Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Seksualiti Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seksualiti Merdeka. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

SEKSUALITI MERDEKA 2011: Siapa PAS yang nak persoal kerjalaku Ambiga?

HAI la Pas, hai la Nasharuddin! Apa kelas tuan nak persoal apa yang dilakukan si Aci Ambiga tu? Apa jawatan Aci tu di Tanah Melayu ini? Menteri? Pemimpin politik? Presiden parti politik, ahli Pas, penasihat Pas, ahli bersekutu Pas, penyokong setia Pas atau hanya seorang peguam biasa yang kita tak tahu pun asal usulnya....

Nampak sangat kalian dalam Pas dah ‘gelabah puyuh’ dengan peranan Aci tu menjahanamkan perpaduan umat Melayu/Islam di negara bertuah ni...

Sebagaimana diberitakan dalam Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, selaku bekas Presiden Majlis Peguam dan seorang peguam senior, Ambiga sepatutnya faham mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini serta reaksi yang bakal diterima daripada penganjuran program itu.

''Kerana itu saya meneyokong penuh kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang menolak program tersebut. Berkenaan pendirian rasmi Pas yang belum dinyatakan, saya percaya ia akan keluar sedikit masa lagi kerana ia merupakan isu yang sangat sensitif," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi penglibatan Ambiga dalam Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula kelmarin hingga 13 November ini anjuran kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan budaya seks songsang.

Semasa si Aci tu anjurkan Bersih 2.0 dulu bukan main lagi kalian sanjung dan sokong hingga lupa diri dan lupa yang kalian itu sebenarnya jadi alat puak ‘pengkhianat negara’ yang tak sudah-sudah mahu menjahanamkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam di tanah air banga Melayu ni...

Ketika itu kalian lupa siapa si Ambiga tu dan tak mahu ambil tahu dari mana dia datang serta apa tujuan sebenar dia anjurkan Bersih 2.0... Yang kalian fikir masa itu perarakan haram berkenaan boleh menjatuhkan Umno/BN dan kepimpinan Datuk Seri Rajib Tun Razak.

Setelah semuanya gagal kerana tidak mendapat sokongan ramai, kalian tak mahu tahu apa pulak rancangan si Aci tu seterusnya... Kalian telah jadi jahil politik kerana di hati kalian disarangi hasutan Iblis melalui sikap dendam kesumat terhadap Umno, sedangkan Melayu Pas dan Melayu Umno bersaudara.

Dan persaudaraannya bukan sekadar kerana seagama tetapi benar-benar bersaudara kerana pertalian darah atau keturunan bangsa di sebuah negara bangsa – Tanah Melayu.

Sekarang apabila dengan jelas dan nyata atau ‘sudah terang lagi bersuluh’ yang si Aci itu terlibat dalam usaha membudayakan ‘lesbian dan gay’ sebagai wadah mencabar kesucian agama Islam di negara ini, baru kalian terkincit dalam seluar...

Baru kalian tersedar dari mimpi bahawa ianya merugikan pengaruh politik kalian yang sekejap Islam, sekejap buang Islam tu...

Apo nak buek jang! Nasi dah jadi bubur...
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah kerana terlalu berdendam...
Bukankah berdendam itu sangat ditegah oleh ajaran Islam sebenar?

Sedarlah wahai sekeliah ahli Pas, sebenarnya si Aci Ambiga tu tak pandang sebelah mata pun pada perjuangan kalian, selain sekadar alat untuk menjahanamkan negara dan umat Islam....

Padan mukaaaa!

Seksualiti Merdeka: Umat Islam yang terlibat, murtad – Mufti Perak

“.... Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.”

UMAT Islam yang menyokong termasuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, jelas beliau, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

"Program ini secara jelas adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Khamis.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

"Golongan belia di negara ini kebanyakannya sudah rosak akhlaknya, jadi kita tidak mahu moral mereka lebih teruk jika adanya program seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin menegaskan, penganjur program itu perlu mencari kaedah terbaik untuk membantu golongan lesbian, biseksual, gay atau transgender (LBGT) untuk kembali ke pangkal jalan dan bukannya membuka ruang kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup tidak sihat.

Justeru, jelasnya, semua agensi berkaitan perlu memperkenalkan program khas kepada golongan tersebut tanpa memberi keistimewaan khas kepada mereka.

"Jakim telah mengeluarkan buku Manual Islam dan HIV AIDS dua tahun lalu untuk memberi bimbingan bersepadu kepada golongan ini tanpa pertindihan antara agensi dan memberi peluang kepada mereka untuk menjalani gaya hidup sihat selari kehendak syarak.

"Namun agak malang apabila perkara ini tidak diberi perhatian sepatutnya oleh penganjur malah agensi agama dan perundangan negara ini diperlekehkan atas alasan tidak selaras dengan hak asasi manusia," katanya.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

"Keseriusan Jakim dalam hal ini turut dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2008 yang telah memutuskan bahawa wanita yang berpenampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Bolehkah kita semua menafikan semua ini terjadi kerana adanya golongan tertentu mahu membebaskan Anwar Ibrahim daripada dikenakan hukuman kerana meliwat?

Sedarkah kita bahawa hak asasi yang mahu diperjuangkan adalah hak manusia yang tidak beragama... Sedangkan yang menentang pula bertindak atas hak asasinya sebagai insan beragama...

Kesimpulannya, semua itu adalah kerana dan disebabkan Anwar bin Ibrahim....

Khamis, 3 November 2011

Polis Haramkan Program Seksualiti Merdeka – Khalid... 'Kantoi lagi!!!'

HASRAT penyokong Anwar Ibrahim merancang satu gerakan menghalalkan kegiatan gay dan lesbian di negara ini tidak kesampaian bilamana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini (Khamis) mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 Nov ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam.

"Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur.

"Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya.

Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal.

"Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah.

"Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan.

"Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya.



Kepada SM, kalaulah apa yang dirancangkan itu mendapat sokongan rakyat, terutamanya orang Melayu/Islam, maka tabiat hubungan sejenis yang dilaknat Allah itu berjaya dibudayakan di negara ini.

Kalau rakyat sudah boleh menerimanya, maka hobi yang sangat diminati Anwar Ibrahim itu tidak menjadi satu kesalahan dari segi moral.

Akhirnya nanti, apabila rakyat menerimanya sebagai salah satu budaya yang berlandaskan kebebasan ‘hak asasi manusia’, maka kes dakwaan Anwar Ibrahim meliwat Saiful juga adalah tidak salah.

Inilah matlamat akhir ‘seksualiti Merdeka’ yang direncanakan itu....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog