Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 5 Oktober 2011

Cubaan Ketiga Anwar Singkir Hakim Mohd Zabidin Ditolak

MAHKAMAH Persekutuan pada Rabu menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat ke atas ketua pembangkang itu sekarang.

Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah tertinggi itu mempersetujui keputusan mahkamah rayuan bahawa rayuan Anwar itu tidak boleh dirayu kerana ia perkara dibuat di awal sesuatu perbicaraan yang tidak melupuskan hak perayu.

Zulkefli berkata keputusan dibuat Zabidin itu tidak tertakluk kepada istilah 'keputusan' mengikut definisi dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah dan Kehakiman 1964, dengan demikian ia tidak boleh dirayu.

Panel yang dianggotai juga Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng dan Tan Sri Abdull Hamid Embong menolak permohonan Anwar untuk merujuk satu penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai tafsiran perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3.

Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam bagi pihak Anwar, Peguam Karpal Singh bahawa hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak tidak memiliki bidang kuasa untuk memasukkan merit rayuan dalam penghakiman bertulias beliau mengenai perkara tersebut.

Karpal berhujah bahawa Abdul Malik sepatutnya tidak memasukkan hal merit rayuan dalam penghakiman bertulis beliau kerana beliau (Abdul Malik) bersama dua hakim rayuan lain telah menolak rayuan Anwar berdasarkan bantahan awal pendakwa mengatakan mahkamah tidak ada bidang kuasa kerana kes itu tidak boleh dirayu.

Karpal menambah bahawa para peguam Anwar dan pihak pendakwa tidak berhujah berdasarkan merit kepada rayuan.

Dalam keputusan yang sebulat suara, Zulkefli bersetuju dengan Timbalan Pendakwaraya Datuk Nordin Hassan bahawa merit kepada kes itu telah dibincangkan dalam penghakiman semata-mata untuk tujuan melengkapkannya.

Panel Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memutuskan bahawa empat paragraf dalam penghakiman Abdul Malik adalah bersifat menyerang dan kenyataan menghina terhadap Anwar dan peguamnya dengan demikian membenarkan permohonan Anwar supaya membuang paragraf berkenaan.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Zabidin pada 6 Julai tahun ini untuk menolak kali ketiga cubaannya menyekat hakim itu daripada mendengar perbicaraan ke atasnya (Anwar).

Dalam permohonannya, Anwar meminta supaya seorang hakim lain mengadili perbicaraan dengan mendakwa bahawa Mohd Zabidin telah menghakimkan lebih awal kes tersebut di penghujung keterangan saksi utama Mohd Saiful Bukhari, sebagai keterangan yang benar.

Anwar, 64, sedang dibicarakan kerana dikatakan melakukan perbuatan liwat ke atas Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam perbicaraan, Karpal berhujah bahawa Abdul Malik tidak sepatutnya menimbangkan merit kepada rayuan itu kerana apabila rayuan telah ditolak, biasanya perkara tersebut berakhir.

Katanya, dengan menyebut tentang merit, ini dapat dianggap penghakiman membunuh yang paling dahsyat dan bertambah buruk lagi bila Anwar dan peguamnya tidak diberi peluang membela diri mereka.

Nordin pula berhujah merit bagi rayuan itu terkandung dalam hujah bertulis kedua-dua pihak pendakwa dan pembela dan tidaklah salah untuk mahkamah rayuan melihat kepada perkara merit semasa penghakiman.
- Laporan: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Tak tahulah sampai bile kes liwat ini akan selesai. Dah lebih tiga tahun ianya masih berlegar dengan isu yang tidak menjurus kepada perbuatan meliwat seperti yang didakwa.

Bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur Saiful Bukhari Azlan tidak pernah dicabar atau dinafikan oleh Anwar Ibrahim sendiri, mahu pun oleh para peguambela yang di kepalai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Yang asyik dipertikai dan dipersoalkan hanyalah kisah konsiparasi DS Najib dan isteri, mengenepikan hakim bicara dan ketidakadilan mahkamah di negara ini. Sedangkan Karpal sendiri dok cari makan dengan sistem kehakiman negara ini sejak dulu, kini dan hinggalah mam...

Hebat dan sangat istimewa sekali kes ini berbanding kes-kes lain yang jauh lebih besar yang pernah dibicarakan di mahkamah negara ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog