Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 26 April 2011

Polis Belum Ambil Keterangan RPK - Khalid


POLIS belum mengambil keterangan Raja Petra Kamaruddin walaupun telah bertemu dengan pengendali portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya ‘perjumpaan biasa’ kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat Raja Petra menginap.

Beliau berkata kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat kedutaan Malaysia di negara terbabit.

"Ianya hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya ketika ditanya mengenai perjumpaan PDRM dan Raja Petra di Bangkok baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di sini, Khalid berkata Raja Petra pada mulanya mahu bekerjasama dengan polis namun ‘tiba-tiba berubah fikiran atas sebab-sebab tertentu’.

"Kita masih berunding dengan RPK (Raja Petra) supaya dia memberi keterangan berhubung kes itu," katanya.

Polis Bukit Aman baru-baru ini ditugaskan mengambil keterangan Raja Petra selepas satu laporan polis dibuat Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung pengakuan penulis blog itu bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau.

Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemubual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap.
- Bernama

SATU MELAYU:
Apa hal pulak si RPK ni!
Macam iklan biskut jerrr... Sekejap kata nak beri kerterangan, kemudian tak jadi pulak atas nasihat para peguam. Macam ada sesuatu yang tak kena jerrr....

Tak mustahilkah semasa dia mendedahkan konspirasi si polan tu baru-baru ini kerana tak cukup diberi makan. Kira macam hantu makan telor lerrr.... Bila tak cukup makan, tuan yang beri dia makan akan dimakannya....

Sekarang RPK semacam dok berlegar-legar sekeliling Malaysia. Sebelum ke Thailand dia berada di Bali. Macam ada udang di sebalik mee jerrr....

Tak tahulah apa sebenarnya yang berlaku antara RPK dengan pihak-pihak tertentu. Nampak macam hebat sangat mamat ni. Karenahnya semacam sangat kebal dan pihak berkuasa negara kita macam tak boleh buat apa-apa terhadapnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog