Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 2 Ogos 2010

BENAR-BENAR MERDEKAKAH KITA?

MULAI kelmarin, 1 Ogos, Malaysia memasuki Bulan Kemerdekaan ke-53. Thema sambutan kali ini '1Malaysia Menjana Transformasi'. Sempena sambutan itu, Kempen Kibar Jalur Gemilang dilancarkan di Kangar, Perlis. Kempen ini akan berlangsung sehingga sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2010.

Begitulah amalan kita setiap tahun. Pelbagai slogan dicipta bagi menyemarakkan semangat rakyat menyambut ulang tahun kemerdekaan negaranya. Dan pelbagai acara dianjurkan untuknya. Rakyat diajak turut serta untuk memantapkan semangat dan jati diri.

Bagaimanapun, benar-benar merdekakah kita sebagai rakyat?

Penulis bukan berhasrat mempertikai kemerdekaan negara dari penjajah. Dan tidak juga mempersoalkan majlis atau sebarang acara yang diadakan sempena sambutan tarikh bertuah 31 Ogos itu. Penulis akur dan benar-benar menerima hakikat bahawa negara kita telah merdeka dan berkerajaan sendiri.

Apa yang penulis tanya sebagai bahan berfikir ialah merdekakah rakyat negara ini dari pelbagai masalah besar yang mencengkam jiwa. Dan masalah yang dimaksudkan ialah mengenai kebanjiran ‘pendatang tanpa izin’ yang memudharatkan masalah sosial dan kesejahteraan rakyat pada umumnya.

Kalau dahulu negara kita dijajah secara terang-terangan oleh kuasa asing – Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula, kini negara kita seolah-olah dijajah secara tidak langsung oleh pendatang asing yang yang kedatangannya sama seperti penjajah yang dimaksudkan.

Kalau penjajah dahulu datang kerana mahu mengaut hasil mahsul negara untuk kepentingan ekonomi negara mereka, kini pendatang asing datang sesuka hati untuk mencari wang atau kekayaan di negara ini.

Undang-undang dan peraturan kita mereka langgar tanpa segan silu. Budaya kita tercemar dan persekitaran masyarakat kita tergugat. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial, menyakitkan mata dan hati rakyat berdasarkan apa yang mereka lakukan di sini.

Di mana silapnya kita? Salah rakyat atau salah siapa? Apakah undang-undang negara kita longgar atau penguatkuasaan peraturan sedia ada lemah? Kalau lemah, di mana puncanya? Rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak yang diberi kuasa?

Setiap hari rakyat didedahkan dengan berita penahanan atau penangkapan kaum wanita warga asing yang mencari nafkah di negara ini sebagai pelacur. Media massa seperti TV dan akhbar menyiarkan ribuan tangkapan hasil serbuan pihak berkuasa yang diberikan kuasa.

Yang rakyat dapat lihat, hanya wanita yang dikatakan pelacur itu sahaja yang ditahan. Sedangkan pihak yang menyediakan tempat serta sindikit yang mengendalikan perniagaan seks itu belum ada lagi yang rakyat dengar pernah didakwa. Mereka bebas dan mengulangi kegiatan mereka, sama ada ditempat yang sama atau berpindah ke tempat lain.

Kegiatan mereka terus berjalan lancar dan kekayaan mereka juga semakin bertambah. Dan dengan kekayaan itulah mereka yang jadi tauke mampu merencanakan pelbagai usaha haram lain yang seangkatan dengannya.

Golongan tauke kaya melalui wang haram inilah yang mampu membuka gedung perniagaan siap dengan rangkaiannya di seluruh negara. Malah ada yang mampu menjangkau ke luar negara pun.
Kekayaan dan peningkatan ekonomi kaum bukan bumi melonjak dengan wang haram yang mereka kaut. Orang Melayu terkulat-kulat mengigit jari. Segala hartanah berharga mahal jadi milik mereka.

Jika kekayaan haram ini tidak disekat cepat, hasrat meninggikan ekonomi kaum bumi tidak akan tercapai. Kalau dianalogikan pemilikan harta pada kadar sepuluh ringgit, Melayu ada tiga ringgit, kaum lain memiliki tujuh ringgit. Sampai bila pun tidak akan tercapai.

Penulis bukan bermaksud semua yang kaya-raya di negara ini terhasil dari kegiatan haram tetapi, ada dan mungkin ramai juga. Tidak mungkin Jabatan Perangkaan dapat membanci mereka ini. Ianya dilakukan secara selamba kerana tidak ada pihak yang ambil peduli.

Kekayaan melalui wang haram ini juga membolehkan mereka mampu memiliki hartanah dan pelbagai jenis premis perniagaan. Dan mereka itu bukannya orang Melayu atau bumiputera. Mereka adalah kaum imigran yang bernasib baik kerana pemimpin Melayu memberikan kerakyaan secara percuma kepada datuk/nenek mereka menjelang negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Itu kisah pendatang yang datang cari makan sebagai pelacur. Bagaimana pula dengan pendatang yang datang untuk kerja kontrak membina bangunan? Berjuta bilangannya. Begitu juga dengan yang datang sebagai pembantu di premis perniagaan? Tak terkira berapa ramai. Itu belum termasuk mereka yang telah lama berada sebagai pendatang tanpa izin tetapi, telah membuka perniagaan sendiri seperti yang terdapat ramai di sekitar kawasan Chaw Kit di Bandaraya Kuala Lumpur.

Semua pendatang ini bagaikan mendapat perlindungan daripada pihak tertentu. Yang pasti ada sindikit yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan kebanjiran pendatang ini. Sindiket Kad Pengenalan palsu, Pas Kerja palsu dan bermacam-macam lagi dokumen palsu, adalah kerana pendatang terlalu ramai.

Tidak siapa boleh menafikan bahawa kebanjiran pendatang tanpa izin meresahkan rakyat. Sama ada ianya mencacatkan kemerdekaan negara atau tidak, terpulang kepada persepsi masing-masing. Yang pasti sebahagian besar rakyat tidak selesa dan resah dengan kebanjiran pendatang.

Terlalu banyak dan terlalu panjang jika mahu didetailkan semuanya.

Pak Sulung: Teringatkan antara bait-bait puisi Osman Awang bertajuk ‘MELAYU’ seperti berikut:

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog