Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 11 Jun 2011

“Pas berbohong: Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” – Isa Samad.

PAS telah melakukan pembohongan apabila mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sejak sekian lama Pas mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga menimbulkan perdebatan dengan UMNO, tetapi kini ia mengetepikan perjuangan tersebut.

“Berapa lama Pas bersumpah hendak jadikan Malaysia negara Islam, (sampai) berbuih mulutnya. Minggu lepas sudah tak jadi pula.

“Cuba anda semua tengok. Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 berkata, parti tersebut memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu.

Mohd. Isa berkata, rakyat sewajarnya memikirkan dengan serius siapa yang paling layak antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hadi atau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, bakat atau kehebatan Abdul Hadi bercakap mengenai soal ekonomi atau negara bangsa kelihatan tidak menonjol, manakala Anwar pula dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Sehubungan itu, katanya, BN perlu menang bukan kerana gilakan kuasa, tetapi bagi memastikan negara ini yang dibentuk sejak berpuluh tahun lalu terus ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak.

Mohd. Isa juga menyeru ahli UMNO supaya sentiasa menyokong parti dan BN dalam apa juga keadaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sikap buruk seperti merajuk atau mensabotaj parti apabila tidak dicalon atau calon kegemaran masing-masing tidak terpilih mesti diketepikan.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Dulu, kerana ‘Amanat Haji Hadi’, Ibrahim Libya dan beberapa pengikut Pas sanggup menyerang Polis hingga terbunuh. Kononnya kerana memperjuangkna Islam dan Negara Islam.

Kini, kerana ‘Anwar Ibrahim’, Hadi bawa Pas keluar daripada memperjuangkan Islam dan negara Islam untuk memastikan Pas disokong oleh pengundi-pengundi kaum Cina pada PRU-13 nanti.

Matlamatnya satu iaitu memastikan ‘Pakatan Haramjadah’ menang dan Anwar Ibrahim berjaya diangkat jadi Perdana Menteri ke tujuh.

Bolehkah Anwar jadi PM kalau sebelum PRU-13 dia merengkok di penjara kerana kes meliwat Saiful?

Apabila Anwar tak boleh, siapa yang akan jadi PM menggantikan Anwar kalau bukan Abdul Hadi Awang?

Bila Hadi jadi PM, tidak mustahilkah dia akan tukar semula dasar perjuangan Pas kepada memperjuangkan Islam? Kalau label Islam pada Pas boleh dicampak bila tidak diperlukan, tidak mustahilkah akan diguna semula ketika Hadi mahu mengekalkan kuasanya sebagai PM?

Bila 'berbohong' dah jadi amalan, bila-bila masa dia boleh berbohong dalam semua hal dan urusan....

Rabu, 8 Jun 2011

Bangunan Ibu Pejabat PKR Dilelong Esok

BANGUNAN yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini akan dilelong sekaligus menjadikan parti itu tanpa pejabat.

Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Katanya, lelongan akan bermula pada harga RM460,000 hingga RM1 juta bagi setiap unit, bergantung kepada lokasi unit dalam bangunan berkenaan.
sa
Bendahari PKR....

Meskipun Leong pernah memberitahu Malaysiakini bahawa PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu tetapi jelasnya, ia bergantung kepada harga yang ditawarkan itu.

“Ada keputusan daripada pucuk pimpinan parti tetapi ia bergantung kepada harga,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa yang sama kata Leong, belum ada pihak yang memaklumkan kepada PKR bahawa mereka berminat membeli bangunan berkenaan.

Namun katanya, seorang peguam parti itu akan dihantar bagi memantau lelongan itu dan membuat bidaan jika perlu.

Buat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara RM10,000 hingga RM20,000.

Bagaimanpun, pemilik bangunan itu dikatakan telah gagal membayar ansuran pinjamannya dan bank mahu melelong 10 rumah kedai milik syarikat berkenaan.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Apakah lelongan bangunan ini juga tidak dikaitkan oleh PKR sebagai satu lagi konspirasi Umno terhadap parti itu? Selalunya apabila ada sesuatu hal buruk yang menimpa pembangkang, Umno/BN akan dituduh mendalanginya.

Selasa, 7 Jun 2011

Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret Ke Mahkamah

BELUMPUN reda kes jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di Seremban Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengheret seorang pemain Terengganu ke muka pengadilan atas tuduhan sama dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali enggan mendedahkan identiti pemain bola sepak itu memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya tidak dapat mendedahkan pemain itu datang dari liga mana kerana kes itu belum dibawa ke mahkamah.

Datuk Mustafar Ali
"Bagaimanapun saya telah menghubungi Pengarah SPRM Terengganu dan dimaklumkan kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang jurulatih pasukan T-Team mendakwa seorang pemain yang memiliki RM27,000 di dalam akaunnya mengaku amaun tersebut adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan pada tahun lalu.

Jurulatih itu memberitahu, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba merosakkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Gejala rasuah di kalangan pemain bola sepak negara sememangnya menjadi buah mulut di kalangan peminat sukan tanahair sejak dulu lagi.

Antara mereka yang pernah dikaitkan adalah bekas pemain tengah kebangsaan, Azizol Abu Hanifah dan Karim Pin yang sehingga kini masih dihalang terbabit dalam sebarang liga atau kejohanan anjuran FAM.

Beberapa nama lain yang turut didakwa terlibat dengan gejala itu adalah bekas pemain Kedah, Norazam Ishak dan Faridzuan Che Hamid, serta dua bekas pemain Pulau Pinang, Aziz Azizan dan Jalani Wilastra.
- mStar

SATU MELAYU:
Selain pemain dan pengatur perlawanan, yang paling penting diberkas, didakwa dan dirampas harta mereka ialah tauke-tauke judi bola atau mereka yang dikenali sebagai bookie itu.

Yang buat duit bookie, yang kena cekup beberapa kerat pengatur perlawanan terdiri dari anak-anak Melayu.

Kalau tauke-tauke judi bola itu tidak dihapuskan, sampai bila pun kegiatan haram ini tidak akan berjaya dicegah sepenuhnya.

Sukan bola sepak negara ini akan jadi hambar dan pemain-pemain yang benar-benar berbakat tidak akan mampu diserlahkan.

Video seks sebagai bahan bukti: Majlis Fatwa Diminta Beri ketetapan....

MAJLIS Fatwa Kebangsaan diminta mengeluarkan ketetapan sama ada rakaman video seks boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah bagi meredakan isu berkenaan yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakkan isu video seks itu terus menjadi polemik serta dipolitikkan pihak berkepentingan seperti dilakukan Pas baru-baru ini.

"Dalam perkara ini biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan menentukan adakah video ini boleh dijadikan bahan bukti kerana dalam Islam perlukan empat saksi dan saksi itu mestilah saksi yang beriman.

"Saksi beriman ini adalah subjektif, adakah mereka yang sembahyang lima waktu sahaja atau mereka yang melakukan solat sunat melebihi orang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa sembahyang sunat lebih daripada orang lain, bukan berdasarkan dahi yang hitam," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan pada Isnin. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid mengulas pendirian Pas yang mendakwa rakaman video seks dikaitkan dengan Anwar sebagai satu fitnah dan tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah kerana tidak mempunyai mata serta telinga.

Ketika menutup Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesuatu klip video tidak boleh dijadikan bukti kerana parti tersebut berpegang kepada konsep empat saksi terutama dalam kes liwat dan zina.

Dalam pada itu Khalid menegaskan, penggunaan video seks itu sebagai bahan bukti akan ditentukan di mahkamah menurut Akta Keterangan sekiranya terdapat sebarang kes mengenainya.

"Sama ada bahan itu boleh dipakai atau tidak, mahkamah akan menentukannya dengan dipandu oleh Akta Keterangan, kita mesti rujuk kepada undang-undang," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau Majlis Fatwa keluarkan fatwa pun orang Pas terutamanya para pemimpin jenis Asabiyah tu bukannya nak pakai.... Mereka hanya akan guna kalau fatwa itu menguntungkan puak dan politik mereka. Kalau tidak, jangan harap mereka nak iktiraf.

Pemimpin Pas dan juak-juaknya yang selama ini diasuh dengan didikan Asabiyah hanya akan dengar apa kata Nik Aziz yang tersangat tinggi ilmu agamanya mengatasi segala manusia yang ada di dunia ini.

Peliknya, Nik Aziz yang dianggap bagaikan memegang kunci syurga itu tergila-gila pulak nak letakkan Anwar Ibrahim jadi Perdana menteri Malaysia di Putrajaya.

Apakah Putrajaya itu jauh lebih hebat daripada syurga yang dikilik Nik Aziz?

Golongan Anwarinas: UMNO tak bimbang, malah Pas semakin mudah ditewaskan....

UMNO tidak bimbang dengan penguasaan kumpulan Anwarinas atau golongan profesional dalam Pas malah, yakin tugas untuk menewaskan parti itu pada pilihan raya umum akan datang semakin mudah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih bimbang sekiranya golongan ulama menerajui parti itu kerana golongan tersebut mendapat sokongan rakyat berbanding profesional.

"Kami tidak bimbang malah, ia memudahkan tugas kita pada pilihan raya umum nanti. Kami lebih bimbangkan kepimpinan ulama kerana sedar masih wujud elemen dalam masyarakat Melayu bahawa perjuangan Pas untuk negara Islam adalah betul.

"Sekiranya mereka masih mengekalkan kepimpinan ulama, kami akan menghadapi perlawanan yang sukar dan sengit tetapi apabila pucuk pimpinan beralih kepada golongan profesional, kami yakin tugas akan menjadi semakin mudah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemberian biasiswa 1Malaysia Development Bhd., di Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau ditanya mengenai kepemimpinan baru Pas yang kini dikuasai oleh golongan profesional atau kumpulan Anwarinas pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pas akhirnya mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam membangunkan negara selama ini adalah tepat.

Katanya, kini Pas mengalihkan perhatian mereka untuk membina sebuah negara berkebajikan walaupun sebenarnya konsep tersebut telah dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak 60 tahun lalu.

"Kita sudah laksanakan konsep negara yang menjaga kebajikan rakyat 60 tahun lalu sedangkan mereka mula sedar mengenai perkara tersebut pada muktamar parti itu yang ke-57," jelasnya.

Menurut Mohamed Nazri, tujuan utama Pas mengubah konsep perjuangannya daripada pembentukan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan adalah kerana parti itu yakin akan memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Ahli-ahli parti itu kini begitu dahagakan kuasa dan yakin akan memenangi pilihan raya akan datang. Oleh itu, mereka berusaha mengubah pendekatan perjuangan dengan cuba memberi keutamaan kepada rakyat seperti yang telah lama dilaksanakan oleh UMNO," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kebajikan apa yang dimaksudkan Hadi? Dia ingat rakyat tak cerdik macam dia ke?

Kebajikan apa yang Pas berikan kepada para peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Baharu? Kebajikan jenis apa yang Hadi telah buat semasa menjadi MB Terengganu apabila semasa berkuasa semua Tabika/Tadika dan Kelas Kemas ditutup dan dikunci premisnya?

Kebajikan apanya yang diberikan Pas Kedah kepada UUM apabila berkeras menaikkan kadar cukai tanah institusi  yang mendidik anak bangsa itu baru-baru ini?

Pendek kata terlalu banyak bukti ‘tidak ada kebajikan’ yang telah ditonjolkan Pas. Malah, yang rakyat nampak dan alami ialah ‘menyiksa rakyat’ kerana dendam kesumat terhadap Umno/BN.

Yang mungkin boleh diterima oleh rakyat sebagai kebajikan hanya satu, iaitu kebajikan oleh pemimpin Pas yang bermati-matian membutakan mata, memekakkan teliga serta mengkembiri minda sendiri kerana menyokong Anwar Ibrahim dalam isu salahlaku seks yang kronik. Kebajikan untuk rakyat tak pernak ada dan tidak terbukti pun....

Pi mabuklah Hadi....

Isnin, 6 Jun 2011

Jurulatih Bola Sepak Dituduh Rasuah

Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Seksyen di sini, Isnin. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan di antara 19 hingga 22 April lepas. Yusarman di bawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan.- Foto BERNAMA
JURULATIH pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen Seremban, Isnin.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.
Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.

Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.

Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pada 5 petang 22 April lepas, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada 9 malam 19 April lepas dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan dibantu Jasmi Buang manakala Yusarman diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.
Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan Yusarman diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan kes.
- Bernama

SATU MELAYU:
Biasanya dalang sebenar disebalik ‘judi bola’ di negara ini adalah tauke-tauke judi yang namanya pun tauke. Puak Melayu hanya jadi tukang atur atau balaci kepada tauke judi yang kaya raya mengaut keuntungan melalui kegiatan judi bola itu.

Yang kaya tauke Cina, yang jadi balaci Melayu. Dahlah dapatnya tak seberapa, kena cekup pulak.

Apa nak buat dah jadi tabiat orang Melayu, nak melakukan kerja jahat pun terpaksa bertauke. Nak buat sendiri tak mampu. Bila kena cekup sendiri yang merana. Tauke Cina tetap terlepas dan kakayaannya semakin bertambah hari demi hari.

Melayu.... Melayu.....

Hadi fikir dia akan ganti Anwar jadi PM Pakatan - Nazri

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Anwar Ibrahim dan bakal Perdana Menteri.

Nazri berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.

Selain ketiga-tiga Naib Presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya.


KES LIWAT II: Permohonan Kali Ketiga Anwar Agar Hakim Tarik Diri Ditolak, tapi tangguh dapat juga........


ANWAR Ibrahim hari ini gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zabidin Mohd Diah supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan liwat yang sedang berjalan.

Pada mulanya, mahkamah hari ini dijadual mendengar kes pembelaan dan Anwar dijangka menjadi saksi pembela yang akan dipanggil.

Bagaimanapun, mahkamah perlu mendengar permohonan Anwar terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan kes pembelaan.

Hakim Mohamed Zabidin dalam menolak permohonan Anwar mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga membenarkan permohonan melalui peguamnya Karpal Singh menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan hari ini dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan.

Karpal berkata beliau akan memfailkan satu notis rayuan tengah hari Isnin.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara 11 Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa keputusan yang dibuat semasa perbicaraan tidak boleh dirayu.

Ini merupakan permohonan Anwar bagi kali ketiga supaya Hakim Mohamed Zabidin menarik diri selepas dua permohonan sebelum ini semasa kes pendakwaan ditolak hakim.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.

Dakwaan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun penjara dan sebatan.

Sebelum itu, Karpal dalam hujahnya untuk memujuk hakim supaya membenarkan permohonan itu berkata terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan lebih awal apabila memutuskan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan seorang saksi yang boleh dipercayai pada akhir kes pendakwaan.

Karpal berkata mahkamah telah tersalah arah berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan mengenai permohonan ujian penilaian maksimum kepada keterangan oleh Mohd Saiful, dan oleh itu, hakim adalah bersalah kerana membuat keputusan lebih awal dan berat sebelah.

Mohamed Yusof menjawab bahawa Anwar membuat permohonan itu bagi melambat-lambatkan perbicaraan.

"Beliau telah nampak peluang. Ini merupakan peluang kamu untuk memberi versi kamu kepada orang ramai, apapun, ini merupakan peluang kamu untuk membela atas sumpah," kata Mohamed Yusof yang menyebabkan Anwar yang berada di kandang saksi mencelah "bila...bila".

Mohamed Yusof juga berkata ini merupakan permohonan ketiga Anwar dan ia mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records kerana beliau tidak tahu mana-mana kes lain apabila pihak pembela secara konsisten memohon supaya hakim mengundur diri.

Beliau berkata tiada apa yang salah apabila hakim memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangan Mohd Saiful selari dengan keterangan saksi-saksi pakar.

Mohamed Yusof berhujah bahawa pihak pembela hanya bergantung kepada satu perenggan daripada 180 perenggan dalam penghakimman untuk menyatakan bahawa hakim telah membuat keputusan lebih awal dan jika perenggan itu dibaca dengan salah, ia mungkin membawa tafsiran bahawa hakim telah membuat keputusannya.

Karpal menjawab bahawa pihak pembela tidak melambat-lambatkan perbicaraan dengan menyatakan bahawa hanya terdapat lima saksi yang telah ditemu bual oleh pihak pembela dan mereka bukan saksi-saksi material.

"Anwar tidak takut untuk memberi keterangan tetapi apa yang dikhuatirkan sama ada dia akan mendapat perbicaraan yang adil," katanya.

Beliau berkata pihak pendakwa masih belum mengemukakan saksi iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk pihak pembela menemu bual mereka.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tangguh lagi! Kalau tak bersalah dan berani kerana benar, jelaskanlah segala fakta dan bukti yang menungjukkan tertuduh tak bersalah. Ada peluang tak mahu digunakan....

Asyik dok tangguh jer... sampai bila rakyat boleh dengan jawapan balas Anwar mengenai tuduhannya yang kononnya tidak bersalah dan semuanya adalah konspirasi Umno?

Tuduhan Bersubahat Dengan Khir Toyo: Pengarah Ditamas Dilepas Dan Dibebas

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Isnin melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Pihak pendakwaan tidak bercadang untuk meneruskan pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap Shamsuddin. Bagaimanapun, pertuduan ke atas Dr Mohamad Khir Toyo akan diteruskan di bawah akta sama. Justeru, saya memohon peruntukan pembebasan dan pelepasan dimasukkan terhadap Shamsuddin," katanya.

Mengikut pertuduhan, Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan bekas Menteri Besar itu, untuk melakukan ksalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Dr Mohamad Khir, yang menjawat jawatan Menteri Besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada perbicaraan kes itu pada Isnin, Mohtarudin membenarkan permohonan peguam Dr Mohamad Khir, M. Athimulan, untuk menangguhkan perbicaraan itu sehingga Rabu ini atas alasan beliau (Athimulan) terpaksa mendapatkan beberapa dokumen penting daripada pendakwaan berhubung kes itu.

Selain itu, beliau juga berkata pihaknya terpaksa mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya (Dr Mohamad Khir) berhubung tuduhan yang dihadapinya memandangkan ada perkembangan baru dalam kes itu (penarikan balik pertuduhan ke atas Shamsuddin).

Pada perbicaraan hari Isnin, selain Athimulan, Dr Mohamad Khir diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Shamsuddin pula diwakili peguam Datuk C.Vijaya Kumar dan Tan Hock Chuan.

Perbicaraan ini turut dihadiri Dr Mohamad Khir dan isterinya, Zahrah.
- BernamaOnline

Pas terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam....

Prof. Madya Mohd Noor Deris
PAS kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih.

Mohd. Noor berkata, perkembangan itu juga menunjukkan ini adalah peluang terbaik barisan ulama Pas untuk bermufarakah dengan parti itu dan menyertai beliau untuk memperjuangkan Islam di luar Pas.

"Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat.

"Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Ahad.

Mohd. Noor berkata pakatan ahzab jika dirujuk dalam al-Quran merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad di Madinah suatu ketika dulu dan pakatan tersebut telah wujud di negara ini sekarang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Kalau di muktamar ke-57, Datuk Dr. Harun Din dedahkan bagaimana Suara Keadilan memutarbelitkan kenyataannya mengenai halal/haram membaca akhbar Utusan Malaysia, kini Prof. Madya Mohd Nor Deris yang terkenal lantang mengkritik Nik Aziz pula melabelkan parti itu bagaikan kumpulan Ahzab di zaman Rasulullah.

Kekalahan teruk golongan ulamak dalam kepimpinan Pas pada pemilihan di muktamnar minggu lalu itu jelas menjadi isu hangat yang menarik perhatian para ilmuan Islam di negara ini.

Tidak mustahil lebih ramai lagi tokoh ulama yang pernah bersama Pas satu ketika dulu akan membuat kenyataan kurang senang mengenai halatuju perjuangan Parti jenama Islam itu setelah melihatkan barisan kepimpinan terkini yang dilihat bukan dari kalangan berpendidikan agama.

Lebih teruk lagi ada yang berpendapat ada antara mereka yang terpilih itu agak kurang baik akhlaknya.

Kalau Umno pernah melalui zaman perpecahan sesama sendiri kerana pemimpin-pemimpin tertentu yang tersasar perjuangannya, apakah tidak mungkin kini Pas pula menerima nasib serupa? Kedua-dua Umno dan Pas adalah parti politik terbesar umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Tidak mustahil ada tangan-tangan ghaib yang mahu memecahbelahkan orang Melayu yang berjuang atas nama Islam demi mencapai matlamat meruntuhkan perpaduan umat Melayu/Islam di semua lapisan.

Setelah Melayu Pas dan Umno dilagakan semahu-mahunya hingga ada yang tidak bertegur sapa kerana fahaman politik, kini tiba giliran Pas itu sendiri dipecahbelahkan pula dari dalam.

Haron Din tampil pertahan Utusan daripada fitnah Suara Keadilan....

KETIKA Utusan Malaysia diserang kiri dan kanan sepanjang muktamar Pas, muncul Datuk Dr. Haron Din menentang arus apabila beliau mempertahankan akhbar itu yang difitnah akhbar Suara Keadilan.

Timbalan Mursyidul Am Pas itu berkata, Suara Keadilan sengaja memutar-belit kenyataannya bagi memburuk-burukkan Utusan Malaysia dengan menuduh kononnya, beliau mengeluarkan fatwa haram membaca akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh itu.

“Akhbar ini (Suara Keadilan) telah menyiarkan berita muka hadapan ‘Membaca Utusan Malaysia haram: Haron Din’. Bila keluar begitu, memanglah pihak Utusan tidak senang dan apabila mereka menghubungi, saya kata tidak.

“Tidak mungkin semudah itu bagi saya untuk mengeluarkan fatwa bahawa membaca Utusan haram. Akhirnya Utusan tanya adakah saya bercadang nak saman (Suara Keadilan) dan saya kata sedang dalam fikiran.

“Kemudian bertalu-talu telefon daripada Suara Keadilan, mereka minta maaf kerana silap lapor dan kemudiannya betulkan balik bahawa saya tidak pernah berkata demikian,” katanya semasa menyampaikan ucapan pengulungan sempena Muktamar Pas Ke-57, Ahad.

Pada 26 April lalu, Suara Keadilan memutar-belit kenyataan Haron dengan melaporkan kononnya hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram dengan alasan ia menyebarkan fitnah.

Sementara itu, menyentuh mengenai cadangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu agar Majlis Syuara Ulama Pas diberi kuasa audit bagi menilai setiap pemimpin parti itu, Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut.

Katanya, inilah kali pertama satu syor yang jelas disuarakan oleh pucuk pimpinan mengenai bagaimana hendak memperkasakan Dewan Ulama kerana sebelum ini para perwakilan hanya memberi pengharapan dan bukan cadangan.

“Sepanjang ini hanya perkataan itulah yang kita dengar, perkasakan Majlis Syura Ulama tetapi jarang kita dengar apakah cadangan daripada ahli, apa lagi yang perlu dibuat Majlis Syura ulama melainkan yang kita baru dengar sekejap ini,” jelasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apa yang diucap dan dijelaskan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas ini sudah tentu tidak menyenangkan pemimpin tertentu dalam Pas.

Kalau ditanyakan apa pandangan mereka, pasti nanti akan dijawab; “Itu pandangan peribadi, bukannya pandangan Pas”.

Sama-sama kita semua nantikan sejauh mana Datuk Harun Din yang pakar dalam selok-belok makhluk halus atau jin itu mengeluarkan pendapat peribadinya selepas ini. Yang penting apa pula tindakan Anwar Ibrahim terhadapnya....

Ahad, 5 Jun 2011

Kerana Kuasa dan Dendam, manusia sanggup gadaikan maruah diri, bangsa dan agamanya.... Hadi bagikan Pak Kadok?

Pelukan Hadi-LKS atau PAS-DAP hanya terkabul setelah lebih 20 tahun....
PEPATAH Melayu menyebutkan: “Menag sorak, kampung tergadai.

Susulan kepada peribahasa itu, cerita dongeng Melayu mengkisahkan perihal Pak Kadok yang telah menjualkan ayam laganya untuk ditukar dengan ayam raja. Ayam Pak Kadok jadi milik raja dan ayam raja menjadi milik Pak Kadok.

Maka dilagakanlah kedua-dua ayam itu. Dengan tangkas dan gagahnya, ayam Pak Kadok yang bertukar tangan jadi milik raja membelasah ayam raja yang jadi milik Pak Kadok. Akhirnya, ayam raja menang.

Malangnya, kerana kebangangan Pak Kadok, ketika ayam-ayam itu berlaga dia terkinja-kinja melihatkan ayam beks miliknya membelasah ayam raja. Dia terlupa bahawa ayamnya itu telah dijual kepada raja sebelum pertarungan.

Akhirnya, Pak Kadok yang hanya berpakian terbiat dari kertas bogel kerana pakaiannya berkoyak satu demi satu ketika terkinja-kinja melihatakan ayam yang pernah jadi miliknya itu menang.

Setelah sedar dirinya tertipu kerana kebodohannya menukarkan ayam miliknya sebelum itu, maka terkedulah dia dan lari membawa diri dengan telanjang bulat.

Demikian, kisan dongeng rakyat yang penuh pengajaran pernah direkacipta oleh bijakpandai terdahulu dalam mengkiaskan kebodohan dan kejahilan seorang insan yang dinamakan Pak Kadok.

Pengajaran dalam kisah ini ialah bagaimana Pak Kadok terpedaya dengan pujian dan janji manis kumpulan musuh, iaitu raja yang mengajaknya berlawan ayam dengan kampung halaman jadi taruhannya. Apabila ayam Pak Kadok yang ditukar dengan penuh muslihat itu kalah, maka tergadailah kampung halaman Pak Kadok kepada raja.

Oleh kerana cerita dongeng ini di namakan dongeng Melayu, maka sudah tentulah kisahnya itu ditujukan khas kepada keturunan Melayu untuk dijadikan pengajaran.

Malangnya, di zaman moden dan serba maju ini ciri-ciri kebangangan Pak Kadok masih berlaku di kalangan orang Melayu. Kerana terlalu ghairah untuk menang pilihan raya dan berpeluang jadi pemimpin bawahan sahaja, maka ayam laga yang baik dan kuat ditukar ganti dengan ayam lemah milik musuh agama, bangsa dan negara.

Begitulah analogi yang paling tepat untuk dipadankan dengan pimpinan Pas yang pada Muktamar ke-57nya menukar dasar perjuangan daripada slogan menegakkan ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Kebajikan’, sepertimana yang telah diumumkan oleh Presidennya, Abdul Hadi bin Awang.

Ekoran itu, pelbagai analisis berlegar berikutan keputusan pemilihan Pas sempena Muktamar Agung parti itu. Kekalahan golongan ulama paling hangat diperkatakan. Yang terserlah kejayaannya ialah kumpulan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau ‘Anwarinas’ yang diketahui menjadi pendokong aspirasi DAP.

Pasti ramai yang tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu. Desas-desus mengenai gerakan menjayakan pengaruh Anwar sudah kedengaran sejak tahun lalu. Dengan kata lain, perancangan mengenainya telah lama dibuat melibatkan PKR dan DAP untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Pas.

Maka orang yang paling puas dan gembira ialah Anwar dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang. Kedua-duanya boleh senyum lebar dalam tidur kerana percaturan mereka menjadi kenyataan.

Hakikatnya, orang yang paling berkuasa dalam Pas sebenarnya adalah Anwar. Kedua, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan ketiga barulah presidennya, Hadi Awang.

Apatah lagi, Hadi telah lama hilang cengkaman. Beliau menjadi Presiden Pas paling lemah sehingga elemen luar mudah meresapi dan mencorakkan parti. Belum pernah berlaku dalam sejarah, Pas begitu tercemar teruk dengan pengaruh asing.

Hadi seperti juga Nik Aziz tunduk kepada strategi Kit Siang melalui Anwar. Kedaulatan Islam bukan menjadi tonggak perjuangan sebaliknya ego dan nafsu politik menguasai diri.

Isu moral Anwar selaku ketua pembangkang langsung tidak disentuh oleh Hadi dalam ucapan dasar yang membawa mesej Pas berkompromi kepada salah laku seks yang berulang. Ramai yang percaya takkan ada parti Islam lain di dunia yang berpendirian seperti Pas dalam isu moral yang serius seperti itu.

Hadi juga melepaskan kesempatan terbaik untuk mengupas isu-isu kritikal berkaitan kepentingan Islam, sebaliknya mengalih perhatian dengan menghentam UMNO. Beliau telah memberikan isyarat yang salah kepada seluruh umat Islam yang mengharapkan pemikiran strategik Pas demi kekuatan politik Islam.

Ternyata Hadi dan Nik Aziz terus membenarkan Pas diperalatkan oleh DAP yang tidak mahu Islam dominan menerusi agenda memperjuangkan kesamarataan. Ia adalah penghinaan dan sabotaj kepada agama Islam itu sendiri.

Namun ahli Pas yang waras boleh berasa lega sedikit kerana ada beberapa tokoh Pas terutama Ketua Dewan Ulama, Harun Taib masih berani mempertahankan jati diri Pas serta tidak mahu parti itu mengikut telunjuk komponen dalam pakatan pembangkang.

Biarpun golongan ulama kelihatan kecundang, ramai yang percaya mereka akan bangkit kemudian hari. Masih ramai ahli dan penyokong Pas di akar umbi yang mendokong ulama sebagai teras perjuangan.

Majoriti umat Islam di negara ini juga sedia membuat perhitungan terhadap Pas pada pilihan raya umum akan datang sebagaimana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Ternyata kini Pas menjadi parti yang makin gagal membawa denyut nadi umat Islam.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog