Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 6 November 2011

Bisik-Bisik Mingguan: SEKS bebas dan agenda

SEHINGGA semalam, tidak silap Awang, tiada pendirian rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap isu penganjuran program promosi seks bebas atau apa yang dipanggil sebagai Seksualiti Merdeka.

Pemimpin utamanya, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang, berdiam. Begitu juga dengan Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Nurul Izzah. Isu-isu lain mereka lantang dan cepat respons tetapi berbeza kali ini. Apakah mereka menyokong program itu atau menentang, adalah tidak pasti.

Ini mencetuskan tanda tanya ramai. Lebih-lebih lagi Anwar pernah dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat. Beliau turut dikaitkan dengan isu rakaman video seks bersama wanita dipercayai pelacur asing.

Seandainya PKR tidak mengambil pendirian, ia juga sesuatu yang pasti menjadi perhatian analisis. Kita tunggu.
Rakyat daripada pelbagai kaum, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin semua agama telah menyatakan bantahan kepada penganjuran program promosi seks bebas, Seksualiti Merdeka.

Majlis Peguam dan bekas pengerusinya, S. Ambiga (perancang perhimpunan haram 9 Julai) menjadi tumpuan kemarahan ramai kerana mereka adalah di antara penganjur program itu.

Gelombang bantahan itu akhirnya memaksa penganjur menghentikan acara awam berkaitan program tersebut. Bagaimanapun penganjur tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pada Awang, ia adalah isyarat bahawa agenda pihak berkenaan masih terus menyala. Ia perlu diwaspadai oleh pihak berkuasa betapa gerakan mereka tetap menjadi ancaman. Ia bukan sekadar isu hak asasi manusia malah lebih daripada itu untuk menggugat agama, perlembagaan, budaya murni dan institusi kekeluargaan.

Sepatutnya tindakan pendakwaan mengikut perundangan yang sesuai sudah boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak. Adalah tidak memadai sekadar polis mengharamkan program itu.

Apa pun, Awang mengucapkan tahniah kepada semua kerana bangkit bersatu menentang percubaan untuk menghalalkan gejala LGBT di negara ini.

Jika tiada penentangan seperti itu, nescaya gejala seks luar tabii yang sudah pun menular meluas secara gelap, akan dihalal dan dibudayakan. Maka akan muncullah banyak perarakan homoseksual di negara ini sebagaimana berlaku di Barat. Awang tak rela melihat semua itu.

Kepada pemimpin tertentu Pas seperti Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Mohamed Sabu dan ketiga-tiga Naib Presidennya, isu program seks bebas adalah satu lagi pengajaran. Penganjur program itu mendapat rangsangan untuk melakukan apa sahaja selepas menerima sokongan padu Pas ketika menganjurkan perhimpunan haram 9 Julai.

Sehingga kini, belum ada pendirian rasmi daripada Pas berhubung program promosi seks bebas. Yang ada cuma reaksi secara individu pemimpin tertentu. Dalam dua lagi isu yang mencabar kepentingan Islam iaitu pemeriksaan JAIS terhadap gereja dan Himpunan Anti Murtad, Pas senyap kerana memilih untuk menjaga kepentingan DAP.

Itulah akibat kalau beberapa pemimpin Pas bertuankan DAP, Ambiga dan seorang pemimpin yang mengamalkan budaya songsang.

Belum pernah dalam sejarah Pas tunduk kepada percaturan pihak lain. Awang melihat, selagi Pas dikuasai oleh puak Anwarinas, selagi itulah parti tersebut boleh dicucuk hidung oleh musuh Islam.

Bagaimanapun Awang percaya ketika ramai orang Islam kecewa dengan kepimpinan Pas, harapan mereka masih bersandar kepada kelompok yang rasional di dalam parti itu. Antaranya Dr. Hasan Ali, Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh. Begitu juga kepada Mustafa Ali, Harun Din, Harun Taib, Nasharudin Mat Isa dan Azizan Razak yang boleh diharap. Mereka serta sebahagian lagi ahli dan penyokong masih meletakkan kepentingan

Islam mengatasi muslihat politik dan agenda peribadi. Semoga Allah terus memberikan mereka kekuatan. Insyallah.
- Awang Selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog