Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 8 November 2011

Tanding semula selepas letak jawatan: Wan Azizah kantoi tak dapat jadi PM.... Anwar gelabah....

MASA nak letak jawatan dulu tak fikir habis-habis.... Ingatkan diri dan parti milik peribadi kelyarga Anwar ibrahim tu hebat dan kuat sangat. Setelah ramai tokoh hebat lari tinggalkan parti kerana tak puas hati dengan agenda Anwar dan keluarganya, PKR tinggal nyawa-nyawa ikan. Pilihanraya semakin dekat, siapa nak bertanding di Permatang Pauh?

Atas hakikat dan kesedaran setelah terantuk itulah baru puak pembangkang – khasnya Anwar dan Wan Azizah gelabah puyuh. Hari penentuan semakin hampir untuk Anwar Ibrahim beristirehat di istana khas dalam penjara Sungai Buloh. Tapi PRU-13 tak juga diadakan.

Sekarang baru Anwar dan Wan Azizah sedar bahawa ketika Anwar dipenjarakan nanti baru PRU-13 diadakan, siapa yang akan bertanding menggantikan Anwar? Nak serah balik pada Wan Azizah tak boleh sebab ada halangan sepertimana terdapat dalam ‘Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan’.

Akta berkenaan adalah berhubungkait kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

Menyedari Anwar dan Wan Azizah ‘terkantoi’ dalam masalah ini, maka Karpal Singh yang mahir soal undang-undang dan Perlembagaan pura-pura kemukakan soalan di Parlimen mengenai Perkara 48(6) itu dengan pertanyaan, ‘apakah kerajaan bersedia menghapuskan’ perkara berkenaan.

Karpal saja nak ambil hati Anwar Ibrahim dan yang selebihnya nak bagitahu pemimpin dan ahli PKR bahawa, pertama: Anwar Ibrahim akan didapti bersalah dan akan dipenjarakan. Kedua: PKR akan hadapi masalah meletakkan calon pada PRU akan datang bagi kawasan parlimen Permatang Pauh, dimana Wan Azizah tidak boleh nak bertanding semula.

Karpal cuba mengingatkan secara tersirat bahawa juak-juak PKR jangan nak meroyan kerana Wan Azizah tak dapat gantikan Anwar pada PRU-13 nanti. Biar tahu peraturan dan jangan cakap sembarangan macam orang bangang.

Maka terjawablah soalan Karpal itu di Parlimen yang mana ‘Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata peruntukan tersebut masih relevan terutama bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga kerana perlu melakukan semula proses pilihan raya kecil di kawasan terlibat.

"Peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang anggota Dewan Rakyat atau DUN untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun. Jika dimansuhkan, maka sistem demokrasi yang kita amalkan akan terjejas semata-mata menjayakan agenda politik seseorang dan membuktikan populariti mereka. Ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia memansuhkan peruntukan tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat kepada proses demokrasi.

Fasal (6) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan perenggan kecil 6(5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan masing-masing memperuntukkan bahawa jika seseorang anggota Dewan Rakyat atau DUN melepaskan keanggotaannya, beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat atau DUN selama lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.

Ini bermakna seseorang anggota itu tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.


Liew berkata peruntukan yang sama juga diwujudkan bagi mengelakkan pasangan atau anggota keluarga seseorang anggota Parlimen atau DUN yang telah meletakkan jawatan untuk bertanding di kerusi yang sama.

Jawabnya, ‘menggigit jarilah’ Wan Azizah untuk bertanding semula. 
Lebih malang lagi, harapan Presiden PKR itu untuk jadi 'Perdana Menteri Sementara' setelah menang besar pada PRU-13 nanti tidak kesampaian.
Kesiannnnnn diaaaaa!!!!!!

1 ulasan:

Jebat Pejuang Bangsa -JPB berkata...

tulah buat kerja xpakai otak... tgk skang sape yg susah hahahahah.... nampaknya impian untuk menjadi PM hanya tinggal angan2 saja... inilah dikatakan mat jenin IT... tulah lain kali pkr elok2 ape2 org tua2 kata yang dikejar xdapat yg dikendong cicir ditepian ataupun bagai anjing dengan bayang2 hahahhahaha.....

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog