Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Melayu Haprak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu Haprak. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

Kesian Mat Sabu!: Kena 'mandrum' Guan Eng hingga hilang ingatan?

Mungkinkah ketika inilah Guan Eng mengenakan 'mandrumnya' terhadap Mat Sabu?
TAHUKAH kalian apa jenis ‘mandrum’ yang dikenakan oleh Lim Guan Eng terhadap Mat Sabu hinggakan Timbalan Presiden Pas itu hilang ingatan dan tak tahu apa yang diucapkannya?

Adakah ianya jenis mendrum yang dikenakan melalui makanan atau sekadar mensihirkannya dari jauh? Kalau kena jenis yang dicampurkan dengan makanan, maka semakin hari semakin teruklah si Mat Sabu. Mungkin boleh membawa hingga ke akhir hayat. Makin lama makin hilang ingatan, lupa sana lupa sini dan akhirnya merapu dan meracau macam orang gila.

Maka semakin parahlah Parti Islam SeMalaysia di mana hala tuju perjuangannya semakin tak keruan itu. Dahlah sekejap kata berjuang atas nama Islam, lepas tu tak mahu pulak dengan Islam dan tukar kepada memperjuangkan ‘negara kebajikan’. Tak tentu hala. Penyokong pun jadi pening kerana tak tahu mana satu nak pakai dan apa satu yang diperjuangkan.

Akibatnya, hilang akallah 'Mat Sapu Bini Kawan' tu...
Demikian keadaan Pas setelah kononnya memasuki era baru. Era di mana golongan ulama dalam parti itu dipinggir dan diketepikan kerana tidak diperlukan lagi. Yang penting dan sangat diutamakan ialah undi kaum Cina.

Kerana ‘bertuhankan undi’, Pas sanggup diugut dan diberikan syarat oleh kaum Cina yang bergerak atas nama DAP.

Bagaikan orang gila, Pas kini telah menelanjangkan dirinya untuk diliwat oleh DAP sesuka hati siang dan malam. Dan tokoh yang benar-benar sanggup diliwat itu tidak lain tidak bukan ialah Timbalan Presidennya – Mohamad Sabu atau lebih terkenal dengan panggil glamournya ‘Mat Sapu Bini Kawan’.

Ketika para penyokong bergembira dan riang ria mendengarkan ‘mulut busuk’ Mat Sabu menghina, mencaci maki dan memfitnah pemimpin UMNO, rupa-rupanya dia tak ingat apa yang diucapkannya. Dia bercakap dalam keadaan khayal bagaikan seorang ‘penagih dadah’ sedang lalok.

Itulah yang dapat diandaikan apabila Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan sendiri bahawa dia tidak mengingati isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 lalu adalah wira negara.

“Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 0gos).

“Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu,” katanya.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor Pulau Pinang, didakwa berkata, PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dalam tragedi berdarah tersebut sepatutnya diangkat sebagai wira, bukannya 25 anggota polis dan keluarga yang mempertahankan diri semasa serangan di balai polis itu.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British.

“Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu, tapi semua sejarah itu ditutup,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana kelmarin.

Mat Sabu juga didakwa berkata, bekas Presiden Umno, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar, tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh negara itu adalah pegawai British.

Beliau juga dikatakan berikrar untuk mengubah sejarah kemerdekaan negara sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya kerana sejarah yang tertulis hari ini tidak benar dan hanya memihak kepada Umno.

Kesian dengan para penyokong dan juak-juak Pas mendapat seorang Timbalan Presiden baru yang sering hilang akal dan tak tahu apa yag diucap atau katakan.

Jawabnya, semakin hancurlah parti kedua terbesar orang Melayu itu tak lama lagi.

Apa yang boleh diharapkan kepada seorang pemimpin kanan kalau apa yang dikata dan dibuatnya, dia sendiri tak ingat. Bial tak ingat, maka dia tergolong sebagai pemimpin yang ‘tidak bertanggungjawab’ atas apa jua tindakannya sama ada berkenaan parti mahu pun mengenai dirinya sendiri.

Kira macam orang tak siuman atau orang gila lerrr tuuuu...
Wallahhualam.
Sebelum inipun, ketika perhimpunan haram Bersih 2.0, Mat Sabu tak dapat membezakan antara Land Rover atau Pajero Polis. Akhirnya dia kata dilanggar kereta polis jenis Iswara pulak. Dia juga tak dapat ingat sama ada dia dilanggar atau motosikal yang diboncengnya terbabas dan jatuh.... Sahlah pemimpin nombor dua Pas itu dah hilang ingatan. Tempat yang boleh menyembuhkannya hanyalah di Hospital Bahgia, Tanjung Rambutan, Perak.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Punyalah nak mengampu kaum Cina, Mat Sabu sanggup kata ‘Pengganas komunis hero sebenar’....


Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.
TAK TAHULAH pelesit jenis apa si Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas ini. Ketika Iblis dan syaitan dirantai oleh Malaikat atas perintah Allah swt di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, dia pulak dok ganti jadi syaitan dari kalangan makhluk jenis manusia.

Tidak wajarkah ‘politikus haprak’ ini dilabel sebagai ‘syaitan’ kalau dia mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar?

Menurut Mat Sabu, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

MasyaAllah... Sampai begitu sekali benci dan berdendamnya pemimpin nombor dua Pas ini terhadap Umno hinggakan mahu mengubah sejarah dengan fakta ciptaannya yang menidakkan perjuangan bangsa sendiri.

Apakah ini benar-benar idea bernas ‘Mat Sapu Bini Kawan’ itu atau dia hanya menzahirkan apa yang dihasratkan oleh chauvanis Cina DAP yang mahu meletakkan kaum Cina di negara ini sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, ketika negara akan menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ 31 Ogos ini?

Melayu jenis inilah yang bakal menjahanamkan bangsa sendiri dan menjual negaranya kepada kaum lain asalkan dia mendapat keuntungan politik yang sangat sementara sifatnya. Bangang punya Mat Sabu....

Tragedi serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan sejarahnya....
Kepada Mat Sabu ini bukan pejuang bangsa....
Kepada Mat Sabu kematian pejuang Melayu ini bagikan 'mati katak' saja....
Anggota pengganas komunis dari kaum Cina inilah pejuang sebenar yang cuba diketengahkan oleh Mat Sabu?
Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Ping adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'?
Katanya pada ceramah berkenaan, “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung.”

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Itulah akibatnya apabila Mat Sabu meletakkan seratus peratus harapan kepada kaum Cina untuk menyokong atau mengundi calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dia dah jadi macam ‘orang gila’ yang merepek dan merapu hingga sanggup menidakkan jasa bakti pejuang-pejuang Melayu yang terkorban angkara pengganas komunis yang berjuang untuk merampas Semenanjung Tanah Melayu daripada diserahkan penjajah British kepada orang Melayu yang benar-benar berhak.

Mat Sabu mahu menukar sejarah negara bangsa ini dengan menganggap kaum Cina adalah pejuang sebenar. Wajarkah manusia si pengkhianat bangsa ini dibiarkan?

Para pejuang bangsa Melayu, sama ada yang vateran atau yang baru tentu ada sikap dan pendirian tersendiri terhadap ‘putar belit’ anak har.. ini.

Manusia jenis ini bukannya boleh ditentang dengan kecaman atau kritikan sahaja.... Tak makan. Kena ada tindakan yang sangat mengesankan untuk dirinya yang ‘bertuhankan undi’ itu.
Wallahhualam....

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog