Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 7 Ogos 2010

Pakatan Rakyat Semakin Lemah: ANWAR, NIK AZIZ, GUAN ENG JADI BEBAN.

GELOMBANG politik tajaan Anwar Ibrahim yang melanda teruk BN pada PRU-12 mula reda. Kemusnahan yang membadai dapat dipulihkan setelah Pak Lah tidak lagi jadi PM. Rasa benci orang Melayu terhadap UMNO juga beransur pulih setelah KJ tidak lagi bermahrajalela seperti zaman pak mentunya berkuasa dulu.

Pendek kata, ‘puting beliung’ yang hampir memusnahkan BN telah tiada lagi. Yang tinggal cuma tiupan angin sepoi bahasa yang melunakkan untuk lena. Semoga pemimpin dan penyokong BN, terutama dalam parti tonggaknya - UMNO, tidak terlena dengan senario sekarang.

Walaupun pemimpin dan pejuang MCA, Grakan dan MIC masih belum terbangun dari lena kerana terkedu sebab kalah teruk, UMNO telah berjaya bangkit dan bergerak setapak demi setapak di bawah pimpinan DS Najib dan TS Mahyuddin.

Alhamdulillah.... InsyaAllah pakatan pembangkang akan berjaya dikuburkan tak lama lagi.

Kehebatan tiga parti pembangkang yang selepas PRU-12 menjenamakan pakatan mereka senagai Pakatan Rakyat tidak mampu bertahan lama. Benarlah seperti yang pernah dikatakan Tun Dr. Mahathir bahawa mereka tidak akan mampu bertahan lama kerana pakatan mereka tidak kukuh, sebab hala tuju dan matlamat perjuangan antara mereka saling bertentangan.

Setelah lebih dua tahun berada dipentas politik tanah air, rakyat mula dapat menilai perjuangan ketiga-tiga parti dalam pakatan. Ternyata mereka berada dalam keadaan tidak menentu dan berkecamuk.

Walaupun pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz cuba menyalut kesepakatan mereka dengan pelbagai warna dan penampal yang rapuh, rakyat mula faham dan sedar apa sebenarnya telah berlaku. Retak sedang menanti belah.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng telah menjadi beban kepada pakatan. Tiga tokoh itu membawa beban yang sangat berat ke dalam pakatan. Sokongan orang Melayu terhadap mereka tinggal tak seberapa.

Selain yang menyokong kerana jawatan, peluang, dendam dan rasa malu, yang berada atas pagar semuanya mula mendiamkan diri. Lari jauh-jauh meninggalkan kelompok yang suatu ketiga dulu begitu gah dan riak dengan sokongan. Ceramah mereka semakin layu. Anwar Ibrahim terpaksa beralih tempat ceramah di Johor kerana tiada sokongan dari orang Melayu Batu Pahat.

Begitu juga dengan Nik Aziz yang terlalu berkuasa dan bersifat diktator dalam kepimpinan Pas. Segala katanya mesti diikut dan dipatuhi. ‘Lak...’ (bahasa Arab da...) kata Nik Aziz, maka tidaklah kata seluruh pemimpin Pas. Kenyataan Presiden dan Mursyidul Am selalu saling bertentangan.

Telah beberapa kali pembetulan dibuat kerana bantahan Nik Aziz yang tak sehaluan dengan pendapat Hadi Awang. Semuanya berpihak kepada kehendak Nik Aziz dari Kelantan. Sementara anak Terengganu – Hadi Awang, terkantoi banyak kali. Presiden terpaksa akur dan tunduk kepada Mursyidul Am?

Apakah kerana Nik Aziz seorang Menteri Besar, maka Hadi Awang yang tidak ada jawatan di negerinya itu menyebabkan kedudukan Nik Aziz mengatasi Hadi? Mungkin dan kerana itukah Hadi Awang sering kalah dan terpaksa mengalah.

Atau adakah kerana Nik Aziz didokong oleh Anwar Ibrahim yang dianggap ketua umum pakatan walaupun dia tidak memimpin PKR – sekadar penasihat sahaja, maka Hadi jadi kecut?

Sekarang Anwar Ibrahim sendiri sedang bertarung melawan ketentuan mahkamah dalam kes liwatnya kali kedua. Keadaannya sangat mencabar. Rakyat tahu bahawa kes kali ini tidak sama dengan kes pertama dahulu. Rakyat mula faham apabila kes kini sengaja ditangguh-tangguhkan oleh pihak Anwar Ibrahim. Rakyat faham kenapa dan mengapa Anwar bertindak begitu.

Sesungguhnya mahkamah rakyat lebih berkuasa dari mahkamah keadilan yang ada. Mahkamah rakyat tidak ada hakim dan tidak ada pendakwa khas. Yang jadi hakimnya rakyat dan yang jadi pendakwanya juga rakyat. Keadaan yang jadi penentu kepada keputusan hakim rakyat. Saksi utamanya ialah telatah atau gelagat pihak di dakwa.

Semakin lama lagi kes liwat Anwar itu ditangguh, semakin ramai rakyat yakin bahawa dia bersalah.

Sikap dan tindak tanduk DAP seperti yang ditunjukkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pula, tidak kurang hebatnya jadi punca sokongan orang Melayu semakin malap untuk pakatan. Tindakan Ketua Menteri DAP di Pulau Pinang, benar-benar telah membakar hati dan perasaan orang Melayu. Bukan sahaja Melayu Pulau Pinang tetapi, seluruh umat Melayu di negara bertuah ini.

Tidak cukup dengan itu, peranan dan kelakuan MB PKR di Selangor juga meruntun hati orang Melayu. Juga bukan sekadar orang Melayu di Selangor tetapi, seluruh orang Melayu yang berakal waras dan berbudi pekerti mulia. Semuanya kerana DAP yang mendalangi PKR. Ronnie Liu lebih berkuasa dari Khalid Ibrahim.

Yang tidur mula bangun. Yang bermimpi mula sedar. Yang dulunya tak ambil kisah mula masuk campur dan yang lemah pun mula jadi kuat. Semuanya kerana semangat orang Melayu telah kembali pulih setelah lebih dua tahun terkurung di bawah tempurung ciptaan pakatan.

Semua ini diambilkira oleh rakyat, terutamanya orang Melayu yang tidak sanggup dirinya dipisahkan dari agama Islam dan susila bangsanya.

Terlalu panjang jadinya tulisan ini jika mahu diceritakan semuanya. Cukup sekadar menyedarkan umat Melayu yang masih lena dibuai mimpi. Lagipun apa yang dicoretkan ini semuanya telah disedari kebanyak orang Melayu. Malah ada yang lebih mendalam dan hebat lagi pemerhatiannnya. Yang penting semuanya telah sedar, mula sedar dan akan sedar.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat yang begitu gah setahun dua ini mula merudum. Terlalu banyak faktor yang menjahanamkan mereka. Semuanya kerana perjuangan parti-parti yang bersekutu tidak sehaluan. Bersimpang siur dan berselirat bagaikan benang kusut yang tidak boleh dilerai lagi. Yang sesuai untuknya adalah dibuang atau dibakar sahaja.

Maka tepatlah seperti yang disedari ramai bahawa Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng adalah beban berat yang meruntuhkan pakatan. Sekongkolan PKR, PAS dan DAP akan runtuh tak lama lagi kerana buruk laku, tamak haloba, serakah, niat jahat dan dendam kesumat pemimpin mereka sendiri.

Pak Sulung: Sedang menanti-nanti bila DS Najib umumkan tarikh pilihan raya umum ke 13. Tak sabar menunggu. Siang malam dok menanti khabar berita sambil berdoa supaya di jauhi Allah swt daripada musibah dan bala yang meragut kesejahteraan rakyat yang dialami selama lebih lima puluh tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog