Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 7 Ogos 2010

BARANG BURUK TEMPATNYA DALAM GOBOK ANTIK

KESEDIHAN menerjah fikiran Pak Sulung (PS) apabila membaca tulisan CCZ dalam blognya , Sangul Melayu. Kesian juga mendengarkan rintihannya sehingga mahu meminjam Dr. Zambry dari Perak atau Khir Toyo dari Selangor untuk jadi pemimpin di negerinya – Negeri Kedah Darul Aman.

Walaupun bunyinya macam lawak tetapi, apa yang tersirat sangat mendalam maknannya. PS tak tahu sama ada CCZ tu muda ke atau dah berumur ke. Tapi berdasarkan keadaan sekarang - orang muda dah tidak lagi bersanggul, maka PS yakin CCZ dah berumur dan cukup matang untuk menganalisis apa juga perkara.

Memanglah mustahil Dr. Zambry atau Khir Toyo boleh dipinjam untuk pimpin Kedah. Apa yang diluahkan hanya sebagai rintihan kerana memikirkan betapa pemimpin UMNO/BN Kedah tidak perform sebagaimana dua pemimpin yang di kiaskan.

CCZ merintih kerana orang Kedah atau pemimpin UMNO/BN Kedah tidak bergerak atau masih lena. Tak tahulah adakah mereka lena kerana sakit jantung akibat kalah teruk pada PRU lalu atau memang mereka lena kerana tak tahu nak buat apa. Kira dah ‘jem’ le tu....

Biasanya yang dimaksudkan dengan ‘jem’ atau ‘tidak bergerak’ adalah kerana ianya berkarat. Dan biasanya kalau sesuatu barangan itu dah berkara atau tak boleh guna lagi, pergilah hantar untuk dibaiki atau disimpan sahaja dalam gobok buruk tempat menyimpan barang-barang lusuh.

Hairan juga PS memikirkan keadaan kepimpinan di Kedah seperti yang diluahkan CCZ itu. Mana perginya Johari Baharom, Mahadhir Khalid dan Mat Bashah? Apa depa dok buat? Tidak ada perasaan ke melihat bagaimana pemimpin negeri UMNO/BN di Perak dan Selangor berjuang menentang dan mematahkan kuasa pakatan?

Di Perak dah selesai setelah cuma sebelas bulan mereka berkuasa. Keadaan kembali tenang dan bekas MB Pakatan dari Pas yang didalangi DAP, sedang gila talak dan meroyan kerana hilang kuasa dan pengaruh. Sokongan Melayu Perak untuk mereka telah lebur. Yang tinggal hanya satu dua tunggul mati yang sedang mereput di makan anai-anai.

Sementara di Selangor, pertarungan sedang rancak dan sangat hebat. Gerakan Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) sangat memberi kesan. Kahlid Ibrahim dari PKR dan Tok dalangnya Ronnie Liu dari DAP semakin tertekan. Walau pun mereka membenci pihak Polis tetapi, kerana nak bersihkan diri Ronnie terpaksa buat laporan polis... hee...heee.... Sementara kuasa politik PKR negeri telah dipindahkan dari Khalid kepada Azmin Ali. Something wrong le tu....

Begitulah lebih kurang senario politik yang jadi perbandingan antara Kedah dengan Perak dan Selangor.

Memang wajar Melayu yang berfikiran waras berasa cemburu dengan apa yang berlaku di dua negeri berkenaan. Dan kecemburuan itu tentunya amat dirasakan setelah membandingkannya dengan negeri sendiri. Kaku, malap dan tak bermaya. Bagaikan ‘hidup segan, mati tak mahu’.

Sebagaimana semua kita ketahui, negeri Kedah pernah menjulang namanya kerana kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kedua-dua anak Kedah itu telah menjulang martabat ketuanan Melayu di era awal kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan penuh gaya dan jayanya.

Sekarang, lebih tepat setelah kepimpinan Kedah diporak-perandakan oleh PM ke-lima, keadaan jadi tidak menentu dan orang lama masih mahu kekal bertahan. Tenaga dah kurang, mata dah kabur dan kulit dah kendur tetapi, masih mahu terus memimpin dan mengapai kuasa.

Barangkali inilah masalah yang timbul di negeri Kedah. Mudah kalau yang lama mahu beralah dan berundur dengan senang hati seperti yang dilakukan Tun Dr. Mahathir. Tapi kalau masih kekal bermimpi untuk berkuasa semula, payah jadinya....

Rakyat Kedah perlukan tindakan segera. Tegas dan bertindak demi agama, bangsa dan negara, Bukan demi jawatan, kuasa, wang ringgit dan kemewahan dunia semata-mata.

Nampaknya, apa yang ditunjukkan Tun Dr. M tidak mahu diambil sebagai iktibar oleh pemimpin-pemimpin Kedah selepas beliau. Sama ada mereka benar-benar tidak faham atau memang tidak mahu faham walau pun faham. Buat-buat tak faham le tu....

Apa pun terserah kepada orang Melayu Kedah sendiri. Kalau mereka benar-benar selesa dengan kepimpinan Pas seperti MB sekarang – Azizan, maka kekalkanlah negeri Kedah untuk jadi seperti negeri Kelantan.

Kalau Kedah jadi Kelantan bukannya tak baik. Baik apa...! Jika tak ada peluang kerja untuk anak negeri, boleh cari makan kat luar. Ada banayk lagi negeri lain yang maju dan terus maju. Di sana ada banyak peluang pekerjaan. Kalau tak ada juga boleh berhijrah ke Singapora. Tapi jangan lupa bawa surat sokongan dari Nik Aziz. InsyaAllah, boleh dapat kerja dan boleh hidup mewan di negara pulau itu.

Rasanya, cukup setakat itu yang dapat PS komentarkan mengenai rintihan CCZ melalui Sanggul Melayunya.

Pak Sulung: Masih ada ramai kawan dan rakan di Kedah. Sahabat PS yang dulu memang terkenal dengan ceramah berapinya menyanggah Pas, kini telah berhijrah ke Terengganu kerana berkhidmat di sana. Pemimpin Terengganu yang tahu betapa bernilainya sahabat PS itu. Sedangkan pemimpin UMNO Kedah, tak peduli malah memandang rendah terhadapnya. Walaupun setiap tahun berucap di Perhimpunan Agung UMNO mewakili Kedah tetapi, pemimpin Kedah sendiri tidak tahu nilai bakti sahabat PS itu. Patutlah Kedah jadi macam tu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog