Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 2 September 2011

PERTIKAI SEJARAH TRAGEDI BUKIT KEPONG: ".... saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau" - Karpal


Tarik balik kenyataan – Karpal
Karpak dan Mat Sabu
GEORGETOWN 1 Sept. — Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan, Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata, rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

“Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya,” kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden Pas, semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Karpal berkata, Mohamad Sabu atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

“Saya bukannya anti-Pas dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kenyataan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan.

“Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,” kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata, mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.
- BERNAMA


SATU MELAYU:
Inilah hadiah terbesar Mat Sabu kepada bangsa Melayu dan sejarah perjuangan bangsa Melayu setelah majoriti perwakilan Muktamar Pas 2011 memilihnya menjadi Timbalan Presiden parti.

Kerana mahukan undi kaum Cina terhadap Pas, Mat Sabu jadi lebih Cina daripada kaum imigran Cina yang ada di negara ini.

Kerana bangang dan bebal, Mat Sabu telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin kelompok Melayu Pas yang sanggup menghancurkan perjuangan bangsa Melayu kerana memusuhi kelompok Melayu dari UMNO.

Kaum imigran yang mahu merampas negara ini daripada tangan kaum Melayu tidak perlu berjuang bermati-matian, cukup sekadar melahirkan lebih banyak manusia Melayu spesis Mat Sabu. Manusia-manusia jenis Mat Sabu itulah nanti yang dengan rela dan rasa senang hati akan menyerahkan negara ini kepada kaum imigran puak DAP.

Melalui kepimpinan Melayu spesis Mat Sabu, Melayu akan ranap akhirnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog