Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DS Najib. Papar semua catatan

Ahad, 4 September 2011

Perdana Menteri Angkat Noramfaizul Sebagai Wira Negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor sebagai wira negara yang sanggup mengikuti misi-misi kemanusiaan di negara berisiko tinggi.

Beliau berkata, walaupun Allahyarham terkorban semasa menjalankan tugas pada misi bantuan kemanusiaan, tragedi itu tidak akan membantutkan usaha-usaha seperti itu ke seluruh dunia.

"Allahyarham wajar dijadikan model, kisah ini perlu dijadikan pendorong semangat kepada kita semua termasuk para wartawan untuk terus bertugas dengan penuh dedikasi," katanya kepada pemberita di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Sebelum itu beliau bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul yang tiba dari Mogadishu, Somalia dengan pesawat TUDM C-130.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, kenderaan yang membawa petugas media yang sedang membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ditembak kumpulan tidak dikenali mengakibatkan Allahyarham maut ekoran cedera parah terkena .

Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebuah negara membangun yang paling hadapan menghulurkan bantuan kemanusiaan ke seluruh kawasan konflik di seluruh dunia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia tidak akan berhenti menghulurkan bantuan seumpama itu.

"Kejadian yang di luar jangkaan ini tidak akan membuatkan kita berhenti dari meneruskan usaha mulia ini," katanya.

Dalam pada itu, Najib mewakili kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu dengan menanggung perbelanjaan persekolahan dua anak Allahyarham.

"Kita akan bantu perbelanjaan persekolahan anak-anak Allahyarham selepas ini," ujar beliau.
- Berita: mStarOnline

Jumaat, 22 Julai 2011

Najib Jelas Niat Sebenar Bersih Kepada Cameron

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan orang ramai setibanya di Komplek Bunga Raya, Sepang, hari ini dari lawatan kerja ke luar negara. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar itu ketika lawatan itu berlangsung.

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent" (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

"Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib.

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut ‘pembaharuan pilihan raya’.

"Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Asia Barat. Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

"Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih," kata Najib.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Kalau di Loh Mahfuz dah tak ada tertulis nama Anwar bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, buat apa pun tak akan berjaya. Percayalah....
Jangan cakap saja berserah diri kepada Allah SWT, tapi dalam masa sama macam tak yakin dan tak percaya dengan ketentuan Allah.

Isnin, 11 Julai 2011

Selepas BERSIH 2.0 dibersihkan: PM Tinjau Peniaga Di Jalan TAR, Masjid India....


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika melakukan lawatan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, Ahad. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melakukan tinjauan mesra ke kawasan ‘syurga’ membeli belah di ibu kota iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Najib memulakan tinjauan mesra pada kira-kira 5 petang di pusat beli-belah Sogo yang terletak di Jalan TAR.

Selepas beramah mesra dan bersalaman dengan pekerja dan pengunjung pusat beli-belah itu, beliau meneruskan tinjauan ke Jalan TAR dan Jalan Masjid India yang menempatkan puluhan deretan kedai menjual kain, pakaian, barang kemas dan pelbagai barangan lain.

Najib yang diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan seterusnya ke gedung tekstil Jakel selama kira-kira 20 minit sebelum ke bazar Wisma Yakin di Jalan Masjid India.

Kedatangan Perdana Menteri nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Pemborong kain, Sinshon Mohd Elah, 45, nyata sangat teruja dapat bertemu, bersalam dan bergambar dengan Perdana Menteri.

"Saya sangat gembira, macam tak percaya yang Perdana Menteri baru saja melawat kedai ini. Saya mahu besarkan dan gantung gambar ini nanti," katanya sambil menunjukkan gambar bersama Najib yang diambil melalui telefon bimbitnya kepada pemberita.

Seorang peniaga di bazar Wisma Yakin, Azrul Zulkifli, 26, berkata kedatangan Najib di gerai jualannya sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan para peniaga di kawasan itu akibat perhimpunan haram Sabtu lalu.

"Beliau sempat bertanyakan khabar saya dan berharap perniagaan saya akan lebih maju. Katanya beliau akan cuba memodenkan kawasan bazar ini memandangkan ini sahaja bazar peniaga Melayu yang buka pada waktu siang di kawasan Kuala Lumpur ini," katanya.

Azrul, yang menjual tas tangan di bazar itu, berkata ekoran perhimpunan haram Sabtu, beliau menanggung kerugian kira-kira RM2,000 apabila kedainya tidak dibuka atas arahan polis bagi menjaga keselamatan para peniaga dan orang ramai.

Pengurus Madras Jeweller Sdn Bhd, M.Vasudevan, 34, berkata kedai emasnya kerugian besar kerana tidak dapat beroperasi akibat perhimpunan haram Sabtu.

"Perhimpunan haram ini memang menyusahkan kami peniaga di kawasan ini kerana perlu tutup kedai, walaupun ada yang berani buka kedai tapi diarah tutup oleh polis.

"Saya berharap sangat tidak berlaku lagi kejadian seperti itu selepas ini sebab kerugian yang kami perlu tanggung bukannya kecil," katanya yang sudah lima tahun menguruskan kedai emas berkenaan.
- Bernama/mStar

SATU MELAYU:
SM menanti mana-mana permberita atau wartawan handalan portal pro pembangkang laporankan temuramah mereka dengan para peniaga di tempat sama yang menyokong Bersih dan meminta Bersih 3.0 pulak diadakan.

Semua inilah yang sangat ditakuti puak pembangkang. Sambutan dan sokongan majoriti rakyat kepada kepimpinan DS Najib memalapkan peluang Anwar Ibrahim untuk jadi PM dan rampas Putrajaya.

Yang rakyat pasti Anwar akan rampas penjara Sungai Buluh tak lama lagi....

"Sekarang sudah tiba masanya... kita perlu berhenti berdiam diri” – PM

Najib merangkap Presiden Umno berucap pada majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, PWTC pada Ahad. Seramai lebih 70 Badan Bukan Kerajaan (NGO) hadir pada majlis tersebut.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu majoriti suara rakyat yang menolak perhimpunan Bersih pada Sabtu supaya tidak berdiam diri.

Malah beliau menggesa rakyat bangkit mengutarakan pendapat masing-masing mengenai tindakan peserta perarakan haram yang menimbulkan suasana huru-hara di ibu negara.

"Sekarang sudah tiba masanya... kita perlu berhenti berdiam diri. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat mengenai perhimpunan Bersih.

"Sebagai contoh, anda boleh utarakan komen di laman sosial atau secara talian berhubung perkara ini dan sokongan terhadap kerajaan.

"Namun ia tidak bermaksud pada suatu masa bahawa kita (kerajaan) tidak menjunjung prinsip demokrasi dan undang-undang negara ," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Ahad.

Ketika mengulas mengenai demonstrasi haram pada Sabtu, Najib berkata, tindakannya menawarkan perhimpunan diadakan di stadium turut dipertikaikan tetapi beliau memutuskan berbuat demikian kerana menghormati sistem demokrasi.

"Tapi saya tidak menawarkan Stadium Merdeka kepada mereka. Mereka boleh berhimpun di stadium di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Stadium Merdeka adalah simbol negara," katanya.

Menurut beliau, walaupun penganjur menghormati titah Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengadakan demonstrasi di jalanan pada awalnya, mereka tetap meneruskan perhimpunan kononnya secara aman.

"Mula-mula terima titah nasihat Agong, kata akan batalkan perhimpunan haram, lepas itu pusing balik sebab mereka ini kaki pusing, kata nak buat perarakan aman, kalau polis tak kawal, tak jadi aman.

"Mereka nak tunjuk pada dunia bahawa kita ini kerajaan yang tidak demokratik, tidak hormat pada undang-undang dan hak asasi manusia, jadi tidak hairanlah dia akan sebar dalam Youtube, media antarabangsa," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa rakyat dari pelbagai kaum khususnya orang Melayu supaya bangkit susulan insiden pada Sabtu.
Seramai hampir 6,000 orang membanjiri Dewan Merdeka pada pagi Ahad untuk menghadiri sesi khas bersama Najib yang mejelaskan situasi semasa dan pendirian kerajaan berhubung insiden demonstrasi haram.
Ribuan orang ramai hadir membanjiri Dewan Merdeka bagi mendengar penjelasan Najib berhubung situasi semasa dan insiden demonstrasi haram pada Sabtu.
 - mStarOnline

SATU MELAYU:
PM minta rakyat zahirkan protes terhadap penganjur dan pendemo Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Ada banyak cara boleh dilakukan.
Fikir-fikirkanlah cara masing-masing....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog