Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label RPK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RPK. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2011

Polis Belum Ambil Keterangan RPK - Khalid


POLIS belum mengambil keterangan Raja Petra Kamaruddin walaupun telah bertemu dengan pengendali portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya ‘perjumpaan biasa’ kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat Raja Petra menginap.

Beliau berkata kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat kedutaan Malaysia di negara terbabit.

"Ianya hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan PDRM dan Raja Petra di Bangkok baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di sini, Khalid berkata Raja Petra pada mulanya mahu bekerjasama dengan polis namun ‘tiba-tiba berubah fikiran atas sebab-sebab tertentu’.

"Kita masih berunding dengan RPK (Raja Petra) supaya dia memberi keterangan berhubung kes itu," katanya.

Polis Bukit Aman baru-baru ini ditugaskan mengambil keterangan Raja Petra selepas satu laporan polis dibuat Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung pengakuan penulis blog itu bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau.

Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemubual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap.
- Bernama

SATU MELAYU:
Apa hal pulak si RPK ni!
Macam iklan biskut jerrr... Sekejap kata nak beri kerterangan, kemudian tak jadi pulak atas nasihat para peguam. Macam ada sesuatu yang tak kena jerrr....

Tak mustahilkah semasa dia mendedahkan konspirasi si polan tu baru-baru ini kerana tak cukup diberi makan. Kira macam hantu makan telor lerrr.... Bila tak cukup makan, tuan yang beri dia makan akan dimakannya....

Sekarang RPK semacam dok berlegar-legar sekeliling Malaysia. Sebelum ke Thailand dia berada di Bali. Macam ada udang di sebalik mee jerrr....

Tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku antara RPK dengan pihak-pihak tertentu. Nampak macam hebat sangat mamat ni. Karenahnya semacam sangat kebal dan pihak berkuasa negara kita macam tak boleh buat apa-apa terhadapnya.

Ahad, 24 April 2011

Raja Petra Diambil Keterangan Di Bangkok Atas Permintaan Bukit Aman

TIMBALAN Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.

Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu.

Beliau berkata keterangan itu diambil selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai pengakuan RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Kita yang meminta beliau untuk memberi keterangan dan beliau bersetuju untuk membantu pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.

"Tiada sebab untuk kita menahan beliau kerana beliau telah berikan kerjasama dalam memberi keterangan," katanya.

Difahamkan RPK yang juga Pengerusi Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berada di Bangkok sempena majlis pelancaran pergerakan berkenaan di negara itu, telah diambil keterangan kira-kira pukul 8 malam waktu Thailand (9 malam waktu Malaysia).
- Bernama

Sabtu, 23 April 2011

Raja Petra Diperintah Hadir Ke Kedutaan Malaysia Di Bangkok


PENGENDALI blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang kini berada di Thailand, Sabtu, diperintah hadir ke Kedutaan Malaysia di Bangkok pada pukul 9 malam ini.

Presiden Malaysia Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim yang bersama pengendali blog itu berkata, Raja Petra tidak ditahan sekarang.

Haris dan Raja Petra yang juga pengerusi MCLM sedang memberikan ceramah kepada rakyat Malaysia di Thailand.

Menurut laporan Malaysia Today, seorang pegawai kedutaan menemui Raja Petra sebelum acara tersebut bermula untuk memberitahunya bahawa dia diperintah untuk menghadirkan diri di Kedutaan Malaysia sejurus selepas ceramah itu berakhir.

Raja Petra ialah editor Malaysia Today.

Pada Jumaat, seorang pengendali blog, Din Merica diperintah untuk hadir di Bukit Aman dan disoal siasat oleh polis selama tiga jam dari pukul tiga hingga enam petang.

Polis ingin tahu tentang perhubungannya dengan Raja Petra dan mengenai temuramah TV3 dengan Raja Petra baru-baru ini.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Itulah sahaja berita ringkas yang dipaparkan. Tak diketahui untuk apa dan apa halnya. Kita tunggulah berita selanjutnya.

Ahad, 17 April 2011

Raja Petra janji akan pulang jika didakwa fitnah Kolonel Azmi

PENGENDALI laman blog antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin berjanji akan pulang ke tanah air untuk berhadapan dengan dakwaan memfitnah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin jika Peguam Negara mahu berbuat demikian.

Raja Petra berkata, beliau akan mengaku bersalah dan rela dipenjarakan jika dituduh memfitnah Azmi dan bukannya dituduh untuk jenayah yang tidak dilakukannnya.

“Itu janji saya jika mereka berjanji untuk mendakwa saya atas jenayah yang betul, tetapi saya sesekali tidak akan berhadapan dengan tuduhan memfitnah ‘tiga orang’ (isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong) yang saya tidak fitnah itu.

“Mereka (Peguam Negara) mesti berjanji bahawa ia adalah satu-satunya tuduhan yang akan saya hadapi dan bukannya menambah tuduhan-tuduhan bagi jenayah yang lain,” katanya dalam laman web Malaysia Today pada Sabtu.

Raja Petra berkata, selama tiga tahun media prokerajaan dan propembangkang telah memutar-belit fakta di dalam Akuan Bersumpah yang dibuatnya pada Jun 2008 dengan mengatakan bahawa beliau telah menuduh Rosmah, Norhayati dan Aziz berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

“Dari semasa ke semasa saya cuba membetulkan persepsi salah ini. Saya telah cuba tetapi tidak berjaya untuk menerangkan bahawa saya tidak membuat tuduhan sedemikian.

“Sebaliknya, apa yang saya dakwa adalah Leftenan Kolonel Azmi yang membuat dakwaan tersebut memandangkan dia adalah orang nombor dua di dalam Cawangan Khas perisikan tentera, jadi ini bukan calang-calang orang yang bercakap tentang seseorang yang penting di dalam kerajaan,” jelasnya.

Katanya, beliau juga tidak pernah menafikan bahawa telah menandatangani Akuan Bersumpah pada 2008 kerana tandatangan dan namanya tertera di dalam dokumen itu.

“Menuduh saya kerana memfitnah Rosmah, Kolonel Aziz dan Kolonel Norhayati adalah dakwaan yang salah. Tuduhan yang betul adalah saya memfitnah Leftenan Kolonel Azmi,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Penjelasan terbaru RPK melalui blonya itu membawa makusd beliau membela diri mengenai tuduhan yang membuatkannya lari meninggalkan Malaysia, tetapi mengaku memfitnah Leftenen Kolonel Azmi jika Peguam Negara mendakwannya. 

Kini tiimbul satu cabaran baru dari RPK. Maka akan berpanjanganlah kontrovesi yang ditimbulkannya itu.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog