Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Wahai Dato’ Seri Shahrizat: JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN, CARI SALAH SENDIRI....


PERGERAKAN Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau. ''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.

Nanti dulu Dato’ Seri, jangan cepat sangat salahkan orang lain atau kaum lain. Cari dulu di mana salahnya orang sendiri dan kaum sendiri, iaitu orang Melayu. Lebih-lebih lagi orang UMNO itu sendiri. Jangan cepat melenting. Jangan tiru cara dan gaya pemimpin pembangkang yang suka melenting, akhirnya apa yang dilentingkan memakan diri. Malu sendiri. Jangan.... itu amalan pembangkang.

Cuba lihat dulu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kalau tak silap penulis, dalam isu ini bukan YB kufar itu yang salah. Mereka sememangnya nak cari sokongan Melayu. Mereka tak kira Melayu bangsat ke, ape ke, asalkan Melayu mereka gunakan. Yang salah si Melayu.

Yang menerima dan bersedia bergambar untuk publisiti ialah puak-puak Melayu bangsat daripada pembangkang, khasnya puak Pas. Mereka boleh berbuat demikian kerana mereka selama ini berjaya menguasai jawatankuasa Masjid dan Surau. Mereka pandai gunakan masjid dan surau untuk tujuan politik. Melayu lain tak pandai.

Bila mereka berkuasa, walaupun di masjid atau surau, maka mereka tunjuklah kuasa mereka dan sikap mereka yang tidak menyokong kerajaan. Itu aje.... Bukannya apa sangat tujuan mereka. Mereka peduli apa dengan masalah ajaran agama Islam dan adab beragama, kerana mereka sendiri belum tentu betul keislamannya. Kerana Allah SWT atau kerana dunia? Kerana Islam atau kerana fulus? Janji masyuk.... dan boleh menyakitkan hati orang UMNO, mereka pun buat, asalkan hati puas....

Kepada penulis, yang salah dalam soal ini puak UMNO. Orang UMNO selalunya phobia bila disebut surau dan masjid. Malas dan selalu mengelak bila ada majlis di masjid dan surau. Orang Pas tidak. Malah mereka berjaya menjadikan surau dan masjid sebagai institusi mereka mengembangkan pengaruh serta menabur fitnah. Orang UMNO tahu marah aje.... Counter attack tak ada....

Orang UMNO kalau ada pun, semasa menganjurkan moreh di bulan Ramadhan saja.... Itupun satu malam dalam sebulan penuh puasa. Bulan-bulan lain lesap. Sebut kiamullail, tazkirah, zikir munajat atau apa saja kegiatan agama, orang UMNO mesti menyepi... minggirrr.... Kalau ada majlis di coffee house, kopitiam, kelab golf dan resot yang mewah, ramai le orang UMNO.

Jangan marah Dato’ Seri, ini perkara benar yang jadi masalah kepada UMNO dari dulu. Bukan sahaja yang lelaki, yang wanita pun sama.... Majlis masak-masak, busana, persolekan, kraftangan, buat kueh raya dan lain-lain ramai le wanita UMNO join.

Bayangkan kalau majoriti surau dan masjid yang ada di negara ini dikuasai oleh orang UMNO, masalah serta kejadian seperti itu boleh berlaku ke tidak?. Tak begitu, Dato’ Seri....
Maaf Dato’ Seri, kata-kata saya ni agak kasar. Tapi keadaan sekarang nampaknya terpaksa berkasar sikit. Zaman lemah lembut dan lentuk-liuk dah berlalu. Kalau DS nak marah pun marahlah. Saya tak kisah. Niat dan hasrat saya demi kebaikan UMNO dan orang Melayu/Islam.

Zaman dan keadaan masa kini tidak membenarkan sistem pujuk digunapakai. Zaman ini adalah zaman merotan atau mebesit. Ini bukan zaman melentur buluh dari rebungnya tetapi, zaman menebang buluh jika ianya membahayakan.

Itu baru cakap pasal ahli-ahli UMNO dan pemimpin peringkat bawah yang hampir dengan rakyat. Belum lagi nak cerita fasal pemimpin peringkat atasan.

Kalau nak diikutkan, segala permasalahan berpunca daripada keputusan atau hasil PRU-12. Rakyat cuba menunjukkan protesnya kepada kerajaan ketika itu – khasnya UMNO. Siapa yang jadi Perdana Menteri ketika PRU-12 kalau bukan Presiden UMNO ketika itu? Orang UMNO le tu.... Kerana lemah dan tidak cukup cekap mentadbir-urus negara, semuanya lingkup. Sebabnya, kerana PM ketika itu melalui nasihat PUNAHSIHATnya, membebaskan seekor pengkhianat bangsa dari penjara Sungai Buloh.

Takkan Dato’ Seri tak faham bahawa segala kekalutan yang berlaku sekarang semuanya bermula selepas PRU-12. Dan yang jadi ‘kacang hantunya’ ialah si pengkhianat negara yang tegar dengan masalah peribadinya.

Saya harap, DS bawa isu ini ke dalam MT UMNO akan datang. Turun dan bergerak dari bawah. Bukan dari atas. Bangunan, walau setinggi mana sekalipun bermula dari bawah. Kemudian barulah mencanak naik setinggi yang dimahukan.

Kesimpulannya, jangan salahkan orang lain. Cari kelemahan dan kesalahan sendiri. Kemudian cari jalan bagaimana mengatasinya. Pemimpin bawahan yang berada di kampung-kampung ditunjukajar dan dididik supaya belajar mendekati surau dan masjid. Itu tempat orang Melayu/Islam berkumpul dan bermasyarakat. Pastikan para ketua cawangan tu kenal yang mana satu surau dan yang mana satu masjid.

Pak Sulung: Memohon berbanyak maaf kepada DS Shahrizat kerana agak kasar bahasanya atau mungkin ada yang menganggapnya ‘kurang ajar’. Tak mengapalah, asalkan jangan ‘peluru habis, pelembang tak alah’.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Dengaq.... Dengaq.... Wahai Oghang UMNO Kedah Perlis: PM TANYA!.... BILA HANGPA NAK BEGHENTI GADUH?


PRESIDEN UMNO, DS Najib Tun Razak diberitakan memberi ‘kata dua’ kepada pemimpin UMNO Perlis dan Kedah, supaya menamatkan segala pergeseran dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan," katanya.

Kesian DS Najib, hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘tolong’ untuk meminta pemimpin-pemimpin UMNO di kedua-dua negeri menghentikan segera sengketa yang tidak berkesudahan itu.

Sebelum ini kita semua ada dengar jugak yang pemimpin di negeri berkenaan tak sebulu sesama sendiri. Ingatkan sekadar gosip dan mainan pihak tertentu yang tak sukakan UMNO. Rupa-rupanya memang betoi depa di Kedah dan Perlis dok bercakaq sesama sendiri. Patut la Pas boleh sapu Kedah pada PRU ke-12 dulu dengan mudah dan diluar jangkaan umum.

Sejak Tun Dr. Mahathir meninggalkan kepimpinan negara, negeri Kedah jadi berkecamuk dan macam-macam hai berlaku. Mana Johari baharom? Apa Mahadzir Khalid buat? Mat Bashah pulak dok buat apa?

La ni PM sendiri dah suruh depa berpakat. Maknanya perpecahan kepimpinan UMNO di dua buah negeri di utara Semenjang itu telah sampai ke tahap kritikal. Kalau tak masakan DS Najib dok cakap macam tu dan gunakan perkataan ‘tolong’ lagi.

Bolehkah depa sesama depa dok selesai masalah sendiri? Kalau boleh, kenapa tak selesai-selesai lagi sampai laa ni?

Nampaknya PM kena buat sesuatu. Kalau tidak, jangan harap Kedah akan dapat dirampas kembali. Dan kemungkinan Perlis pulak yang akan ikut jejek Kedah, jadi milik Pas selepas PRU akan datang.

Apabila DS Najib diberitakan ‘memberi kata dua’ maknanya, kalau di analogikan beliau sebagai Guru Besar sekolah, kira dah ambil rotan le tu. Tunggu masa je nak sebat pungkoq depa yang dok buat kacau selama ni.

Patutlah ada rakyat Kedah yang berasa malu dan cemburu dengan perkembangan UMNO di Selangor dan Perak, hinggakan ada yang cadang nak pinjam Dr. Zambry dan Dr. Khir Toyo untuk kuatkan kembali UMNO negeri itu.

UMNO/BN Perak dah berjaya selesaikan masalah dan berjaya pula mendapat kembali kekuasaan negeri. Sementara di Selangor, serangan sepadu UMNO mampu mengkucar-kacirkan pentadbiran dan politik pembangkang, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat pusat. Anwar gelabah, Nik Aziz sempot. Mereka diam tak terkata apa. Rakyat berjaya dikembalikan menyokong UMNO/BN. InsyaAllah....

Malangnya apa yang berlaku di Perak dan sedang bergelombang di Selangor itu tidak memberi semangat kepada pemimpin UMNO Kedah. Negeri yang pernah jadi kubu kuat UMNO dan melakar sejarah kepimpinan negara itu, terlepas ke tangan pembangkang-Pas, semata-mata kerana sengketa dalaman yang parah dan mendukacitakan rakyat.

Kepimpinan Pas di Kedah sekarang ini taklah sehebat dan sebaik mana. Mereka juga mengalami krisis kepimpinan. Pemimpin yang ada tak tahu macam mana nak mentadbir negeri. Depa tak ada pengalaman. Yang depa tahu selama ini cuma bangkang, kecam, kutuk dan mengata oghang itu tak betoi, ini tak kena. Bila depa dapat kuasa, dok slop kera tak tau nak buat apa.

Sebenaqnya, kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan Pas Kedah lebih teruk daripada PKR di Selangor. Tapi kerana UMNO Kedah dok tidoq, kesempatan yang ada tidak digunakan sebaiknya sepertimana UMNO Selangor.

Pas di Kedah tak sekuat mana. Yang menyebab mereka menang adalah kerana UMNO berpecah dan berpuak. Malah orang UMNO sendiri ramai yang sokong atau undi pembangkang pada PRU-12 kerana protes.

Akibatnya, UMNO melepas, negeri tergadai kepada Pas.

Pak Sulung: Dok tunggu bila pemimpin Kedah nak serang pembangkang negeri itu sebagaimana Selangor yang sedang mencipta gelombang melalui Gerakan Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Oii.... bangun! Jangan dok tidoq. Dunia nak kiamat pun hangpa tak sedaq....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog