PRESIDEN UMNO, DS Najib Tun Razak diberitakan memberi ‘kata dua’ kepada pemimpin UMNO Perlis dan Kedah, supaya menamatkan segala pergeseran dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Dalam konteks Perlis dan Kedah, saya nak ingatkan bahawa kita mesti berpakat dan berpadu seperti dulu, tolong lakukan perkara ini untuk kita kembalikan kekuatan," katanya.
Kesian DS Najib, hingga terpaksa menggunakan perkataan ‘tolong’ untuk meminta pemimpin-pemimpin UMNO di kedua-dua negeri menghentikan segera sengketa yang tidak berkesudahan itu.
Sebelum ini kita semua ada dengar jugak yang pemimpin di negeri berkenaan tak sebulu sesama sendiri. Ingatkan sekadar gosip dan mainan pihak tertentu yang tak sukakan UMNO. Rupa-rupanya memang betoi depa di Kedah dan Perlis dok bercakaq sesama sendiri. Patut la Pas boleh sapu Kedah pada PRU ke-12 dulu dengan mudah dan diluar jangkaan umum.
Sejak Tun Dr. Mahathir meninggalkan kepimpinan negara, negeri Kedah jadi berkecamuk dan macam-macam hai berlaku. Mana Johari baharom? Apa Mahadzir Khalid buat? Mat Bashah pulak dok buat apa?
La ni PM sendiri dah suruh depa berpakat. Maknanya perpecahan kepimpinan UMNO di dua buah negeri di utara Semenjang itu telah sampai ke tahap kritikal. Kalau tak masakan DS Najib dok cakap macam tu dan gunakan perkataan ‘tolong’ lagi.
Bolehkah depa sesama depa dok selesai masalah sendiri? Kalau boleh, kenapa tak selesai-selesai lagi sampai laa ni?
Nampaknya PM kena buat sesuatu. Kalau tidak, jangan harap Kedah akan dapat dirampas kembali. Dan kemungkinan Perlis pulak yang akan ikut jejek Kedah, jadi milik Pas selepas PRU akan datang.
Apabila DS Najib diberitakan ‘memberi kata dua’ maknanya, kalau di analogikan beliau sebagai Guru Besar sekolah, kira dah ambil rotan le tu. Tunggu masa je nak sebat pungkoq depa yang dok buat kacau selama ni.
Patutlah ada rakyat Kedah yang berasa malu dan cemburu dengan perkembangan UMNO di Selangor dan Perak, hinggakan ada yang cadang nak pinjam Dr. Zambry dan Dr. Khir Toyo untuk kuatkan kembali UMNO negeri itu.
UMNO/BN Perak dah berjaya selesaikan masalah dan berjaya pula mendapat kembali kekuasaan negeri. Sementara di Selangor, serangan sepadu UMNO mampu mengkucar-kacirkan pentadbiran dan politik pembangkang, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat pusat. Anwar gelabah, Nik Aziz sempot. Mereka diam tak terkata apa. Rakyat berjaya dikembalikan menyokong UMNO/BN. InsyaAllah....
Malangnya apa yang berlaku di Perak dan sedang bergelombang di Selangor itu tidak memberi semangat kepada pemimpin UMNO Kedah. Negeri yang pernah jadi kubu kuat UMNO dan melakar sejarah kepimpinan negara itu, terlepas ke tangan pembangkang-Pas, semata-mata kerana sengketa dalaman yang parah dan mendukacitakan rakyat.
Kepimpinan Pas di Kedah sekarang ini taklah sehebat dan sebaik mana. Mereka juga mengalami krisis kepimpinan. Pemimpin yang ada tak tahu macam mana nak mentadbir negeri. Depa tak ada pengalaman. Yang depa tahu selama ini cuma bangkang, kecam, kutuk dan mengata oghang itu tak betoi, ini tak kena. Bila depa dapat kuasa, dok slop kera tak tau nak buat apa.
Sebenaqnya, kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan Pas Kedah lebih teruk daripada PKR di Selangor. Tapi kerana UMNO Kedah dok tidoq, kesempatan yang ada tidak digunakan sebaiknya sepertimana UMNO Selangor.
Pas di Kedah tak sekuat mana. Yang menyebab mereka menang adalah kerana UMNO berpecah dan berpuak. Malah orang UMNO sendiri ramai yang sokong atau undi pembangkang pada PRU-12 kerana protes.
Akibatnya, UMNO melepas, negeri tergadai kepada Pas.
Pak Sulung: Dok tunggu bila pemimpin Kedah nak serang pembangkang negeri itu sebagaimana Selangor yang sedang mencipta gelombang melalui Gerakan Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE). Oii.... bangun! Jangan dok tidoq. Dunia nak kiamat pun hangpa tak sedaq....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan