Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 2 Ogos 2010

EXCO LEBIH BESAR DARI MENTERI BESAR?

KRISIS dalaman DAP Selangor semakin panas. Pemimpin mereka saling berbalas kenyataan. Ada yang mendakwa dirinya tidak bersalah dan ada pula yang membuat kenyataan tidak mahu menghadap jawatankuasa desiplin kerana jawatannya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu membuat laporan polis mengenai salahguna kepala surat jabatan dan cop rasmi beliau dengan tujuan menyokong kontraktor untuk memperolehi projek.

Tak kisahlah apa muslihat disebalik permasalahan yang jadi polimik dalam DAP itu. Sama ada ianya bertujuan mengalih isu curi pasir yang heboh sebelum ini atau benar-benar sesama mereka telah bercakaran kerana masalah lain, terpulang kepada keadaan dan hasil siasatan polis.

Sekarang, salahguna kepala surat telah jadi kes polis. Dan terpulang kepada pihak polis membuat siasatan. Hasilnya sama-sama kita nantikan.

Walau bagaimana pun, penulis tertarik untuk mempersoalkan kewajaran surat sokongan palsu (seperti yang didakwa Liu), begitu berharga dan boleh menghasilakn peluang yang lumayan kepada kontraktor di Selangor.

Dari apa yang penulis faham, surat sokongan yang berkepala suratkan jabatan exco berkenaan dianggap sebagai arahan kepada jabatan yang bertanggungjawab memberikan kontrak.

Cakap mudahnya, siapa dapat sokongan Ronnie Liu, sah akan dapat projek. Pihak yang meluluskan sesuatu tender kerajaan Selangor atau Majlis Pernadaran akan tunduk dan akur sebaik sahaja melihat surat sokongan dari exco berkenaan.

Begitulah hebat dan maha hebatnya kuasa manusia bernama Ronnie Liu di Selangor Darul Ehsan.

Kalau itulah keadaannya, terbukti bahawa selama Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor, exco bernama Ronnie Liu yang juga ADUN Pendamaran itu sangat berkuasa. Tengok surat sokongannya sahaja, semua permohonan orang yang membawanya akan dapat apa yang dihajati.

Sama ada kerana takut atau patuh, terpulang kepada persepsi.

Kesimpulannya, Ronnie Liu lebih besar dan lebih berkuasa dari Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Maka tak hairanlah ramai yang berkata atau menulis di dalam blog masing-masing – terutamanya para bloger yang berpengkalan Selangor, mengistilahkan Khalid sebagai boneka wayang kulit, sementara Ronnie jadi Tok Dalangnya.

Beberapa hari menjelang Ramadhan al Mubarak, Allah swt telah menyerlahkan segala dakwaan rakyat selama ini.

Bagaimanapun, tidak mustahil juga tujuan Ronnie membuat laporan polis itu bertujuan membersihkan dirinya daripada kes curi pasir di Selangor. Entah berapa banyak surat sokongan beliau telah digunapakai sebagai sokongan untuk melombong pasir, sama ada secara halal atau pun haram.

Untuk menyelamatkan diri dan membersihkan nama parti politik cauvanis cina DAP, maka ada le yang terpaksa jadi mangsa. Berkorban apa saja. Harta atau pun nyawa.

Benarlah kata sesetengah orang bahawa politik itu adalah ‘permainan serba mungkin’. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin benar, mungkin salah. Mungkin.... mungkin.... mungkin.... Semuanya serba mungkin.

Pak Sulung: Sedang menanti-nanti kenyataan Ketua Kerajaan Pakatan Selangor mengenai isu ini. Walaupun ianya isu dalaman parti DAP tetapi, selaku Ketua kerajaan Pakatan, Khalid terpaksalah bersuara. Tambahan pula dari segi kedudukan jawatan, Ronnie Liu itu adalah anak buahnya. Dia cuma exco sahaja, sementara Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar. Sama-samalah kita tunggukan siapa yang lebih besar? Exco Ronnie atau MB Khalid?

Seingat Pak Sulung, di negara kita ini hanya ada tiga aje yang guna perkataan besar, iaitu Menteri Besar, Guru Besar dan Bawang Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog