Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 6 Ogos 2010

Anwar Ibrahim dan Melayu P. Pinang: JANJI YANG MEMBAWA AKIBAT

ISU keresahan orang Melayu Pulau Pinang bukan isu ciptaan UMNO atau BN. Ia isu yang benar-benar berlaku. Keresahan dan kebimbangan orang Melayu semakin membara. Kerja laku Guan Eng – Khalifah Abdul Aziz Pas, yang jadi KM Pulau Pinang semakin galak menekan jiwa serta perasaan Melayu Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan Pak Ali baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu Pulau Pinang dah tak tahan lagi. Dan kenyataan Pak Ali bahawa dia hilang keyakinan kepada pembangkang Melayu menjelaskan bukti keresahan orang Melayu.

Apabila Pak Ali berkata dia hilang kepercayaan kepada pembangkang Melayu, adakah bermaksud Pak Ali sendiri adalah penyokong pembangkang? Orang Penang yang kenal Pak Ali mungkin tahu kedudukan sebenar.

Kalau Pak Ali pernah termakan umpan pembangkang yang berkempen untuk membawa perubahan pada PRU-12 dulu, bermakna Pak Ali adalah penyokong Sheikh Anwar Ibrahim Al-Jub...

Setelah dua tahun berlalu, Pak Ali tidak nampak perubahan seperti yang diharapkannya. Perubahan yang dia nampak, Guan Eng anak Kit Siang dari DAP jadi Ketua Menteri. Dan pentadbiran DAP terang-terangan bukan sahaja tidak membela nasib orang Melayu malah mahu menghalau keluar orang Melayu dari pulau yang nama jolokannya Pulau Mutiara itu.

Takkanlah hanya Pak Ali seorang yang berperasaan begitu. Bagaimana dengan Melayu lain? Semuanya sedar dan berasa sangat tertekan oleh mainan politik DAP yang anti Melayu dan anti Islam.

Sekarang baru orang Melayu Pulau Pinang sedar. Sudah pun terantuk tetapi, masih belum terngadah. Melayu pembangkang dari Pas dan PKR serba salah. Nak buat sesuatu menentang Guan Eng dan DAP terhalang oleh ego yang ditanam oleh Pas dan PKR selama ini. Tergigitkan getah. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Maka semakin bermahrajalelalah Guan Eng dan DAP di negeri Pulau Pinang. Negeri kelahiran Anwar Ibrahim dan juga Abdullah Ahmad Badawi. Kedua-duanya pernah menerajui kepimpinan negara.

Keadaan Melayu Pulau Pinang sekarang memerlukan pembelaan politik. Dan pemimpin politik yang sangat sesuai mengambil tindakan mempertahankan nasib masa depan Melayu negeri itu ialah Anwar Ibrahim.

Mengapa tidak? Kerana janji dan motivasi politik Anwarlah orang Melayu Pulau Pinang beralih haluan mencuba nasib dengan menyokong pembangkang pada PRU-12. Ketika itu ramai Melayu Pulau Pinang undi pembangkang. Terutamanya orang Melayu yang berada di kawasan majoriti bukan Melayu. Mereka undi DAP, PKR. Akibatnya semua kawasan calon BN yang diwakili Gerakan, MCA dan MIC kalah teruk.

Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu menjengok tengok apa yang diresahkan oleh Melayu P. Pinang? Adakah kerana kawasan dia berada di seberang tanah besar maka dia tidak mahu ambil tahu hal Melayu di bahagian pulau?

Dengar khabar ke Permatang Pauh pun dia dah lama tak balik. Mungkin kerana sibuk dengan kes liwatnya yang sentiasa ditangguh-tangguh atau Anwat tak berani balik kerana malu sebab tidak berjaya jadi PM Malaysia selepas 16 September 2009?

Agaknya Sheikh Anwar telah bersumpah, selagi dia tidak jadi Perdana Menteri, selagi itu dia tidak akan jejak Permatang Pauh atau pun Cherok Tokun.

Malang sungguh nasib Melayu Pulau Pinang yang sokong pembangkang kerana percayakan janji Anwar dan pemimpin Pas. Undi telah diberi. Perubahan yang diharapkan tidak terjadi. Yang berlaku Melayu Pulau Pinang dipaksa pindah keluar oleh DAP. Nak cari makan sebagai peniaga kecil pun susah. Ada gerai kena roboh, ada kampung kena halau keluar untuk dibangunkan dengan rumah mewah yang tidak akan mampu dimiliki oleh orang Melayu.

Hakikatnya, Melayu seperti Pak Ali tak perlu berdialog dengan Guan Eng atau bertindak kasar kepada anak didik Lee Kuan Yew itu.

Yang Melayu Pulau Pinang patut buat sekarang, terutamanya yang dulu termakan gula-gula Anwar ialah bertanyakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat yang juga anak kelahiran Pulau Pinang itu, apa usaha dia membela nasib orang Melayu? Tak perlu cakap untuk Malaysia, cakap untuk Pulau Pinang pun cukuplah.

Kalau dia tak balik, pergi ke KL cari dia dan berdiaog dengannya. Kalau tak mampu berdialog kerana putar belitnya hebat, bertindaklah seperti Pak Ali ke atau fikir le sendiri.... Buat le apa yang patut....

Terlajak perahu boleh undur, terlajak undi tergadai negeri.

Pak Sulung: Berasa kesian kepada orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong pembangkang bagai nak ghak kerana percayakan Anwar Ibrahim. Kalau kawan rapat dia seperti Zaharin pun dah cabut lari, apakah harapan yang boleh diharapkan dari Anwar untuk Melayu Pulau Pinang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog