sahaja pada tahun ini walaupun pernah mengadakannya sebanyak tiga kali sebelum ini.”

Beliau berkata, penundaan itu juga bertujuan membolehkan kerajaan negeri terus membentangkan Bajet Pulau Pinang 2011 dalam sidang berkenaan.

Abdul Halim berkata, sidang DUN itu akan berlangsung selama enam hari iaitu bermula pada 1 Nov dan dua hari kemudian iaitu dari 3 Nov ditangguhkan selama seminggu untuk perayaan Deepavali dan Aidiladha sebelum disambung semula dari 9 hingga 12 November.

"Penangguhan antara 3 hingga 8 November itu adalah sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Adha dan juga Deepavali", kata beliau.

Siapa sangka, cempedak dah jadi nagka
Penangan Pak Ali punya cerita
Father Joseph Lim, takut tunjuk muka
Takut ahli dewan ketawakan dia
Sidang dewan pun dia tunda.


Pak Sulung: Tergelak pun ada, kesian pun ada. Tapi bila fikirkan ‘keharam-jadahan’ KM kaum imigran tu, perkataan yang terkeluar dari mulut ‘PADANNNNN MUKAAAA!’.

Di Penang Guan Eng Kena Lempang, Di Selangor Anwar Kena Belasah...!


KISAH Guan Eng kena lempang masih panas. Ianya jadi bahan perbualan seluruh negara, terutamanya di kalangan kaum Melayu. Kaum imigran cina pun tidak kurang juga. Biasanya, yang sejengkal akan jadi sedepa. Tetapi di pihak Guan Eng dan kaumnya, yang sedepa jadi sejengkal.

Mereka rasa malu dan tak mahu dihebohkan. Biasalah... kaum imigran tu bukannya macam orang Melayu. Mereka senyap dan bertindak pun secara senyap. Sedar-sedar, hak Melayu terlingkup je.... Orang Melayu bagikan ayam lepas bertelor sementara orang cina macam penyu bertelur.

Bertindak senyap dan tanpa kesan. Menyorok dan sembunyi-sembunyi. Sedar-sedar anak penyu ‘berkesoi’ keluar dari lubang tempat ibunya bertelur. Banyak dan secara senyap juga berenag ke laut dalam. Membesar dan akan jadi ibu untuk membiakkan keturunannya ditempat sama.

Kalau Guan Eng hebat kisahnya di Penang, Anwar Ibrahim pula hebat ceritanya dari Selangor. Ceramah-ceramah SSDE yang telah berlangsung menyaksikan Anwar Ibrahim dibelasah seteruk-teruknya oleh Senator Ezam Mohd. Noor, bekas general Anwar di zaman reformasi.

Ceramah-ceramah Ezam dengan jelas memberitahu bahawa Anwar Ibrahim sememangnya seorang peliwat. Kata Ezam, dia berani berkata begitu kerana yang memberitahu beliau adalah Wan Azizah sendiri - isteri dan Presiden PKR. Dan kerana itulah beliau meninggalkan Anwar dan PKR. Bukan sahaja meninggalkan parti yang memperjaungkan Anwar itu tetapi, mendedahkan segala kelemahan, penipuan, pembohongan dan lakonan Anwar Ibrahim.

Pendek kata, semua kerja mungkar Anwar Ibrahim di dedahkan Ezam kepada umum. Semua orang boleh dengar dasn semua orang boleh faham. Bahasanya mudah dan tidak berbelit-belit.

Kesemua ceramah Ezam dalam siri SSDE, membelasah peribadi Anwar Ibrahim dengan cukup hebat. Tidak cukup dengan itu, semua ceramah Ezam disiarkan melalui you tube oleh kebanyakan blog yang menentang pakatan.

Maknanya, kini seluruh negara boleh dan telah mendengar apa yang Ezam dedahkan. Dan intipati pendedahannya mengatakan ‘Anwar Ibrahim memang peliwat’. Beberapa kali diulang-ulangnya kebertanggungjawaban beliau dengan apa yang dikatakan itu.

Di masa sama, Ezam juga mencabar Wan Azizah menafikan kata-katanya dan mencabar Anwar Ibrahim mendakwanya di mahkamah. Selain apa yang didedahkannya itu, Ezam juga mendakwa akan mendedahkan pelbagai salahlaku lain Anwar Ibrahim jika kedua suami isteri itu menafikan apa yang ceramahkannya itu.

Hakikatnya, hingga kini Anwar dan Wan Azizah membisu. Tak ada komen sedikit pun. Pendek kata, keduanya tak berani bersuara mengenai apa yang diceramahkan Senator Ezam Mohd. Noor itu.

Inilah yang menjadi tanda tanya umum. Kalau hal lain Anwar dengan garangnya akan menyaman siapa yang mencabarnya, kena dengan Ezam dia terkedu. Tak Berbunyikkkk....

Kalau Guan Eng cuba membuat kenyataan dalih mengenai Pak Ali yang melempangnya, Anwar Ibrahim langsung tak berani bersuara. Kelantangan dan kepetahan pidato Anwar tidak mampu menentang Ezam. Kehebatan belitan Anwar tak terdaya menyanggah apa Ezam dedahkan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Anwar Ibrahim telah bertemu ‘buku dengan ruas.’

Kalau dibandingkan antara Guan Eng dan Anwar Ibrahim, rasanya belasahan Ezam lebih teruk dan hebat daripada lempangan Pak Ali. Cuma yang berbeza, kes Pak Ali baru berlaku sementara belasahan Ezam adalah perkara lama.

Pak Sulung: Ucap tahniah dan syabas kepada Senator Ezam kerana keberaniannya terang-terangan mencabar dan mendedahkan perangai buruk Anwar Ibrahim. Kalau kesalahan biasa boleh diterima umum, bagaimana dengan pengesahan bahawa Anwar Ibrahim benar-benar peliwat? Apa komen para penyokong dan teman setia Anwar Ibrahim? Bagimana pulak dengan Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Mahfuz dan Mat Sabu yang mecipta istilah ‘Anwar al-Jubori’?

Antara Pak Ali dan Ibrahim Ali: SAMA TAPI TIDAK SERUPA


SIAPA sangka, Pak Ali, seorang umat Melayu biasa yang tinggal di Pulau Pinang, berani bertindak di luar jangkaan dengan caranya sendiri. Dia bukan orang politik. Dia juga bukan penggerak NGO. Dia hanya seorang Melayu biasa. Dia bukan pengikut mana-mana fahaman politik dan dia juga bukan ketua kepada apa-apa kumpulan. Sama ada kumpulan halal atau haram.

Pak Ali hanyala seorang individu Melayu kampung sederhana yang cintakan bangsa, agama dan tanah airnya. Di dalam dirinya mengalir darah kemelayuan yang sejati. Dia tidak pandai berpidato, dia tidak bercakap berdegar-degar di kedai kopi, dia hanya bosan melihatkan gelagat dan tindakan ‘kurang hajar’ seekor kaum imigran yang jadi pemimpin di negerinya.

Barangkali Pak Ali sering mendengar ceramah-ceramah politik anjuran parti politik di kampungnya. Mungkin Pak Ali jadi bingung memikirkan kata-kata para penceramah dan bosan dengan cakap-cakap yang bertentangan antara satu puak dengan satu puak lagi tetapi, dari kaum yang sama, iaitu Melayu.

Melayu yang berpecah dan berkerat rotan, berpatah arang untuk disepakatkan.

Kepada Pak Ali, semuanya tak berfaedah dan tak jadi kudis kepada pemimpin imigran yang sedang bermerajalela menindas serta menekan kaum Melayu di negerinya. Apa yang Pak Ali sedar dan rasakan bahawa kaum Melayu mahu dihalau keluar dari Pulau Pinang.

Kaum Melayu Pulau Pinang sedang berdepan dengan situasai serupa seperti rakyat Palestin yang siang malam dihambat keluar oleh Yahudi Israel. Tanah air mereka mahu dirampas.

Bagaikan wira seperti zoro (tapi tidak bertopeng dan bersenjatakan pedang), Pak bertindak sendirian dengan kudrat yang ada padanya. Dia sekadar sempat menggunakan tangannya sahaja. Penerajang kakinya tak sempat digunakan kerana ditahan pengawal keselamatan ‘Father Joseph Lim Guan Eng’.

Itu cara yang terfikir dan termampu dilakukan Pak Ali, seorang Melayu yang berjiwa panglima.

Cara Pak Ali berbeza jauh dengan Ibrahim Ali – Presiden PERKASA, yang dengan lantangnya membela dan memperjaungkan nasib masa depan orang Melayu.

Beza antara Pak Ali dan Ibrahim Ali bagaikan langit dengan bumi. Ibrahim Ali bergerak melalui organisasi NGOnya, sementara Pak Ali bergerak bersendirian. Tidak ada kawan dan rakan. Solo....

Ibrahim Ali bergerak dengan hujah dan kata-katanya, Pak Ali dengan kaki dan tangannya. Kaki Pak Ali bergerak melangkah membawa jasadnya sementara tangan Pak Ali menjadi bukti.

Bukti yang menjadi sejarah buat orang Melayu dan Lim Guan Eng serta DAP. Anak cucu keduanya akan mengenangnya sebagai sejarah satu perjuangan bangsa. Walaupun kecil dan amat sedikit tetapi, besar erti dan maknanya. Yang tersirat jauh lebih berharga daripada yang tersurat.

Pak Ali tak pernah sebelumnya dikenali media massa. Ibrahim Ali sering jadi bahan berita di media massa.

Walau pun cara berjuang antara Ibrahim Ali dan Pak Ali berbeza tetapi, matlamat serta sebab mereka berjuang adalah sama. Demi bangsa, agama dan negara. Kedua-duanya sema hebat dan sama gagah.

Walaupun caranya berbeza tetapi makusnya sama.

Pak Sulung: Mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Pak Ali. Tindakan anda telah membuka mata banayk pihak. Walaupun kecil bagaikan cili padi tapi pedasnya sangat dirasakan.
Pak Sulung teringin benar melihat kedua-dua – Pak Ali dan Ibrahim Ali, bergambar bersama dalam satu majlis di Pulau Pinang. Tak perlu buat apa dan tak perlu juga cakap apa. Bergambar sahaja berdua untuk ditatap oleh masyarakat. Bukan untuk mencari perbezaan tetapi, membuktikan kesamaan perjuangan.

Rabu, 4 Ogos 2010

PENAMPAR MELAYU UNTUK LIM GUAN ENG?


Hero Melayu
Seorang hamba Allah bernama Ali Ahmad berasal dari Georgetown telah menampar Ketua Menteri Pulau Pinang

SEPERTI yang diberitakan blog House PK dan Blog Pisau, Father Joseph Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kena lempang oleh seorang warga emas yang berang dengan tindakan KM itu terhadap orang Melayu di Pulau Mutiara.

Sahih atau tidak terpulang kepada tuan punya dua blog berkenaan. Mereka yang tulis dan mereka juga yang siarkan.

Daripada apa yang dituliskan, Guan Eng tidak mahu membuat laporan polis kerana malu dan rasa bersalah mungkin.

Begitulah jadinya apabila orang Melayu sudah tidak dapat menahan sabar. Tolak ansur orang Melayu ada hadnya.

Di zaman penjajah Inggeris dahulu, JWW Birch – seorang Residen Inggeris, terkorban di Sungai Perak kawasan Pasir Salak. Di Pahang juga terdapat penentang orang Melayu terhadap penjajah Inggeris oleh Dato’ Bahaman dan Mat Kilau. Di Negeri Sembilan dengan Dol Said dan di Sarawak dengan Rosli Dobi.

Ada banyak lagi tetapi, itu yang penulis ingat menyebutnya.

Persoalannya sekarang, apakah Guan Eng yang ditabalkan menjadi KM Pulau Pinang selepas PRU-12 lalu itu dianggap penjajah oleh orang Melayu Pulau Pinang?

Itulah akibatnya bila terlalu ghairah dengan kuasa dan agenda menghalau Melayu dari tanah keramat, Tanah Melayu.

Di dalam persekutuan Malaysia ini ada Semenanjung Tanah Melayu. Ianya dinamakan Tanah Melayu kerana penduduk asalnya adalah kaum Melayu. Jangan lupa dengan nama itu walaupun negara kita ini telah bertukar nama kepada Malaysia. Ingat sejarah dan sedarlah diri anda sebelum bertindak ‘membabi buta’.

Barangkali Guan Eng tidak mahu mengambil pengajaran daripada Karpal Singh.

Karpal juga pernah kena lempang oleh Mahaguru Kiyai Arshad (Allahyarham) satu ketika dulu di Kuala Lumpur, kerana celupar menghina orang Melayu dan Raja Melayu. Akibatnya merana hingga kini, terpaksa berkerusi roda ke sana kemari.

Ingat.... Itu baru permulaan. Orang Melayu memang sifatnya lemah lembut, sabar dan banyak tolak ansurnya. Tapai kalau mereka telah tertolak keterlaluan, marahnya bukan kepalang. Tragedi hitam 41 tahun lalu membuktikan bahagimana akibatnya apabila orang Melayu naik minyak.

Menyentuh bab ini, penulis teringatkan antara bait-bait puisi Usman Awang bertajuk MELAYU yang menyebutkan:
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Pak Sulung: Bimbangkan negara jadi huru-hara. Segala yang dirancang tergendala. Yang sedia ada hancur binasa. Membina kembali mengambil masa. Minta dijauhkan Allah swt....

Selasa, 3 Ogos 2010

Setiap Hari AJK Masjid dan Surau Letak Jawatan: HASSAN ALI BUNTU, TERKEDU, MEMBISU?

BERITA terkini Bernama hari ini melaporkan, kira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan disebabkan tiada persefahaman sesama mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.

"Setiap bulan saya perlu tandatangan peletakan jawatan AJK purata antara 20 ke 30 orang. Jumlah itu masih kecil berbanding jumlah kesemua AJK di negeri ini iaitu kira-kira 8,000 orang, tetapi kalau tidak diatasi takut menjadi perbalahan dan mendatangkan masalah kepada pengurusan masjid dan surau,” katanya.

Aik...! Apa dah jadi? Kalau tak silap penulis, portfolio agama Islam kerajaan pakatan Selangor diexcokan oleh Dato’ Hassan Ali.

Macam mana boleh jadi macam tu? AJK surau dan masjid saling bercakaran sesama sendiri? Rasa tak puas hati bermerajalela dalam institusi agama Islam di Selangor?

Menurut kenyataan Pengarah JAIS tu lagi, ada antara sebab perselisihan dan rasa tak puas hati timbul kerana perlaksanaan projek yang membelakangkan bendahari. Bilal pun boleh memandai-mandai cari dan laksanakan projek naik taraf. Ini kira berebut ongkos le ni....

Selain dari itu, ada juga perselisihan timbul kerana bercanggah pendapat mengenai jemputan penceramah atau guru agama. Ramai yang dijemput tak ada tauliah. Main pandai-pandai sendiri dan sesuka hati puak-puak tertentu aje.

Hancurrrr....

Ingatkan di Selangor cuma kecoh fasal pasir, arak, tempat judi dan maksiat serta lain-lain perkara yang bersangkutan dengan fulus dan peluang memboncitkan perut aje. Rupa-rupanya AJK surau dan masjid pun berkecamuk dan berbalah sesama sendiri. Sama sekariah pulak tu....

Apa dah jadi Hassan oiii.... Melayu sama Melayu yang duduk sekampung berbalah kerana urusan masjid dan surau.

Ya... tak ya.... Agaknya kerana semua kekalutan itulah menyebabkan Dato’ Hassan Ali berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria? Tak mustahil...

Mungkin kerana malu nak mengaku permasalahan yang timbul di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, cakap le konon bertanyakan Mufti itu bagaimana nak menyatukan orang Melayu. Masalah sebenar tidak diberitahu. Tak ikhlas dan tak jujur. Kira macam tipu diri sendiri le tu....

Maka terjadilah, lain yang dimaksud lain yang timbul. Mufti Perak itu mungkin menjangkakan apa yang diminta pandangan oleh Hassan Ali tu mengenai orang Melayu keseluruhannya. Rupa-rupanya yang Hassan maksudkan cuma masalah Melayu/Islam AJK masjid dan surau di Selangor yang tidak mampu beliau kawal.

Duduk atas pentas, pegang ‘mice’ dan cakap fasal motovasi memang mudah. Boleh berapi-api lagi. Bila masalah portfolio sendiri, pocekkkk.... Tak tahu nak buat apa dan tak ada kebolehan nak selesaikannya.

Setiap bulan terima elaun. Elaun itu dan elaun ini. Macam-macam elaun masuk kocek. Kerja tak buat dan kepala hotak jadi buntu nak selesaikan masalah sendiri. Masalah orang lain pandai pulak beri nasihat. Kena batang hidung sendiri atau tanggungjawab sendiri, tak tahu nak buat apa.

Bila dah sesak dan terdesak, jumpa Harussani Zakaria, minta nasihat. Kerana pandai sangat bercakap sampai Tuan Mufti tu tak faham. Yang dia faham lain. YangHassan Ali maksudkan lain.

Heboh seluruh negar kerana Hassan Ali jumpa Mufti. Konon fasal perpaduan Melayu, rupa-rupanya fasal Melayu Selangor yang jadi AJK masjid dan surau yang berpecah-belah kerana Hassan Ali selaku Exco Agama Islam gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Cakap senang.... Nak bikin, susah woo...

Pak Sulung: Pernah juga dengar orang berkata bahawa ‘orang yang banyak cakap, atau petah sangat berpidato, tak tahu buat kerja’. Sekadar boleh dengar dan sedapkan telinga aje.... Suruh dia buat.... Hampehhhh.... Itu le agaknya yang terjadi pada Hassan Ali, Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mahfuz dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.

Persidangan DUN Perak: DEME BUKANNYA NAK BERSIDANG, NAK BUAT KACAU JE....

KEHADIRAN ADUN Pakatan Pembangkang pada persidangan DUN Negeri Perak hari ini bukannya untuk bersidang mewakili rakyat yang memberikan mandat kepada mereka tetapi, sebaliknya hanya datang untuk membuat kacau.

Pada awal persidangan, ADUN pembangkang mula cuba membuat kecoh apabila Ngeh melanggar peraturan kerana mengambil gambar persidangan dengan telefon bimbit. Ianya disengajakan untuk menimbulkan kekecohan.

Bila speaker tegur dan larang, mulalah mereka melenting cari gaduh. Walhal peraturan itu memang telah ditetapkan dan diketahui oleh semua ADUN. Saja nak cari pasal.

Pada sebelah petangnya, rancangan untuk mengacau persidangan diperhebatkan. Perbahasan ahli dewan diganggu oleh bekas MB mereka – Mohd. Nizar Jamaluddin. Gangguannya disambut oleh ADUN pembangkang lain supaya dewan bertambah kecoh.

Niat mereka tercapai apabila Speaker akhirnya memerentahkan Nizar keluar dewan dan menggantung kehadirannya kerana kesalahan menganggu perbahasan.

Inilah yang mereka tunggu dan akhirnya semua mereka keluar dewan beramai-ramai. Membantah le kononnya.

Nampak sangat mereka datang untuk buat kacau, bukannya untuk bersidang sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Apa yang mereka lakukan bukan untuk rakyat tetapi untuk kepuasan hati mereka yang berdendam kerana tidak lagi berkuasa. Itu aje.... Budak sekolah tahun enam pun tahu apa maksud mereka.

Itulah barisan wakil rakyat pembangkang yang dipilih pada PRU-12 lalu. Harapan rakyat supaya mereka membawakan perubahan tak kesampaian. Entah apa perubahan yang mereka buat tidak nampak pun.... Yang rakyat nampak mereka hanya mampu terpekek, terlolong menganggu perjalanan persidangan. Macam anjing menyalak je.... Entah apa yang mereka salakkan pun rakyat tak tahu....

Apa yang rakyat dapat dari wakil mereka itu? Entahlah.... Tak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Cukup bulan ambil elaun aje. Bila ada persidangan DUN, masuk dewan dengan niat untuk membuat kacau dan menganggu persidangan. Tak ada satu masalah rakyat yang diwakili mereka bawa ke dalam persidangan.

Tak profesional langsung. Apa yang deme tunjukkan ialah sikap biadap. Cakap kasornya, kurang ajor le...

Padan muka kome yang pangkah deme dulu.... Hendak sangat perubahan kononnya.... Itu le aje perubahan yang kome dapat lihat. Yang deme buat hanyalah untuk kepuasan hati deme aje.... Untuk rakyat, sikit pun deme tak kisah.... Lantak kome le.... Bagitu agaknya sikap wakil rakyat kome tu....

Pak Sulung: Cuba juga pegi jengok tengok kalau-kalau ada ribuan penyokong mengiringi wakil pembangkang tu masuk dewan macam dulu-dulu.... Tak ada pun.... Ade le sekor dua.... Itu pun tak berani menonjol.... Malu kerana sah dah tak ada penyokong lagi.... Deme dah tak gemor kot.... Kesian si Nizar dan rakan-rakannya. Bila tak ada penyokong yang iring macam dulu, tak ada can le deme nak lambai-lambai tangan macam lawak bodoh...

Isnin, 2 Ogos 2010

EXCO LEBIH BESAR DARI MENTERI BESAR?

KRISIS dalaman DAP Selangor semakin panas. Pemimpin mereka saling berbalas kenyataan. Ada yang mendakwa dirinya tidak bersalah dan ada pula yang membuat kenyataan tidak mahu menghadap jawatankuasa desiplin kerana jawatannya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu membuat laporan polis mengenai salahguna kepala surat jabatan dan cop rasmi beliau dengan tujuan menyokong kontraktor untuk memperolehi projek.

Tak kisahlah apa muslihat disebalik permasalahan yang jadi polimik dalam DAP itu. Sama ada ianya bertujuan mengalih isu curi pasir yang heboh sebelum ini atau benar-benar sesama mereka telah bercakaran kerana masalah lain, terpulang kepada keadaan dan hasil siasatan polis.

Sekarang, salahguna kepala surat telah jadi kes polis. Dan terpulang kepada pihak polis membuat siasatan. Hasilnya sama-sama kita nantikan.

Walau bagaimana pun, penulis tertarik untuk mempersoalkan kewajaran surat sokongan palsu (seperti yang didakwa Liu), begitu berharga dan boleh menghasilakn peluang yang lumayan kepada kontraktor di Selangor.

Dari apa yang penulis faham, surat sokongan yang berkepala suratkan jabatan exco berkenaan dianggap sebagai arahan kepada jabatan yang bertanggungjawab memberikan kontrak.

Cakap mudahnya, siapa dapat sokongan Ronnie Liu, sah akan dapat projek. Pihak yang meluluskan sesuatu tender kerajaan Selangor atau Majlis Pernadaran akan tunduk dan akur sebaik sahaja melihat surat sokongan dari exco berkenaan.

Begitulah hebat dan maha hebatnya kuasa manusia bernama Ronnie Liu di Selangor Darul Ehsan.

Kalau itulah keadaannya, terbukti bahawa selama Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, exco bernama Ronnie Liu yang juga ADUN Pendamaran itu sangat berkuasa. Tengok surat sokongannya sahaja, semua permohonan orang yang membawanya akan dapat apa yang dihajati.

Sama ada kerana takut atau patuh, terpulang kepada persepsi.

Kesimpulannya, Ronnie Liu lebih besar dan lebih berkuasa dari Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Maka tak hairanlah ramai yang berkata atau menulis di dalam blog masing-masing – terutamanya para bloger yang berpengkalan Selangor, mengistilahkan Khalid sebagai boneka wayang kulit, sementara Ronnie jadi Tok Dalangnya.

Beberapa hari menjelang Ramadhan al Mubarak, Allah swt telah menyerlahkan segala dakwaan rakyat selama ini.

Bagaimanapun, tidak mustahil juga tujuan Ronnie membuat laporan polis itu bertujuan membersihkan dirinya daripada kes curi pasir di Selangor. Entah berapa banyak surat sokongan beliau telah digunapakai sebagai sokongan untuk melombong pasir, sama ada secara halal atau pun haram.

Untuk menyelamatkan diri dan membersihkan nama parti politik cauvanis cina DAP, maka ada le yang terpaksa jadi mangsa. Berkorban apa saja. Harta atau pun nyawa.

Benarlah kata sesetengah orang bahawa politik itu adalah ‘permainan serba mungkin’. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin benar, mungkin salah. Mungkin.... mungkin.... mungkin.... Semuanya serba mungkin.

Pak Sulung: Sedang menanti-nanti kenyataan Ketua Kerajaan Pakatan Selangor mengenai isu ini. Walaupun ianya isu dalaman parti DAP tetapi, selaku Ketua kerajaan Pakatan, Khalid terpaksalah bersuara. Tambahan pula dari segi kedudukan jawatan, Ronnie Liu itu adalah anak buahnya. Dia cuma exco sahaja, sementara Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar. Sama-samalah kita tunggukan siapa yang lebih besar? Exco Ronnie atau MB Khalid?

Seingat Pak Sulung, di negara kita ini hanya ada tiga aje yang guna perkataan besar, iaitu Menteri Besar, Guru Besar dan Bawang Besar.

BENAR-BENAR MERDEKAKAH KITA?

MULAI kelmarin, 1 Ogos, Malaysia memasuki Bulan Kemerdekaan ke-53. Thema sambutan kali ini '1Malaysia Menjana Transformasi'. Sempena sambutan itu, Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan di Kangar, Perlis. Kempen ini akan berlangsung sehingga sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2010.

Begitulah amalan kita setiap tahun. Pelbagai slogan dicipta bagi menyemarakkan semangat rakyat menyambut ulang tahun kemerdekaan negaranya. Dan pelbagai acara dianjurkan untuknya. Rakyat diajak turut serta untuk memantapkan semangat dan jati diri.

Bagaimanapun, benar-benar merdekakah kita sebagai rakyat?

Penulis bukan berhasrat mempertikai kemerdekaan negara dari penjajah. Dan tidak juga mempersoalkan majlis atau sebarang acara yang diadakan sempena sambutan tarikh bertuah 31 Ogos itu. Penulis akur dan benar-benar menerima hakikat bahawa negara kita telah merdeka dan berkerajaan sendiri.

Apa yang penulis tanya sebagai bahan berfikir ialah merdekakah rakyat negara ini dari pelbagai masalah besar yang mencengkam jiwa. Dan masalah yang dimaksudkan ialah mengenai kebanjiran ‘pendatang tanpa izin’ yang memudharatkan masalah sosial dan kesejahteraan rakyat pada umumnya.

Kalau dahulu negara kita dijajah secara terang-terangan oleh kuasa asing – Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula, kini negara kita seolah-olah dijajah secara tidak langsung oleh pendatang asing yang yang kedatangannya sama seperti penjajah yang dimaksudkan.

Kalau penjajah dahulu datang kerana mahu mengaut hasil mahsul negara untuk kepentingan ekonomi negara mereka, kini pendatang asing datang sesuka hati untuk mencari wang atau kekayaan di negara ini.

Undang-undang dan peraturan kita mereka langgar tanpa segan silu. Budaya kita tercemar dan persekitaran masyarakat kita tergugat. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial, menyakitkan mata dan hati rakyat berdasarkan apa yang mereka lakukan di sini.

Di mana silapnya kita? Salah rakyat atau salah siapa? Apakah undang-undang negara kita longgar atau penguatkuasaan peraturan sedia ada lemah? Kalau lemah, di mana puncanya? Rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak yang diberi kuasa?

Setiap hari rakyat didedahkan dengan berita penahanan atau penangkapan kaum wanita warga asing yang mencari nafkah di negara ini sebagai pelacur. Media massa seperti TV dan akhbar menyiarkan ribuan tangkapan hasil serbuan pihak berkuasa yang diberikan kuasa.

Yang rakyat dapat lihat, hanya wanita yang dikatakan pelacur itu sahaja yang ditahan. Sedangkan pihak yang menyediakan tempat serta sindikit yang mengendalikan perniagaan seks itu belum ada lagi yang rakyat dengar pernah didakwa. Mereka bebas dan mengulangi kegiatan mereka, sama ada ditempat yang sama atau berpindah ke tempat lain.

Kegiatan mereka terus berjalan lancar dan kekayaan mereka juga semakin bertambah. Dan dengan kekayaan itulah mereka yang jadi tauke mampu merencanakan pelbagai usaha haram lain yang seangkatan dengannya.

Golongan tauke kaya melalui wang haram inilah yang mampu membuka gedung perniagaan siap dengan rangkaiannya di seluruh negara. Malah ada yang mampu menjangkau ke luar negara pun.
Kekayaan dan peningkatan ekonomi kaum bukan bumi melonjak dengan wang haram yang mereka kaut. Orang Melayu terkulat-kulat mengigit jari. Segala hartanah berharga mahal jadi milik mereka.

Jika kekayaan haram ini tidak disekat cepat, hasrat meninggikan ekonomi kaum bumi tidak akan tercapai. Kalau dianalogikan pemilikan harta pada kadar sepuluh ringgit, Melayu ada tiga ringgit, kaum lain memiliki tujuh ringgit. Sampai bila pun tidak akan tercapai.

Penulis bukan bermaksud semua yang kaya-raya di negara ini terhasil dari kegiatan haram tetapi, ada dan mungkin ramai juga. Tidak mungkin Jabatan Perangkaan dapat membanci mereka ini. Ianya dilakukan secara selamba kerana tidak ada pihak yang ambil peduli.

Kekayaan melalui wang haram ini juga membolehkan mereka mampu memiliki hartanah dan pelbagai jenis premis perniagaan. Dan mereka itu bukannya orang Melayu atau bumiputera. Mereka adalah kaum imigran yang bernasib baik kerana pemimpin Melayu memberikan kerakyaan secara percuma kepada datuk/nenek mereka menjelang negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Itu kisah pendatang yang datang cari makan sebagai pelacur. Bagaimana pula dengan pendatang yang datang untuk kerja kontrak membina bangunan? Berjuta bilangannya. Begitu juga dengan yang datang sebagai pembantu di premis perniagaan? Tak terkira berapa ramai. Itu belum termasuk mereka yang telah lama berada sebagai pendatang tanpa izin tetapi, telah membuka perniagaan sendiri seperti yang terdapat ramai di sekitar kawasan Chaw Kit di Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua pendatang ini bagaikan mendapat perlindungan daripada pihak tertentu. Yang pasti ada sindikit yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan kebanjiran pendatang ini. Sindiket Kad Pengenalan palsu, Pas Kerja palsu dan bermacam-macam lagi dokumen palsu, adalah kerana pendatang terlalu ramai.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa kebanjiran pendatang tanpa izin meresahkan rakyat. Sama ada ianya mencacatkan kemerdekaan negara atau tidak, terpulang kepada persepsi masing-masing. Yang pasti sebahagian besar rakyat tidak selesa dan resah dengan kebanjiran pendatang.

Terlalu banyak dan terlalu panjang jika mahu didetailkan semuanya.

Pak Sulung: Teringatkan antara bait-bait puisi Osman Awang bertajuk ‘MELAYU’ seperti berikut:

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba.

BONTOT PEMIMPIN DAP SELANGOR PANASSSS.....

KEPIMPINAN DAP Selangor mula berkecamuk. Pecat memecat mula menyerang parti itu. Lanjutan dari isu pecat, timbul pula kenyataan tidak puas hati. Jawatankuasa desiplin DAP Selangor semakin sibuk mengambil tindakan. Keadaanya semakin kritikal. Serba tak kena dan saling bertentangan sesama sendiri. Tutup kepala, kaki terbuka, tutuk kaki, kepala terjojol keluar.

Berdasarkan berita-berita yang disiarkan (m-Star), terbukti bahawa segala permasalahan timbul kerana ‘harta rompakan’. Mereka bukan marah kerana melanggar undang-undang tatapi, marah kerana tak dapat peluang.

Keberanian merompak di Selangor tidak disenangi oleh sebahagian pemimpin kecil DAP yang lain. Mereka pun mahu juga. Agihlah harta samun itu sama rata, sama rasa. Ini tidak... yang dapat orang tertentu aje... Mana boleh.... Yang lain nak merasa juga...

Apa yang berlaku dalam DAP Selangor itu mengingatkan penulis kepada watak penyamun dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’, lakonan Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Mereka saling bertengkar sesama sendiri kerana mendakwa pembahagian harta rompakan tidak adil.

Sebagai manusia, kepuasan hati susah dicapai. Walaupun pembahagian dibuat secara: “Satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau, dua untuk aku....”, rasa tak puas hati masih timbul. Tamak mula meguasai diri dan akhirnya berbalah sesama sendiri.

Begitulah agaknya yang terjadi kepada kepimpinan DAP Selangor yang sedang diperhatikan oleh rakyat.

Krisis mula tercetus apabila pada 27 Julai lalu, ahli veteran DAP, Tee Boon Hock – Ahli Majlis Perbandaran Klang, didakwa kerana mendapatkan kontrak bernilai lebih RM1 juta untuk 20 syarikat daripada majlis perbandaran tempat beliau berkhidmat sejak Julai 2008.

Beliau didakwa menyalahgunakan kepala surat exco Selangor, Ronnie Liu, bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya. Sementara Ronnie Liu pula dilaporkan mengesahkan terdapat penyalahgunaan kepala surat seperti yang didakwa.

Dalam satu kenyataan mempertahankan diri, Boon Hock mendakwa Ronnie Liu mengetahui mengenaqi sokongan dan kepala surat yang digunakannya. Pemecatan Bonn Hock menyebabkan sekumpulan penyokongnya berhimpun di luar pejabat DAP Pandamaran bagi memprotes pemecatan ahli MPK itu.

Isu itu tidak berhenti setakat itu sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Kim juga dihadapkan ke jawatankuasa desiplin DAP ekoran satu tweet yang dibuatnya berkaitan pemecatan Tee Boon Hock.

Menurut Pengerusi jawatankuasa desiplin DAP, Tan Kok Wai, Teng diperlukan memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu mengenai maksud mesej tweetnya berbunyi: "OMG! Pelaku sebenarnya dibebaskan", pada satu perbicaraan yang ditetapkan pada 12 Ogos nanti.

Menurut Tan: “Jika dia mengatakan orang yang bersalah dibebaskan, ini bererti bahawa orang yang tidak bersalah telah dihukum. Ini sama saja seperti mempersoalkan kredibiliti jawatankuasa disiplin. Ini bermakna jawatan disiplin bertindak tidak adil dan tidak profesional dengan mendakwa individu yang tidak bersalah."

Nampaknya, pemimpin DAP Selangor sedang panas bontot. Dan Ronnie Liu – kepala kepada segala kekalutan dalam kerajaan dan negeri Selangor, sedang berusaha membersihkan diri. Dan tindakan membersihkan nama baik DAP dibuat bagaikan Parti Komunis menyelesaikan masalah dalaman.

Itulah akibatnya apabila manusia dari organisasi ‘kongsi gelap’ diterima sebagai ahli politik dan seterusnya diangkat menjadi MP dan juga ADUN serta exco mentadbir negeri. Bayangkan kalau mereka itu menjadi pentadbir negara di peringkat kerajaan pusat. Agak mengerikan jika disebut. Minta dijauhkan Allah swt.

Organisasi politik telah bertukar menjadi ‘kumpulan kongsi gelap’. Yang lebih berkuasa boleh bertindak apa saja demi menjaga keselamatan dirinya. Tidak ada ertinya sahabat atau kawan dalam organisasi seperti itu. Yang lemah akan jadi mangsa yang kuat. Dan nyawa juga sentiasa berada di hujung tanduk.

Lantaklah.... Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. Kita hanya mampu melihat dan mendengar dari jauh. Adakah ini menandakan oa dan sumpah seranah kaum Melayu/Islam menjadi dan termakbul? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. KerajaanNya jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada mana-mana kerajaan manusia di mayapada ini.

Pak Sulung: Sedang menanti untuk melihat dan mendengar bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan mengeksploitasi isu ini untuk mengembalikan sokongan kepada dua parti komponen BN yang telah ditolak oleh kaum Cina sejak PRU-12 lalu. Kalau peluang ini tidak mereka ambil, bererti mereka bersetuju dengan semua tindak-tanduk DAP yang terang-terangan memusuhi kaum Melayu dan anti Islam serta berhasrat menghapuskan institusi Raja-raja Melayu. Lu fikirlah sendiri....

Ahad, 1 Ogos 2010

Hiruk-pikuk Politik Hanya Sementara.... ADAKAN PILIHAN RAYA, SELESAI LE....

“JANGAN le dirisaukan sangat pasal ‘hiruk-pikuk’ politik yang sedang berlaku sekarang ni. Itu cuma sementara dan ianya terjadi kerana orang politik sedang bertarung mencari pengaruh untuk parti masing-masing. Kalau tak percaya tengok aje selepas PRU-13 nanti. Semuanya akan senyap. Reda dan sepi.”

Demikian kata seorang sahabat lama yang penulis temui di majlis kenduri walimatuurus anak seorang sahabat tengah hari tadi.

Oleh kerana lama tak jumpa dengan kawan lama itu, penulis dan beberapa rakan lain mengambil tempat di satu sudut khemah tempat jamuan, sambil bertanyakan khabar masing-masing.

Biasalah.... bila geng pencen berjumpa. Macam-macam hal yang kami bualkan. Selain mengetahui khabar keluarga dan anak masing-masing. Semuanya dalam keadaan ceria dan berasa selamat berada di negara bertuah ini, sementara menunggu masa perintah menghadap Allah swt.

Sembang punya sembang, isu politik tidak pernah tertinggal untuk dibualkan. Dan tumpuan sembang kami berkaitan isu semasa – isu masa depan orang Melayu. Bila sebut soal masa depan Melayu, nama Mufti Perak, Harrussani Zakaria tidak terkecuali jadi bahan utama.

Kesimpulan kepada apa yang di sembangkan, ayat intro tulisan ini menutup perbualan yang agak serius dan panjang lebar itu.

Kata-kata: “Ya, semuanya akan berhenti kalau DS Najib adakan pilihan raya umum cepat. Semua akan tutup cerita. Yang menang akan berkuasa, sementara yang kalah tersandar mengenangkan nasib politik masing-masing. Silap hari bulan, duit habis, badan penat, apa yang dihajat tak tercapai. Kalau badan sihat tak apa, tapi kalau umur macam kita ni.... masuk wad le jawabnya, sakit jantung....”

Kata-kata itu menutup perbualan kami dan beransur meninggalkan majlis.

Memikirkan kata-kata itu, penulis rasakan ada kebenarannya pendapat rakan lama itu. Dia berkata dengan jujur dan pandangannya selamba. Dia bukan orang politik. Dia ada perniagaan sendiri selepas pencen. Kehidupannya tampak sejahtera dan aman. Badannya sihat dan rambutnya pun tetap kemas dan tidak banyak yang gugur. Kecuali telah 80% bertukar warna dari hitam kepada putih.

Bila ditegur mengenai rambutnya, sepontan dia menjawab: “Yang putih tu bukannya rambut, itu bunga rambut.”

Kalau difikir-fikirkan, yang pemimpin Pas melalak takutkan perpaduan Melayu itu kerana apa? Sudah tentu jawabnya kerana takut sokongan orang Melayu berkurangan. Begitu juga dengan PKR. Mereka takut orang Melayu tidak menyokong mereka sepertimana PRU-12 lalu.

UMNO pun serupa. Saranan supaya orang Melayu bersatu padu sangat disambut baik. Tujuannya juga sama. Mahukan sokongan bertambah dan seperti apa yang berlaku pada PRU lalu tidak berulang. Oleh kerana UMNO itu menjenamakan perjuangannya untuk orang Melayu, maka soal perpaduan Melayu dianggap memihak kepadanya. Yang sengsara dengan saranan itu ialah Pas dan PKR.

DAP, parti cauvanis kaum Cina pulak sentiasa mahu menunjukkan mereka adalah parti politik yang seratus peratus memperjuangkan naib dan masa depan kaum imigran Cina di negara ini. Kejayaan DAP menawan Pulau Pinang dan menjadi tonggak kerajaan Selangor, memberi perangsang kepadanya untuk membuktikan mereka adalah pejuang kaum imigran Cina.

Itu jugalah yang cuba DAP tonjolkan di Perak selama sebelas bulan Pakatan menerajui kerajaan negeri. Walau pun wakil Pas yang jadi MB tetapi, kuasa penentu dan tonggak kepada pakatan di Perak adalah DAP. Mereka mempunyai lebih kerusi dan sewajarnya DAP jadi tonggak. Malangnya, kerana tidak ada wakil kaum Melayu dalam DAP, parti itu terlepas peluang untuk meletakkan wakil sebagai MB.

Sekarang, BN yang ditunjangi UMNO beriya-iya menarik sokongan kaum imigran Cina dan India. BN sedar, kekalahan calon BN dari Gerakan, MCA dan MIC adalah kerana kaum berkenaan tidak lagi memberikan sokongan seperti dulu.

Pelbagai usaha dan tawaran wang ringgit diberikan kepada komuniti kaum imigran berkenaan tetapi, sokongan terhadap BN tidak seberapa. Kaum imigran Cina dengan terang-terangan menunjukkan mereka tidak menyokong BN.

Walaupun DS najib menunaikan perlbagai janji pembangunan, mereka tetap tidak menyokong BN. Duit mereka sapu, undi tetapi untuk pembangkang. Peluru habis, pelembang tak alah.

Beberapa siri pilihan raya kecil selepas PRU-12 membuktikannya. Walaupun PRK Hulu Selangor berjaya mengembalikan sokongan kepada BN, undi kaum Cina di sana semakin bertambah untuk pembangkang.

Kaum Cina masih bertekad mengekalkan sokongan kepada DAP. Dan kerana itu para pemimpin DAP terpaksalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang panas dan membakar semangat kaum Cina. Maka lahirlah dari Cina untuk Cina.

Tindakan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tony Pua dan ramai lagi, semuanya bermaksud memastikan kaum imigran Cina kekal menyokong DAP. Malah mereka berusaha dan berharap pada PRU akan datang sokongan kepada parti itu lebih meningkat lagi.

Kaedah yang digunakan adalah mengeluarkan kenyataan yang menentang kemimpin kaum Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, keutamaan agama Islam, Bahasa Melayu dan tidak ketinggalan memperlekeh institusi Raja-raja Melayu. Pendek kata mereka merncabar dan mempertikai apa yang terdapat dalam perlembagaan dengan garang dan berani sekali.

Modal kecaman dan tuntutan mereka adalah keadilan. Kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dianggap berat sebelah dan tidak menepati prinsip hak asasi manusia.

Maka bersilatlah mereka dengan kata-kata dan ucapan berapi mengenai kaum masing-masing. Yang Melayu dengan semangat Melayunya, Cina dengan semangat Cinanya dan begitu juga dengan kaum India.

Lebih menyemarakkan keadaan, PERKASA – persekutuan NGO Melayu, berjaya ditubuhkan. Dengan lantang PERKASA mengambil peranan mempertahan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Kelantangan ketuanya, Dato’ Ibrahim Ali, menjadikan isu masa depan orang Melayu di negaranya sendiri semakin panas. Panas dan terus panas.

Berdasarkan kenyataan taman lama penulis seperti tersebut di awal tadi, Ibrahim Ali juga tidak terkecuali kerana PRU akan datang. Beliau jadi MP tanpa parti. UMNO bukan, Pas pun tidak.

Entahlah.... Nampaknya PRU yang diadakan berdasar prinsip demokrasi itu telah sampai ke tahap tidak lagi menjamin kesejahteraan rakyat. Malah mencetuskan perbalahan sesama kaum dan tidak ketinggalan, antara kaum. Seolah-olah kerana sistem demokrasilah semua kekalutan politik yang melanda negara tercetus.

Nak katakan salah, ada betulnya. Terpulanglah kepada persepsi masing-masing.

Pak Sulung: Negara kita kini sedang dilanda sindrom persepsi. Dan kerana persepsi yang pelbagai, segalanya jadi bercelaru, keliru dan akhirnya jadi haru-biru.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog