Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 30 April 2011

Hargai kecekapan SPRM – DS Najib

KECEKAPAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesalah rasuah yang mencatat tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan jenayah itu harus dihargai oleh rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan jenayah rasuah termasuk mengatasi masalah pengaliran wang keluar secara ‘gelap’.

“SPRM telah diberi begitu banyak kuasa oleh kerajaan dan mereka telah mengambil langkah-langkah seperti yang dibentangkan dalam laporan di Parlimen (Khamis).

“Kita dah kata untuk kurangkan rasuah ialah salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan. Antaranya seperti yang sedang kita lakukan di bawah deklarasi import eksport.

“Ini semua langkah-langkah positif yang terus diambil kerajaan termasuk beberapa kes berprofil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Seramai 944 pesalah rasuah ditahan oleh SPRM tahun lepas iaitu jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

Malah, lebih ramai pemberi rasuah berjaya ditahan berbanding penerima sepanjang tahun lalu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Mereka yang mengkritik tindakan atau cara SPRM jalankan tugas adalah puak yang takut dengan agensi berkenaan kerana banyak buat salah.

Mereka tidak sedar dan tidak tahu bahawa rakyat menilai mereka berdasarkan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Lebih teruk lagi, pihak pembangkang sering mengalih isu siasatan SPRM terhadap mereka menjadi isu politik atau isu perkauman. Sedangkan mereka lupa fakta bahawa SPRM bertindak tanpa mengira status seseorang atau dari parti mana mereka berada.

Kes kematian Teoh beng Hock sudah cukup mendedahkan kepada rakyat hakikat itu.

ISU VIDEO SEKS: Kenapa semuanya jadi bangang dan keluar tajuk? Lain yang didedahkan, lain pula yang diperkatakan.... Siapa tuduh Anwar berzina?

ISU Video seks yang telah jadi kes polis atas dakwaan menyebarkan ‘video lucah’, yang dihebohkan pelaku lelakinya mirip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim jadi semakin kalut dan mengelirukan rakyat.

Bukan sahaja rakyat yang naif dari segi hukum hakam Islam dan perundangan negara, malahan para cerdik pandai dan alim ulama pun turut bercelaru fahaman mereka dalam isu ini.

SM terpanggil untuk menulis entri ini kerana jelas pihak-pihak yang diminta pendapat mereka dan yang memprotes apa jua perkara yang timbul berkaitan isu ini, telah tersasar jauh daripada hakikat sebenar kes dan juga isu yang timbul.

Setahu SM tidak ada siapa atau mana-mana pihak yang menuduh atau melafazkan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan zina dengan seorang wanita yang dikatakan pelajar dari negara China, berdasarkan siaran pendek dua bahagian video berkenaan melalui You Tube dan dimuat naik oleh beberapa blogger.

Apabila tidak ada tuduhan zina, mana mungkin Anwar dibabitkan dengan hukum ‘Qazaf’, iaitu memerlukan empat otang saksi yang jelas dengan mata kepala sendiri melihat perzinahan berlaku.
You Tube Part 1.... mana ada perlakuan zina
 Cuba kita semua ikuti turutan isu video ini seperti yang SM fahami:
*Mula-mula Trio Datuk T menjemput beberapa orang wartawan dan pengamal media baru (blogger) untuk menyaksikan tayangan ‘video seks’ yang dihebohkan itu di Carcosa Sri Negara.
* Apabila berita mengenainya tersebar kononnya pelaku lelakinya mirip Ketua pembangkang, tiba-tiba Anwar Ibrahim membuat laporan polis mendakwa Datuk T menyebarkan video lucah.
* Pihak polis melakukan siasatan atas laporan polis oleh Anwar, iaitu mengedarkan video lucah.
* Ketika siasatan sedang berjalan heboh di media mengenai jam tangan Omega yang dijadikan isu oleh rakyat (bukan kerajaan atau pemimpin kerajaan), hinggakan Anwar Ibrahim jadi marah dan melenting bila ada wartawan yang menyoal beliau mengenai isu jam Omega itu.
*Sedang media dan rakyat begitu teruja dengan isu dan kes video yang masih dalam siasatan polis itu, tiba-tiba tersiar di You Tube sebahagian video seks yang didakwakan itu dalam durasi yang tidak sampai pun dua minit.
*Ketika siasatan polis atas dakwaan mengedar video lucah itu masih belum dapat dimuktamadkan, pelbagai tulisan dan komentar rakyat dan juga para pemimpin negara semakin rancak. Ada yang menuduh Anwar Ibrahim adalah pelaku lelakinya dan ada pula yang membela dengan menafikan Anwar terlibat. Masing-masing dengan hujah tersendiri.
* Ketika isu semakin panas dan pelbagai pendapat memenuhi pelbagai blog, akhbar dan TV, tiba-tiba muncul pula sebahagian lagi paparan video berkenaan melalui You Tube dengan tajuk ‘Papa Nurul Izzah Part 2, yang lebih menggemparkan. Juga dalam durasi yang tidak melebihi dua minit.
*Penafian oleh para penyokong Anwar semakin galak dengan Anwar sendiri mendakwa semua itu adalah politik kotor lagi menjijikkan gara-gara pemimpin Umno terutamanya Perdana Menteri terlalu takut kepadanya yang akan jadi PM tak lama lagi.
*Dalam kekalutan persepsi rakyat mengenainya, muncul berita bahawa Datuk T yang diketuai Datuk Eskay akan melakukan ‘sumpah laknat’ di sebuah masjud di Kuala Lumprur.
* Ketika upacara sumpah laknat mahu dilakukan, pihak AMK parti Keadilan mengadakan bantahan dan buat kacau di masjid berkenaan.
*Akhirnya, pada pukul 4.15 petang, hari Jumaat 29 April 2011, Datuk Eskay bersama dua lagi anggota Trio Datuk T telah melakukan ‘sumpah laknat’ di Masjid Amru al-Asr, Bandar Baru Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berdasarkan rentetan ini tidak pernah timbul dakwaan yang mengatakan atau menuduh Anwar Ibrahim melakukan zina secara sah atau bertulis kepada pihak berkuasa agama Islam atau pun pihak polis selaku penguatkuasa undang-undang.

Papa Nurul Izzah Part 2.... juga tak ada adegan zina....
Begitu juga dengan tayangan dua bahagian dari video seks yang dimaksudkan melalui You Yube, siapa yang dapat melihat pelaku kelaki dan wanitanya sedang melakukan zina? Yang ada cuma gambar-gambar mereka sedang bergerak dalam keadaan berpakaian, kemudian tanpa pakaian dan akhirnya berpakaian semula.

Mana ada tayangan perlakuan zina? Dan siapa yang kata Anwar berzina?

Justeru, kenapa pulak perlunya kata-kata dan tuntutan supaya diambil tindakan mengikut undang-undang zina Islam yang di namakan sebagai Qazaf, iaitu memerlukan empat saksi? Tuduhan zina tidak ada, macam mana nak ambil tindakan mengikut Qazaf?
Yang si ketot ni minta hukum qazaf apa halllll?
Pelik sungguh kenyataan-kenyataan mereka yang berilmu dan dianggap sebagai orang cerdik pandai telah terbabas pemahamannya kerana kelentong Anwar Ibrahim bersama konco-konconya yang ‘takutkan bayang-bayang sendiri’ itu.

Tidak ada siapayang tuduh dia berzina, tetiba minta diadili menmgikut Qazaf. Akai ada kaaaa!

Sementara ‘sumpah laknat’ Datuk Eskay juga tidak menuduh Anwar berzina. Dia hanya kata pelaku lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim kerana beliau sendiri turut sama berada dalam video seks berkenaan. Itu ajerrr! Dia tak kata dia melihat Anwar berzina dengan China Doll seperti yang didakwa oleh banyak pihak yang mengendalikan blog peribadi.

Kalau Eskay kata yang dalam video itu adalah Anwar Ibrahim sedangkan apa yang telah ditayangkan kepada umum melalui You Tube tidak terdapat adegan zina, macam mana mereka yang melenting membela Anwar meminta dilaksanakan hukum Qazaf?

Nampak sangat mereka yang gelabah dan tidak cukup akal itu tidak faham duduk perkara sebenar. Lain yang dipersoalkan, lain pula yang dipertikaikan sebagai pengalih isu sebenar.
Sumpah Laknat Trio Datuk T ini pun tidak menuduh Anwar berzina.....
Isunya bukan tuduhan zina. Kerana tidak ada siapa yang mengeluarkan tuduhan bahawa Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur warga China, walaupun dalam lafaz sumpah laknat Datuk Eskay petang Jumaat lalu.

Lebih jelas lagi, tidak ada siapa yang nampak melakui You Tube perlakuan zina berlaku.

Oleh itu, berpijaklah di bumi nyata jika sesiapa jua mahu memperkatakan mengenai isu video seks yang dikaitkan oleh Datuk Eskay bahawa pelaku lelakinya adalah Anwar bin Ibrahim.

Ada faham kaaaaa?
- YopMan

Ragui kenyataan Nik Nazmi: Adakah beliau juga ada hubungan intim dengan bossnya?

Nik Nazmi Nik Ahmad....
KENYATAAN Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad yang membela Penasihat partinya, Anwar Ibrahim berhubung isu klip video seks sehingga menyentuh perihal sosok badan dan rambut Anwar amat diragui.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, kenyataan itu hampir sama dengan kenyataan ahli-ahli PKR lain dan ia sekali gus mewujudkan satu persoalan adakah itu jawapan standard yang mesti dikeluarkan untuk membela ketua pembangkang berkenaan isu klip video itu.

Dalam hubungan itu, katanya, ia sedikit sebanyak membawa maksud Anwar mempunyai hubungan yang intim dengan kebanyakan ahli-ahli PKR kerana setiap daripada mereka berkebolehan memperincikan apa sahaja yang ada pada Anwar khususnya pada tubuh badan beliau.

‘‘Justeru, saya ingin bertanya, adakah Nik Nazmi tergolong dalam kategori mempunyai hubungan intim itu. Sehingga mereka boleh tahu setiap lekuk badan Anwar, janggut, rambut nipis atau tidak, rambut belah mana, semua mereka tahu.

‘‘Bagaimana orang yang berpendidikan tinggi macam dia boleh lihat dari aspek begitu. Bagi saya kalau kita bekerja dengan seseorang kita tidak begitu peka sehingga ke tahap tubuh badan bos, tetapi nampaknya mereka yang bekerja dengan Anwar begitu pula,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Jumaat.

Nik Nazmi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa individu di dalam klip video yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube itu bukan Anwar kerana sosok dan lenggok badan itu berbeza.

Mengulas lanjut, Mohd. Nazmi berkata, kenyataan Nik Nazmi itu sebagai dangkal dan bersifat semata-mata mahu membela Anwar tanpa sebarang asas yang kukuh.

Katanya, Nik Nazmi tidak mempunyai kepakaran dari segi forensik. Oleh itu, sejauh mana beliau mengetahui secara mendalam tentang rambut, badan dan termasuk bulu Anwar.
- Utusan

SATU MELAYU:
Itu lerrr..... jangan semba-
rangan sokong Anwar Ibrahim hingga tidak memikirkan risikonya.

Sekarang dah jadi lain macam pulak. Lain yang dimaksud, lain pula yang tercetus difikiran umum. Pada sangkaan Nik Nazmi kenyataannya itu sekadar membela boss. Kerana terlupa bahawa bossnya itu ada banyak kes ‘hubungan intim’ dengan penyokong rapat atau mereka yang bertugas dengannya, pembelaan itu bertukar jadi isu lain dari segi persepsinya.

Kan ke dah nyaya jadinya.... Lain yang dimaksudkan lain pula tanggapan masyarakat, semata-mata kerana rekod orang yang dibela itu.

Kan dah tergigit getah jadinya? Kantoiii..... kantoiiiii......

MCA tolak jawatan Kabinet, Negeri dan lain-lain jika gagal raih sokongan kaum Cina....

Chua Soi Lek menjelaskan kenyataan memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang di Melaka, semalam.
MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti.

‘‘Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

‘‘MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara.

‘‘Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Percambahan Minda Pemimpin MCA Kebangsaan yang di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka, Jumaat.

Soi Lek berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

‘‘MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya.

Beliau berkata, pencapaian parti itu pada pilihan PRU-12 dengan 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata tidak memuaskan.

Katanya, keputusan pada 2008 itu menjadi ukuran buat MCA untuk memastikan mereka mampu menyumbang kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan peruntukan 40 kerusi Parlimen dan 90 DUN.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sedih ada, kesian pun ada ketika membaca kenyataan MCA ini. Sama ada mereka merajuk atau mengeluh kerana perubahan sikap kaum Cina masa kini hanya mereka sahaja yang tahu.

Memang benar sokongan kaum Cina terhadap BN telah beralih arah kepada puak pembangkang. Terbaru, PRN Sarawak membuktikan segalanya.

Inilah kesan ketara hasil kejayaan DAP setelah mereka bergabung dengan parti kaum Melayu - PKR dan PAS.

Hakikatnya mereka lupa bahawa tanpa BN atau Perikatan dulunya, yang mentadbir negara bertuah ini, tidak mungkin kejayaan dan kekayaan yang dikaut kaum berkenaan boleh terjadi.

Begitu juga dengan soal keamanan dan ketenteraman awam yang dianggap sebagai berada dalam keadaan aman dan damai. Kalau negara berada dalam keadaan huru-hara dan bergolak sebagaimana yang terjadi di negara-negara Islam lain di dunia ini, apakah mungkin kaum Cina yang jadi kaya raya di negara ini boleh kekal kekayaannya?

Jika bom meletup di sana sini dan peluru senapang berterbangan di atas kepala, apakah anak-anak kaum Cina itu boleh pergi ke sekolah jenis kebangsaan Cina yang wujud tanpa bantahan peribumi itu?

Mampukah kereta-kereta mewah milik kaum Cina menjalar di jalan-jalan raya kalau negara ini jadi seperti Afghanistan?

Sedar dan ingatlah, jika antara kaum di Malaysia ini terpisah politiknya – khasnya antara Melayu dan Cina, negara ini tidak lagi akan aman. Ketegangan dan kegelisahan gara-gara sikap fanatik perkauman tidak akan dapat dikawal lagi.

Puak chauvanis, komunis dan kuasa asing yang tidak senang dengan ketenteraman Malaysia akan lebih mudah memasukkan jarum hasutan yang menyeru kepada pergeseran antara kaum yang akhirnya akan mencetuskan sengketa kaum yang berpanjangan.

Kalau di Asia Barat dan Afghanistan, sengketa terjadi kerana berbeza mazhab, apakah di Malaysia tidak mungkin kekecauan akan terjadi kerana sengketa antara kaum Melayu dan Cina?

Nanti segala yang terbina selama lebih enam puluh tahun akan musnah dalam sekelip mata.

Tindakan ini diharap akan membuka minda kaum Cina untuk berfikir sejenak. Insaf dan sedarlah bahawa manusia yang hidup di dunia ini tidak akan beroleh semuanya seperti apa yang dihajatkan.

Kalau begitulah tindakan MCA, bagaimana pula dengan MIC?

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat: Angkatan Muda Parti Keadilan cuba halang Datuk T tegakkan keadilan

KEADAAN di dalam dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kumpulan itu dilihat cuba menggagalkan majlis lafaz sumpah laknat yang dijanjikan oleh Shazryl Eskay semalam berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa masuk ke dalam masjid untuk menenangkan keadaan.
Pada masa sama, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin mengambil tempat di atas mimbar dan meminta orang ramai untuk bersurai.

Keadaan beransur tenang dan terkawal manakala orang ramai mula dilihat keluar dari dewan solat masjid.

Kira-kira pukul 3.30 petang, kelihatan pintu pagar masjid tersebut ditutup pihak polis dan hanya pintu belakang pagar masjid dibuka.

Tepat pukul 4.10 petang, ketiga-tiga Datuk Trio iaitu Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tiba di pekarangan masjid dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.

Sebaik Shazryl Eskay selesai melafazkan sumpah laknat tepat pukul 4.20 petang, beberapa orang dipercayai ahli AMK sekali lagi menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan ketiga-tiga Datuk Trio itu dilihat meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui di masjid berkenaan memberitahu, beliau dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berhubung hasrat Shazryl Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan masjid meminta bantuan pihak polis untuk membuat kawalan keselamatan dan memastikan keadaan di dalam serta pekarangan masjid terkawal.

"Walaupun berlaku sedikit kekecohan namun, kita berjaya meleraikannya dan tiada mana-mana individu ditahan berhubung insiden itu," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Sumpah Laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay mewakili Trio Datuk T adalah salah satu langkah untuk membuktikan bahawa dakwaan mereka benar dan bukannya fitnah. Mereka mahu menegakkan keadilan kerana penafian tanpa asas pelaku terbabit dan kumpulan penyokongnya.

Segalanya berpunca dari isu ini.....
Kalau PKR ditubuhkan untuk menegak dan mencari keadilan, kenapa bila ada pihak yang mahu membukti-
kan sesuatu isu demi keadilan, ianya diganggu dan cuba dihalang?

Peliknya kenapa mereka takut sangat Datuk T melakukan sumpah laknat? Biarkanlah. Urusan itu adalah antara mereka dengan Tuhan. Bukan dengan manusia atau pun pihak berkuasa kerajaan.

Kalau sesuatu kes itu dihadapkan di mahkamah awam, sumpah laknat itu tidak terpakai sebagai bukti dakwaan atau tuduhan.

Benarlah seperti ulas PM yang menyatakan bahawa sumpah laknat itu adalah urusan peribadi mereka yang terbabit. Bukan urusan pemerintah atau urusan Umno.
Lagipun, Datuk Eskay adalah bekas seorang sahabat karib Anwar Ibrahim sendiri. Beliau bukan sahabat DS Najib. 

Hubungan Eskay dengan Anwar sama sepertimana rakan dan sahabat Anwar yang lain seperti Ezam Mohd Noor, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim, Gobalakrishnan dan lain-lain. Kesemua mereka seorang demi seorang meninggal dan mengecam Anwar Ibrahim selaku bekas sahabat kerana sebab-sebab yang hanya mereka sendiri ketahui.

Biarkanlah mereka menegakkan keadilan dan kebenaran. Untuk apa segala tindakan mereka dibantah hinggakan sanggup mencemar kesucian Rumah Allah? Orang mabuk dan orang gila pun tidak pernah buat kacau di masjid.

Maka dengan sendirinya terdedahlah apa yang dikatakan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Jumaat, 29 April 2011

Shazryl Eskay Bersumpah Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar

SUMPAH LAKNAT... Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melafaz sumpah laknat sambil memegang senaskhah Al-Quran di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat, bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pelaku dalam sebuah video seks yang didedahkannya bulan lepas. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim (kanan). Mereka adalah Datuk T yang mendedahkan video itu pada 21 Mac lepas. - fotoBERNAMA
DATUK Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Anwar Ibrahim.

Beliau melafazkan ‘sumpah laknat’ berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr, Bandar Baru Sentul, kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah sambil memegang senaskah Al-Quran.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku," katanya.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga trio 'Datuk T' berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pendedahan video seks yang didakwa mirip Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Sebelum itu, ketiga-tiga trio berkenaan hadir di ruang solat utama kira-kira pukul 4.05 petang dengan memakai baju kalis peluru di dalam kemeja masing-masing.

Mereka kemudiannya menunaikan solat sunat sebelum menyempurnakan niat mengangkat sumpah.

Terdahulu seorang ustaz dipercayai seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi nasihat kepada Shazryl Eskay agar tidak meneruskan sumpah laknat berkenaan kerana menurutnya tidak mengikut hukum Islam.

Selepas Shazryl Eskay menyempurnakan upacara sumpah berkenaan, sekumpulan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang turut berada dalam ruang solat utama berkenaan bertindak menimbulkan kekecohan sambil melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun ketiga-tiga trio berkenaan terus dibawa keluar dari masjid berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Begitulah berakhirnya satu episod drama bertajuk ‘berani kerana benar, takut kerana salah’ mengenai perjalanan hidup seorang pemimpin politik tersohor.

Walaupun pada peringkat awalnya panglima AMK, Sam Ketot mengepalai satu ‘amokan’ di dalam masjid berkenaan selepas solat Jumaat, tetapi kerana ‘kebangangan’ bala tentera Anwar itu, majlis itu berjaya juga dilakukan kira-kira dua jam kemudian.

Tak tahulah apa akan berlaku nanti apabila segelintir tentera ‘Setan Gondol’ membuat onar dan bertindak kasar di rumah Allah berkenaan.

Tanyalah para ulama Islam yang tidak terikat dengan politik kepartian, mengenai perbuatan biadap tentera pembela Anwar Ibrahim itu. Apa pendapat dan pandangan mereka?

ISU VIDEO SEKS: Orang itu tidak perlu 'marah-marah' - Nazri

PEMIMPIN kanan pembangkang yang dikaitkan dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube dinasihatkan supaya tidak 'marah-marah' kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, para pemimpin pembangkang yang lain pula tidak perlulah membuat kenyataan sebelum siasatan selesai kerana dakwaan itu mungkin menguntungkan mereka seandainya polis mendapati ia tidak berasas.

Mengakui isu berkenaan membebankan kerajaan kerana dituduh melakukan konspirasi oleh pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan pihaknya juga tidak boleh bertindak mendahului siasatan rasmi polis.

"Jadi (pembangkang) takut apa, tak usah takutlah, saya rasa tak apalah, mungkin pada peringkat awal ia menyusahkan kerajaan.

"Tetapi kita berminat untuk mencari kebenaran dan akhirnya kebenaran itu akan muncul juga," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bangunan Mahkamah Samarahan di sini, pada Khamis.

Petang semalam, sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman YouTube dan dipaut oleh beberapa laman blog.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membuat laporan polis dan menafikan beliau ialah individu dalam rakaman berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai pendirian pembangkang yang membuat kesimpulan awal bahawa pemimpin kanan itu tidak bersalah, Mohamed Nazri berkata, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau dia buat apa sekalipun, akhirnya (jika) didapati yang pelaku itu orang berkenaan, itu mana boleh dinafikan, dia nak kata orang lain?," katanya.

"Apabila pasti dan diputuskan karakter dalam video itu ialah orang berkenaan, saya rasa kalau dia nak drama pun tak bolehlah, kalau dia... dialah," tegasnya yang mengakui belum menonton rakaman video berkenaan dengan alasan 'geli' untuk berbuat demikian.
- Utusan

SATU MELAYU:
Macam mana tak marah Yop! Semakin hari semakin banyak pendedahan yang dilakukan oleh pihak ‘halimunan’. Sementara kes liwat II di mahkamah masih menghantui beliau. Bela diri atau tidak. Kalau tidak dia akan bebas, tapi kalau kena bela diri bererti ada kes untuknya. Dia tahu apa yang telah dia lakukan.


Manusia bolah saja menipu seluruh makhluk di dunia ini kecuali diri sendiri dan Tuhan.

Biasalah, apabila sesuatu itu terlalu kerap didedahkan, satu demi satu, maka persepsi rakyat tentulah semakin tidak memihak kepadanya. Sedangkan si Mat Jenin itu masih kuat dengan angan-angannya untuk merampas Putrajaya dan Sri Perdana selepas PRU-13 nanti.

Itulah yang membuatkan si polan tak dapat mengawal diri dari menzahirkan kemarahannya. Mana dia boleh tahan. Dia pun makan, minum, tidur dan mempunyai nafsu. Bukannya malaikat...

Mengenai pemimpin-pemimpin lain yang sekandang dengannya, sejak akhir-akhir ini nampaknya mereka dah menyepi diri. Bila kena dengan Papa Nurul Part 2, semakin menyepilah mereka. Terdiam dan terkedu terus tanpa terkata apa....

Apapun, pokok pangkalnya ialah ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

PECAH TEMBELANG: Anwar akui dirinya ‘berdosa besar dan berzina’?

"IKUT hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah.”

Anwar selanjutnya menegaskan bahawa dalam hal seperti itu (bersumpah laknat), orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Demikian kata-kata Anwar Ibrahim yang boleh dianggap sebagai telah mengakui bahawa dia seorang yang berdosa besar dan berzina, ketika menjawab soalan seorang wartawan dalam keadaan gelabah dengan nada marah.

Maksudnya, kerana itulah dia tidak mahu melakukan ‘sumpah laknat’, walaupun telah disarankan oleh banyak pihak, terutama oleh bekas rakan dan sahabat handai yang telah meninggalkannya, bagi menyelesaikan masalah yang jadi polemik kerana penafiannya yang tidak berasas memecahbelahkan rakyat kerana persepsi yang berbeza.

Tidakkah luahan kata-kata dari mulutnya itu bagaikan mengakui dirinya bergelumang dengan ‘dosa besar’ dan ‘berzina’?

Itulah akibatnya apabila seseorang yang dalam keadaan marah yang amat sangat, kata-katanya diluahkan tanpa sedar dan diluar kotak fikiran. Akhirnya, kata-kata itu memakan diri dan tanpa disedari telah menzahirkan apa yang cuba disembunyikan selama ini.

 Walaupun mungkin yang Anwar maksudkan itu dituju kepada peribadi Daruk Eskay yang akan ‘bersumpah laknat’ selepas solat Jumaat, di Masjid Amru al-Asy di Bandar Baru Sentul hari ini.


Bagaimanapun, apabila Anwar sendiri terlalu liat untuk melakukan ‘sumpah laknat’ dalam banyak kes salahlaku yang membabitkan dirinya selama ini, maka tanpa disedarinya alasan untuk dirinya tidak bersumpah adalah kerana beliau berdosa besar dan berzina.

Secara tidak langsung, fahaman ajaran Islam yang jadi amalan Anwar Ibrahim selama ini adalah; jika seseorang itu telah melakukan dosa besar dan berzina, maka tertutuplah peluang untuknya bertaubat atau membersihkan diri dari dosa tersebut.

Pintu taubat telah tertutup untuk Anwar Ibrahim?

Justeru, oleh kerana perbuatan berdosa itu menyeronokkannya, maka terus meneruslah perbuatan itu dilakukannya tanpa mengira waktu dan ketika. Hentam saja semahu-mahunya.... Pendek kata, Anwar berprinsipkan bidalan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’ dalam perbuatan maksiat.

Tak tahulah di mana dan dari siapa Anwar ibrahim mendapat ajaran sedemikian.

Setahu kita semua, selain dosa murtad, tidak ada dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT sekiranya seseorang hamba itu bertaubat nasuha.

Nampaknya kisah songsang Anwar Ibrahim ini semakin hari semakin parah. Lepas satu, satu, sikap dan kelakuan buruknya terdedah melalui pelbagai saluran yang tidak disangka-sangka.

Sekali lagi kita semua tertanya-tanya, apakah semua ini terzahir kerana doa kebenaran yang dipinta oleh umat Islam puak pembangkang melalui solat-solat hajat sebelum ini telah dimakbulkan oleh Yang Maha Berkuasa?

Fikir-fikirkanlah.........
- SM

Phobia dengan pertanyaan tentang ‘DNA dan Sumpah Laknat’, Anwar berang lagi....

ANWAR Ibrahim dalam nada berang hari ini (Khamis) mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Katanya, beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya.

"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.

Anwar yang memberi keterangan untuk kali kedua selepas kali pertama dibuat pada 22 Mac lalu, turut menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah dan dua wakil rakyat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua selain peguamnya, R. Sivarasa.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa pihak polis memberi perlindungan kepada pihak tertentu sehingga klip video seks tersebut sekali lagi tersiar di Internet.

"Penyebaran bahagian kedua klip video ini secara jelas menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan klip itu bebas untuk berbuat demikian tanpa perlu risau dikenakan apa-apa tindakan.

"Hari ini saya memberi keterangan kepada pihak polis yang saya percaya mereka terlibat memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat, jika tidak mustahil bab kedua video ini boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan," katanya.

Anwar turut menuduh TV3, akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Agenda Daily adalah perkakas UMNO murahan dan jijik.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Jelaslah Anwar Ibrahim phobia dengan pertanyaan mengenai DNA dan Sumpah Laknat. Pertanyaan wartawan atau sesiapa sahaja mengenainya menjadikan dia naik angin dan marah-marah sambil mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya diluahkan oleh seorang ‘pemimpin besar’ sepertinya.

Bayangkan kalau yang bertanya itu ialah Wan Azizah atau Nurul Izzah. Sudah tentu pelempang dan penumbuk Anwar naik ke muka.

Siapa yang kenal rapat dengan Anwar, tahu sangat akan sikap ‘baran’ dan ‘naik darah’ yang terdapat dalam dirinya.

Sesiapa yang nak tahu bagaimana baran dan naik darahnya si Anwar ni, cuba tanyakan soalan mengenai sampel DNA dan Sumpah Laknat. Pasti anda akan dapat menyaksikan tindakbalas beliau yang phobia sangat dengan dua perkara itu.

Anwar.... Anwar..... Makin tua semakin teruk....

SURUHANJAYA SIASATAN KEMATIAN TBH: Saksi selesai beri keterangan, prosiding bersambung Selasa

PROSIDING suruhanjaya yang dijadualkan bersidang hari ini tiba-tiba ditangguhkan sehingga Selasa depan dengan alasan saksi-saksi yang sepatutnya memberi keterangan sepanjang minggu ini telah selesai memberi keterangan, Rabu.

Penangguhan itu dimaklumkan oleh seorang jurucakap suruhanjaya kepada pihak media yang berkumpul di luar bilik bicara Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk membuat liputan pada pukul 9 pagi ini (Khamis) selain turut dihebahkan melalui Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa sama.

Ean Yong Hian Wah
Terdahulu, pihak media yang sering hadir membuat liputan mengenai prosiding tersebut berada dalam keadaan tertanya-tanya apabila pintu mahkamah masih berkunci walaupun waktu sudah hampir pukul 9 pagi.

Turut menerima nasib sama ialah peguam M. Manoharan yang dijadualkan memberi keterangan sejak semalam manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang dalam perjalanan ke mahkamah dikatakan berpatah balik selepas dimaklumkan tentang penangguhan itu.

Selain itu adik perempuan Beng Hock, Teoh Lee Lan turut hadir tetapi untuk menemani seorang lagi saksi, Mandy Ooi.

Menyedari pihak media masih lagi berkumpul di luar dewan mahkamah, Pengerusi suruhanjaya terbabit, Tan Sri James Foong Cheng Yuen keluar dari bilik prosiding kira-kira pukul 11 pagi untuk menemui para wartawan bagi menjelaskan perkara sebenar.

Hakim James Foong
Sambil memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, beliau memberitahu, pada hari ini, peguam-peguam dari Majlis Peguam Malaysia hanya membuat temu bual dengan beberapa pegawai dari sebuah syarikat telekomunikasi melalui panggilan telefon.

Ia adalah bagi memastikan sama ada wajar untuk memanggil mereka memberi keterangan berhubung data khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kandungan SMS daripada telefon bimbit beberapa saksi yang terdiri daripada kalangan kakitangan SPRM.

Selain itu, beliau yang ditemani beberapa lagi ahli panel suruhanjaya memaklumkan, ahli keluarga Beng Hock dan pakar-pakar psikiatri yang melakukan temu bual itu telah dijadualkan untuk memberi keterangan pada minggu hadapan.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
- UtusanOnline

Rasuah Di Kalangan Penguatkuasa Punca Pintu Masuk Negara Sering Bolos - SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pegawai penguatkuasa, termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan dipercayai menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Terdapat juga penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram," demikian menurut laporan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Khamis.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

"Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin," menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu, daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini setiap hari dan dianggarkan kira-kira 35 peratus daripada jumlah itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan Imigresen.

"Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen Malaysia adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

"Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800, kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur Imigresen berpunca daripada amalan rasuah," menurut laporan SPRM.

Hasil operasi yang dijalankan, 11 pegawai Imigresen ditangkap dengan keseluruhannya RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai terbabit selain RM117,400 nilai aset disita.

Pesalah imigresen di depot tahanan....
Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gajala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen menyebabkan jabatan itu melaksanakan rombakan besar-besaran termasuk menukar 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain.

Rombakan itu dilakukan bagi memastikan 'jalinan rangkaian' antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke Malaysia dapat dihentikan.

Dalam masa sama, Jabatan Imigresen dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan 'pencerobohan' berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Laporan SPRM 2010 itu turut membongkar isu ketirisan subsidi diesel, dengan segelintir pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dikatakan ditawarkan suapan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ekoran perlakuan penyelewengan.

Ia mendedahkan bahawa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit.

Turut dilaporkan menjadi ejen perantara ketirisan diesel ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

"Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depot kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan.

"Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing kilang atau ke sempadan," menurut laporan itu.

Kerajaan dianggar menanggung kerugian RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun akibat penyelewengan subsidi minyak diesel, berdasarkan anggaran minimum, iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi diluluskan kerajaan untuk golongan nelayan.

Bagi tempoh 2006-2010, kerajaan meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 bilion liter kepada nelayan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Majoriti kakitangan kerajaan adalah kaum Melayu.
Kalau rasuah yang boleh menjahanam dan melingkupkan negara itu berlaku di kalangn kakitangan kerajaan, maka bangsa Melayu sendirilah yang jadi penyebabnya.

Oleh kerana Melayu itu agmanya Islam, dan Islam melarang menerima rasuah, sekali lagi bangsa Melayu jugalah yang jadi penyebab tercemarnya ajaran suci Islam.

Justeru itu, gaya hidup dan kemantapan ajaran Islam sebanar perlu menjadi asas dalam membentuk umat Melayu yang tersesat jalan hidupnya kerana terlalu mengejar kebendaan dalam hidup sementara di dunia ini.

Khamis, 28 April 2011

Kerugian akibat pembalakan haram, curi pasir RM754 juta: SPRM

KERAJAAN dianggar mengalami kerugian kutipan hasil berjumlah RM754 juta akibat aktiviti pembalakan haram dan kegiatan mencuri pasir yang berleluasa sepanjang tahun lalu.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2010, kerajaan dianggar mengalami kerugian hasil kutipan royalti berjumlah RM745 juta akibat kegiatan mencuri pasir dan RM8.95 juta akibat pembalakan haram.

"Dengan anggaran 3,000 lori digunakan mengangkut pasir selama setahun, kerugian boleh mencecah hampir RM600 juta, manakala bagi kes penyeludupan pasir ke negara jiran, anggaran kerugian ditanggung sekitar RM145 juta setahun," menurut laporan itu.

Sepanjang tahun lalu, SPRM menerima sebanyak 410 maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam pengeluaran bahan batuan pasir.

Sebanyak 45 kertas siasatan dibuka yang menjurus kepada 43 tangkapan yang mana 22 daripada mereka dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyelewengan isu pasir.

Sepanjang "Ops Pasir" dilaksanakan, nilai suapan terbabit adalah RM321,528.40, dengan nilai rasuah tertinggi bernilai RM88,000.

Enam orang pula ditangkap kerana rasuah seks.

SPRM, dalam laporan itu turut mendedahkan pemberi rasuah bukan sahaja bertindak menyogok penguatkuasa undang-undang, malah berani mengancam dan mengugut pihak berkuasa.

"Lokasi pengorekan pasir haram milik persendirian dipagar dan dikawal TONTO, yang ada antaranya memiliki senjata api.

"Mereka bukan sahaja mengganggu kerja penguatkuasaan malah berani mengugut dengan mengacukan pistol ke arah pegawai penguatkuasa," katanya.

Dalam kes pembalakan haram, kerugian ditanggung kerajaan itu adalah daripada anggaran nilai balak yang ditebang secara haram dan disita melalui operasi-operasi dijalankan sepanjang "Ops Balak" tahun lalu.

Sepanjang tahun lalu, 10 siasatan terbuka dijalankan daripada 46 maklumat mengenai amalan rasuah berkaitan pembalakan haram.

Jumlah penerimaan maklumat juga meningkat berbanding hanya 32 pada 2009.

Antara operasi yang dijalankan adalah Ops Pembalakan Haram di Johor, Ops di Perak, Pahang, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands, Kedah dan di daerah Hulu Selangor.

Di dalam operasi di Hutan Simpang Bintang Hijau, Lenggong Perak, SPRM menemui 800 batang balak sudah ditebang dianggarkan bernilai RM250,000, manakala di dalam operasi di Hutan Simpang Tersang, Raub, Pahang, hasil siasatan mendapati kayu balak yang dicuri, dijual kepada pembeli dengan harga RM2,500 sebatang.


Dalam operasi di Kedah, SPRM menahan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua renjer hutan, mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah daripada pengusaha balak.

"Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kutipan hasil, tetapi kegiatan yang dijalankan secara berleluasa tanpa kawalan memusnahkan habitat dan ekosistem semula jadi selain mengancam punca pencarian kehidupan Orang Asli akibat aktiviti penggondolan hutan," menurut laporan SPRM itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Daripada laporan ini dapat difahami kenapa pihak tertentu atau kaum tertentu di negara ini begitu memusuhi SPRM. Kepada mereka SPRM menyekat ruang dan peluang mereka meraih kekayaan negara dengan cara yang salah dan melanggar peraturan.

Lebih malang lagi, mereka yang menjadi musuh negara ini mendapat pembelaan daripada parti politik tertentu.

Penggal Parlimen Genap Tiga Tahun, Tiada Lagi Pilihan Raya Kecil

PILIHAN raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas esok memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak diadakan," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.

Tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.


Abdul Aziz bagaimanapun berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

"Sepertimana Parlimen, PRK juga tidak boleh lagi diadakan bagi DUN dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan berakhir, kecuali ada keperluan khas,” katanya.

Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau negeri.

"Jika speaker memaklumkan kepada SPR situasi di mana kerajaan sedia ada tidak boleh lagi membentuk kerajaan kerana hilang majoriti dalam dewan, PRK boleh diadakan.

"Tetapi setakat ini situasi ini tidak pernah berlaku. Walaupun di Dewan Rakyat kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga, tetapi masih mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu empat bagi kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.

Perincian perbelanjaan bagi setiap pilihan raya kecil ialah Permatang Pauh (RM409,000), Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367.93), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.290 juta), Galas (RM1.047 juta), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Ditanya persediaan SPR untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Abdul Aziz berkata badan itu belum bersedia sepenuhnya sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

"Pilihan raya umum ini perkara serius, banyak benda yang perlu kita sediakan, kita harap tidaklah diadakan secara mengejut-mengejut.

"Kita perlukan masa. Pilihan raya umum bukan perkara main-main, ia perkara serius dan banyak yang perlu kita lakukan," katanya tanpa menjelaskan maksud 'masa terdekat'.

Bagaimanapun beliau meminta masyarakat umum tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pilihan raya umum memandangkan kerajaan masih mempunyai banyak masa sebelum tempoh mandatnya berakhir.

"Kerajaan sekarang ada tempoh dua tahun lagi sebelum mandat berakhir pada April 2013, biarlah kerajaan sekarang mentadbir negara, mereka ada lima tahun," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Pilihan Raya bukannya satu pesta.....
Sewajarnya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak diadakan dalam masa terdekat. Ada banyak agenda negara di bawah pimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang perlu diutamakan dan disusunatur dengan lebih teratur supaya kesannya dapat dirasakan rakyat sepenuhnya.

Apa perlunya diadakan PRU kalau keberadaan kerajaan sekarang dianggap stabil dan segala keraja yang dirancangkan tidak terganggu kerana tiadanya PRU.

PRU bukannya pesta macam ‘sure heboh’.

ISU VIDEO SEKS: Eskay mahu sumpah laknat bersama Anwar esok di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.

DATUK Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' yang bertanggungjawab terhadap kontroversi video seks melibatkan pemimpin pembangkang, sedia bersumpah laknat pada Jumaat.

Beliau berkata, sumpah berkenaan akan dibuat bertujuan bagi memperakui dakwaannya sebelum ini bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

"Mengenai identiti sebenar pelaku video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku itu adalah Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan juga dalam paparan video berkenaan," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Selain itu, Shazryl Eskay turut mencabar Anwar untuk bersumpah laknat bersamanya sekiranya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu masih menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks berkenaan.

Sumpah laknat berkenaan akan dibuat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul.

Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah dua lagi rakan trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Ditanya sama ada kesemua mereka akan bersumpah laknat, Shazryl Eskay berkata beliau akan mewakili trio 'Datuk T' untuk melakukannya.

Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata pihaknya sedar balasan yang bakal mereka terima sekiranya pendedahan video seks berkenaan merupakan satu fitnah.

"Kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan, kami sedar apakah balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah.

"Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting rakyat di negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini," katanya.

Shazryl Eskay yang juga seorang ahli perniagaan berkata beliau dan dua lagi rakannya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan berkenaan bagi membuktikan kebenaran.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan untuk menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan kami sendiri.

"Dengan nama Allah, Rasulullah (saw), rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diserahkannya kepada polis pada Rabu, Shazryl Eskay berkata beliau menyerahkan calitan air liurnya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Kalau dah Eskay mengaku dia ada sama dalam video berkenaan pada peringkat mukadimah kisah, iaitu sebelum beliau mening-galkan Anwar dengan China Doll berkenaan, apa alasan kukuh Anwar nak nafi yang dalam video itu bukannya dia?

Apa hujah Nurul Izzah dan Wan Azizah serta pemimpin-pemimpin pembangkang lainnya menolak pelaku lelaki dalam video seks itu bukannya Anwar?

Sekarang Datuk Eskay sanggup bersumpah laknat mengatakan bahawa pelaku lelaki dalam video itu adalah Anwar Ibrahim. Bagaimana dengan Anwar? Sanggupkah dia bersumpah laknat menafikan itu bukan dia?

Kantoooiiiiii!
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog