Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Akta Murtad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Murtad. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2011

'Bagi menyokong penguatkuasaan, Akta Murtad perlu diwujudkan' – Mufti Selangor

AKTA Murtad perlu diwujudkan bagi menyokong penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di beberapa negeri.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, pada masa ini penguatkuasaan enakmen tersebut di beberapa buah negeri tidak begitu berkesan.

"Justeru, dengan mewujudkan Akta Murtad, ia dilihat mampu menyokong enakmen sedia ada sekali gus memudahkan pengamal undang-undang mengambil tindakan terhadap mereka yang terbukti bersalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi yang menyatakan akta tersebut tidak perlu diwujudkan kerana undang-undang sedia ada dalam Perlembagaan sudah cukup berkesan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini mencadangkan supaya Akta Murtad diwujudkan segera bagi menyekat dan menghalang sebarang kegiatan memurtadkan umat Islam.

Mohd.Tamyes berkata, meskipun undang-undang dalam Perlembagaan memadai namun ia perlu disusuli oleh tindakan penguatkuasaan yang serius dan berkesan.

"Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan keadaan ini seperti tidak ada kesudahan.

"Apa yang penting kini adalah penguatkuasaan yang serius agar mereka yang cuba memurtadkan umat Islam akan merasa gerun dan takut dengan hukuman yang bakal dikenakan," ujarnya.

Sementara itu, pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berpendapat, masyarakat perlu lebih terbuka untuk menerima penggubalan undang-undang yang boleh mempertahankan akidah umat Islam.

"Ini penting supaya keharmonian pelbagai kaum dapat dikekalkan. Ia juga seiring dengan transformasi yang sering diuar-uarkan.

"Negara memerlukan undang-undang baru yang lebih mampan bagi menghukum pihak yang cuba memurtadkan orang Islam agar ia tidak berlaku di masa hadapan," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kalau dulu orang Melayu boleh bersatu menentang Malayan Union kerana menyedari ianya akan menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu, kedaulatan bangsa dan bahasa, apakah kini Melayu tidak mampu lagi melakukannya demi agama suci Islam?

Kepada Melayu yang tidak inginkan perpaduan bangsanya, adakah mereka berpendirian bahawa kepentingan duniawi melebihi kepentingan akidah umat Islam yang dirobek oleh kaum imigran puak kafir harbi?

Insaflah sebelum Allah swt menurunkan balaNya kerana keingkaran umat Islam sendiri.

Selasa, 25 Oktober 2011

Enakmen Kawalan Kegiatan Murtad Tidak Cukup Kuat - Harussani Zakaria

MUFTI Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam belum cukup kuat bagi membendung gejala memurtadkan umat Islam.

Katanya enakmen itu bukan sahaja tidak menyeluruh, malah hukuman yang dikenakan juga adalah ringan di samping ketidakmampuan jabatan agama Islam negeri dalam aspek siasatan dan tenaga kerja.

"Saya sendiri telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan undang-undang sekatan terhadap gejala dan kegiatan memurtadkan umat Islam dengan berpaksikan Perlembagaan dilaksanakan di peringkat Persekutuan dan dimasukkan dalam undang-undang Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita, di Bagan Serai, Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam bahawa enakmen itu wujud sejak 1980 dan pihak yang terlibat boleh didakwa di mahkamah sivil.

Antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis.

Sehubungan itu, Harussani berkata amat penting bagi kerajaan melaksanakan deklarasi 10 tuntutan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung pada Sabtu lepas.

"Ia mesti jadi keutamaan. Selepas ini Himpun akan bergerak ke setiap negeri. Kita mahu setiap umat Islam memahami dan menyuarakan bantahan," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Surau Mustapha Kamal di Bukit Merah Laketown Resort, Harussani berkata mereka yang menjadikan masjid sebagai tempat bergaduh, mencari pengaruh politik dan mengintip rahsia orang Islam adalah munafik serta fasik.

"Nabi (Muhammad) tidak berpolitik di dalam masjid, baginda menerima wahyu daripada Allah dan menyampaikannya di dalam masjid. Jangan dustakan Nabi (Muhammad). Jangan gunakan nama Nabi Muhammad untuk kita berpecah-belah di dalam masjid," katanya.

Beliau juga meminta parti politik dan seluruh umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu serta menggadaikan negara dan agama Islam.

"Jika itu dibiarkan dan kita tidak dapat bersatu padu, saya khuatir umat Islam akan ditimpa bala, ini yang saya selalu ingatkan. Malangnya ada pihak yang memperlekehkan dan mengatakan bahawa Islam bukan agama yang menyeru supaya umatnya berkumpul dan berhimpun," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Menagapa hanya Mufti Perak sahaja yang begitu aktif dalam hal murtad ini?
Mufti-mufti lain buat apa?
Tak berani nak kata apa?

Sabtu, 15 Oktober 2011

AKTA MURTAD: Muhyiddin minta ‘Majlis Agama Islam Negeri’ berbincang.... Pok Nik amacam, ada setuju?

CADANGAN supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

"Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Kampung Paya.

Beliau berkata sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Akta Murtad dicadangkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harunussaini Zakaria baru-baru ini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Harussani berkata pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Sementara itu, Muhyiddin juga diminta mengulas mengenai isu pembantu rumah yang masih belum dapat diselesaikan sehingga timbul cadangan untuk membawa masuk pembantu rumah dari Kemboja.

Kemboja bagaimanapun membuat keputusan untuk mengharamkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran beberapa kejadian rogol dan dera.

Muhyiddin berkata Malaysia mungkin terpaksa mencari sumber-sumber baru untuk mendapatkan pembantu rumah sekiranya kerajaan Kemboja mengeluarkan larangan itu.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Mari kita semua nantikan apa kata Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu yang menyanjung komunis.

Beranikah mereka menyokong cadangan ini? Bagaimana dengan ‘Boss Besar’ dia – Karpal dan Lim Kit Siang. Yang lebih penting apa komen Syeikh Anwar Ibrahim al-Jub.... yang menjadi penggerak fahaman ‘pluralisme’ di negara ini?

Logiknya, tentulah penguasa utama ‘pakatan haramjadah’ tidak senang dengan cadangan ini. Kalau dalam kes murtad di GCDU dulu mereka berhempas pulas secara tersembunyi menyanggah tindakan JAIS, inikan pula satu akta khas yang melarang umat Islam dimurtadkan.

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog