Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUKAN. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Naik 70%.... Stadium mungkin kosong....

Penyokong pasukan Terengganu menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan yang mahal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
SEBAHAGIAN daripada penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan memegang poster sebagai tanda protes harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijual mulai hari ini di Wisma PBNS di Seremban, hari ini. Segelintir peminat bola sepak berang dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menaikkan harga tiket sehingga RM50 bagi semua tempat duduk.
APA dah jadi? Dalam keadaan pihak kerajaan berusaha keras mengawal kenaikan harga barang, tetiba FAM pulak bertindak sebaliknya. Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia melonjak kepada RM50 sedangkan pada pertandingan tahun lalu tiketnya berharga RM30.

Ekoran itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang terkejut dengan peningkatan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak hampir 70 peratus mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula keputusan itu.

Beliau yang kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut turut mengingatkan FAM bahawa peminat perlu diutamakan di mana kehadiran peminat yang ramai akan memudahkan pihak penganjur sukan mendapat tajaan.

‘‘Saya tidak akan terlalu kecewa sekiranya ia diumumkan lebih awal, kenaikan harga tiket secara mendadak ini akan menimbulkan kemarahan peminat yang merancang melihat perlawanan akhir secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan.

‘‘Lebih-lebih lagi perlawanan akan diadakan di Stadium Shah Alam yang mutunya dipertikaikan sebagai bukan padang yang terbaik,” katanya.

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket RM50 dijual bagi semua peminat sukan yang ingin menonton perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketika Piala Malaysia sebelum ini yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, FAM perlu mengkaji pendekatan penjualan tiket terbaru yang diamalkan di luar negara termasuk kaedah jualan tiket guna Internet yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR).

‘‘Pihak QPR umpamanya telah memperkenalkan kaedah jualan tiket yang mirip kepada penjualan tiket kapal terbang AirAsia di mana peminat yang membeli tiket lebih awal akan mendapat diskaun lebih besar.

‘‘Indonesia pula menyediakan pelbagai jenis tiket dengan harga yang berlainan, ini kerana terdapat peminat yang sanggup beli tiket murah dan duduk di tempat yang tidak strategik semata-mata untuk memberi sokongan dan merasai suasana di stadium,” katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
FAM dan melampau....
Agaknya para pentadbir FAM tidak mahu penonton datang beramai-ramai ke stadium.
Oleh itu peminat dan penyokong pasukan ‘Jang’ dan ‘Awang’ carilah mana-mana kedai mamak yang ada skrin tv besar untuk tonton beramai-ramai.
Tak payahlah bersusah payah ke Stadium Shah Alam.
Biarkan hanya pegawai FAM serta pegawai dari dua pasukan yang bertanding sahaja yang menonton....

Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Berputih Mata: Ramai yang kecewa dan salah menyalah pun bermula.... Kenapa Khairul tidak diturunkan semasa di Singapura jadi tanda tanya....

HARAPAN tinggi rakyat Malaysia terhadap pasukan bolasepak negara ketika menentang Singpura pada pusingan kedua kelayakan piala dunia di Bukit Jalil malam tadi hancur berkecai. Keghairahan membuak-buak sebelum perlawanan tidak berbaloi. Kepadatan penonton di stadium juga tidak bererti.

Sang harimau tewas kepada sang singa dari segi agriget, 6-4, walaupun hakikat perlawanan malam tadi menyaksikan Malaysia tidak tewas tetapi seri satu sama.

Itulah yang dikatakan jurulatih Datuk K. Rajagobal seperti yang tersiar di dada akhbar. Malaysia tidak kalah dalam permainan pusingan kedua itu, cuma seri sahaja.

Nampaknya jurulatih kita tu bercakap macam orang politik pulak. Macam Nik Aziz atau Anwar Ibrahim dan juga Mat Sabu.

Yang penyokong dan rakyat Malaysia harapkan ialah layak ke pusingan seterusnya serta tidak kecundang kepada Singapura dari segi agriget. Bukannya soal kita kalah di Singapura dan  seri di Kuala Lumpur.

SM tidak berniat untuk mengkritik jurulatih Rajagobal. Khidmat yang diberikannya selama ini memang memuaskan dan kembalinya peminat bolasepak negara ke stadium, sedikit sebanyak adalah kerana kajayaan pasukan bimbingannnya.

SM juga tidak pandai main bolasepak, apatah lagi mempunyai ilmu dalam bidang kejurulatihan bolasepak. Bagaimanapun, oleh kerana selalu menonton permainan berkenaan di kaca TV, rasanya tidak salah kalau SM turut sama memperkatakan mengenai bolasepak yang dipersembahkan oleh pasukan negara dalam siri kelayakan piala dunia ini, khasnya ketika menentang Singapura.

Ramai yang berpendapat bahawa khidmat atau permainan penjaga gawang, Khairul Fahmi atau Apek malam tadi sangatlah cemerlang. Beliau telah berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi penyerang lawan.

“Jika tidak kerana Apek yang jaga gol, Malaysia kalah 4-1”, kata seorang teman ketika menonton bersama di sebuah restoren yang menyediakan TY skrin besar.

Memang permainan Apek sangat cemerlang dan patut diberikan pujian.

Persoalannya, kenapa semasa pasukan kita bermain di Singapura minggu Khairul tidak diturunkan? Setahu kita beliau tidak cedera.

Berdasarkan gol-gol mudah yang diperolehi pasukan Singapura semasa bemain di sana, besar kemungkinan Harimau Malaya tidak kecundang dengan jaringan 5-3. Dengan kecemerlangan Khairul seperti yang ditunjukkan malam tadi, besar kemungkinan pasukan kita boleh menang semasa berandang ke Singgapura.
Bukan 3-5 keputusan. Mungkin 3-1 atau 3-2 atau 3-3.

Apapun, semua itu hanyalah pandangan SM dan rakan-rakan yang sekadar jadi peminat dan penyokong pasukan negara di kedai-kedai kopi sahaja.
Wallahualam....

Khamis, 28 Julai 2011

SEMOGA BERJAYA: Pertemuan Malaysia-Singapura Dapat Perhatian Menteri Kabinet

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral untuk menghadiri majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2011 di Kuala Lumpur, Rabu. Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
PERLAWANAN pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil malam Khamis, turut menjadi tajuk perbualan di kalangan menteri Kabinet yang menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral.

Dalam keadaan santai sambil menikmati suasana di luar jendela ERL, mereka masing-masing mengharapkan Harimau Malaya dapat menumpaskan Singapura untuk mara ke pusingan seterusnya.

Malah, mereka juga yakin kelebihan bermain di tempat sendiri di hadapan 85,000 penyokong dapat membakar semangat skuad kebangsaan untuk mempamerkan aksi memberangsangkan dan mencipta kejayaan cemerlang untuk dikongsi bersama-sama penyokong setia mereka.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata anak buah Datuk K Rajagobal kini berada pada tahap kecergasan yang tinggi serta mempunyai kemahiran yang hebat untuk berdepan dengan skuad Singapura malam esok.

"Saya yakin skuad kita akan memberikan persembahan yang terbaik kerana kita (team) mempunyai tahap kecergasan yang terbaik serta kemahiran yang mantap untuk perlawanan malam esok dan kita ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk beraksi dengan cemerlang," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap barisan pertahanan skuad negara dapat membaiki corak permainan malam esok agar dapat mengekang serangan pihak lawan manakala pemain-pemain lain mengatur serangan bagi mendapatkan gol kemenangan.


"Sebenarnya, esok saya dijadualkan turun ke Kedah mengiringi Perdana Menteri tetapi saya berbisik kepada beliau (Perdana Menteri) agar mendapat 'melepaskan' saya pada sebelah petang membolehkan saya balik ke Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan itu di stadium.

"Saya berharap sangat pasukan negara akan buat satu kejutan. Tidak kira berapa pun gol yang dijaringkan asalkan dapat qualify (melayakkan diri)," katanya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakyat perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara.

Beliau yang enggan meramalkan keputusan perlawanan itu bagaimanapun berharap pasukan negara tidak akan menghampakan penyokong bola sepak tanah air.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berharap Malaysia akan menewaskan Singapura dengan sekurang-kurangnya 2-0 manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung meramalkan skuad Harimau Malaya akan menjaringkan gol 3-1 dengan sokongan padu penyokong.

Kesemua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di sini malam esok dilaporkan habis dijual.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lepas.
- Berita: BernamaOnline


SATU MELAYU:
Tidak cukup dengan harapan tinggi para peminat bola sepak dan rakyat keseluruhannya, Pak Menteri pun tidak ketinggalan mengambil perhatian dengan harapan tinggi kepada Harimau Malaya.

Justeru, kita harap para pemain yang akan diturunkan Rajagobal tidak menghampakan. Maruah sukan bolasepak negara kita mesti dipertahankan, lebih-lebih lagi dengan negara jiran itu yang membariskan ramai pemain import yang diberikan taraf warganegara.

Malaysia tidak boleh kalah dan tunduk kepada Singapura....

Selasa, 26 Julai 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA: ‘Kubu Sang Singa Lemah’


"SINGAPURA tak hebat. Ayuh serang dan robohkan kubu mereka. Pertahanan mereka longgar.”

Itulah firasat positif bekas pemain tonggak negara, Razip Ismail menjelang pertembungan Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis ini.

Dia percaya jika skuad Harimau Malaya boleh meledak tiga gol di gelanggang lawan, Sabtu lalu mereka mampu gegar lagi gawang Singa di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

Jeritan patriotik penyokong tanah air sudah mula kedengaran yang kini amat yakin betapa anak didik Datuk K Rajagobal ada ramuan bangkit bak wira di gelanggang sendiri dan layak ke pusingan ketiga.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga turut bergandingan dalam menyalakan semangat perjuangan skuad negara untuk membalas dendam.

“Jika semangat sama dapat ditunjukkan ketika menewaskan Taiwan (pusingan pertama) saya amat yakin kita boleh menang 2-0 atau 3-1 atau 4-2 ke atas Singapura.

Penyokong kita boleh menjadi faktor pembantu menggapai impian, Khamis ini,” katanya, semalam.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Antara kita dengan mereka, pertahanan siapa yang paling lemah menjadi penentu perlawan Khamis ini.

Pasukan tidak boleh terlalu bergantung harap kepada seseorang pemain saja - Rajagobal


KETIADAAN perancang utama skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim menyaksikan ‘ada lompong besar’ ditinggalkan di bahagian tengah, namun ia bukan situasi mengundang pening kepala buat skuad negara menanti kunjungan Singapura yang membawa bekalan selesa ke Bukit Jalil, Khamis ini.

Ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal, kekal optimis dan menyuarakan hakikat dalam bola sepak, sesuatu pasukan tidak boleh terlalu bergantung harap kepada seseorang pemain saja.

“Sebagai jurulatih, saya sedar dengan situasi ini namun saya tidak nampak moral pemain kita jatuh. Sebagai contoh, kita tidak menurunkan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan pertama namun kita tetap mampu beraksi dengan baik.

“Pemain sudah sedar kesilapan mereka dan tahu apa yang diperlukan ketika melayan kunjungan Singapura nanti,” katanya yang turut mengulas situasi goyah di bahagian pertahanan yang turut membelenggu kem negara.

“Dari sesi latihan beberapa hari ini, saya sudah meneliti beberapa perkara. Pertahanan kita buat kesilapan mudah selain keadaan padang namun kita tidak boleh meletakkannya sebagai punca utama.

“Ketiadaan Safiq membuka peluang buat pemain lain menguji kebolehan mereka dan antara yang boleh mengisi ruang itu ialah Amar Rohidan, Shakir Shaari dan K Gurusamy.

“Saya yakin dengan barisan yang saya miliki ketika ini dan saya rasa tidak perlu untuk menyenaraikan pemain lain,” kata Rajagobal yang tetap menegaskan sasaran utamanya adalah untuk layak ke Piala Asia 2015.

Dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Safiq dilayangkan kad merah oleh pengadil, Nawaf Shukralla dari Bahrain pada minit ke-49 selepas mengasari Hariss Harun, yang menyaksikan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Memang benar apa Rajagobal katakan. Permainan bolasepak adalah permainan berpasukan. Yang penting persefahaman, kecergasan dan semangat juang yang tinggi.
Yang lebih utama, kita jangan kalah kepada Singapura.
http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=tf&c=19&mc=imp&pli=2801320&PluID=0&ord=992632&rtu=-1

Khamis, 21 Julai 2011

Harimau Malaya Berlepas Ke Singapura Tanpa Empat Tonggak

SKUAD bola sepak kebangsaan berlepas ke Singapura hari ini dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Sabtu ini.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar republik itu pada 7.25 malam.

Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal bagaimanapun terpaksa meninggalkan empat tonggak skuad akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool pada Sabtu.

Pemain yang cedera ialah penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Pemain yang berlepas ke Singapura terdiri Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Mohd Farisham Ismail, Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhil Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Ismail Faruqi Ashari, Mohd Safee Mohd Sali, Mohamad Azmi Muslim, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Shaarani, Baddrol Bakhtiar, Gurusamy G.Kandasamy, Kunalan Subramaniam, Helmi Remeli, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Sharbaniee Allawee, Mohd Nasril Mat Nourdin, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid, Izzaq Faris Ramlan.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua tetapi layak ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

Malaysia sebelum itu mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Singapura mendapat bye di pusingan pertama selepas mara ke pusingan ketiga dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Harimau akan bertemu Singa di padang bola....
Semoga impian jadi kenyataan.

Selasa, 7 Jun 2011

Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret Ke Mahkamah

BELUMPUN reda kes jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di Seremban Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal mengheret seorang pemain Terengganu ke muka pengadilan atas tuduhan sama dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali enggan mendedahkan identiti pemain bola sepak itu memandangkan siasatan masih dijalankan.

"Saya tidak dapat mendedahkan pemain itu datang dari liga mana kerana kes itu belum dibawa ke mahkamah.

Datuk Mustafar Ali
"Bagaimanapun saya telah menghubungi Pengarah SPRM Terengganu dan dimaklumkan kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang jurulatih pasukan T-Team mendakwa seorang pemain yang memiliki RM27,000 di dalam akaunnya mengaku amaun tersebut adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan pada tahun lalu.

Jurulatih itu memberitahu, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba merosakkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Gejala rasuah di kalangan pemain bola sepak negara sememangnya menjadi buah mulut di kalangan peminat sukan tanahair sejak dulu lagi.

Antara mereka yang pernah dikaitkan adalah bekas pemain tengah kebangsaan, Azizol Abu Hanifah dan Karim Pin yang sehingga kini masih dihalang terbabit dalam sebarang liga atau kejohanan anjuran FAM.

Beberapa nama lain yang turut didakwa terlibat dengan gejala itu adalah bekas pemain Kedah, Norazam Ishak dan Faridzuan Che Hamid, serta dua bekas pemain Pulau Pinang, Aziz Azizan dan Jalani Wilastra.
- mStar

SATU MELAYU:
Selain pemain dan pengatur perlawanan, yang paling penting diberkas, didakwa dan dirampas harta mereka ialah tauke-tauke judi bola atau mereka yang dikenali sebagai bookie itu.

Yang buat duit bookie, yang kena cekup beberapa kerat pengatur perlawanan terdiri dari anak-anak Melayu.

Kalau tauke-tauke judi bola itu tidak dihapuskan, sampai bila pun kegiatan haram ini tidak akan berjaya dicegah sepenuhnya.

Sukan bola sepak negara ini akan jadi hambar dan pemain-pemain yang benar-benar berbakat tidak akan mampu diserlahkan.

Isnin, 6 Jun 2011

Jurulatih Bola Sepak Dituduh Rasuah

Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Seksyen di sini, Isnin. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan di antara 19 hingga 22 April lepas. Yusarman di bawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan.- Foto BERNAMA
JURULATIH pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen Seremban, Isnin.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd Hafiz Mohd Nor.
Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.

Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.

Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pada 5 petang 22 April lepas, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada 9 malam 19 April lepas dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan dibantu Jasmi Buang manakala Yusarman diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.
Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan Yusarman diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Julai ini untuk sebutan kes.
- Bernama

SATU MELAYU:
Biasanya dalang sebenar disebalik ‘judi bola’ di negara ini adalah tauke-tauke judi yang namanya pun tauke. Puak Melayu hanya jadi tukang atur atau balaci kepada tauke judi yang kaya raya mengaut keuntungan melalui kegiatan judi bola itu.

Yang kaya tauke Cina, yang jadi balaci Melayu. Dahlah dapatnya tak seberapa, kena cekup pulak.

Apa nak buat dah jadi tabiat orang Melayu, nak melakukan kerja jahat pun terpaksa bertauke. Nak buat sendiri tak mampu. Bila kena cekup sendiri yang merana. Tauke Cina tetap terlepas dan kakayaannya semakin bertambah hari demi hari.

Melayu.... Melayu.....

Ahad, 29 Mei 2011

‘Team Lotus’ boleh terus berlumba. ‘Kumpulan Lotus’ merancang untuk merayu keputusan itu....

TEAM Lotus boleh terus menggunakan namanya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di London, kelmarin (Jumaat).

Selepas beberapa minggu menjalani perbicaraan, mahkamah memutuskan tiada apa yang boleh menghalang pasukan F1 dari Malaysia itu daripada terus menggunakan nama Team Lotus, biarpun mereka telah melanggar perjanjian pelesenan, tahun lalu.

"Kami semua amat gembira kerana telah diperjelaskan bahawa kami merupakan pemilik Team Lotus yang sah. Kami sentiasa yakin bahawa segala bukti dan fakta yang kami ada akan membawa kepada keputusan ini dan hari ini penghakiman mengesahkan kepercayaan itu.

"Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan bahawa Kumpulan Lotus berhak menamatkan perjanjian lesen pada 2010. Kami memeterai kontrak dengan dasar untuk memulakan hubungan jangka panjang bersama Kumpulan Lotus, malangnya mereka menggunakan alasan pelanggaran teknikal mengenai proses dagangan untuk menamatkan kerjasama.

"Bagaimanapun pemegang saham saya dan saya sendiri mempunyai keyakinan penuh bahawa apabila satu pintu ditutup, pintu yang lain pula akan dibuka. Di peringkat awal perjanjian kami, kami sedar penamatan tidak dapat dielak tetapi isu penamatan lesen pada akhirnya memberi sesuatu yang positif buat pasukan dan membuka jalan baru,'' kata Prinsipal Team Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes.

Perbalahan mengenai penggunaan nama Lotus dibangkitkan Kumpulan Lotus, Mac lalu selepas mendakwa Team Lotus telah melanggar perjanjian pelesenan.

Kumpulan Lotus, yang merupakan pengeluar kereta Lotus untuk kegunaan di atas jalan raya, kemudian menubuhkan pasukan F1 dengan bergabung bersama pasukan Renault, dikenali sebagai Lotus-Renault GP.

Biarpun mahkamah memutuskan Team Lotus mempunyai hak ke atas nama tersebut dan boleh mengunakan logo ikonik Lotus, namun Lotus-Renault GP juga dibenarkan terus berada di atas trek lumba dengan menggunakan warna klasik Lotus, hitam dan emas.

Malah, walaupun Kumpulan Lotus masih boleh menaja Renault dalam F1, mereka tetap merancang untuk merayu keputusan mahkamah.

"Terdapat isu-isu yang masih memerlukan penjelasan dan kami komited untuk mendapatkan penjelasan tersebut bagi diperjelaskan kepada peminat.

"Kami tidak mengambil ringan keputusan untuk mengemukakan rayuan,'' kata Ketua Bahagian Undang-Undang Kumpulan Lotus, Sarah Price.
- Agensi/Utusan

SATU MELAYU:
Demikian secebis kisah penglibatan syarikat milik warga Malaysia dalam Formula One. Mereka bukan sahaja berlumba dan berjuang di litar lumba, tetapi turut berlumba dan berjuang di mahkamah London atas alasan tersendiri.

Entahlah.... Tak tahu apa nak dikato....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog