KISAH keimanan insan bernama Yoseph Amandu adalah citra sebuah perjalanan kehidupan yang kaya dengan pengalaman dalam mencapai tujuan. Kata mudahnya, lain yang dicari, lain pula yang didapat. Sebelum menganut agama Islam, Yoseph Amandu sebagaimana penganut Kritian lain, bertugas mengurus orang-orang yang masuk Kristian dan memerangi orang-orang Islam. Dia juga bertugas sebagai pendiri beberapa buah gereja dan menghalang umat Islam yang mahu mendirikan masjid.
Yoseph Amandu adalah pemimpin gereja Elbabuwiyah di Sieraleon. Dia pernah mengikuti latihan dan muktamar bagi menyebar agama Kristian, di kota Farnkfurt Barat. Disitu dia mendapat tugas untuk membangunkan sebuah gereja di Sieraleon dan menjadi pemimpin gereja berkenaan.
Tugas dan peranan barunya itu membuatkan dia begitu condong untuk memusuhi umat Islam. Dalam masa sama dia juga berasa hairan dengan umat Islam di Sieraleon yang bersungguh-sungguh pula menentang penyebaran agama Kristian.
Yoseph Amandu bertekad tidak mahu kalah kepada umat Islam. Segala tumpuan dan tenaga dikerah untuk mengalahkan umat Islam yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada agama tauhid itu. Maka untuk mencari kelemahan umat dan ajaran Islam itu sendiri, dia berusaha membuat penyelidikan dan mempelajari Islam dengan membaca kita-kitab ajaran Islam. Dia ingin mengetahui apa rahsia yang membuatkan umat Islam begitu teguh membela agamanya.
Ketika Yoseph Amandu mempelajari kita-kitab umat Islam dengan tujuan mencari kelemahan agama itu, ternyata yang ditemuinya adalah sebaliknya. Melalui kita-kitab yang dibacanya, dia menemukan kesesatan dirinya dengan agama yang dianutnya selama ini. Dia jadi berasa sangat puas dengan ajaran agama Islam yang diperolehinya, walaupun sekadar melalui pembacaan sahaja.
Setelah ia menemukan pengalaman kerohanian yang sangat berharga melalui pembacaan kita-kitab dan buku-buku mengenai ajaran dan amalan agama Islam, lalu dia pun berhasrat untuk mengakhiri petualangannya terhadap agama dan umat Islam. Lalu pernyataan keislamannya dilakukan di rumah seorang pendakwah bangsa Afrika bernama Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi. Sejak itu namanya bertukar menjadi Ahmad Yusuf.
Setelah ia menyatakan dirinya masuk Islam, segala keyakinan yang dianutnya selama ini dilepaskan. Ia juga memulangkan segala sesuatu yang didaptinya daripada gereja selama ini.
Kerana Islamnya Yoseph Amandu yang dengan nama barunya – Ahmad Yusuf, maka terjadilah satu kegoncagan besar antara anggota gereja di Sieraleon. Sementara kegembiraan melanda umat Islamnya yang menyambut dan menerimanya dengan tangan terbuka. Kerana dengan masuknya Ahmad Yusuf ke dalam agama Islam bererti mereka mendapat saudara baru dan kekuatan baru untuk menyebarluaskan cahaya Islam kepada penduduk Sieraleon, disamping sebagai bukti keagungan akidah Islamiyah.
Ahmad Yusuf terus tinggal bersama Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi untuk mendalami ajaran dan amalan Islam. Dia dihadiahkan dengan kitab-kitab dan buku-buku mengenai Islam dalam bahasa Inggeris.
Ahmad Yusuf mengucapkan terima kasih kepada Syeikh Muhammad Yunus As-Siddiqi yang telah membawa kebahagiaan kepadanya serta menyambut hidayah Allah iaitu masuk ke dalam agama Islam. Sesungguhnya kebingungan yang dialaminya berlangsung selama dua puluh tahun dalam usaha mencari erti kebenaran. Setelah itu Ahmad Yusuf memulakan perjuangannya menyiarkan dakawah Islamiyah, sama ada dengan cara berperang, mahupun dengan cara berceramah.
Dalam dakwahnya, Ahmad Yusuf selalu mengingatkan umat Islam supaya waspada terhadap bahaya penyebaran agama Kristian yang sentiasa menumpukan usaha untuk memalingkan manusia daripada Islam. Mereka juga memburuk-burukkan pengertian tantang Islam, mengeruhkan kebenaran Islam, kerana sebenarnya mereka pun tahu bahawa ajaran Islam mampu menutup kekosongan jiwa yang dialami oleh makhluk manusia yang hidup di tempat dan di zaman mana sahaja di dunia ini.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan