KEKALUTAN yang timbul dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara rebutan kuasa di kerusi nombor dua parti itu menjelang pemilihan November ini, menyerlahkan bagaimana manusia-manusia kecewa berorganisasi.
Mereka sentiasa berada dalam keadaan takutkan bayang-bayang sendiri. Demokrasi yang dilaung-laungkan melayang entah ke mana. Belum apa-apa, dah timbul suara mengecam lawan yang satu ketika dahulu dijulang sebagai sahabat yang hebat, berani dan berwibawa.
Apa yang sedang dan akan berlaku dalam parti itu akan dinilai oleh rakyat, terutama oleh pengundi atas pagar yang sebelum ini begitu yakin dengan ketokohan dan kemampuan para pemimpin parti berkenaan.
Jelas bahawa kepimpinan parti itu tidak boleh ditentang atau disanggah. Apa yang ‘penasihatnya’ mahukan mesti diikut dan dipatuhi oleh ahli-ahli yang di bawah. Belumpun sah si Zaid bertanding jawatan Timbalan Presiden, sudah kecoh bagaikan nak ghak. Para MP dan ADUN telah dikerah membuat kenyataan menyokong Azmin Ali.
Itu baru berada di peringkat cadangan atau ura-uara untuk bertanding. Kalau sahlah si Zaid akan bertanding dengan mendapat pencalonan yang mencukupi, tak tahulah bagaimana melenting dan melompatnya si Anwar mempertahankan kekasihnya yang sekian lama ditatang bagai ‘menatang minyak yang penuh’ itu.
Tepatlah seperti apa yang dikomenkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pergolakan, perebutan jawatan dan taktik memburukkan lawan dijangka berlarutan menjelang pemilihan parti orang kecewa seperti PKR, November ini.
Katanya, perebutan jawatan itu tidaklah menghairankan kerana sememangnya suasana itu bukan baru di dalam musim pemilihan PKR yang selalu melaung-laungkan demokrasi, keadilan dan reformasi.
Memang benar, mereka yang menerajui kepimpinan PKR adalah bekas ahli-ahli UMNO yang kecewa kerana cita-cita mereka tidak tercapai semasa berada dalam parti keramat orang Melayu itu.
Sama-samalah rakayat Malaysia saksikan bagaimana telatah manusia-manusia kecewa itu berpolitik. Kata-mengata, kecam-mengecam dan akhirnya fitnah-memfitnah akan jadi perencah gaya serta cara mereka mendapatkan kuasa.
Kepada penulis, apa yang sedang berlaku itu membuktikan kepada umum bahawa kepimpinan PKR mengamalkan dasar ‘cucuk hidung’. Semua orang mesti ikut kata pemimpin utama bagaikan ‘lembu dicucuk hidung’. Jangan bantah dan jangan melawan kehendak ‘tokeh’. Orang kesayangan ‘tokeh’ jangan dicabar dan biarkan sahaja apa yang dia nak buat. Dia ada banyak pengalaman dan tahu banyak hal dalaman parti.
Tahu banyak hal?
Mungkinkah kerana tahu banyak hal dalaman parti itulah yang menyebabkan sebahagian ahli-ahli mahu orang itu dikeluarkan dari barisan kepimpinan. Kepada mereka, selagi parasit itu berada dalam PKR ianya akan terus hidup menumpang sehingga pokok yang ditumpangnya itu mati ‘meragan’.
Lumrahnya, pokok-pokok jenis parasit hidupnya menumpang dengan tumbuh di pangkal dahan atau cabang hasil benih yang diberakkan oleh burung. Ianya tak boleh hidup sendiri tanpa menumpang pada pokok besar. Kalau dibiarkan, lama kelamaan ianya akan membesar dan hidup dengan menghisap makanan dari pokok besar berkenaan. Akhirnya, pokok besar itu akan mati. Dan parasit itu juga akan mati sama setelah pokok besar itu menyembah bumi.
Pak Sulung: Kasihan melihatkan manusia kecewa seperti Zaid Ibrahim yang tersalah pilih wadah perjuangan. Dalam banyak-banyak parti yang terdapat di negara ini, parti kecewa PKRlah yang menjadi pilihannya. Apabila si kecewa bertemu dengan manusia yang lebih dahulu kecewa daripadanya, maka itulah hasil atau akibatnya. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Duit habis, sumpah seranah yang dapat.
Sebagai ‘Melayu Liberal’ yang sangat diperlukan kaum imigran di negara ini, elok rasanya si Zaid beralih arah. Keluar saja dari PKR untuk cuba pula join dengan DAP. Cuba-cubalah pulak berdamping dengan Lee Kuan Yew. Mana tau, kalau-kalau boleh dapat tempat. Apa macam?
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
2 hari yang lalu
1 ulasan:
salam ziarah...menarik artikel nya....sentiasa update terkini..salam perjuangan
Catat Ulasan