Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label PERKASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKASA. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2011

Lucutkan segera kerakyatan Ambiga - Ibrahim


IBRAHIM Ali menunjukkan salinan titah Sultan Selangor pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
PESERTA perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara pada Sabtu disifatkan sebagai penderhaka kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, malah, Datuk S. Ambiga sebagai penganjur Bersih juga perlu dilucutkan hak kerakyatannya.

"Ambiga sudah diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi akhirnya melawan titah Tuanku. Kalau di Thailand orang seperti ini sudah dihalau dan dilucutkan kerakyatannya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Ahad.

Dalam pada itu, Ibrahim mendapat maklumat ada peserta perhimpunan haram itu dibayar upah.

"Kebanyakan peserta yang menyertai perhimpunan haram semalam bukan dari Kuala Lumpur. Mereka ini dari luar yang diupah bagi menyertai perhimpunan haram.

"Jika tidak dibayar, tiada siapa yang ingin datang turut serta," katanya.

Mengenai pembatalan perhimpunan yang dirancang Perkasa semalam, beliau berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira semua nasihat bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor selain menghormati perintah larangan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

"Sultan Sharafuddin menyampaikan salinan titah ucapan baginda kepada Perkasa sebelum solat Jumaat lagi. Kami berasa cukup serba salah untuk meneruskan perhimpunan ini.

"Tambahan pula, perkara ketiga tujuan penubuhan Perkasa juga adalah untuk memperkasakan institusi diraja," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Memang wajar puak atau individu dari kaum imigran yang tidak patuh kepada kontrak sosial dilucutkan kerakyatannya.

Kalau dah negara ini tak bagus, tak baik, zalim pada pendapatnya, tunggu apa lagi? Carilah negara lain yang jauh lebih baik dan adil, seperti di India, Australia, USA, Britain atau di mana sahaja.

Apa nak bising dan buat kecoh? Sedangkan yang mengatakan negara ini aman dan sejahtera jauh lebih ramai daripada peserta demo Sabtu lalu.

Rakyat Malaysia ada 27 juta. Yang tunjuk perasaan hanya 10,000 orang, katakanlah 50,000 orang sebagaimana yang dikira oleh sasterawan negara melalui puisinya, tak sampai pun satu peratus.

Kalaulah negara ini tak aman dan rakyatnya menderita kerana ekonomi tak bagus, macam mana berjuta warga asing datang ‘cari makan’ ke sini hinggakan sanggup jadi pendatang haram?

Hanya orang bodoh dan bangang sahaja yang kata negara ini tak bagus dan tak baik. Sebenarnya orang yang paling tak bagus dan tak baik untuk negara ini ialah Anwar Ibrahim dan Ambiga yang sanggup jadi alat Anwar kerana dapat upah.

Selasa, 29 Mac 2011

PULAKKKK! Ketua Wira Perkasa Letak Jawatan


KETUA Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.

Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.

Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa.

"Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, petang Selasa.

Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

"Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik (political will).

"Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'. Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengah tahun.

Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada Umno tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya.

"Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan.

"Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya.

Sementara itu, Arman turut menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

"Tidak. Saya melayan Ibrahim Ali seperti bapa saya. Dia sentiasa menjadi mentor dalam perjuangan saya dan saya amat menghormatinya. Dia sering menasihati dan menjaga saya seperti seorang anak. Namun akhirnya keputusan harus dibuat kerana perjuangan di hadapan lebih besar," ujarnya.

Arman juga menolak keputusan beliau meletak jawatan kerana dipengaruhi tindakan mengejut Ketua Wiranita Perkasa, Raihan Sulaiman Palestin, bulan lalu.

"Saya sudah memikirkan mengenai perkara itu sejak dua atau tiga bulan lalu. Setelah mendapat nasihat daripada pemimpin lama dan petunjuk daripada Allah akhirnya keputusan untuk meletak jawatan dibuat malam tadi (Isnin)," katanya.

Jelas beliau, surat peletakan jawatan itu sudah difaks ke ibu pejabat Perkasa awal pagi Selasa dan khidmat pesanan ringkas sudah dihantar kepada Ibrahim Ali berhubung perkara tersebut.

"Walaupun saya sudah meletak jawatan, saya masih ahli Perkasa seumur hidup," tegasnya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Dari segi organisasi, pertubuhan politik dan NGO memang berlainan.
NGO berjuang atas prinsip yang telah ditetap dan digariskan oleh perlembagaan pertubuhan berkenaan. Sementara pertubuhan politik berjuang atas dasar prinsip politik kepartian.
Dari segi peluang pula, melalui parti politik lebih luas dan terbuka berbanding NGO.

Kalau dah ada cita-cita politik, eloklah tumpukan perhatian dan perjuangan melalui parti yang telah dianggotai. Lagipun, si polan ini telahpun menempa nama melalui Perkasa. Kalau berpindah ke perjuangan politik kepartian, tentu mudah dikenali dan lebih berpeluang membarisi kepimpinan negara.

Mungkin pengalaman selama berada dalam Perkasa mampu menjulang beliau untuk lebih berjaya dan lebih dikenali melalui parti politik. Kalau bernasib baik ada peluang bertanding dalam PRU akan datang untuk menjadi wakil rakyat.

Begitulah kira-kiranya! Wallahhualam....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog