Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dr Mahathir Saran Negara Islam Kaya Sumbang Zakat Kepada Negara Miskin

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ini kerana katanya, lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

"Jika kita menganggap diri kita sebagai ummah, masyarakat Islam yang menggunakan wang zakat untuk membantu golongan miskin di negara lain tidak akan dianggap melanggar kategori mereka yang memerlukan bantuan zakat," katanya di Langkawi.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi (LIFE) ketiga bertema "Perbankan dan Kewangan Islam: Wakaf, Zakat dan Sedekah sebagai Pemerkasaan dan Strategi Komuniti Untuk Transformasi Ekonomi Ummah".

Dr Mahathir yang juga penaung LIFE berkata walaupun hanya sebahagian kecil daripada 2.5 peratus zakat yang dikutip disumbangkan, jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membantu meringankan penderitaan penduduk miskin.

"Saya percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur bagi membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.

"Bolehkah kita menggunakan zakat untuk infrastruktur? Jika untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderitaan penduduk di negara Islam yang miskin, saya fikir kita tidak bertentangan dengan hukum Islam," katanya.

Beliau berkata ulama boleh meneliti perkara tersebut dan mengeluarkan fatwa mengenainya.

Bagi mengumpul dan mentadbir dana zakat itu, Dr Mahathir mencadangkan agar sebuah institusi diwujudkan dan dikendali oleh petugas daripada negara yang menyumbang.

"Menerusi perakaunan yang sewajarnya, serta ada ketelusan dan peraturan akan memastikan tidak berlaku penyelewengan. Negara yang menyumbang serta ummah mesti dimaklumkan dari mana sumber dan bagaimana sumbangan diagih," katanya.

Beliau berkata selain zakat, Islam juga menggalakkan amal menerusi sedekah, dan lebih banyak sedekah daripada golongan kaya bukan saja dapat membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga baik untuk imej Islam.

"Bagi wakaf, amalan ini harus dipromosi dan digalakkan dalam dunia Islam. Sesetengah negara Islam sudah mengamalkannya dengan menyokong pembinaan masjid dan universiti di seluruh dunia. Dengan maklumat yang lebih banyak mengenai keperluan, lebih banyak akan mendapat manfaat daripada wakaf," katanya.

Dr Mahathir berkata masyarakat Islam disatukan menerusi kegiatan kebajikan namun mereka tidak harus membataskannya untuk orang Islam semata-mata.

"Kita juga harus membantu manusia lain jika ada keperluan.

"Jika kita menubuhkan institut untuk mengagihkan wang zakat bagi mengatasi kemiskinan pada kalangan orang Islam dan negara Islam, kita bukan saja mempamerkan cara hidup dalam Islam, tetapi juga membantu mengubah imej Islam yang dipaparkan media Barat. Kita akan berupaya membuktikan Islam dan cara hidup Islam adalah yang terbaik untuk kemanusiaan sejagat," katanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama Kolej Universiti Insaniah, Bank Pembangunan Islam dan Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.
- BernamaOnline

'Bagi menyokong penguatkuasaan, Akta Murtad perlu diwujudkan' – Mufti Selangor

AKTA Murtad perlu diwujudkan bagi menyokong penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, pada masa ini penguatkuasaan enakmen tersebut di beberapa buah negeri tidak begitu berkesan.

"Justeru, dengan mewujudkan Akta Murtad, ia dilihat mampu menyokong enakmen sedia ada sekali gus memudahkan pengamal undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka yang terbukti bersalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi yang menyatakan akta tersebut tidak perlu diwujudkan kerana undang-undang sedia ada dalam Perlembagaan sudah cukup berkesan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mencadangkan supaya Akta Murtad diwujudkan segera bagi menyekat dan menghalang sebarang kegiatan memurtadkan umat Islam.

Mohd.Tamyes berkata, meskipun undang-undang dalam Perlembagaan memadai namun ia perlu disusuli oleh tindakan penguatkuasaan yang serius dan berkesan.

"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan keadaan ini seperti tidak ada kesudahan.

"Apa yang penting kini adalah penguatkuasaan yang serius agar mereka yang cuba memurtadkan umat Islam akan merasa gerun dan takut dengan hukuman yang bakal dikenakan," ujarnya.

Sementara itu, pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berpendapat, masyarakat perlu lebih terbuka untuk menerima penggubalan undang-undang yang boleh mempertahankan akidah umat Islam.

"Ini penting supaya keharmonian pelbagai kaum dapat dikekalkan. Ia juga seiring dengan transformasi yang sering diuar-uarkan.

"Negara memerlukan undang-undang baru yang lebih mampan bagi menghukum pihak yang cuba memurtadkan orang Islam agar ia tidak berlaku di masa hadapan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kalau dulu orang Melayu boleh bersatu menentang Malayan Union kerana menyedari ianya akan menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, kedaulatan bangsa dan bahasa, apakah kini Melayu tidak mampu lagi melakukannya demi agama suci Islam?

Kepada Melayu yang tidak inginkan perpaduan bangsanya, adakah mereka berpendirian bahawa kepentingan duniawi melebihi kepentingan akidah umat Islam yang dirobek oleh kaum imigran puak kafir harbi?

Insaflah sebelum Allah swt menurunkan balaNya kerana keingkaran umat Islam sendiri.

Khamis, 27 Oktober 2011

Perbicaraan Kes Mat Sabu Dituduh Fitnah Polis 19-23 Dis

MAHKAMAH Sesyen Butterworth Khamis menetapkan 19 hingga 23 Dis ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini, pada 21 Ogos lepas.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Dis ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Pada 21 Sept lepas, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Pertuduhan dibuat setelah aduan dibuat oleh daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.
- BernamaOnline

KES VIDEO SEKS: Keputusan Permohonan Hishammuddin Batal Kenyataan Pembelaan Anwar Ditetap 15 Nov.


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 Nov untuk keputusan permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar Ibrahim dalam saman fitnah berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Hakim Datuk V T Singham menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Khamis.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Hishammuddin, 50, berkata, kata-kata dalam temu bual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti perlindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.

Beliau berkata, kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.
- BernamaOnline

Rabu, 26 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT 2010: PAC akan panggil tujuh kementerian, agensi lemah pengurusan kewangan - Azmi Khalid

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) memutuskan untuk memanggil tujuh kementerian dan agensi kerajaan memberi penjelasan mengenai pengurusan kewangan mereka yang lemah.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Jabatan Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan PAC akan memutuskan minggu depan jika ada kementerian serta agensi lain akan turut dipanggil.

Secara keseluruhan, prestasi kewangan kerajaan (Persekutuan dan Negeri) yang berakhir 31 Dis 2010 semakin baik berbanding tahun sebelumnya, kata Azmi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan PAC di Parlimen.

"Sebanyak 43 kementerian dan agensi kerajaan mendapat penarafan tertinggi iaitu empat bintang (sangat baik) untuk tahun 2010 berbanding 16 kementerian dan agensi yang mendapat empat bintang untuk tahun 2009," .

Azmi berkata tidak ada kementerian dan agensi mendapat bintang merah yang menunjukkan prestasi kewangan di bawah 49 peratus.

"Daripada 172 jumlah kes kelemahan kewangan yang dicatatkan dalam laporan audit pada tahun 2008, 98 peratus daripada jumlah tersebut berjaya diselesaikan manakala 88 peratus kes berjaya diselesaikan untuk tahun 2009," katanya.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang yang turut hadir pada mesyuarat itu berkata setiap kementerian dan agensi kerajaan mempunyai masalah berbeza, maka pihak yang terbabit dalam laporan itu pasti mengambil tindakan berhubung kelemahan pengurusan kewangan mereka.

Sehubungan itu, tindakan PAC memanggil kementerian dan agensi berkenaan memberi penjelasan mengenai kewangan mereka adalah sesuatu yang wajar bagi memperbaiki pengurusan kewangan kerajaan, katanya.

Selain itu, Jabatan Audit Negara mendapati Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di agensi kerajaan kini lebih peka dalam pengurusan kewangan berbanding sebelumnya.

Beliau berkata indeks akauntabiliti pengurusan kewangan bagi semua kementerian dan perbendaharaan negeri yang diperkenalkan pada 2008 bagi membendung pelbagai kepincangan dalam menguruskan dana awam, menunjukkan hasil positif sehingga kini.

"Ia semua adalah hasil daripada kursus pengurusan kewangan yang disertai kakitangan di kementerian dan agensi. Jabatan Audit Negara mendapati setiap pengurusan kewangan di setiap kementerian telah menjadi semakin baik dari tahun ke tahun," katanya.

Ditanya mengenai hutang negara, Ambrin berkata ia masih di peringkat terkawal kerana Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia semakin meningkat.
- BernamaOnline

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Naik 70%.... Stadium mungkin kosong....

Penyokong pasukan Terengganu menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan yang mahal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
SEBAHAGIAN daripada penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan memegang poster sebagai tanda protes harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijual mulai hari ini di Wisma PBNS di Seremban, hari ini. Segelintir peminat bola sepak berang dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menaikkan harga tiket sehingga RM50 bagi semua tempat duduk.
APA dah jadi? Dalam keadaan pihak kerajaan berusaha keras mengawal kenaikan harga barang, tetiba FAM pulak bertindak sebaliknya. Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia melonjak kepada RM50 sedangkan pada pertandingan tahun lalu tiketnya berharga RM30.

Ekoran itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu.

Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan.

‘‘Saya tidak akan terlalu kecewa sekiranya ia diumumkan lebih awal, kenaikan harga tiket secara mendadak ini akan menimbulkan kemarahan peminat yang merancang melihat perlawanan akhir secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan.

‘‘Lebih-lebih lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mutunya dipertikaikan sebagai bukan padang yang terbaik,” katanya.

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi semua peminat sukan yang ingin menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketika Piala Malaysia sebelum ini yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, FAM perlu mengkaji pendekatan penjualan tiket terbaru yang diamalkan di luar negara termasuk kaedah jualan tiket guna Internet yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR).

‘‘Pihak QPR umpamanya telah memperkenalkan kaedah jualan tiket yang mirip kepada penjualan tiket kapal terbang AirAsia di mana peminat yang membeli tiket lebih awal akan mendapat diskaun lebih besar.

‘‘Indonesia pula menyediakan pelbagai jenis tiket dengan harga yang berlainan, ini kerana terdapat peminat yang sanggup beli tiket murah dan duduk di tempat yang tidak strategik semata-mata untuk memberi sokongan dan merasai suasana di stadium,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
FAM dan melampau....
Agaknya para pentadbir FAM tidak mahu penonton datang beramai-ramai ke stadium.
Oleh itu peminat dan penyokong pasukan ‘Jang’ dan ‘Awang’ carilah mana-mana kedai mamak yang ada skrin tv besar untuk tonton beramai-ramai.
Tak payahlah bersusah payah ke Stadium Shah Alam.
Biarkan hanya pegawai FAM serta pegawai dari dua pasukan yang bertanding sahaja yang menonton....

Selasa, 25 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT 2010: SPRM Buka 36 Fail Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.

Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.

Menurut kenyataan SPRM, Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.

Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:
"Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010".

Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.
- mStarOnline

LAPORAN AUDIT 2010: Pasar Borong Selangor belum capai matlamat sebagai pusat pemasaran setempat untuk petani....

KOMPLEKS Pasar Borong Selangor belum mencapai matlamat untuk mengurangkan penglibatan orang tengah dan mewujudkan pusat pemasaran setempat khusus bagi petani, peladang dan nelayan kerana kebanyakan lot perniagaan di kompleks itu disewa oleh penjual, pengedar dan pemborong.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, daripada 229 lot perniagaan yang disewakan, 124 lot atau 54.1 peratus dikendalikan pekerja warga asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, 61 lot (26.7 peratus) oleh warga tempatan manakala 44 lot (19.2 peratus) ditutup atau tidak berniaga.

Kompleks Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan siap dibina pada Mac 2001 dengan kos RM25.28 juta dan mula beroperasi pada Mei 2001. Pengurusan pasar borong ini menjadi aktiviti utama PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB), subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Pada peringkat awal operasi pasar borong tidak mendapat sambutan petani dan nelayan kerana kurang pengunjung serta kawasan persekitarannya belum membangun menyebabkan PAISB menyewakan lot perniagaan pasar borong kepada sesiapa yang berminat untuk menanggung kos operasi.

Laporan itu menyatakan perubahan matlamat pasar borong itu sebagai pusat pertemuan nelayan dan peladang kepada pasar borong umum tidak dibentangkan untuk kelulusan Lembaga Pengarah PKPS mengakibatkan aktiviti pasar borong tidak selaras dengan matlamat pembangunan yang ditetapkan.

Semakan audit terhadap PAISB antara Oktober 2010 hingga Februari 2011 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan PAISB tidak memuaskan, dan PAISB mengalami kerugian sebelum cukai RM0.09 juta pada tahun lepas.

Laporan Audit itu mengesyorkan PAISB dan PKPS supaya mengambil tindakan bagi mempertingkatkan prestasi kewangan, pengurusan aktiviti, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat syarikat.

Antara cadangan itu ialah PAISB hendaklah meningkatkan promosi mengenai aktiviti Kompleks Pasar Borong Selangor, mempertingkatkan pengurusan seperti kemudahan asas, tahap kebersihan dan keselamatan, mengawal lambakan pekerja warga asing, membuat penilaian dan penambahbaikan secara berterusan bagi meningkatkan sambutan pengunjung.

PAISB juga hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan, mempertingkatkan pengurusan kewangan dan beroperasi selaras dengan peraturan ditetapkan.
- BernamaOnline

Wanita Jepun Edar Syabu Dihukum Mati

Bekas jururawat warganegara Jepun, Mariko Takeuchi, 37, dari Tokyo kelihatan sugul selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa. Mariko didakwa mengedar 3,493 gram methamphetamine di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada 30 Oktober 2009.
SEORANG wanita Jepun dihukum mati pada Selasa, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati dia bersalah atas tuduhan mengedar syabu melebihi 3 kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Mariko Takeuchi, 37, gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tuduhan yang dihadapi.

Pada penghakimannya, Siti Mariah berkata, mahkamah menolak pembelaan bekas jururawat tersebut yang mendakwa beg berisi dadah itu diberikan oleh seorang pemandu yang tidak dikenalinya semasa dia berada di Dubai.

Katanya lagi, tujuan dia ke Dubai adalah untuk berjumpa dengan teman lelaki kepada kawan baiknya yang dikenali sebagai Alex untuk mengambil wang bagi pihak rakannya.

Pemandu tersebut, dakwa Mariko merupakan kenalan kepada Alex dan dia bersetuju untuk membawa beg itu ke Kuala Lumpur kerana diberitahu ia hanya berisi pakaian.

Bagaimanapun, Siti Mariah berkata, pembelaan tersebut tidak munasabah dan tidak boleh diterima memandangkan kawan baik tertuduh boleh pergi sendiri ke Dubai atau wang itu boleh dihantar melalui kiriman.

"Perbuatan tertuduh yang begitu mudah untuk menolong membawakan barang orang yang ditemui di kedai makan, selain tidak merasakan curiga terhadap berat beg yang luar biasa jika hanya berisi pakaian adalahtidak munasabah.

"Mahkamah juga tidak boleh menerima alasan tertuduh berulang alik dari Dubai ke Kuala Lumpur kerana tambangnya lebih murah berbanding tinggal di Dubai kerana tiket untuk penerbangan pergi balik adalah RM10,500.

"Wang yang dibelanjakan untuk ulang alik lebih baik diberikan kepada kawan baiknya yang dikatakan memerlukan wang," kata Siti Mariah.

Selain itu, Siti Mariah juga berkata, beliau tidak dapat menolak bahawa aktiviti keluar masuk Mariko ke negara ini sebanyak lima kali antara Oktober dan September 2009 adalah mempunyai tujuan tertentu.

Mariko didakwa mengedar 3,493 gram syabu di Kaunter Pemeriksaan Kastam D, Unit Khas Penumpang T, Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul9.55 malam, 30 Oktober 2009.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimie Yusreena Yunus sementara Mariko diwakili peguam Mohd Rafik Rahem.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil enam orang saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.
- Laporan: mStarOnline
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog