APA dah jadi? Dalam keadaan pihak kerajaan berusaha keras mengawal kenaikan harga barang, tetiba FAM pulak bertindak sebaliknya. Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia melonjak kepada RM50 sedangkan pada pertandingan tahun lalu tiketnya berharga RM30.
Ekoran itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu.
Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan.
‘‘Saya tidak akan terlalu kecewa sekiranya ia diumumkan lebih awal, kenaikan harga tiket secara mendadak ini akan menimbulkan kemarahan peminat yang merancang melihat perlawanan akhir secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan.
‘‘Lebih-lebih lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mutunya dipertikaikan sebagai bukan padang yang terbaik,” katanya.
FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi semua peminat sukan yang ingin menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Ketika Piala Malaysia sebelum ini yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, FAM perlu mengkaji pendekatan penjualan tiket terbaru yang diamalkan di luar negara termasuk kaedah jualan tiket guna Internet yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR).
‘‘Pihak QPR umpamanya telah memperkenalkan kaedah jualan tiket yang mirip kepada penjualan tiket kapal terbang AirAsia di mana peminat yang membeli tiket lebih awal akan mendapat diskaun lebih besar.
‘‘Indonesia pula menyediakan pelbagai jenis tiket dengan harga yang berlainan, ini kerana terdapat peminat yang sanggup beli tiket murah dan duduk di tempat yang tidak strategik semata-mata untuk memberi sokongan dan merasai suasana di stadium,” katanya.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
FAM dan melampau....
Agaknya para pentadbir FAM tidak mahu penonton datang beramai-ramai ke stadium.
Oleh itu peminat dan penyokong pasukan ‘Jang’ dan ‘Awang’ carilah mana-mana kedai mamak yang ada skrin tv besar untuk tonton beramai-ramai.
Tak payahlah bersusah payah ke Stadium Shah Alam.
Biarkan hanya pegawai FAM serta pegawai dari dua pasukan yang bertanding sahaja yang menonton....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan