Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 18 Jun 2011

Kisah pertanyaan Nabi Adam dan Iblis kepada Allah SWT....

Bersegeralah kita dengan keampunan Allah SWT.....
DIKISAHKAN dalam sebuah kitab bahawa Nabi Adam as telah bertanya kepada Allah SWT mengenai beberapa perkara:

“Ya Allah, Engkau benar-benar menguasakannya ke atas diriku. Oleh itu tidak mungkin aku dapat menolaknya melainkan dengan pertolongan Engkau.”
Lalau Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Tidak akan dilahirkan seorang anak bagimu, melainkan Aku serahkan anak itu kepada malaikat yang selalu menjaganya.”

Nabi Adam berkata lagi: “ Ya Allah, tambahkan lagi untukku.”
Maka Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Setiap kebaikan akan dapat sepuluh kali ganda.”

Nabi Adam berkata lagi: “Ya Allah, tambahkan lagi untukku.”
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Tidak akan Aku cabut taubat daripada mereka (manusia) selagi nyawa-nyawa mereka masih dalam tubuh mereka.”

Nabi Adam berkata lagi: “Ya Allah, tambahkanlah lagi untukku.”
Lalu Allah berfirman dengan maksud: “Aku akan mengampuni mereka dan Aku tak peduli (apa yang telah dilakukan).”

Kata Nabi Adam: “Sekarang cukuplah untukku.”

Kemudian tiba giliran Iblis pula bertanya kepada Allah SWT, “Ya Tuhanku, Engkau jadikan di kalangan anak cucu Adam beberapa utusan dan Engkau turunkan kepada mereka beberapa kitab. Oleh itu, siapakah yang akan menjadi utusan-utusanku?”
Allah SWT menjawab dengan firmannya yang bermaksud: “Utusanmu itu ialah tukang-tukang nujum.

Iblis bertanya lagi, “Dan apa pula yang menjadi kitabku?”
Firman Allah dengan maksud: “Kitabmu ialah tahi lalat buatan.”

Bertanya lagi Iblis, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi hadisku?”
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Hadismu ialah semua kata-kata dusta dan palsu.”

Iblis terus bertanya, “Ya Tuhanku, apakah pula quranku?”
Firman Allah maksudnya: “Quranmu ialah nyanyian.”

Tanya Iblis lagi, “Siapakah yang menjadi muazzinku?”
Firman Allah SWT dengan maksud: “Muazzinmu ialah seruling.”

Iblis bertanya lagi, “Dan apakah yang menjadi masjidku?”
Firman Allah, maksudnya: “Masjidmu ialah beberapa pasar.”

Tanya Iblis lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi rumahku?”
Allah SWT menjawab dengan firman yang bermaksud: “Rumahmu ialah bilik air tempat permandian.”

Iblis bertanya lagi, “Ya Tuhanku, apakah yang menjadi makananku?”
Firman Allah yang maksudnya: “Makananmu ialah sesuatu makanan yang tidak disebut namaKu.”
“Apa pula minumanku?”, tanya Iblis seterusnya.
Allah berfirman yang maksudnya: “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan.”

Akhir sekali Iblis bertanya, “ Ya Tuhanku, apakah yang menjadi alat perangkapku?”
Firman Allah yang maksudnya: “Perangkapmu ialah perempuan.”

Dengan terbacanya kisah ini hendaklah kita berusaha menjauhkan diri daripada perangkap-perangkap Iblis itu.

Apabila kita takutkan seseorang atau sesuatu, kita hendaklah menjauhkan diri darinya. Tetapi apabila kita takut kepada Allah SWT, hendaklah kita mendekatkan diri kepadaNya.
Wallahhualam.

Jumaat, 17 Jun 2011

Karikatur ‘Kekeliruan Kes Rogol’: Miki dan Utusan tidak hina Islam, tapi hina ulama jahil yang permainkan hukum Islam.... Pas marahhhhh?

WAH! Bukan main hebat dan gah lagi Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang dianggap menghina Islam. Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi yang mengetuai delegasi tersebut tiba pada pukul 9.35 pagi di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia.

Ketika ditemui pemberita selepas menghantar memorandum bantahan tersebut, Nasruddin berkata penyiaran karikatur itu telah mempersendakan hukum Islam kerana menyamakan jenayah rogol dan zina.

“Kita beri mereka tempoh tujuh hari. Jika tidak memohon maaf, dan tidak mengambil tindakan selayaknya, kita akan meneruskan siri bantahan.

“Kita akan membuat himpunan lebih besar untuk menarik perhatian umum, bahawa kita tidak bersetuju dengan karikatur ini... Jangan perkecilkan perkara ini. Ini sentimen agama,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin pada Jumaat.

Begitulah hebatnya pemuda Pas mempertahankan agama Islam setelah parti mereka sendiri tidak lagi mahu menggunakan slogan Islam sebagai dasar perjuangan kerana memberi muka kepada tuntutan Cina DAP.

Setelah Pas bertubi-tubi dihentam kerana mencampakkan perjuangan Islam, inilah peluang terbaik untuk sayap Pas menegakkan benang basah sebagai memberi nafas kepada Hadi Awang yang semput kerana dengan bangganya mengumumkan partinya tidak lagi mahu menggunakan slogan negara Islam atau berjuang demi agama Islam.

Kebetulan pada Rabu lalu akhbar Utusan Malaysia menyiarkan karikatur bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ karya Miki.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh 'tok penghulu' yang berserban dan berjubah kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Pada pendapat SM, kartunis Miki melakarkan karikatur itu setelah beliau menonton klip video ucapan Ustaz Kazim Alias yang tersiar di banyak blog beberapa hari sebelum itu, seperti yang masih terdapat di bahagian atas blog ini.

Dalam video itu Ustaz Kazim ada menganalogikan bagaimana seorang isteri telah dirogol ketika suaminya tiada di rumah. Apabila suaminya balik, si isteri mengadu dia kena rogol. Tapi kerana suaminya seorang yang jahil tentang hukum Islam, dia tak dapat berbuat apa kerana ‘tidak ada empat orang saksi’ yang melihat ketika isterinya dirogol.

Ceramah Ustaz Kazim itu adalah bermaksud bagaimana ramai orang Melayu/Islam yang jahil tentang hukum Islam mengenai zina dan rogol.

Ustaz Kazim Alias
Kisah yang dianalogikan Ustaz Kazim itu menggambar bagaimana terdapat tok guru dan orang berjawatan dalam masyarakat yang keliru dengan hukum Islam mengenai zina dan rogol gara-gara terdapat di kalangan pemimpin politik mempermainkan hukum sebenar Islam mengenainya.

Mengenai karikatur Miki itu, SM yakin dia mendapat ilham daripada video ceramah Ustaz Kazim berkenaan dengan tujuan memaparkan bagaimana seorang tok penghulu yang berserban – melambangkan watak orang berilmu agama, jahil tentang hukum Islam.

Miki mungkin mahu membezakan antara seorang yang berperwatakan ilmuan Islam lebih jahil daripada seorang anggota polis yang tahu hukum sebenar Islam mengenai kes zina dan rogol.

SM tak nampak karikatur itu menghina Islam. Ianya memaparkan bagaimana seorang yang perperwatakan alim tetapi tak tahu ajaran dan hukum sebenar Islam mengenai kes zina dan rogol. Itu saja. Dan fenomina ini sedang berlaku dalam masyarakat Melayu/Islam sejak timbulnya kes liwat II Anwar Ibrahim dan isu video seks yang didakwa Datuk Eskay pelakunya adalah Anwar Ibrahim.

Pemimpin politik yang berstatus ulama telah memutar-belitkan hukum Islam mengenai zina, rogol dan liwat kerana sifat asabiyah mereka dalam mempertahankan politik ‘pakatan haram jadah’.

Putar-belit dan pembohongan inilah yang dibetulkan oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya mengenai hukum Islam tentang zina dan rogol sebagaimana yang terjual CDnya dan tersebar klip videonya di banyak blog sebelum Miki melakarkan karikatur berkenaan.

Kalaulah Miki dan Utusam Malaysia dilabel sebagai ‘menghina Islam’ oleh pemuda Pas, kenapa mereka tidak memprotes ceramah Ustaz Kazim yang seratus peratus maksudnya seperti yang dikarikaturkan Miki? Cuma yang berbeza ialah watak wanita yang kena rogol itu. Miki melakarkan seorang wanita atau gadis, sementara Ustaz Kazim menganalogikan dalam ceramahnya seorang isteri, sebagai celoteh yang membina.

Yang terhina dalam karikatur itu ialah manusia Melayu/Islam yang berperwatakan orang alim atau ulama yang tak tahu hukum atau mempermainkan hukum sebenar Islam mengenai rogol dan zina. Bukannya agama atau ajaran Islam itu sendiri.

Apakah kerana Utusan menjadi musuh utama ‘pakatan haram jadah’, maka bila tersiar karikatur itu, terpekik terlolonglah juak-juak Pas yang dah tak laku kerana meminggirkan perjuang Islam, mengambil kesempatan menunjukkan mereka masih mempertahan dan memperjuangkan Islam? Jadi modal politik Pas?

Sementara Ustaz Kazim yang pernah jadi ahli Pas dan berilmu dalam agama Islam tidak berani disentuh oleh ulama muda Pas, Nasruddin Tantawi?

Kalau berani cabar dan samanlah Ustaz Kazim Alias yang CD video ucapannya itu terjual lebih luas daripada akhbar Utusan Malaysia. Ada berani?....
- YopMan

Mahkamah Benar Permohonan Felda Supaya Bekas Timbalan Menteri Dedah Maklumat Mesyuarat


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan permohonan Felda dan syarikat pelaburannya supaya bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendedahkan butir-butir lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua yang lain dalam satu tuntutan terhadap beliau.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Cheng Mai yang mewakili mewakili Felda dan syarikat pelaburannya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd dan Ho Kok Yew bagi pihak Tan.

Tan Kee Kwong
Mengikut rekod mahkamah, Zabariah turut menetapkan tiga hari bermula 7 Julai untuk mendengar perbicaraan permohonan Felda dan Felda Global yang memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.

Pada 25 Jan lalu kedua-dua pihak itu telah memfailkan saman tersebut dan mendakwa bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul ‘Kontroversi’ dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu’.

Mereka mendakwa artikel tersebut telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Mereka berkata bahawa kata-kata itu bermakna bahawa transaksi bangunan Felda telah menyebabkan kerugian kepada mereka dan menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa.
- Bernama

Khamis, 16 Jun 2011

Pengarah Ditamas Beri Keterangan Bercanggah Kepada SPRM Atas Desakan Khir Toyo

PENGARAH Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis bahawa beliau memberi tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman percakapannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 dan 7 Jun lepas atas desakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Shamsuddin berkata desakan itu berlaku selepas beliau dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan, dan "saya menerima banyak desakan daripada Mohamad Khir untuk tidak melibatkan diri beliau."

"Kerap kali saya dijanjikan bahawa kes akan dikawal, iaitu tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan beliau. Saya yakin dan percaya saya datang ke SPRM sebagai saksi dan bila SPRM datang hendak hantar surat, rupa-rupanya mereka datang bawa surat pendakwaan.

"Pada hari orang SPRM datang bawa surat untuk saya didakwa di mahkamah pun, Mohamad Khir masih cakap jangan bimbang, kita boleh selesaikan perkara ini. Itu janji-janji beliau," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed.

Shamsuddin memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes terhadap Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.


Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun melepaskan dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung tuduhan tersebut.

Semalam, Shamsuddin memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada 2009 dan sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat iaitu pada 7 Jun lepas.

Kepada soalan lain, Shamsuddin berkata beliau tidak memaklumkan laporan penilaian yang dibuat oleh penilai yang dilantiknya, Trans Asia Properties kepada Dr Mohamad Khir pada perjanjian jual beli pada 2007 atas sebab harga rumah yang ditawarkan masa itu adalah sama dengan penilaian rumah iaitu RM5.5 juta.

Shamsuddin berkata nilai itu hanya dimaklumkan kepadanya secara lisan oleh penilai harta berkenaan tetapi tidak mempunyai dokumen mengenai penilaian itu ketika urusan jual beli.

Terdahulu, peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata Shamsuddin gagal untuk mendedahkan fakta itu (laporan penilaian) kepada Dr Mohamad Khir, dan dengan itu menafikannya peluang yang saksama untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki bersambung Isnin depan.
- Bernama

Pilihan Raya Masjid: Berapa buah masjid yang DAP dah bina sejak berkuasa? Kalau tak ada, tak payahlah Guan Eng sibuk ganggu perpaduan Melayu di masjid....

Siapa yang bina Masjid Negeri ini? DAP atau Guan Eng atau Kerajaan BN? Mana satu masjid yang DAP telah bina di Pulau Pinang?
BERAPA buah masjid yang telah dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di negeri itu sejak dapat kuasa pada 2008 lalu? Kalau tak ada sebuah pun, tak payahlah Guang Eng dan DAP sibuk nak atur dan buat kerja jahanam untuk pecah-belahkan orang Melayu di masjid-masjid yang dibina atau dibantu pembinaannya oleh kerajaan terdahulu.

Punya haram jadah dan tak pemalu, bina masjid tak pernah, tiba-tiba nak memandai-mandai atur pentadbiran masjid yang selama ini berjalan dengan baik dan teratur, tanpa campur tangan politik.

Apa tujuan Guan Eng dan DAP mengadakan ‘pilihan raya masjid’ di Pulau Pinang kalau bukan untuk memecah-belahkan perpaduan orang Melayu melalui amalan agama?

Kalau dah dasar penyamun dan penyangak, semua benda mereka nak rompak. Sekarang masjid pulak mereka nak rompak.

Sedarkah DAP dan Guan Eng bahawa Pulau Pinang itu adalah sebuah daerah yang dipajakkan oleh Kedah sahaja hingga kini. Bila-bila masa sahaja Kedah boleh ambik semula.

Sebagaimana yang dijealaskan Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Pergubungan UMNO Pulau Pinang, seperti tersiar di Umno Online, beliau sangat kecewa dengan sikap Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana bertindak mengikut telunjuk kerajaan DAP yang terang-terangan merancang kehancuran dan memecah belah orang Melayu.

Tegasnya, ini berikutan senarai nama yang dipaparkan untuk pilihan raya masjid jelas tidak adil. Setakat ini enam buah masjid di Seberang Prai Selatan telah mengeluarkan senarai calon dan calon-calon yang mempunyai jawatan dalam UMNO ataupun ada kena mengena dengan kerajaan pusat semuanya ditolak.

“Walaupun calon tersebut sebelum ini memang memegang jawatan di dalam kariah namun pencalonan mereka ditolak tanpa sebarang alasan kerana mereka adalah orang UMNO.

‘”Mereka yang selama ini telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang prejudis walaupun berlainan fahaman politik, disingkirkan hanya kerana mereka orang UMNO. Inilah yang saya kesalkan dan telah menduga dari awal akan terjadi. Kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai agenda politik terancang apabila mewujudkan pilihan raya masjid ini”, katanya.

Ibarat ‘sudah terang lagi bersuluh’ beliau seterusnya menegaskan DAP sebenarnya hanya mahu memecah belahkan umat Islam dan orang Melayu di negeri ini.

“Adakah mereka rasa orang UMNO tidak layak untuk mentadbir masjid?  Sebelum ini, sesiapa sahaja yang layak boleh memegang jawatan tanpa dikira fahaman politik.

“Mereka mentadbir masjid dengan baik tanpa ada unsur politik. Tetapi apa sudah jadi sekarang ini. Adakah kita sebagai orang Melayu harus membiarkan DAP memperkotak katikkan kita dan juga rumah ibadat kita yang menjadi tempat perpaduan ummah selama ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya  menjelaskan, UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul maklum balas dari 300 buah masjid yang terdapat di 13 buah Parlimen di negeri tersebut memandangkan senarai nama calon dikeluarkan secara berperingkat.

“Setakat ini, enam buah masjid telah dikenal pasti berlakunya ketidak-adilan malah ada masjid yang bertukar teraju kepimpinan tanpa bertanding selepas pencalonan penyandang jawatankuasa kariah sedia ada ditolak. Saya benar-benar kesal dengan apa yang terjadi. Tindakan DAP ini amat keterlaluan dan melampaui batas.

“Ternyata DAP telah memanipulasikan sistem pilihan raya masjid ini agar agenda kotor mereka tercapai.

“Selepas ini, apa akan jadi terhadap masjid-masjid ini.  Sudahlah mereka derhaka dan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Ketua Agama Islam, sekarang mereka tolak calon yang ada kena mengena dengan UMNO.

“Kita amat berharap, pilihan raya masjid ini ditangguhkan dan seterusnya dibatal demi menjaga keamanan dan perpaduan Umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.

“Di masjid, kita dapat lihat perpaduan ummah tanpa ada campur tangan politik. Kita boleh menyelesaikan masalah walau berlainan fahaman politik. Kini, segalanya berubah dek kerana DAP yang terlalu takutkan umat Islam bersatu padu.  Mereka tahu, sekiranya umat Islam bersatu, mereka pasti akan tumbang. Oleh itu, mereka merancang pilihan raya masjid ini kerana inilah kunci untuk memusnahkan umat Islam,” jelasnya.

Facebook rakyat Malaysia kutuk Bersih: Nanti, yang kena bedal budak Melayu, Ambiga cabut lari....

SERAMAI 1,096 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berterusan mengutuk penganjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dinaungi pembangkang.

Api kebencian itu disuarakan secara terbuka dalam laman sosial Facebook melalui kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Rakyat Malaysia Tentang Demonstrasi Bersih' yang mula dilancarkan 48 jam lalu.

Mereka menyifatkan demonstrasi haram itu sengaja dicetus demi kepentingan politik pembangkang kerana jika benar sistem pilihan raya negara kotor, mana mungkin pakatan menang besar pada 2008.

Pada masa yang sama, mereka juga menyelar pembangkang kerana sanggup menjerumus rakyat dan negara ini ke kancah huru-hara, semata-mata hanya gilakan kuasa.

"Bersih konon pirah (berambuslah) mabuk... mengotorkan bandar raya, mengotorkan nama baik negara, mengotorkan pembangkang yang sememangnya terlampau kotor," marah seorang lelaki yang hanya dikenali Anjang Jiman.

Setuju dengan pandangan tersebut, Faiz Hamzah berkata, dia sendiri tidak faham apa lagi sistem pilihan raya yang mahu dibersihkan pembangkang, sedangkan, pada 2008 pakatan tersebut menang lima negeri.

Tambahnya, kalau benar sistem pilihan raya negara yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kotor, pembangkang juga tidak mungkin berjaya menidakkan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN).

"Gua (aku) anti-Bersih ini bukan apa, menyusahkan orang, dari Bukit Raja sampai Serdang jammed (jalan sesak). Apasal (kenapa) tak buat tunjuk perasaan dalam hutan. Tak menyusahkan manusia," kata Faiz.

Turut berang dengan pembangkang ialah Eiryana Fiz, kerana beliau menyifatkan orang Melayu terutamanya penyokong Pas hanya diperalatkan oleh pihak tertentu supaya turun berdemonstrasi.

Menurutnya, orang Melayu tidak mendapat sebarang keuntungan daripada demonstrasi haram tersebut kerana, pihak di belakang tabir hanya menanti saat kaum majoriti itu berpecah sesama sendiri.

"Kalau tak percaya tengok nanti. (Datuk) Ambiga Sreenevasan dan bangsa lain awal-awal lagi sudah cabut lari bila polis bertindak, yang kena bedal (pukul) dengan polis nanti cuma budak Melayu," jelasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Alhamdulillah.... ramai anak-anak muda kaum Melayu yang sedar dan faham untuk apa perhimpunan Bersih itu diadakan. Mereka yang waras fikirannya menolak huru-hara yang cuba dicetuskan dengan memperalat anak-anak Melayu.

Tapi bagaimana dengan mat-mat rempit dan kaki lepak yang tak kenal apa itu internet dan lain-lain sumber berita? Yang tak mahu tahu masalah negara melainkan untuk berseronok semata-mata? Kerana dapat bayaran beberapa puluh ringgit anak Melayu jenis inikah yang digunakan nanti?

Oleh kerana ramai rakyat yang membantah rancangan mengadakan perhimpunan itu, sama-sama kita nantikan tindakan profesional dan mengikut undang-undang yang bakal dilakukan oleh pihak berkuasa, sebagaimana yang dikatakan Menteri Dalam Negeri semalam.

Tungguuuuuuu....

Perhimpunan Bersih: Bukti pembangkang tak mampu tumbangkan BN melalui pilihan raya...

PERHIMPUNAN Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.

"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.

"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com pada Rabu.

Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda. 

 "Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.


Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.

"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Lagi-lagi kerana Anwar Ibrahim. Nampaknya, pemimpin dan rakyat negara ini terlalu banyak membuang masa dan fikiran kerana seorang manusia gila kuasa. Tidak cukup dengan meracuni fikiran politik mereka yang tak berapa cerdik, ketenteraman awam pula cuba diganggu-gugat supaya rakyat bencikan kerajaan.

Benarkah rakyat akan membenci kerajaan kerana perhimpunan Bersih?

Berdasarkan reaksi umum, rakyat bukannya bencikan kerajaan tetapi benci dengan perhimpunan yang dirancang mereka itu kerana kesedaran rakyat mengenai kes liwat dan video seks Anwar tidak memihak kepadanya.

Rakyat dah bosan dengan strategi jahanam yang cuba dilakukan oleh juak-juak Anwar dan kuasa asing. Rakyat faham dan sedar bahawa semua itu dilakukan sebagai langkah mengalih isu sebenar yang sedang menimpa pakatan haram jadah gara-gara salahlaku moral Anwar yang mahu diangkat jadi PM melalui PRU-13.

Kalau dah yakin sangat Anwar akan berjaya merampas Putrajaya melalui PRU akan datang apa perlunya perhimpunan Bersih yang jelas meresah dan menganggu kesejahteraan rakyat?

Janganlah kerana seorang ‘orang gila’ punya pasal, semua orang jadi gila....

Pengarah Ditamas Tidak Lihat Apa-apa Peluang Perniagaan Di Selangor Ketika Beli Hartanah

PENGARAH Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu bahawa beliau membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, di Shah Alam tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Dr Mohamad Khir Toyo.

Shamsuddin, yang memiliki beberapa syarikat berkaitan pembinaan dan pembangunan hartanah, berkata beliau tidak melihat apa-apa peluang perniagaan di Selangor ketika membeli hartanah tersebut daripada pemilik asal Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Saiful Aznir Shahabudin pada Dis 2004.

Saksi kedua pendakwaan itu berkata semasa pertemuannya dengan kawan ayah Saiful Aznir ketika itu (Datuk Sumadi Ismail) di rumah Saiful Aznir pada 2004, Sumadi memberitahu kepadanya (Shamsuddin) bahawa Dr Mohamad Khir turut berminat dengan rumah itu.

"Setelah saya diberitahu oleh Sumadi pada pertemuan kali pertama dengannya pada 2004 bahawa Dr Khir turut berminat membeli rumah itu dan pernah melawat rumah itu sebelum saya lawat, saya tidak lihat keinginan (Dr Khir) untuk beli rumah itu sebagai satu opportunity bagi saya (dari segi perniagaan).

"Saya lawat rumah itu dengan own interest dan tidak tahu bahawa Dr Khir berminat atas rumah itu sebelum saya melawat rumah itu bersama Sumadi," katanya ketika disoal balas oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Dr Mohamad Khir.

Shamsuddin turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi Dr Mohamad Khir untuk berbincang mengenai hartanah tersebut, selain tidak melihat perkara itu sebagai satu 'peluang' kepadanya untuk memberi pertolongan kepada Dr Mohamad Khir.

Beliau memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan kes terhadap Dr Mohamad Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun lalu, melepas dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung tuduhan tersebut.

Ketika diminta Kamarul menerangkan bagaimana Dr Mohamad Khir 'menyuruhnya' (Shamsuddin) membeli dua lot tanah berkenaan pada Disember 2004 daripada Saiful Aznir, beliau berkata:

"Saya tidak ingat perkataan sebenar yang digunakan. Ia adalah cakap mulut. "Bila Datuk Sumadi Ismail (seorang ahli perniagaan yang memberitahu mengenai hartanah tersebut) tidak boleh membeli, Mohamad Khir kata pada saya 'Din, you (kamu) ajelah'. Perkataan 'suruh' tidak keluar, tetapi matanya, bahasa badannya kita kena baca. Itu bahasa orang berniaga."

Shamsuddin turut bersetuju dengan cadangan Kamarul Hisham bahawa beliau membeli hartanah tersebut dengan risiko bahawa Dr Mohamad Khir berkemungkinan tidak mahu membeli rumah tersebut daripadanya.

Beliau sebelum ini berkata terpaksa membeli hartanah itu daripada Saiful Aznir dengan harga RM6.5 juta, pada Disember 2004 setelah disuruh Dr Mohamad Khir berbuat demikian.

Sementara itu, Shamsuddin memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada 2009 dan pada sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat iaitu pada 7 Jun lepas.

"Pada keterangan saya kepada SPRM pada 2009, saya menafikan bahawa hartanah melibatkan dua lot tanah dan sebuah banglo dijual kepada Mohamad Khir pada harga yang rendah daripada nilai pasaran, tetapi berkata sebaliknya pada 7 Jun.

"Saya juga pernah berkata saya melantik pereka laman, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada banglo tersebut, walhal keterangan terbaru mengatakan Nasir (yang telah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dengan berkonsepkan Bali pada harga RM6 juta) dilantik oleh Mohamad Khir," katanya.

Shamsuddin berkata apa yang dikatakannya pada SPRM 7 Jun lepas adalah sama dengan keterangan yang diberikan pada mahkamah hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung Khamis.
- Bernama

Rabu, 15 Jun 2011

Polis Akan Bertindak Jika Perkasa, Bersih Degil - Hishammuddin


POLIS tidak akan berkompromi dengan mana-mana kumpulan yang akan menyertai perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, polis akan bertindak secara adil kepada dua kumpulan - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (Perkasa) yang akan mengadakan demonstrasi pada tarikh yangsama.

"Polis akan bertindak terhadap kedua-dua kumpulan berkenaan.

"Polis tidak berikan permit, tapi mereka ini degil untuk nak teruskan juga... tapi ingin saya tegaskan bahawa tindakan polis ke atas kedua-dua kumpulan ini adalah berasaskan kepada keselamatan negara," katanya pada sidang media di Parlimen, Rabu.

Sebelum ini Bersih dijadual akan mengadakan demonstrasi kedua bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil.

Sehubungan itu Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut mengumumkan bahawa pertubuhan itu akan turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama bertujuan menghalang demonstrasi Bersih.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata polis akan bertindak secara profesional bagi menangani perkara berkenaan.

"Polis akan melihat isu ini dalam konteks keselamatan negara dan bertindak mengikut undang-undang bersandarkan kepada keselamatan negara," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada polis akan mengambil tindakan awal bagi menghalang kedua-dua perhimpunan berkenaan, Hishammuddin berkata: "Kalau ia didapati menjejaskan keselamatan negara, polis akan bertindak mengikut kesesuaian."
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Apa yang dirancang oleh Bersih ini merupakan satu cabaran buat Datuk Hisham selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Selain mencabar kepimpinan DS Najib, mereka juga mencabar ketegasan menteri dalam negeri. Sesungguhnya rakyat sedang memerhati perkembangan selanjutnya isu yang kelihatannya saling cabar-mencabar antara NGO berkenaan dengan pihak berkuasa kerajaan.

Batalkan Hasrat Anjur Perhimpunan Bersih – Polis

POLIS meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur, Rabu, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Yang jadi mangsa kerana diperalat oleh mereka yang berniat jahat terhadap negara ialah anak Melayu yang belum tentu berdaftar sebagai pengundi pun.... Kalau mengundi pun tak pernah, bersih apanya yang mereka tageh?
Menjelang hari di mana perhimpunan berkenaan dicadangkan, berkas sahaja mereka yang jadi penganjur dan dalang di sebalik projek mengkhianati ekonomi dan maruah negara itu. Jangan tunggu ‘nasi dah jadi bubur’ baru nak bertindak.

Tindakan melampau dan kurang hajar puak tertentu yang mahu melihat negara ini huru-hara tidak harus dimaaf dan ada kompromi dengan mereka.

Kalau mereka anggap negara ini tak bagus dan zalim, suruh mereka cari negara lain yang jauh lebih bagus.

Kepada mereka yang berhasrat join dengan perhimpunan itu cuba fikirkan sejenak bagaimana makmur dan amannya negara ini. Kalau negara ini tak bagus dan kerajaannya zalim masakan jutaan warga asing sanggup bersabung nyawa untuk datang ke negara ini bagi mencari rezeki?

Dan kalau pilihan raya yang diadakan tidak bersih, macam mana pembangkang boleh tawan lima negeri pada PRU-12?

Kepada anak Melayu, jangan jadi bodoh dan jangan terpengaruh dengan anasir kuasa luar yang mahu melihat negara ini kacau-bilau dan huru-hara melalui bangsa Melayu sendiri. Biasanya, yang sibuk berhimpun dan jadi mangsa hasutan ialah anak-anak Melayu yang tidak faham apa muslihat politik kuasa asing di sebalik semua itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Fail Saman RM6 Juta Terhadap Lima Individu Dan PAS

BEKAS Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah pada Rabu memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini pada kira-kira pukul 11.20 pagi Rabu.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lepas defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam.
- Bernama


SATU MELAYU:
Saman jangan tak saman.... Nasib baik, dapat duit terpijak....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog