Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 3 Ogos 2010

Setiap Hari AJK Masjid dan Surau Letak Jawatan: HASSAN ALI BUNTU, TERKEDU, MEMBISU?

BERITA terkini Bernama hari ini melaporkan, kira-kira 30 anggota jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Selangor termasuk nazir, bendahari dan imam meletak jawatan setiap bulan disebabkan tiada persefahaman sesama mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata perkara itu mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap pemilihan AJK yang dibuat menerusi mesyuarat agung.

"Setiap bulan saya perlu tandatangan peletakan jawatan AJK purata antara 20 ke 30 orang. Jumlah itu masih kecil berbanding jumlah kesemua AJK di negeri ini iaitu kira-kira 8,000 orang, tetapi kalau tidak diatasi takut menjadi perbalahan dan mendatangkan masalah kepada pengurusan masjid dan surau,” katanya.

Aik...! Apa dah jadi? Kalau tak silap penulis, portfolio agama Islam kerajaan pakatan Selangor diexcokan oleh Dato’ Hassan Ali.

Macam mana boleh jadi macam tu? AJK surau dan masjid saling bercakaran sesama sendiri? Rasa tak puas hati bermerajalela dalam institusi agama Islam di Selangor?

Menurut kenyataan Pengarah JAIS tu lagi, ada antara sebab perselisihan dan rasa tak puas hati timbul kerana perlaksanaan projek yang membelakangkan bendahari. Bilal pun boleh memandai-mandai cari dan laksanakan projek naik taraf. Ini kira berebut ongkos le ni....

Selain dari itu, ada juga perselisihan timbul kerana bercanggah pendapat mengenai jemputan penceramah atau guru agama. Ramai yang dijemput tak ada tauliah. Main pandai-pandai sendiri dan sesuka hati puak-puak tertentu aje.

Hancurrrr....

Ingatkan di Selangor cuma kecoh fasal pasir, arak, tempat judi dan maksiat serta lain-lain perkara yang bersangkutan dengan fulus dan peluang memboncitkan perut aje. Rupa-rupanya AJK surau dan masjid pun berkecamuk dan berbalah sesama sendiri. Sama sekariah pulak tu....

Apa dah jadi Hassan oiii.... Melayu sama Melayu yang duduk sekampung berbalah kerana urusan masjid dan surau.

Ya... tak ya.... Agaknya kerana semua kekalutan itulah menyebabkan Dato’ Hassan Ali berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria? Tak mustahil...

Mungkin kerana malu nak mengaku permasalahan yang timbul di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Selangor, cakap le konon bertanyakan Mufti itu bagaimana nak menyatukan orang Melayu. Masalah sebenar tidak diberitahu. Tak ikhlas dan tak jujur. Kira macam tipu diri sendiri le tu....

Maka terjadilah, lain yang dimaksud lain yang timbul. Mufti Perak itu mungkin menjangkakan apa yang diminta pandangan oleh Hassan Ali tu mengenai orang Melayu keseluruhannya. Rupa-rupanya yang Hassan maksudkan cuma masalah Melayu/Islam AJK masjid dan surau di Selangor yang tidak mampu beliau kawal.

Duduk atas pentas, pegang ‘mice’ dan cakap fasal motovasi memang mudah. Boleh berapi-api lagi. Bila masalah portfolio sendiri, pocekkkk.... Tak tahu nak buat apa dan tak ada kebolehan nak selesaikannya.

Setiap bulan terima elaun. Elaun itu dan elaun ini. Macam-macam elaun masuk kocek. Kerja tak buat dan kepala hotak jadi buntu nak selesaikan masalah sendiri. Masalah orang lain pandai pulak beri nasihat. Kena batang hidung sendiri atau tanggungjawab sendiri, tak tahu nak buat apa.

Bila dah sesak dan terdesak, jumpa Harussani Zakaria, minta nasihat. Kerana pandai sangat bercakap sampai Tuan Mufti tu tak faham. Yang dia faham lain. YangHassan Ali maksudkan lain.

Heboh seluruh negar kerana Hassan Ali jumpa Mufti. Konon fasal perpaduan Melayu, rupa-rupanya fasal Melayu Selangor yang jadi AJK masjid dan surau yang berpecah-belah kerana Hassan Ali selaku Exco Agama Islam gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Cakap senang.... Nak bikin, susah woo...

Pak Sulung: Pernah juga dengar orang berkata bahawa ‘orang yang banyak cakap, atau petah sangat berpidato, tak tahu buat kerja’. Sekadar boleh dengar dan sedapkan telinga aje.... Suruh dia buat.... Hampehhhh.... Itu le agaknya yang terjadi pada Hassan Ali, Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mahfuz dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog