Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 April 2011

VIDEO SEKS: Siri kedua di YouTube yang lebih jelas dan tidak mampu dinafikan lagi oleh sesiapa yang menontonnya....

SEBAHAGIAN lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini (Rabu).

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul ‘Papa Nurul Izzah Part II’ dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.

Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.

Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.

Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.
- Utusan

SATU MELAYU:
Inilah akibatnya apabila seseorang yang terlalu degil untuk bertaubat atas salahlaku moral dirinya kerana gila sangat nak jadi Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam keadaan rakyat berbelah bagi mengenai kes liwat II sedang memuncak dibicarakan di mahkamah, si polan masih meneruskan tabiat buruknya itu tanpa menyedari kemajuan teknoligi zaman kini mampu membongkar segalanya.

Walaupun si pelaku mungkin tidak kisah dengan apa yang berlaku dan dilakukannya, tetapi tekanan hebat tentulah sangat dirasakan oleh anak isteri dan kaum keluarga, selain para penyokong setia yang tak mampu lagi berkata apa selain hanya menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal dan kecewa.

Itulah secebis kisah insan durjana yang lupa diri dan lupakan kuasa penciptanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog