Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 24 Julai 2010

BERANIKAH PAS PECAT HASSAN ALI?

NAMA Dato’ Hassan Ali sekali lagi jadi perhatian umum, khasnya para penyokong Pas. Orang UMNO pun turut memerhati sama. Pendek kata, semua pemerhati politik negara ini sedang memerhatikan perkembangan terbaru kepimpinan Pas ini.

Kisahnya mula bersemarak kembali setelah Pesuruhjaya Pas Selangor itu dikaitkan sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bertanyakan pendapat bagaimana mahu menyatukan umat Melayu di Tanah Melayu ini.

Kononnya, mualaf ADUN Titi Serong di Perak tahu segalanya tetapi, tidak pula mahu menyebut nama Hassan Ali sebagai orang yang dimaksudkan. Dia bertarik tali mahu melaga-lagakan orang Melayu dalam Pas melalui tulisan dalam blognya, CHINA ISLAM.

Maka berkecamuklah umat Melayu Pas tak tentu pasal. Tuduh menuduh sesama sendiri berlaku dan anak Johor yang dapat rezki di Selangor - Khalid Samad, membuat kenyataan meminta tindakan diambil terhadap pemimpin Pas yang tidak wala (taat setia) kepada parti dan kepimpinan.

Sasarannya tentulah kepada Hassan Ali yang diketahui umum sememangnya menjadi musuh beliau.

Klhalid Samad lupa bahawa Hassan Ali tu adalah anak Selangor jati, sementara awaktu adalah orang mendatang di Selangor dan mendapat peluang jadi MP kerana ehsan Melayu Selangor – Shah Alam.

Dahulu isu sama pernah berlaku. Hassan Ali diberikan ‘kad kuning’ sebagai tindakan desiplin kerana menyuarakan isu sama serta membantah penjualan arak di Shah Alam. Atas kehendak DAP yang menjadi dalang dalam pakatan pembangkang memerintah Selangor, pucuk pimpinan Pas akur untuk memberikan ‘kad kuning’ kepada Pesuruhjaya Pas Negeri itu.

Terdiamlah hamba Allah tu. Tersisih dan tidak popular lagi sebagai penceramah Pas. Jadilah beliau sebagai Pakar Motivasi yang dibasikan oleh partinya sendiri.

Kini ianya bergema lagi. Dan Hassan Ali sekali jadi sasaran. Biasanya kalau terlalu ramai yang berkata demikian, maka sahlah perkara itu. Maksudnya, betullah Hassan Ali orang yang dimaksudkan. Sedangkan pemimpin utama dan diktator ulung Pas, Nik Aziz Nik Mat sangat phobia bila mendengar perkataan ‘berbincang’ atau ‘berbaik-baik’ dengan Melayu UMNO.

Nik Aziz masih konsisten mempertahankan dendamnya terhadap UMNO. Sebut saja nama UMNO dia melenting dan melalut dengan kenyataan-kenyataan yang serign tidak berpijak di bumi nyata. Isu yang berbangkit lain, dia cakap pasal lain. Lain yang bengkak lain pula yang bernanah.

Kesimpulannya, sama-samalah kita semua tunggu apakah pimpinan Pas berani bertindak terhadap Hassan Ali kali ini? Kalau dulu hanya sekadar amaran dengan ‘kad kuning’, kali ini beranikah Pas, khasnya Nik Aziz selaku Mursyidul Am melayangkan ‘kad merah’ pula kepada Pesuruhjaya Pas Selangor itu?

Tidak pula terdengar Pas Selangor mengambil tindakan terhadap Khalid Samad yang terang-terang mengkritik, memprotes dan menentang Pesuruhjaya Pas negeri itu? Bukankah beliau tertakluk di bawah kepimpinan Pas Selangor pada peringkat negeri? Bukankah dalam Pas Seleangor, Hassan Ali adalah ketua kepada Khalid Samad?

Khalid Samad dah mula memukul gendang perang terhadap Hassan Ali, sementara Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Harun Din meminta bertenang dan memberhentikan pertikaman lidah menganai isu perpaduan dengan UMNO.

Kalau Pas sering mendakwa pemimpin UMNO berpecah-belah dan bercelaru, apakah pemimpin Pas juga tidak boleh dianggap begitu? Yang menjadi penyelamat Pas dalam menghadapi semua permasalahan dalamannya adalah kerana parti itu bermursyidul-amkan seorang diktator yang menganggap hanya dirinya sahaja yang betul. Dan ‘Pak Pedokok’ dalam Pas semuanya tak berani melawan atau menyanggah Nik Aziz.

Kalau begitu tak jauh bezalah antara Nik Aziz dengan Samy Velu dari segi stail memimpin parti. Siapa lawan kena tindakan desiplin atau pecat.

Kalau semua orang tak betul kepada Nik Aziz, siapa yang betul. Biasanya kalau seseorang itu didapati sering kali bergaduh dengan ramai orang, maka orang itulah yang bersalah dan banyak tak betulnya.

Mana dia demokrasi dan semangat musyawarah dalam kepimpinan Pas? Yang jelas dalam Pas hanya ada ‘demo kasi’.

Wallahhualam....

Pak Sulung: Berkeyakinan penuh bahawa kepimpinan Pas tidak akan berani mengambil tindakan memecat Dato’ Hassan Ali, sama ada sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, mahupun sebagai pemimpin atau ahli Pas.

Jumaat, 23 Julai 2010

GUAN ENG BAGAIKAN PERDANA MENTERI PULAU PINANG?

KEANGKUHAN Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng – anak Lim Kit Siang yang juga jadi anak angkat Lee Kuan Yew, semakin hebat. Tindakannya menghalau Nik Ali, seorang pegawai kerajaan Persekutuan dari negeri itu membuktikan bahawa beliau semakin garang dan berani dari segi politik DAPnya. Siap buat kenyataan akhbar untuk meluahkan isi hatinya yang busuk itu.

Keberanian sebegitu sangat diperlukan oleh kaum imigran Cina di negara ini. Itulah juga keberanian yang mungkin telah ditanamkan oleh bapak angkatnya setelah ditugaskan mentadbir Pulau Pinang. Dan sudah tentulah kejayaan Lee Kuan Yew merampas Pulau Singapura dari tangan Melayu mahu dikesinambungankan ke Tanah Melayu.

Kalau Lee Kuan Yew telah terbukti kejayaannya menjadikan Singapura sebagai sebuah negara berdaulat melalui PAP, apakah Lim Guan Eng tidak boleh menjadikan Pulau Pinang pula sebagai sebuah negara seperti Singapura melalui DAP? Bukankah DAP itu sendiri lahir dari perut PAP?

Mungkin atas sikap dan keyakinan itulah Guan Eng semakin kurang ajar. Dan tindakan-tindakannya bagaikan memberitahu kaum imigran Cina di negara ini bahawa beliau telah memulakan agenda menghalau orang Melayu dari Pulau Mutiara itu.

Setelah perancangan menghalau orang Melayu dari beberapa buah kampung asal di pualu itu seperti yang diberitakan sebelum ini, kini Guan Eng menunjukkan keberaniannya menghalau pegawai kerajaan pusat pula. Hakikatnya, pegawai dan jabatan Persekutuan berkenaan menjadi batu penghalang kepada agenda DAP seterusnya di pulau itu.

Melayu seolah-olah tidak dibenarkan tinggal dan mencari rezeki di pulau itu. Kampung diroboh dan dibangunkan untuk digantikan dengan penduduk kaum Cina. Dan gerai-gerai yang jadi tempat punca rezeki orang Melayu diroboh, konon kerana tidak teratur dan tiada lesen. Sedangkan gerai peniaga kaum Cina boleh, walaupun jauh lebih tidak teratur dan dalam keadaan tidak bersih.

Maka bergemalah kecaman dan kutukan pemimpin NGO-NGO Melayu dari seluruh negara terhadap Guan Eng. Hanya itu sahajalah yang mampu dilakukan dan ianya ‘tidak jadi kudis’ kepada Guan Eng dan DAP. Mereka sudah cukup faham bahawa kemarahan orang Melayu takkan sampai kemana. Pejam celik, pejam celik, senyaplah akhirnya.

Melayu Pas dan Melayu PKR senyap tak berbunyi bagaikan tikus menyorok dalam lubang. Terkulat-kulat tak tahu nak kata apa.

Dari apa yang terjadi, seolah-olah Guan Eng mencanangkan bahawa beliau kini bukannya seorang Ketua Menteri di sebauh negeri dalam Persekutuan Malaysia tetapi, sebagai seorang Perdana Menteri sebuah republik seperti Singapura.

“Persetankan kerajan pusat dan pergi jahanam dengan orang Melayu. Sekarang kita telah berkuasa dan kuasa ini akan dipertahankan buat selama-lamanya. Melayu tak akan mampu merampasnya kembali, apatah lagi Barisan Nasional.”

Mungkin itulah agaknya yang tersirat dalam kepala hotak Guan Eng serta para pemimpin DAP.

Memang benar. Melayu tak boleh buat apa dan BN pun tak akan mampu merampas kembali kuasa melalui pilihan raya, sama ada pada PRU akan datang atau PRU-PRU seterusnya. Penang kekal dan solid untuk kaum imigran Cina.

Sebabnya? Kerana daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, hanya 12 sahaja yang majoriti pengundinya Melayu. Pada PRU-12, sebelas dimenangi BN sementara satu lagi dikuasai Pas. Selebihnya (28 kawasan), adalah mutlak bermajoritikan kaum Cina disapu bersih oleh DAP (19) dan PKR (9).

Atas dasar inilah, Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP akan terus bertindak memusuhi orang Melayu, demi menjamin sokongan kaum imigran Cina pada PRU-PRU akan datang. Selagi orang Cina solid menyokong DAP, negeri Pulau Pinang akan kekal ditangan mereka untuk selama-lamanya.

Di pihak BN, hanyaUMNO mungkin mampu menguasai kawasan yang bermajoriti Melayu. Sementara komponen BN yang lain – MCA, Gerakan, MIC dan PPP, hanya melukut ditepi gantang kepada kaum Cina di Pulau Pinang. Keberadaan mereka dalam BN sebagai ‘perabeh bogheh jo....’

Wajarkah umat Melayu bersekongkol dengan kaum imigran kalau kewujudan mereka sekadar ‘perabeh bogheh’ sahaja?

Fikir-fikirkanlah....

Pak Sulung: Masih terus berdoa kehadhrat Allah swt supaya ‘hati perut’ umat Melayu/Islam yang sangat keras dendamnya terhadap UMNO atau BN, supaya sedar dari mimpi yang sentiasa diulit Syaitan.

MELAYU SEMAKIN HILANG MARUAH DAN DARJAT AGAMANYA....



GAMBAR ini diambil diperkarangan Masjid Kampung Tasek, Ipoh pada hari Jumaat minggu lalu.

Ceritanya adalah bagaimana 2 ekor Cina berseluar pendek bersama beberapa ekor kerling dengan begitu barani mengedarkan risalah terbitan Pakatan Pembangkang (DAP) kepada umat Melayu/Islam yang keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat.

Tanpa segan silu dan tanpa rasa hormat si kafir menerjah masuk ke kawasan masjid orang Islam mengedarkan risalah politik kepada orang Melayu/Islam.

Dan si Melayu pun menerimanya dengan baik. Tanpa banyak soal.
Kenapa boleh jadi macam tu?

Jawapan yang penulis dapat adalah kerana di kawasan itu kebanyakan orang Melayunya adalah penyokong Pas. Kepada orang Cina atau DAP Perak, Melayu di situ adalah kawan mereka dan kesempatan diambil ketika orang Melayu sedang berkumpul untuk solat Jumaat bagi menyampaikan risalah politik secara mudah dan terjamin mencapai sasaran.

Begitulah sikap tolak ansur orang Melayu dengan kaum lain. Dengan mudah mereka boleh terima, asalkan bertepatan dengan ‘dendam kesumat’ membenci UMNO/BN. Cina ke keling ke tak kira. Yang penting mereka memusuhi UMNO/BN dan sedang bersekutu menumbangkan kerajaan sekarang pada PRU akan datang.

Yang peliknya, tidak pulak terlihat atau terdengar ahli-ahli Pas menyebarkan risalah politik Islam mereka kepada kaum imigran Cina atau India di mana-mana tokong atau kuil ketika kaum itu berkumpul menghadhiri upacara agama mereka?

Itulah Melayu. Dari dulu, kini dan selamanya bodoh dan bebal. Kerana bermusuh sesama sendiri sanggup merendahkan maruah diri dan darjat agamanya.

Nyatalah yang Islam hanya pada nama parti tetapi tidak di hati penyokongnya

Pak Sulung: Hanya mampu geleng kepala dan mengucap Istighfar bila gambar ini ditunjukkan....


**Gambar diatas diambil dari facebook:
http://www.facebook.com/home.php?#!/photo.php?pid=113161&id=100001071917617

Khamis, 22 Julai 2010

BERSATULAH SEBELUM TERLAMBAT....

ALHAMDULILLAH.... nampaknya telah ada cahaya dihujung ‘terowong parpaduan Melayu’. Ternyata apa yang dihasrat dan cuba diusahakan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mula mendapat sambutan. Gayung telah ada yang menyambutnya.

Kesyukuran yang penulis maksudkan adalah berdasarkan kenyataan dua tokoh kepemimpinan Pas – Dato’ Azizan, Menteri Besar Kedah dan Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda Pas, yang membuat kenyataan positif mengenai penyatuan dan perpaduan Melayu.

Bagaimanapun penulis berharap tidak akan ada kenyataan balas dari kedua pemimpin berkenaan selepas ini mengatakan apa yang tersiar di akhbar arus perdana itu sebagai salah petik oleh wartawan, salah lapor atau salah tafsir.

Tindakan begitu biasa dilakukan oleh pemimpin Pas apabila kenyataan mereka tersiar di akhbar dan mereka menerima tekanan daripada pucuk pimpinan parti atau oleh pemimpin sekutu pakatan seperti Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Dan pemimpin utama Pas yang jadi tempat mereka menhalakan tekanan sudah tentu Nik Aziz Nik mat, Mursyidul Am Pas yang sangat digeruni oleh para pemimpin dan penyokong parti berkenaan.

Sekali lagi penulis ingin tegaskan bahawa perpaduan yang dimaksudkan bukannya semua orang Melayu mesti menjadi Ali UMNO atau pun Pas. Yang perlu dipadukan ialah kata sepakat menjaga kepentingan orang Melayu/Islam dari segi politik di negara bertuah ini.

Tindakan segera sangat perlu kerana kedudukan politik orang Melayu semakin hari semakin tertekan gara-gara perpecahan sesama sendiri kerana politik kepartian yang sempit. Masing-masing mahu jadi juara dan mahu menguasai keadaan.

Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Orang lain yang kutip dan orang lain jugalah yang dapat kuasa pemerintahan negara. Melayu akan hanya jadi bahan sejarah sebagaimana yang telah terjadi kepada Melayu Singapura. Istana lama di negera pulau itu dijadikan muzium dan keturunnan rajanya dihalau keluar.

Geografi ketuanan Melayu mahu dirampas dan dihapuskan. Sebagaimana biasa, alat yang mereka gunakan untuk merampas kuasa adalah orang Melayu sendiri. Dan semestinya perpecahan umat Melayu/Islam adalah kesempatan mudah untuk mencapai apa yang mereka cita-cita dan dirancangkan. Sejak penaklukan Jepun tamat pada tahun 1945 lagi mereka telah mengatur strataegi memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Penguasaan ekonomi telah menjadikan mereka kuat dan berkuasa. Kini giliran laluan menguasai politik pula telah terbuka luas. Segalanya bertitik tolah daripada keputusan PRU-12 pada 8 Mac 2008.

Kejayaan DAP merampas Pulau Pinang dan menguasai pentadbiran kerajaan negeri Perak dan Selangor, menaikkan semangat mereka. Itu sebab sebaik sahaja keputusan PRU-12 disahkan, Menteri Mentor Singapaura, Lee Kuan Yew dengan tak semena-mena mengambil masa sepuluh hari berkunjung ke beberapa negeri di Tanah Melayu. Tumpuan beliau sudah tentulah di Pulau Pinang. Sementara lawatan ke negeri-negari lain ketika itu sekadar menyemarakkan semangat kaum Cina supaya terus bersatu menyokong DAP.

Justeru, kalau kaum imigran Cina telah bersatu dan mula menampakkan kejayaan, apakah orang Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu harus berpecah-belah dan terus bersengketa sesama sendiri? Negara dah hampir dirampas pun masih tidak sedar kerana asyik memikirkan musuh politik sesama bangsa dan seagama?

Benarlah kata, Tok Guru (blog ini) bahawa walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahu tetapi kebodohan orang Melayu masih belum habis lagi.

Apa yang susah sangat untuk menyatukan Pas dengan UMNO kalau benar-benar mahu dilakukan? Tunggu sahaja keputusan PRU-13 nanti. Takkanlah langsung tidak ada calon UMNO dan Pas yang menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN.

Ketika itu bersatulah Pas dengan UMNO sebagaimana Pakatan bersatu selepas PRU-12. Bukannya perlu ubah dasar parti atau semua ahli berpindah ke sesuatu parti. Perpaduan le namanya jika UMNO dan Pas sepakat sebagaimana Pakatan Rakyat buat sekarang.

Kalau DAP, PKR dan Pas yang bersalah-salahan dari segi perjuangan masing-masing pun boleh bersatu, inikan pula sesama parti orang Melayu/Islam? Takkan tak boleh? Itu pun susah sangat ke?

Yang jadi masalah ialah apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang sanggup berkata: “Berkawan dengan DAP lebih baik dariapada berkawan dengan UMNO.” Ini yang menjadi masalah dan inilah punca perpecahan sesama Melayu/Islam tidak dapat disepadukan.

Kesimpulannya, bersepakatlah untuk bersatu-padu sesama Melayu/Islam. Wujudkan kata sepakat. Kalau nak sangat berbai’ah, buatlah. Yang penting sepakat untuk bersatu dan jangan bising-bising macam anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, sendiri yang tercungap-cungap keletihan.

Dok diam dan buat kerja masing-masing. Bila sampai masanya nanti, laksanakanlah. Semua Melayu akan sokong. Bermula dari situ berjuang dan berkhidmatlah dengan sempurna dan sejahtera sebagaimana yang dikehendaki dan diajarkan oleh agama Allah swt – Islam.

Kempiskan perut dan jauhkan rasuah, jangan jual negara dan negeri. InsyaAllah pemimpin akan selamat, umat Melayu /Islam selamat dan negara Melayu pun selamat.


Pak Sulung: Masih bimbang dan risau kalau-kalau Nik Aziz yang dianggap wali oleh sesetangah orang Melayu/Islam akan masuk campur untuk merosakkan usaha bersepakat sebagaimana yang dimaksudkan. Bukan boleh harap sangat dengan Pok Nik ni, Anwar telefon suruh dia keluar fatwa, nanti semuanya terbantut. Marilah kita semua sama-sama berdoa supaya kesepakatan Melayu/Islam ini berjaya dan Nik Aziz ditutupkan Allah swt hatinya dari menjadi makhluk perosak....

INSAFLAH WAHAI MELAYU TITI SERONG....

TITI SERONG adalah nama sebuah DUN di bahagian utara Negeri Perak. Kawasan Parlimen untuk DUN ini ialah Parit Buntar. Peratusan pecahan pengundi DUN ini adalah 73.99 Melayu, 18.08 Cina dan 7.9 India. Hakikatnya, DUN ini adalah bermajoritikan kaum Melayu. Majoriti penduduknya adalah penanam padi.

Pada PRU-12, DUN Titi Serong telah dimenangi oleh calon Pas, mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,149 dari jumlah yang keluar mengundi seramai 18,875. DUN ini sebelumnya diwakili ADUN BN.

Akibat tsunami politik pada PRU lalu, BN tewas dan Pas menang. Itu perkara biasa jika dilihat dari sudut menang/kalahnya. Tetapi yang agak ganjil, calon Pas yang mewakili rakyat Titi Serong sejak itu ialah seorang mualaf bernama Idham Lim. Entah dari mana datangnya, tetiba dia bernasib baik jadi DUN melalui sokongan Melayu kawasan berkenaan.

Sejak jadi wakil rakyat, Idham Lim melalui blognya ‘Cina Islam’ sentiasa menghentam kerajaan BN dan pemimpin Melayu. Walaupun ia beragama Islam darah dan jasadnya tetap kaum Cina. Hati kecilnya masih tidak mahu menerima orang Melayu sebagai pribumi utama negara bernama Malaysia ini. Perkauman Cinanya masih tebal. Nama blognya pun masih tidak dapat dipisah dari perkataan CINA.

Untuk pengetahuan orang Melayu Perak, khasnya Melayu Titi Serong, si mualaf inilah yang mula-mula sekali mengkritik Tan Sri Mufti Perak, denagan mendakwa Sahibul Samahah itu seorang pembohong dan tidak boleh dipercayai kerana dicapnya sebagai agen UMNO. Selepas itu barulah terdengar komen serupa daripada Salahuddin Ayub dan Mahfuz.

Insaflah wahai orang Melayu Titi Serong. Sesungguhnya undi anda semua pada PRU lalu telah disalahguna oleh wakil rakyat anda demi kepentingan pribadi dan perkauman Cinanya yang masih tebal.

Orang Titi Serong tentunya ramai yang mengenali siapa Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau adalah anak tempatan Lembah Krian. Bukannya macam si mualaf itu yang datang dari luar, tiba-tiba cuba jadi jaguh Pas menghentam Tuan Mufti yang anda semua hormati.

Sebagaimana kita semua tahu, Tan Sri Harussani sememangnya mementingkan nasib masa depan orang Melayu dan Islam. Beliau selalu berhujah bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu adalah orang Melayu dalam kontek rakyat pribumi negara tercinta ini.

Beliau bukan orang politik tetapi seorang Mufti yang dilantik oleh Sultan Perak. Usianya dengan jawatan itu adalah paling lama dan seluruh Mufti di negara ini menghormatinya. Beliau sering menegur sesiapa sahaja yang difikirkannya bertentangan dengan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

Beliau tidak mengira sama ada yang ditegurnya itu pemimpin UMNO atau Pas atau PKR atau siapa sahaja dan dari parti politik yang mana. Contoh terbaru, semasa kerajaan bercadang meluluskan lesen judi bola sepak menjelang Piala Dunia baru-baru ini, Tan Sri Harussanilah yang mula-mula sekali menentang dan membantahnya.

Kalaulah DS Najib pun dia tegur, takkanlah beliau dianggap agen UMNO?

Manakala pemimpin Pas pertama beliau mula tegur dan kritik ialah Pesuruhjaya Pas Perak (dahulu), Ahmad Awang, yang berkata kepada beliau bahawa berkawan dengan DAP lebih baik daripada bersahabat dengan UMNO yang zalim.

Sebagai seorang yang menjaga kepentingan Islam di Negeri Perak, salahkah beliau menegur kesalahan pemimpin Pas yang ternyata sangat bertentangan dengan ajaran Islam itu?

Terbukti Tan Sri benar, kerana selepas itu Ahmad Awang pun tidak lagi mahu menjadi pemimpin Pas Pusat. Sedangkan jawatannya ketika itu adalah salah seorang Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Perak. Beliau lari malam kerana menyedari kesalahan sendiri atau termalu sendiri dengan Tan Sri Mufti yang sebelum itu mereka anggap sebagai orang Pas.

Apapun, masanya sudah tiba kepada penduduk Melayu Titi Serong menebus kesilapan pada PRU lalu. Yang telah berlaku tak mungkin dapat diubah. Yang pasti untuk PRU akan datang, undilah orang lain, Janganlah percaya sangat dengan dakyah mereka yang bercita-cita mahu merampas negara ini dari tangan BN.

Dan tsunami politik yang diuar-uarkan itu sebenarnya bukan satu kebaikan tetapi adalah keburukan atau kemusnahan. Kita semua mula kenal tsunami pada hujung tahun 2004, iaitu apabila bencana itu melanda Aceh, Selatan India, Sri Langka, Thailand dan tidak ketinggalan negeri Pulau Pinang dan pantai Kedah di Malaysia.

Justeru, tepatlah keputusan PRU-12 lalu dinamakan sebagai tsunami politik dari segi memusnahkan masa depan orang Melayu.

Sebenarnya yang mereka mahukan bukan merampas kuasa dari BN tetapi merampas kuasa dari orang Melayu. Insaf dan sedarlah sebelum nasi menjadi bubur.


Pak Sulung: Tetap meragui mulut manis kaum imigran Cina walau pun mereka telah memeluk Islam. Kebanyakannya, mereka jadi Islam bukan kerana ugama sangat tetapi kerana berkahwin dengan gadis Melayu. Di hati kecil Idham Lim tetap redha jika Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng menjadi Presiden Republik Malaysia.

Rabu, 21 Julai 2010

APE HABOR MELAYU PERAK YG SOKONG PAKATAN....?

AKHBAR The Star hari ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan sebidang tanah seluar 1,012 hektar kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina untuk dimajukan sebagai ladang kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah berkenaan.

Tanah berkenaan terletak di Besout, Sungkai dan akan diusahakan oleh Semangat Suwa Sdn. Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh sembilan sekolah Cina berkenaan.

Sembilan buah sekolah persendirian Cina yang mendapat hak atas tanah berkenaan ialah SM Shen Jai, SM Yuk Choy and SM Poi Lam (semuanya di Ipoh), SM Nam Hwa (Sitiawan), SM Yik Ching (Pantai Remis), SM Pei Yuan (Kampar), SM Hua Lian (Taiping), SM Sam Min (Teluk Intan) and SM Tsung Wah (Kuala Kangsar).

Berita ini menyebabkan Melayu pembangkang di Perak marahkan Dr. Zambry - MB Perak sekarang, kerana meluluskan tanah berkenaan. Kemarahan mereka diluahkan dalam blog-blog tertentu.

Inilah sikap atau perangai orang Melayu yang merugi dan menjahanamkan bangsa sendiri. Yang untung kaun Cina, yang bergaduh sesama sendiri Melayu. Elok sangat le tu.... Betullah kata sesetengah orang, ‘Bodoh orang Melayu ni tak habis-habis’. Tanpa usul periksa, terus menerpa menyalahkan MB dan kerajaan BN.

Wahai Melayu Perak yang jadi penyokong pembangkang, sedarlah bahawa tanah itu diberikan kerana ianya telah diluluskan oleh kerajaan negeri semasa Mohd. Nizar jadi MB Perak selama sebelas bulan sejak PRU-12 dulu atau semasa kerajaan Perak dibawah kuasa penjajah DAP yang diketuai Ngeh dan Nga.

Inilah salah satu keputusan kerajaan pembangkang Perak dahulu yang menyebabkan dua ADUN PKR lompat keluar parti, jadi ADUN bebas. Kalau ikutkan permohonan asal, mereka memohon 3,000 hektar tetapi, yang diluluskan pada peringkat awal hanyalah 1,012 hektar. Nasib baik mereka telah tidak berkuasa lagi. Kalau tidak banyak lagi yang mereka dapat....

Kalau benar-benar tidak setuju dengan pemberian itu, ada baiknya mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah pemberian berkenaan. Apa lagi? Dulu suka sangat buat tunjuk perasaan membantah Sultan melantik BN menerajui kerajaan. Setiap minggu ada saja tunjuk perasaan. Siap sanggup baring atas jalan lagi.... Konon nak halang Sultan.

Punyalah bodoh.... Ketika itu nak halang Sultan untuk apa dan untuk siapa? Untuk bagikan negeri Perak ni kepada Cina? Untuk DAP dan Ngeh serta Nga jadi raja....?

Haaa.. Sekarang buat le pulak tunjuk perasaan membantah kerajaan Negeri Perak kerana memberikan 1,012 hektear tanah kepada sekolah persendirian Cina untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Nak baring atas jalan ke.... buat le.... Jangan baring atas rel keretapi sudah le.... Nanti berkechaiiii.... pulak.

Kenapa? Tak boleh buat, sebab selama ini semua tunjuk perasaan itu ditaja oleh DAP atau oleh Ngeh dan Nga? Kalau tak ada DAP, Melayu pembangkang tak tau nak buat sendiri?

Kalau nak buat tunjuk perasaan pun nak harapkan pemimpin Cina, ghentikan le berpolitik dan berjuang demi agama, bangsa dan negara. Kalau dah tak ada sangat kerja nak buat, ambil pancing pergi le kat tepi lombong atau sungai atau pantai di mana-mana dalam negeri Perak ni, pancing ikan. Ianya lebih baik daripada meghapu tak tentu pasal, salahkan pemimpin yang tak sehaluan dengan pembangkang.


Pak Sulung: Sedang menunggu kisah curi pasir di Perak pulak. Dengor habornya, pasir dan batu dari negeri ini banyak dieksport ke Singapura. Sama ada pasior curi atau tidak, tak tau le... Tapi bukan boleh harap sangat dengan kaum imigran Cina ni. Di luor nampak macam urusan mereka berlesen, di dalamnaya penuh barang curi.... Pihak yang tahukan hal mereka diam.... tutup mata kerana sesuap rasuah.

Kenangan Lama Mengusik Jiwa





“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.



Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan ingin mendampingi.

Sumber:

Lagi:


Selasa, 20 Julai 2010

APA BEZA NIK AZIZ DENGAN MELAYU LAIN?








GAMBAR ini diambil dari khusairitgmalim.blogspot.com.

Seperti apa yang dikhabarkan, gambar ini adalah gambar persandingan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1950an.
Pak Sulung tak ada apa nak komen. Cuma melalui gambar ini barulah Pak Sulung tersedar bahawa Nik Aziz itu adalah sama seperti orang Melayu lain.
Yang membezakan kita semua dengan beliau ialah jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am sebuah parti politik umat Melayu bernama PAS.

PAS GELABAH DENGAN USAHA MUFTI PERAK

KENYATAAN terbuka Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, mengenai usahanya menyatu-padukan orang Melayu demi menyelamatkan negara dari terlepas ke tangan kaum imigran, menjadikan para pemimpin Pas gelabah. Mereka bimbang orang Melayu akan bersatu di bawah kerajaan sedia ada dan tidak lagi berpecah-belah kerana fahaman politik ‘benci’ yang selama ini diperjuangkan oleh parti itu akan hancur.

Kini, Tan Sri Harussani mula jadi sasaran kecaman. Ceramah-ceramah Pas mula memburuk-burukkan kradebiliti Mufti Perak itu dengan pelbagai tuduhan liar dan jahat. Institusi Mufti yang terletak di bawah kuasa Sultan mula dipertikai oleh orang Melayu sendiri.

Melayu tang dengar ternganga, sementara kaum imigran Cina dan India bertepuk tangan kerana satu lagi institusi yang menjaga kepentingan Melayu/Islam mula jadi isu politik. Kedudukan Mufti mula dipertikai dan diperlekeh oleh umat Melayu sendiri. Kipas kaum Cina dan India semakin laju. Terbuka satu lagi peluang untuk mereka memecah-belakan perpaduan Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Pada pendapat penulis, tindakan Tan Sri Harussani itu memang wajar dan kena pada masa dan ketikanya. Kedudukan perpaduan umat Melayu mutakhir ini semakin teruk berpecah-belah kerana fahaman politik sempit yang mengongkong minda. Lebih teruk lagi, segalanya berlaku kerana didalangi pemimpin kaum imigran yang menunggu masa untuk merampas tampuk pemerintahan negara.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, sistem pemerintahan negara ini amat rapuh. Sistem demokrasi berparlimen yang berteraskan pilihan rakyat amat mudah bertukar menjadi alat merampas kuasa secara sah. Pati atau kumpulan parti mana yang mendapat sokongan majoriti akan memerintah negara. Lebih teruk lagi, jika mereka mendapat majoriti 2/3, Perlembagaan Persekutuan boleh ditukar atau dipinda sewenang-wenangnya.

Atas asas inilah menjadikan Mufti Perak itu sangat bimbang. Jika mereka menguasai 2/3 majoroti di parlimen dan Perlembagaan Persekutuan di pinda, sudah tentu yang menjadi tumpuan utama mereka ialah pindaan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, Institusi Raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Apabila itu terjadi, tidak mungkinkah negara akan jadi huru-hara kerana ketika itu barulah orang Melayu seluruhnya sedar dan baru le nak mengamuk seperti apa yang berlaku 41 tahun dahulu. Ketika itu apa akan jadi dengan negara tercinta ini? Tidak bolehkah dijadi pengajaran dari apa yang kita semula lihat di TV mengenai huru-hara di negara-negara Islam sekarang?

Mahukah kita semua tinggal di sebuah negara yang tidak pernah aman? Ketika itu selamatkan kita dan bolehkan para usahawa membuat duit? Apa akan jadi dengan kereta mewah, rumah mewah dan segala kemewahan yang dikecapi sekarang kalau bom dan api meletus di sana sini?

Pemimpin Pas yang buta perut mengatakan Harussani tak patut campur soal politik. Sedangkan apa yang dibuat atau cuba diusahakan oleh Mufti itu ialah menyatupadukan orang Melayu yang berpecah kerana fahaman politik. Bukan mencampuri urusan politik atau berliau berpolitik. Beliau hanya berusaha sedaya mungkin untuk menyatukan orang Melayu. Itu sahaja.

Lagi pun, di negara ini apabila di sebut Islam, manusia yang seratus peratus beragama Islam ialah orang Melayu. Maknanya, Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Itulah keadaannya di negara yang bernama Malaysia ini.

Justeru, jika beliau bercakap mengenai masa depan orang Melayu, perpaduan orang Melayu dan tanah tumpah darah Melayu, ianya tidak terkeluar dari peranan dan tugasnya yang menyelia agama serta umat Islam selama mana ianya diperkenan Sultan. Itupun tak faham ke?

Inilah sebenarnya rahmat yang diberikan Allah swt kepada umat Melayu. Sebut saja Melayu maka Islamlah agamanya. Di negara lain tidak. Orang Arab bukan semuanya Islam. Begitu juga dengan orang India, Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh.

Cuma orang Melayu sahaja yang nama kaumnya tidak terpisah dengan agamanya – Islam. Sebab itu orang Cina atau orang India di negara ini yang memeluk Islam mengatakan dia masuk Melayu. Walhal, Melayu itu bangsa atau kaum sedangkan Islam itu adalah agama.

Nampak sangat pemimpin Pas mula gentar dengan usaha Tan Sri Harussani itu. Mereka bimbang, jika orang Melayu bersatu, hasrat menumbangkan BN pada PRU-13 tidak akan terlaksana. Sedangkan, kalau BN tumbang pun Pas hanya akan jadi ‘melukut di tepi gantang’ sahaja. Yang akan berkuasa adalah DAP atau kaum bukan Melayu/Islam.

Sepatutnya apa yang telah, sedang dan akan berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU-12 menjadi contoh tauladan kepada orang Melayu. Janganlah pemimpin Pas terus menyerkup penyokongnya di bawah tempurung.

Entahlah.... Kita semua tak tahu apa yang dijanjikan oleh Lee Kuan Yew kepada Nik Aziz semasa Menteri Mentor Singapura itu melawat Kelantan sejurus selepas PRU-12 dahulu. Nampaknya pemimpin Pas begitu bersungguh-sungguh mahukan orang Melayu berpecah supaya kawan sementara mereka itu mendapatkan kuasa di tanah tumpah darah Melayu ini.



Pak Sulung: Menyeru seluruh umat Melayu bersatu demi mempertahankan tanah air tercinta dari dikuasai pemerintahannya oleh kaum imigran setelah ekonomi berada ditangan mereka. Cukuplah Pulau Singapura terlepas begitu sahaja dan kaum Melayu melopong. Lagipun, kalau Melayu hilang kuasa, kemana kita semua hendak lari? Ke Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos atau ke negara Cina?

Isnin, 19 Julai 2010

Siapa Penduduk Asal Singapura: MELAYU ATAU CINA?

TULISAN Pak Sulung minggu ini masih tidak dapat lari dari kata-kata yang terluah di Majlis Perhimpunan Melayu Perak 2010. Sama ada ianya diluahkan oleh para penceramah atau siapa sahaja yang berucap dalam majlis itu. Tak kira sama ada semasa ucapan aluan, ucapan perasmian, mahu pun ucapan para penceramah yang membentangkan kertas kerja masing-masing.

Oleh kerana terlalu banyak yang mahu ditulis dan mahu diperkatakan, maka Pak Sulung terpaksalah buat beberapa tajuk berasingan berdasarkan apa yang disentuh dalam perhimpunan berkenaan. Mungkin ada yang kata Pak Sulung tak tahu tulis pasal lain.... Biarlah. Itu sahaja yang ada setakat ini dan Pak Sulung anggap ianya penting dan perlu diketengahkan dalam usaha membetulkan minda Melayu yang caca-merba kerana fitnah dan tuduhan pihak yang terlupa apa bangsanya, asal keturunannya, agamanya dan di mana tempat yang dikatakan tanah air untuknya.

Antara ungkapan yang banyak didengar dalam majlis berkenaan ialah ‘Jangan sampai kita jadi seperti Melayu di Singapura’. Sama ada oleh mereka yang memberikan ucapan mahu pun para hadhirin yang mengambil bahgian memberikan pendapat serta soalan. Tidak terkira banyaknya ungkapan itu di ulang-ulang sebagai peringatan.

Justeru, terlintas difikiran Pak Sulung siapakah yang menjadi penduduk asal Pulau Singapura? Orang Melayu atau kaum Cina?

Dari apa yang diperkatakan, rata-rata mereka yang berucap menyeru supaya Melayu negara ini jangan menerima nasib serupa seperti Melayu Singapura. Kata mereka, di negara pulau itu kaum Melayu seperti tidak wujud. Dan kalau ada pun cuma sebagai kaum pendatang yang sentiasa bergantung harapan kepada penduduk asal. Sedangkan mereka adalah penduduk asal.

Setahu Pak Sulung, orang pertama yang membuka Pulau Singapura adalah Sang Nila Utama bukannya Stamford Raffels sebagai mana yang disejarahkan oleh penjajah British. Tidak terdapat pula mana-mana catatan yang mengatakan pulau itu pernah diduduki oleh kaum Cina sebagai penduduk awal.

Bagaimanapun apa yang terjadi sekarang adalah lain dari sepatutnya.

Apa tidaknya, penduduk asal Pulau Singapura adalah orang Melayu. Kemudian ianya dijajah oleh pedagang Inggeris dan akhirnya oleh pemerintah Inggeris. Singapura dinamakan sebagai Negeri Selat. Jajahan naungan kerajaan British.

Kaum Cina yang berada disitu hanyalah sebagai pendatang yang menumpang cari makan setelah mereka mengalami kesempitan hidup di negara asal. Tetapi kerana kecekapan mereka mengatur strategi, mereka jadi majoriti dan seterusnya menjadi kaum utama di negara berkenaan. Penuduk asal terpinggir dan diserekkan penempatannya hingga menjadi kecil dan tidak lagi hidup sebagai orang Melayu yang berbudayakan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Identiti kemelayuan mereka jadi rencam. Kalau cakap pun pakai ‘Lu... Gua...”

Begitulah nasib umat Melayu Islam di sebuah negara yang sangat hampir dengan kita dan masih ada pertalian darah dengan kita. Malahan asalnya adalah sebahagian dari negara kita. Apa yang dapat kita lakukan dalam membela nasib mereka. Kita orang Melayu diseberang tambak hanya mampu melihat dan mendengar khabar sahaja.

Seperkara yang menarik untuk difikirkan ialah apakah kaum Cina yang kini telah menjadi tuan di pulau yang asalnya kepunyaan Melayu itu cukup dan berpuas hati dengan apa yang mereka telah capai?

Kalau mereka berprinsip seperti Israel di Asia Barat, sudah tentu mereka berhasrat meluas dan melebarkan tanah milik mereka. Sebuah negara pulau sesempit Singapura sudah tentu tidak cukup dan tidak memuaskan hati.

Kalau itulah yang menjadi agenda tersembunyi kaum itu, kemana arah yang harus mereka tuju untuk meluaskan taklukkan mereka? Sudah tentu ke negara jiran yang berhampiran. Daerah yang palimg hampir. Dan jiran Singapura yang paling hampir ialah Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia. Mana satukah pilihan mereka?

Kalau penduduk asal Singapura boleh terpinggir dan hilang tandanya, apakah tidak mungkin negara kita – Semenanjung Tanah Melayu, akan menerima nasib serupa satu hari nanti? Sekarang munkin tidak tetapi, bagaimana setelah 50 akan datang?

Fikir-fikirkanlah. Carilah sendiri jawapan kepada persoalan yang Pak Sulung kemukakan itu.


Pak Sulung: Kalau Pak Sulung jadi mereka, pilihan pertama ialah Tanah Melayu. Sebabnya, di sini semuanya sudah tersedia.Tinggal menunggu masa dan ketika yang baik sahaja untuk masuk. Segalanya telah dirintis oleh agen utama – DAP.

Ahad, 18 Julai 2010

KITE LEBIH BIJAK DARI DEME....

TERLALU banyak manfaat yang penulis dapat hasil sehari suntuk menghadhiri Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, 17 Julai lalu. Ada banyak pengalaman yang boleh dijadikan bahan berfikir untuk menulis. Apa yang didengar, dilihat dan digurau-sendakan dengan rakan-rakan lama sangat besar ertinnya kepada saya.

Di sini penulis turunkan satu gurauan yang sangat dalam maknanya jika dipandang dari sudut politik masa depan orang Melayu, khasnya politik UMNO.

Kisahnya, semasa waktu rehat – selepas makan tengahari dan solat zohor, penulis berhasrat mengisi borang pendaftaran untuk jadi ahli Gerakan Melayu Perak (GMP). Lalau penulis ambil borang dan duduk disebuah kerusi sambil menghadap sebuah meja kosong. Meja itu awalnya diguna untuk daftar kehadhiran.

Sedang penulis mengisi borang, tetiba seorang rakan lama dengan beberapa orang rakan lagi datang menghampiri. Rakan ini memang lama tak jumpa kerana kami masing-masing telah tidak lagi aktif dalam UMNO sama ada diperingkat cawangan atau pun bahagian. Kawan lama itu adalah pesara tentera berpangkat Kapten. Untuk itu penulis namakan dia Kaptem Bersara (Kpt. B) sahaja.

Kpt. B: Hai.... sahabat, baru sekarang nak isi borang. Belum jadi ahli lagi ke?

Penulis: Begitu le nampaknya Kepten.... Teman lama dah dengor nama GMP ni tapi tak ada peluang nak daftar....

Kept. B: Elok le mike bergerak dalam NGO macam ni.... Dalam UMNO, orang macam kita ni bukannya laku lagi....

Penulis: Ye ke? Kesian kita ye.... dah tua-tua ni tak laku le pulak....

Kept. B: Bukan pase kita tua....

Penulis: Habih tu.... pase apa deme tak gemor...?

Kept. B: Takkan mike tak tau pase ape....

Penulis: Betoi.... teman tak tahu....

Kept. B: Orang macam kite ni jauh lebih pande dari dema-deme tu.... Suara kita lantang, mana deme suka. Deme suka ahli yang senyap.... macam ayam mabuk tahi aje....

Penulis: Ye... ke....

Kept. B: Ye.... le.... Orang macam mike yang suka menulis, kritik mereka.... mana deme suka. Dah pencen tulis surat khabor, tulis dalam blog pulak.... deme takut le.... Dema tu banyak buat hal yang tak betui.... Siang malam bukan dok pikior pase UMNO.... deme dok pikior apa dan mana projek yang dema patut dapat.... Deme kira nak buat duit dan besorkan peghot deme aje.... Orang macam kite ni tengok.... sehat dan badan semakin langsing.... bukan macam deme yang nak berjalan pun susah kerana beghat peghot.... Banyak makan duit haram....

Penulis: Isy...Mike ni .... ade-ade je.... semua oghang tak kena....

Kept. B: Alahhh.... kan tadi Prof: Ramlah Adam kata.... pemimpin UMNO ni terlalu eksklusif.... deme dengan puak deme aje.... sapa pande sikit deme pancong. Itu sebab golongan muda benci UMNO.... Deme mahu kita jadi ahli biasa aje.... Tapi kalau kita lompat parti lain deme bising juge....

Penulis: Lompat le.... ada banyak parti mike boleh lompat. Tak mahu Pas, PKR ada. Tak suka PKR, PPP ada. Tak gemor PPP, DAP ada.... Jangan masuk Parti Komunis Malaya sudah leee....
Berderai kami dan rakan-rakan lain ketawa.

Kept. B: Udah le tuuu.... Pegi serah borang dan bayor yuran. Bukannya mahe, cuma 12 ringgit aje... Itu pun seumur hidup.... bukannya setahun sekali....

Penulis pun pergi ke meja sebelah dan hulurkan borang beserta wang RM12.00. Dan kami pun beredar memasuki dewan untuk sesi petang.

Setelah berada dirumah, sementara menanti waktu isyak selepas maghrib, penulis terkenangkan dialog sahabat lama petang tadi tu. Walaupun dalam keadaan bergurau tetapi tersirat perkara benar mengenai kepimpin UMNO di peringkat bawahan.

Kata-kata... ‘deme tak suka oghang macam kita....’ agak menarik untuk diperhatikan. Apakah benar begitu? Adakah itu sebabnya ramai generasi muda enggan menyertai UMNO? Kebanyakan generasi muda sekarang ni sekurang-kurangnya ada Diploma.... Sementara yang jadi Ketua Cawangan atau AJK Bahagian ada yang tak punya kerja pun.... SPM pun belum tentu lulus....

Entahlah. Penulis pun tak tahu nak beri jawapan. Tetapi kalau benarlah begitu keadaan yang berlaku dalam UMNO sekarang, maka tidak mustahil BN tak akan mampu bertahan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Adakah UMNO sekarang ibarat rumah kayu yang sedang dimakan anai-anai?



Pak Sulung: Kalaulah penyakit itu merebak ke seluruh UMNO dari segi anggapan orang Melayunya, maka adalah menjadi satu tanggungjawab berat kepada DS Najib dan Muhyiddin mengatasinya. Mungkin kerana itulah mereka berdua sering bercakap mengenai tranformasi dalam UMNO. Tapi, faham ke pemimpin-pemimpin bawahan mengenai tranformasi yang dimaksudkan?

NIK AZIZ DICABAR BERCERAMAH DI SINGAPURA

MANTAN Naib Presiden Parti Keadilan, Encik Zainur Zakaria mencabar Nik Aziz Nik Mat mengadakan ceramah politik Pas di Singapura untuk membuktikan sama ada Lee Kuan Yew benar-benar menyokongnya dan perjuangan Pas.

Pengamal Undang-undang yang pernah menjadi salah seorang peguam membela Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat Pertamanya dahulu mengeluarkan kata-kata cabaran itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153) Dalam Arus Politik Masa Kini di Perhimpunan Melayu Perak yang diadakan pada 17 Julai di Ipoh.

Beliau membuat cabaran itu ketika membicarakan sikap pemimpin-pemimpin Melayu yang buta politik serta sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata kerana dendam kesumatnya terhadap UMNO serta rela bermusuhan sesama ummah.

Katanya, “Semasa Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura melawat negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke 12. Ketika itu Nik Aziz bergambar dengan si durjana itu dengan muka ceria tanda bangga sambil mengangkat ibu jari tanda ‘bagus’ atau sangat gembira.”

“Kalau Nik Aziz benar-benar yakin bahawa Lee Kuan Yew senang dengan Pas dan Melayu/Islam, silalah buat ceramah politik Pas di negara pulau itu. Lihat sama ada Lee Kuan Yew benarkan atau tidak. Yang pasti, parti politik Melayu/Islam atau orang Melayu tidak akan dibenarkan memberi ceramah politik di sana,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadhirin.

Ada benarnya kata-kata peguam itu. Penulis sangat bersetuju dengannya sebagaimana juga para hadhirin lain yang berada di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika itu.

Naik Aziz lupa bahawa lawatan Lee Kuan Yew itu semata-mata bertujuan membuktikan kepada masyarakat Cina di negara ini bahawa janganlah takut dengan perjuangan Pas. Perjuangan Pas tidak kemana dan para pemimpin utama mereka telah dengan mudah dapat ditundukkan.

Tindakan Lee Kuan Yew itu memberi signal supaya masyarakat Cina memberikan sokongan padu kepada calon Pas yang bakal mereka hadapi pada PRU ke 13 nanti.

Demi survival kaum Cina di negara ini, mereka herndaklah pura-pura menyokong Pas dan mengundi calon parti itu apabila calon yang bertanding di kawasan mereka tidak ada calon DAP melainkan calon Pas. Jangan takut dengan serban, jubah dan janggut mereka kerana mereka tak boleh buat apa-apa. Sekarang Melayu dan Islam Pas telah sekandang dengan PKR, di mana yang menutup dan membuka pintu kandangnya adalah DAP.

Apa yang dinyatakan Lee Kuan Yew secara tersirat itu memang benar-bena telah berlaku. Peristiwa Mohd Nizar di Perak dahulu dan Khalid Ibrahim di Selangor hingga sekarang membuktikannya. Orang Pas bermati-matian mempertahankan Pakatan yang menjadi topeng sementara DAP.

“Orang Melayu Pas adalah alat yang kita jadikan kawan buat sementara.” Mungkin itulah suara tersirat yang mahu ditonjolkan Lee Kuan Yew untuk kaum Cina di negara ini.

Begitulah maksudnya. Pas dan PKR hanya kawan sementara untuk Pakatan merampas negara. Apabila terjelma ketikanya, tepatnya bila Pakatan menguasai 2/3 Parlimen Malaysia nanti, maka perkara penting dalam Perlembagaan Negara yang menghalang mereka, iaitu hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu pasti akan dihapuskan.
Ketika itu orang Melayu Pas dan PKR akan terkulat-kulat mengigit jari. Malaysia akan jadi sebuah republik. Mungkin Presiden pertamanya orang Melayu. Inilah yang dilakukan pabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Aziz Ishak jadi Presiden pertama. Lepas itu? Melayu seperti tidak wjud lagi di negara seberang Tambak Johor itu.

Kerana malu dan mungkin kerana wang ringgit yang akan disuapkan oleh kaum imigrin Cina, mereka Melayu lupa diri itu akan terus mempertahankan apa yang telah berlaku. Malah mungkin akan sanggup membunuh bangsanya sendiri kerana umpan dan suruhan pejuang kaum Cina ketika itu.

Perkara ini pernah berlaku dan tidak mustahil akan berulang. Tanyalah orang-orang lama yang pernah menyaksi atau mengalami sendiri bagaimana ada orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Bintang Tiga semasa orang Cina berkuasa selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.

Inilah masalah Melayu dari dulu hingga kini. Pepatah yang menyebut: Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelapan’ adalah khusus untuk Melayu spesis ini. Demikian sikap dan keadaan orang Melayu sekarang ini. Walaupun bukan semua tetapi ada ramai yang begitu.

Sampai bila mereka baru sedar, hanya terserah kepada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Wallahhualam....

Pak Sulung: Jika mati dan hidup semula sekali pun tidak akan percaya dengan kaum imigran Cina yang ada di negara ini.

IMIGRAN CINA HIDUPKAN PERJUANGAN LAMA....

KAUM imigran Cina di negara ini telah menghidupak kembali perjuangan mereka untuk merampas negara ini dari tangan bangsa Melayu. Usaha menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebahagian dari negara Cina masih membara. Usaha mereka tidak terhenti walaupun Tanah Melayu telah merdeka dari penjajah Inggeris pada tahun 1957.

Semasa orang Melayu sibuk menentang Malayan Union tajaan penjajah serta menuntut kemerdekaan dari British, orang Cina sibuk dengan gerakan komunis mereka yang dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’.

Apabila Jepun menyerah kalah pada Perang Dunia ke-2, komunis Bintang Tiga telah merampas kuasa selama empat belas hari sebelum Inggeris datang buat kali kedua. Ketika itu pihak Bintang Tiga telah membunuh ramai orang Melayu yang menentang mereka, terutama orang Melayu yang ada jawatan semasa pemerintahan Jepun sebelumnya. Mereka mermbalas dendam dengan menyiksa pemimpin tempatan Melayu sebelum membunuhnya.

Kisah sedih berlaku dengan cepat dan sudah dilupakan. Generasi baru tidak tahu dan tidak faham apa yang tersirat disebalik peristiwa itu. Semoga generasi lama yang masih hidup dapat menceritakannya kepada generasi baru supaya mereka benar-benar faham. Mungkin ada generasi sekarang yang datuk mereka pernah menjadi mangsa gerakan Bintang Tiga itu.

Begitulah sikap kaum Cina bila ada kuasa. Hasrat mereka untuk merampas negara ini dari kaum Melayu masih belum padam hingga ke hari ini. Mereka tetap menanti masa dan ketika yang sesuai untuk bertindak.

Apabila Inggeris datang kembali menjajah Tanah Melayu kali ke dua – selepas perang dunia ke dua tamat, Bintang Tiga atau komunis melancarkan gerakan mereka dari dalam hutan. Perang gorila. Hanya pada tahun 1960 barulah Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng setuju meletakkan senjata melalui perjanjian di Thailand.

Menurut Prof. Dr. Ramlah Adam, hampir tiga ribu askar Melayu gugur di tangan gorila komunis ketika menentang gerakan mereka. Sedangkan di pihak mereka cuma 800 jiwa sahaja yang terkorban.

Hakikatnya, walaupun mereka bersetuju meletaklkan senjata tetapi, perjuangan asal untuk merampas Tanah Melayu masih diteruskan. Mereka tidak lagi berjuang di hutan secara gorila tetapi memindahkannya ke bandar-bandar yang terdapat ramai penduduk kaum Cina. Gerakan mereka telah berubah corak. Mereka bergerak secara senyap dan tersembunyi melalui Kongsi Gelap dan NGO. Ribuan NGO kaum imigran Cina masih kekal hingga ke hari ini.

Justeru, selepas Singapura dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman dari Gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew – Perdana Menteri Singapura, telah mengarahkan Setiausaha Akhbarnya, Lim Kit Siang menubuhkan cawangan PAP pimpinannya di negara ini dengan nama DAP.

Lim Kit Siang berperanan sebagai Setiausaha Agung sedangkan Presidennya orang lain. Tetapi kuasa Setiausaha mengatasi Presiden. Sistem ini adalah sistem komunis. Dan ianya masih berkekalan hingga kini. Yang menggantikan Lim Kit Siang sebagai Setiausaha adalah anaknya Lim Guan Eng yang manaiki bot laju dari Melaka untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sejak DAP ditubuhkan pada tahun 1964, maka parti politik itulah yang dijadikan alat untuk meneruskan perjuangan merampas negara ini dari tangan Melayu. Melalui DAPlah segala perancangan dan gerakan politik Parti Komunis Malaya digerakkan semula secara sah dan nyata.

Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, maka mereka terpaksa mencari helah bagaimana memperalatkan orang Melayu tertentu sebagai dalang atau topeng bernyawa untuk mereka.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 12, peluang terbuka luas untuk mereka menzahirkan perjuangan mereka di mata kaum mereka sendiri. Pemimpin Melayu seperti Mohd. Nizar di Perak, Khalid Ibrahim di Selangor dan Anwar Ibrahim di peringkat nasional telah berjaya mereka peralatkan.

Apa yang berlaku ke atas Nizar di Perak yang akhirnya membolehkan BN kembali berkuasa adalah bukti nyata bagaimana gerakan kaum imigran Cina cuba memperalatkan pemimpin Melayu demi perjuangan mereka merampas negara ini. Nasib baiklah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sedar akan hal ini dan bertindak bijak mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Kini, Khalid Ibrahim di Selangor sedang lemas dihimpit masalah kerana semua tindak-tanduknya sebagai ketua negeri di dalangi oleh DAP atau gerakan kaum imigran Cina berkenaan. Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa kesudahannya nanti.

Sementara di Pulau Pinang, DAP sedang mengatur strategi memencilakn orang Melayu. Kampung-kampung Melayu cuba dibangunkan seperti apa yang mereka lakukan di Singapura. Melayu mahu dipencilkan dan kalau boleh mereka mahu Melayu meninggalkan negeri berkenaan.

Pulau Pinang akan jadi seperti Hong Kong. Tidak mustahil ketika itu semua masjid akan dirobohkn kerana orang Melayu telah tiada lagi di Pulau Mutiara. Dan tanah perkuburan Islam pun mungkin akan lenyapkan untuk dibangunkan sebagai tempat tinggal yang baru.

Apa yang sedang dan akan berlaku di negeri tumpah darah Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi itu patut menjadi perhatian serius umat Melayu dalam menilai perjuangan dan percaturan politik kaum imigran Cina di negara ini. Semuanya berjaya mereka lakukan kerana mereka diberi peluang oleh bangsa Melayu sendiri.

Tidak mustahil semua itu mereka (DAP) lakukan adalah mengikut skrip yang telah disediakan oleh Lee Kuan Yew. Lawatan khas Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain termasuk Kelantan setelah PRU ke 12 dahulu mula menampakkan hasilnya.

Demikian secebis kisah ringkas perkembangan politik masa kini yang sedang menghimpit dan menekan orang Melayu di tanah airnya sendiri.

Malangnya tidak ramai yang sedar dan masih ramai pula yang menyokong gerakan sulit kaum imigran Cina itu tanpa memikirkan masa depan anak cucu mereka di kemudian hari. Adakah kerana mereka tolol atau buta politik atau tamakkan harta dunia serta kuasa yang tak seberapa atau kerana dendam kesumat sesama Melayu? Entahlah....

Pak Sulung: Bimbang negara akan menjadi huru-hara setelah BN hilang kuasa pada PRU akan datang.

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog