Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 3 Ogos 2010

Persidangan DUN Perak: DEME BUKANNYA NAK BERSIDANG, NAK BUAT KACAU JE....

KEHADIRAN ADUN Pakatan Pembangkang pada persidangan DUN Negeri Perak hari ini bukannya untuk bersidang mewakili rakyat yang memberikan mandat kepada mereka tetapi, sebaliknya hanya datang untuk membuat kacau.

Pada awal persidangan, ADUN pembangkang mula cuba membuat kecoh apabila Ngeh melanggar peraturan kerana mengambil gambar persidangan dengan telefon bimbit. Ianya disengajakan untuk menimbulkan kekecohan.

Bila speaker tegur dan larang, mulalah mereka melenting cari gaduh. Walhal peraturan itu memang telah ditetapkan dan diketahui oleh semua ADUN. Saja nak cari pasal.

Pada sebelah petangnya, rancangan untuk mengacau persidangan diperhebatkan. Perbahasan ahli dewan diganggu oleh bekas MB mereka – Mohd. Nizar Jamaluddin. Gangguannya disambut oleh ADUN pembangkang lain supaya dewan bertambah kecoh.

Niat mereka tercapai apabila Speaker akhirnya memerentahkan Nizar keluar dewan dan menggantung kehadirannya kerana kesalahan menganggu perbahasan.

Inilah yang mereka tunggu dan akhirnya semua mereka keluar dewan beramai-ramai. Membantah le kononnya.

Nampak sangat mereka datang untuk buat kacau, bukannya untuk bersidang sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Apa yang mereka lakukan bukan untuk rakyat tetapi untuk kepuasan hati mereka yang berdendam kerana tidak lagi berkuasa. Itu aje.... Budak sekolah tahun enam pun tahu apa maksud mereka.

Itulah barisan wakil rakyat pembangkang yang dipilih pada PRU-12 lalu. Harapan rakyat supaya mereka membawakan perubahan tak kesampaian. Entah apa perubahan yang mereka buat tidak nampak pun.... Yang rakyat nampak mereka hanya mampu terpekek, terlolong menganggu perjalanan persidangan. Macam anjing menyalak je.... Entah apa yang mereka salakkan pun rakyat tak tahu....

Apa yang rakyat dapat dari wakil mereka itu? Entahlah.... Tak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Cukup bulan ambil elaun aje. Bila ada persidangan DUN, masuk dewan dengan niat untuk membuat kacau dan menganggu persidangan. Tak ada satu masalah rakyat yang diwakili mereka bawa ke dalam persidangan.

Tak profesional langsung. Apa yang deme tunjukkan ialah sikap biadap. Cakap kasornya, kurang ajor le...

Padan muka kome yang pangkah deme dulu.... Hendak sangat perubahan kononnya.... Itu le aje perubahan yang kome dapat lihat. Yang deme buat hanyalah untuk kepuasan hati deme aje.... Untuk rakyat, sikit pun deme tak kisah.... Lantak kome le.... Bagitu agaknya sikap wakil rakyat kome tu....

Pak Sulung: Cuba juga pegi jengok tengok kalau-kalau ada ribuan penyokong mengiringi wakil pembangkang tu masuk dewan macam dulu-dulu.... Tak ada pun.... Ade le sekor dua.... Itu pun tak berani menonjol.... Malu kerana sah dah tak ada penyokong lagi.... Deme dah tak gemor kot.... Kesian si Nizar dan rakan-rakannya. Bila tak ada penyokong yang iring macam dulu, tak ada can le deme nak lambai-lambai tangan macam lawak bodoh...

1 ulasan:

canang berkata...

ada juga wakil rakyat bangang macam ni..ish...ish...ish.. tak kesio teman ni... malu kampung teman ajer... Nizar tu insaf dan sudah2 la duk mengaco dewan. Jangan ler jadi mangkuk ikut jer DAP rancang kan...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog