Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Kes Liwat II. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Liwat II. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jeng... Jengg... Jenggggg! Eskay minta pendakwa raya guna video seks.... Tungggguuuuu!

Kah... kahh... kahhh... Anwar tak boleh membongkok dan mustahil mampu lakukan hubungan seks kerana sakit tulang belakang...
SALAH seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah meminta pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim menggunakan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkannya kepada media pada 21 Mac lalu sebagai bukti di mahkamah.

Menurutnya, dua pakar forensik video dari Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan bahawa 99.9 peratus pelakunya ialah Anwar.

Untuk pengesahan lebih lanjut, katanya, kedua-dua pakar forensik video itu juga boleh dibawa sebagai saksi dalam kes liwat berkenaan.

''Dua dokumen dipamerkan di mahkamah ketika saya serta dua rakan (Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim) didakwa Jun lalu termasuk hasil kajian bagi menentukan kesahihan dan siapa pelaku dalam video berkenaan.

"Justeru, saya mencadangkan pihak pendakwaan menggunakan rakaman video itu dan laporan kesahihannya sebagai bukti," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Khamis.

Pada 21 Mac lalu, trio 'Datuk T' menayangkan sebuah klip video seks didakwa melibatkan Anwar yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 kepada sekumpulan pengamal media.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu serta membuat laporan polis berkenaan penayangan tersebut sementara trio Datuk T telah dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah atas kesalahan menayangkan video lucah secara terbuka.

Mengenai video seks berkenaan, Datuk Eskay telah 'bersumpah laknat' dan Trio Datuk T telah didenda oleh mahkamah kerana didapati bersalah menayangkan video tersebut kepada penonton terpilih di Carcosa Sri Negara.
Sementara itu, kata Shazryl Eskay, video yang didakwanya melibatkan Anwar itu boleh digunakan bagi menyangkal keterangan pakar ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak mungkin boleh melakukan aksi seks kerana masalah tulang belakang.

Menjawab satu soalan, katanya: "Anwar boleh kata beliau tidak rapat dengan saya atau apapun tetapi pepatah mengatakan sekeping gambar menceritakan segalanya, apatah rakaman beberapa video menunjukkan saya bersamanya dalam sebuah bilik seperti disahkan pakar video AS."
- Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Yang ini memang Anwar tak boleh bongkok, sebab China Doll yang tonggang dia...
Adalah sesuatu yang sangat baik jika pihak pendakwa boleh mengemukakan video seks yang didakwa Datuk Eskay bahawa pelaku lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar Ibrahim.
Lagipun, Trio Datuk T telah pun didapati bersalah oleh mahkamah kerana menayangkan video berkenaan kepada penonton tertentu di Carcosa Sri negara.

Kalau itulah yang boleh dilakukan, rakyat sangat menanti-nantikan apa dan bagaimana pulak lakonan serta putar belit Anwar Ibrahim serta barisan peguambela beliau yang kononnya maha hebat itu.

Selasa, 18 Oktober 2011

Kes Liwat II: Hujahan Lisan 23 dan 24 November Depan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, menetapkan 23 dan 24 November depan sebagai tarikh pendengaran hujahan lisan di akhir kes pembelaan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan selesai mengemukakan semua empat saksi penyangkal mereka yang dibawa bagi mematahkan keterangan saksi pembelaan.

Peguam S.N Nair yang mewakili Anwar ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya dan pendakwaan akan memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum tarikh pendengaran hujahan lisan.

“Hakim akan menetapkan tarikh keputusan selepas selesai mendengar hujahan lisan oleh kedua-dua pihak,” tambah Nair.

Beliau juga mengesahkan bahawa antara keterangan yang cuba dipatahkan oleh pihak pendakwaan menerusi saksi penyangkal ialah keterangan yang diberikan oleh pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland.

Hoogland yang pernah mengetuai pasukan pakar dalam pembedahan membetulkan tulang belakang Anwar sebelum ini memberitahu, berdasarkan sejarah perubatan, adalah mustahil untuk ahli politik tersebut melakukan hubungan seks.

Sementara itu, saksi penyangkal yang dibawa oleh pihak pendakwaan terdiri daripada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, dua perunding kanan HKL, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai dan Dr Ee Boon Leong.

Turut dipanggil ialah pengawai penyiasat kes, Superintendan Jude Pereira dan seorang anggota polis, Sarjan Ahmad Abdullah.

Pada keterangannya, Jeyaindran berkata, beliau ada membuat pemeriksaan ke atas Anwar pada 16 Julai 2008 berdasarkan permohonan pihak polis agar dilakukan pemeriksaan tubuh badan dengan kebenaran suspek dan pengambilan sampel-sampel untuk kegunaan Jabatan Kimia Malaysia.

“Anwar dibawa oleh beberapa orang anggota polis termasuk Jude dan peguamnya, R. Sivarasa,” katanya dan menambah pemeriksaan di wad 28, tingkat 5, HKL.

Pemeriksaan tersebut bermula pada pukul 8.30 malam dan tamat pada pukul 10.30 malam, 16 Julai 2008.

Bagaimanapun, keterangan Jeyaindran selanjutnya dibuat secara tertutup berdasarkan permohonan oleh peguam Karpal Singh yang turut mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

Zaininah pula memberitahu, beliau telah menerima surat bertarikh 1 Disember 2009 daripada pejabat Tetuan S.N Nair yang memohon agar dibekalkan laporan perubatan tersebut.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, saksi berkata, tindakan beliau selanjutnya adalah menghantar surat kepada Jude memandangkan laporan tersebut telah diserahkan kepada pegawai terbabit.

Berdasarkan keterangan Jude, beliau mengakui bahawa sesalinan laporan perubatan itu telah dihantar ke pejabat peguam terbabit selepas seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria memberikan persetujuan agar dokumen itu dibekalkan kepada pihak pembelaan.

“Saya telah arahkan Sarjan Ahmad untuk menghantar laporan perubatan itu pada 24 Disember 2009,” tambah Jude.

Anwar, 64, didakwa meliwat menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan pukul 4.30 petang 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes yang mendapat liputan meluas ini akhirnya akan melabuhkan tirai selepas berjalan selama 86 hari dalam jangka masa hampir tiga tahun.

Pihak pendakwaan memanggil 27 saksi pendakwaan manakala Anwar memilih untuk memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang pesalah turut memanggil tujuh saksi bagi menyokong pembelaannya.
- Laporan: mStarOnline

Isnin, 17 Oktober 2011

Kes Liwat II: Pendakwa mohon tangguh untuk panggil empat saksi untuk buktikan Anwar mampu....

PASUKAN pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Anwar Ibrahim telah selesai menyoal balas saksi pada Isnin.

Bagaimanapun, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden telah meminta penangguhan daripada pihak mahkamah untuk memanggil empat lagi saksi memberi keterangan dalam kes perbicaraan yang melibatkan ketua pembangkang itu.

Difahamkan, saksi yang akan dipanggil nanti adalah bagi mematahkan bukti yang dikemukakan oleh saksi pembelaan ketujuh, Dr Thomas Hoogland yang memberi keterangan bahawa Anwar tidak mampu menggerakkan badan seperti yang didakwa di dalam pertuduhan liwatnya ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.

Pasukan pendakwaan akan mengemukakan permohonan mereka kepada mahkamah pada Selesa.

Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, yang merupakan bekas pembantu peribadinya pada antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.
Kalau berdasarkan keterangan saksi pembela daripada German tu, sahlah bahawa pelaku lelai dalam video seks yang jadi heboh satu ketika dulu itu bukannya Ketua Pembangkang, Anwar bin Ibrahim....
SATU MELAYU:
Siapakah agaknya saksi pendakwa yang bakal dikemukakan bagi membuktikan bahawa Anwar Ibrahim boleh dan mampu melakukan hubungan seks?

Kalau pelacur ‘China Doll’ seperti yang terdapat dalam vedio seks tu dapat dijadikan saksi alangkah bagusnya....

Kes Liwat II: Siapa pulak saksi Anwar dalam perbicaraan hari ini?


Beranikah Anwar bawa isterinya jadi saksi alibi?
PERBICARAAN kes liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan bersambung hari ini (Isnin) dengan persoalan siapakah yang akan dipanggil sebagai saksi pembelaan seterusnya.

Ini berikutan keputusan barisan peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu pada minggu lalu untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof sebagai saksi mereka.

Memetik laporan sebuah portal berita, peguam Sankara Nair memaklumkan bahawa tiada gunanya kedua-dua bekas pegawai polis itu tampil sebagai saksi pembelaan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak memberi keterangan di mahkamah.

Pada 6 Oktober lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan bahawa Najib dan Rosmah tidak perlu hadir ke mahkamah sebagai saksi setelah membenarkan permohonan mereka untuk mengetepikan sapina yang dikemukakan oleh Anwar.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah mendapati bahawa kedua-duanya bukan saksi yang relevan dan penting dalam kes tersebut.

Sama ada kes pembelaan akan sampai ke penghujungnya juga belum diketahui kerana sehingga kini, pasukan peguam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu belum menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka akan memanggil saksi alibi.

Walhal dalam notis alibi yang difailkan pada 19 Jun 2009, Anwar mendakwa pada masa kejadian, beliau berada di Unit 11-5-2, Kondominium Desa Damansara iaitu unit bersebelahan tempat kejadian yang kononnya berlaku di Unit 11-5-1.

Antara saksi alibi yang disenaraikan dalam notis itu ialah isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid; bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem; pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Setakat ini, selain Anwar yang memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah, sebanyak tujuh saksi termasuk tiga pakar asing, David Lawrence Wells, Dr. Brian McDonald dan Dr. Thomas Hoogland telah dipanggil memberi keterangan.

Sementara itu, pihak pendakwaan pula telah memaklumkan kepada pasukan peguam bela bahawa mereka akan mengemukakan permohonan untuk memanggil dua hingga tiga saksi penyanggah (rebuttal witness) dalam usaha menyangkal keterangan saksi pembelaan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Sesungguhnya rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes liwat ini sangat menantikan bila dan bagaimana Wan Azizah menjadi saksi alibi suami ‘anugerah Tuhan’-nya itu.

Notis alibi yang difailkan pada 19 Jun 2009, Anwar mendakwa pada masa kejadian, beliau berada di Unit 11-5-2, Kondominium Desa Damansara iaitu unit bersebelahan tempat kejadian yang kononnya berlaku di Unit 11-5-1.

Antara saksi alibi yang disenaraikan dalam notis itu ialah isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid; bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem; pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kes Liwat II: Pakar Ortopedik Dakwa Anwar Tidak Boleh Lakukan Seks

PAKAR Ortopedik, Dr Thomas Hoogland memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak boleh melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan pantas termasuklah aktiviti seksual.

"Apabila kita mengambil kira aktiviti seksual, ia adalah agak mustahil untuk Anwar melakukan pergerakan membongkok ke hadapan atau kebelakang akan menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan beliau," kata Hoogland semasa disoal peguam S. N Nair.

Saksi pembelaan ketujuh itu seterusnya menambah, pendapat tersebut dibuat setelah mengambil kira sejarah dan pemeriksaan, usia serta ujian saringan resonan magnetik (MRI) yang dijalankan ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden 'bersenjatakan' rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha untuk mencabar keterangan Hoogland yang menyatakan bahawa kecederaan yang dialami Anwar menyebabkan beliau tidak boleh membongkokkan badan.

Rakaman CCTV bertarikh 26 Jun 2008 yang dipancarkan ke skrin layar di mahkamah jelas menunjukkan imej seorang lelaki yang didakwa Anwar memasuki lif dan dilihat membongkok sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah untuk mengambil kot dan beg sebelum meninggalkan lif terbabit.

Mohd Yusof: Adakah Anwar boleh melakukan sebegitu (membongkok)? Atau adakah kamu mahu melihat rakaman itu sekali lagi?
Hoogland: Saya mahu melihat sekali lagi kerana kadar kelajuannya sangat pantas. Ia lebih laju daripada kelajuan biasa, Pada satu peringkat kelajuannya adalah biasa, tetapi di satu tahap lain ia agak laju. Manusia tidak berjalan pada kadar kepantasan itu.

Mohd Yusof: Kamu boleh lihat terdapat kiraan tempoh masa pada rakaman.
Hoogland: Saya melihat seorang lelaki seperti Anwar boleh membongkokkan badan. Tetapi saya tidak pernah mengatakan Anwar tidak boleh berbuat demikian, saya hanya memberitahu Anwar akan mengalami rasa sakit jika beliau membongkok dan perlu melakukan perbuatan itu dengan kadar yang perlahan.

Pada keterangan lain, Hoogland juga memberitahu bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Mohd Yusof bahawa punca sakit tulang belakang Anwar adalah disebabkan oleh faktor pertambahan usia.

"Berdasarkan sejarah perubatan Anwar, adalah lebih dipercayai kesakitan tulang belakang yang dialaminya berpunca daripada serangan oleh pihak polis pada tahun 1998," tambah Hoogland.

Pakar yang mengetuai operasi pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha, Munich, Jerman pada 6 September lalu juga berkata, kerosakan tersebut adalah bersifat kekal, kerana tiada rawatan yang benar-benar dapat menyembuhkan kecederaan akar sarat.

"Kita hanya boleh membaikinya," katanya dan menambah, pesakit juga digalakkan untuk terus bergerak secara aktif dalam gerakan perlahan, dan bukannya duduk atau berbaring sahaja semasa berada dalam tempoh pemulihan.

Terdahulu, soalan berhubung anatomi manusia yang diajukan oleh Mohd Yusof menyebabkan Hoogland secara berseloroh mengatakan Mohd Yusof 'lulus' dalam ujian anatomi.

Mohd Yusof: Saya juga merasakan saya mempunyai masalah stenosis kerana saya banyak berdiri. Tetapi saya akan mengambil ubat dan ia akan hilang.
Hoogland: Anda bertuah kerana tidak mempunyai masalah artritis. (Saksi seterusnya ketawa apabila menyedari bahawa beliau baru sahaja memberikan rundingan perubatan secara percuma).

Prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup kerana Mohd Yusof berhasrat untuk menyoal balas saksi berhubung keterangan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menyentuh mengenai kejadian liwat tersebut. Prosiding itu berjalan selama kira-kira 15 minit.

Nair seterusnya memberitahu media bahawa pihaknya akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof sebagai saksi pembelaan.

"Saya juga dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga berhasrat untuk memanggil dua atau tiga saksi mereka bagi mematahkan keterangan yang dikemukakan oleh saksi pembelaan," kata Nair.

Bagaimanapun, Nair tidak dapat memastikan sama ada saksi tersebut adalah seorang pakar, namun tidak menolak kemungkinan antara keterangan yang akan cuba dicabar pendakwaan melibatkan keterangan oleh Hoogland.

Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, pada antara pukul 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan bersambung pada 17 hingga 20 Oktober ini.
- Laporan: mStarOnline

SATU MELAYU:
Kah... kahh... kahhh... hii... hiii... hiiii.... hoo... hooo... hoooo....
Setelah lebih tiga tahun peguambela Anwar Ibrahim mundar mandir di mahkamah mencari helah untuk membela anak guam mereka, hanya hari ini baru diberitahu kepada hakim melalui saksi dari German yang mengatakan tertuduh tidak mampu melakukan hubungan seks?

Tuduhannya melakukan liwat terhadap Saiful sebagaimana yang diadukan oleh pembantunya itu. Kalau awal-awal dulu dah dikemukakan keterangan saksi pakar mengenai ketidakmampuan Anwar untuk melakukan hubungan seks, dah lama kes ini selesai.... Tak payah tunggu sampai lebih tiga tahun dengan puluhan kali penangguhan....

SM menantikan apa komen atau jawapan Hoogland jika video Anwar main kundakundi dengan China Doll ditunjukkan kepadanya....

Khamis, 6 Oktober 2011

Kes Liwat II: Pergerakan Badan Anwar Terhad Selepas Dibedah - Pakar

PAKAR bedah tulang Dr Thomas Hoogland memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pembedahan tulang belakang dilakukannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperbaiki cara dia (Anwar) berjalan tetapi pergerakan badannya adalah terhad.

Pakar dari German itu berkata sebelum pembedahan itu Anwar hampir tidak boleh berjalan langsung. Semasa pemeriksaan utama disoal oleh S N Nair, peguam pihak Anwar, beliau menjawab meskipun pembedahan pada mulanya menolong Anwar bergerak namun pemeriksaannya ke atas Anwar pada 8 September tahun ini mendapati putaran sendi kedua-dua pinggulnya terhad.

"Terasa sakit belakang semasa meluruskannya lima darjah dengan hadnya sehingga 10 darjah.

"Jelas tapak kaki kirinya lemah dan juga ibu jari kaki, dan terasa kebas dankehilangan rasa di bahagian sendi lutut kiri," kata Dr Hoodland semasa merujuk pada laporan perubatannya di Hospital Munich, bertarikh 8 September 2011.

 Beliau memberi keterangan ini di perbicaraan ke atas Anwar, 64, yangmenghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Anwar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika disoal seterusnya oleh Nair mengenai keadaan perubatan Anwar terutama sekali komplikasi tulang belakangnya sama ada dia boleh melutut untuk sembahyang, Dr Hoogland berkata dia (Anwar) dinasihatkan tidak membengkokkan 90 darjah.

"Saya memberi amaran kepadanya tentang sakit jika bergerak sedemikian dan menasihatkannya melakukan dengan perlahan (sembahyang)," kata saksi pembela yang ketujuh itu.

Dr Hoogland berkata Anwar juga mengidap arthritis di bahagian sendinya.

Menjawab soalan lain untuk membandingkan pemeriksaannya ke atas Anwar pada 2008 dengan laporan perubatannya yang terakhir (8 Sept 2011), beliau berkata keadaan Anwar bertambah buruk dan salah satu otot belakangnya merosot akibat diserang polis pada 1998.

Anwar telah diserang oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan polis di Bukit Aman.

Di akhir perbicaraan pada Khamis, keterangan Dr Hoogland dibuat secara tertutup.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam pihak Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita beliau akan memfail rayuan terhadap keputusan hakim membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina menghendaki mereka menjadi saksi pembela kepada Anwar.
- Bernama

SATU MELAYU:
Berdasarkan apa yang dihujahkan di mahkamah pada hari ini, ternayang kepada kita semua bahawa kes liwat Anwar-Saiful ini besar kemungkinan akan tertangguh lagi kerana ada perkara lain yang terpaksa diselesaikan terlebih dahulu.

Sebagaimana diberi tahu oleh Karpal selaku peguam, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim yang membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri mengenepikan sapina menghendaki mereka menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Rabu, 5 Oktober 2011

Cubaan Ketiga Anwar Singkir Hakim Mohd Zabidin Ditolak

MAHKAMAH Persekutuan pada Rabu menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan penolakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah supaya tidak menjadi hakim perbicaraan kes liwat ke atas ketua pembangkang itu sekarang.

Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah tertinggi itu mempersetujui keputusan mahkamah rayuan bahawa rayuan Anwar itu tidak boleh dirayu kerana ia perkara dibuat di awal sesuatu perbicaraan yang tidak melupuskan hak perayu.

Zulkefli berkata keputusan dibuat Zabidin itu tidak tertakluk kepada istilah 'keputusan' mengikut definisi dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah dan Kehakiman 1964, dengan demikian ia tidak boleh dirayu.

Panel yang dianggotai juga Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng dan Tan Sri Abdull Hamid Embong menolak permohonan Anwar untuk merujuk satu penghakiman Mahkamah Persekutuan mengenai tafsiran perkataan 'keputusan' mengikut definisi Seksyen 3.

Mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujah peguam bagi pihak Anwar, Peguam Karpal Singh bahawa hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak tidak memiliki bidang kuasa untuk memasukkan merit rayuan dalam penghakiman bertulias beliau mengenai perkara tersebut.

Karpal berhujah bahawa Abdul Malik sepatutnya tidak memasukkan hal merit rayuan dalam penghakiman bertulis beliau kerana beliau (Abdul Malik) bersama dua hakim rayuan lain telah menolak rayuan Anwar berdasarkan bantahan awal pendakwa mengatakan mahkamah tidak ada bidang kuasa kerana kes itu tidak boleh dirayu.

Karpal menambah bahawa para peguam Anwar dan pihak pendakwa tidak berhujah berdasarkan merit kepada rayuan.

Dalam keputusan yang sebulat suara, Zulkefli bersetuju dengan Timbalan Pendakwaraya Datuk Nordin Hassan bahawa merit kepada kes itu telah dibincangkan dalam penghakiman semata-mata untuk tujuan melengkapkannya.

Panel Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memutuskan bahawa empat paragraf dalam penghakiman Abdul Malik adalah bersifat menyerang dan kenyataan menghina terhadap Anwar dan peguamnya dengan demikian membenarkan permohonan Anwar supaya membuang paragraf berkenaan.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Zabidin pada 6 Julai tahun ini untuk menolak kali ketiga cubaannya menyekat hakim itu daripada mendengar perbicaraan ke atasnya (Anwar).

Dalam permohonannya, Anwar meminta supaya seorang hakim lain mengadili perbicaraan dengan mendakwa bahawa Mohd Zabidin telah menghakimkan lebih awal kes tersebut di penghujung keterangan saksi utama Mohd Saiful Bukhari, sebagai keterangan yang benar.

Anwar, 64, sedang dibicarakan kerana dikatakan melakukan perbuatan liwat ke atas Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam perbicaraan, Karpal berhujah bahawa Abdul Malik tidak sepatutnya menimbangkan merit kepada rayuan itu kerana apabila rayuan telah ditolak, biasanya perkara tersebut berakhir.

Katanya, dengan menyebut tentang merit, ini dapat dianggap penghakiman membunuh yang paling dahsyat dan bertambah buruk lagi bila Anwar dan peguamnya tidak diberi peluang membela diri mereka.

Nordin pula berhujah merit bagi rayuan itu terkandung dalam hujah bertulis kedua-dua pihak pendakwa dan pembela dan tidaklah salah untuk mahkamah rayuan melihat kepada perkara merit semasa penghakiman.
- Laporan: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Tak tahulah sampai bile kes liwat ini akan selesai. Dah lebih tiga tahun ianya masih berlegar dengan isu yang tidak menjurus kepada perbuatan meliwat seperti yang didakwa.

Bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur Saiful Bukhari Azlan tidak pernah dicabar atau dinafikan oleh Anwar Ibrahim sendiri, mahu pun oleh para peguambela yang di kepalai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Yang asyik dipertikai dan dipersoalkan hanyalah kisah konsiparasi DS Najib dan isteri, mengenepikan hakim bicara dan ketidakadilan mahkamah di negara ini. Sedangkan Karpal sendiri dok cari makan dengan sistem kehakiman negara ini sejak dulu, kini dan hinggalah mam...

Hebat dan sangat istimewa sekali kes ini berbanding kes-kes lain yang jauh lebih besar yang pernah dibicarakan di mahkamah negara ini...

Selasa, 4 Oktober 2011

Kes Liwat II: Saksi Misteri Kata, “Mohd Saiful Anti Anwar.....”

BEKAS rakan di universiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, bahawa lelaki tersebut mempunyai perasaan anti terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai seorang munafik.

Mohd Najwan Ali, 26, menambah, sikap tidak suka kepada Anwar telah ditunjukkan oleh Mohd Saiful semasa mereka sama-sama menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Bangi, dekat sini pada tahun 2003.

Sebagai contoh, saksi yang merupakan pegawai di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkata, Mohd Saiful ada meletakkan gambar Anwar bersama dengan keterangan 'Anwar Ibrahim pemimpin munafik' pada akaun laman sosial, Friendster miliknya.

"Mohd Saiful suka memasukkan gambar-gambar dia bersama dengan pemimpin negara. Saya pernah lihat gambar Mohd Saiful bersama dengan beberapa orang menteri, iaitu Tan Sri Hamid Albar, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Azlina Othman," katanya dan menambah, laman web tersebut dilayari pada sekitar tahun 2008.

Selain itu, Mohd Najwan yang sebelum ini digembur-gemburkan sebagai saksi misteri kepada Anwar juga memberitahu, Mohd Saiful turut memuatkan lambang Barisan Nasional (BN) pada laman sosial itu bersama dengan keterangan gambar 'Undilah BN'.

Berdasarkan pengetahuan bahawa Mohd Saiful adalah seorang yang pro kepada kerajaan, Mohd Najwan mengakui beliau berasa terkejut apabila mendapat tahu lelaki tersebut bekerja dengan Anwar semasa mereka berjumpa di satu kempen politik di Subang Jaya, dekat sini pada penghujung Februari 2008.

"Mohd Saiful tidak pernah memandang tinggi pada Anwar dan juga tidak pernah menjadikan Anwar sebagai idolanya," kata saksi pembelaan ke-enam itu semasa menjawab soalan daripada peguam S. N Nair.

Bertitik tolak daripada perasaan sangsi itu juga, Mohd Najwan mengakui bahawa dia telah menghantar mel elektronik yang memaklumkan peribadi Mohd Saiful kepada Anwar.

Sementara itu, semasa diminta untuk menggambarkan peribadi Mohd Saiful di universiti, saksi itu menyifatkan lelaki tersebut sebagai seorang yang mempunyai sifat kepimpinan sehingga dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden Pelajar bagi tahun 2006 hingga 2007 selain aktif dalam pelbagai program anjuran mahasiswa.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin di universiti, Mohd Saiful juga menyeru agar mahasiswa memberi sokongan kepada kerajaan atas alasan terhutang budi kepada pihak yang memerintah.

"Cuma ada beberapa isu pada Mohd Saiful yang tidak begitu elok iaitu dia seorang yang suka publisiti dan perhatian," tambah saksi yang pernah bekerja sementara dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dia seterusnya menambah, mereka pernah terlibat dalam satu program anak angkat dan Mohd Saiful pada masa itu dilantik sebagai ketua pengarah program manakala dia sebagai setiausaha.

"Semasa kami berbincang, Mohd Saiful banyak memberi arahan dan saya yang banyak membuat kerja, tetapi apabila mesyuarat diadakan, dia akan menonjolkan diri," katanya.

Mohd Najwan juga memberitahu, Mohd Saiful juga menggunakan jaringannya untuk mendapatkan Syed Hamid Albar (semasa itu sebagai Menteri Luar Negeri) untuk merasmikan program tersebut, yang pada hematnya agak sukar untuk seorang penuntut berbuat demikian, melainkan jika mempunyai 'kabel'.

Beliau pada keterangannya juga menafikan ada mempunyai perasaan iri hati terhadap Mohd Saiful dan menambah hubungan mereka adalah baik, walaupun setelah Mohd Saiful dibuang daripada universiti.

Menjawa soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, saksi memberitahu Mohd Saiful ada menyifatkan Anwar sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai semasa mereka berbincang mengenai politik.

Mohd Yusof: Apa perlunya kamu untuk menghantar mel elektronik kepada Anwar?
Mohd Najwan: Saya berasakan Mohd Saiful tidak sesuai bekerja dengan Anwar.

Mohd Yusof: Kamu rasakan kamu lebih layak kerja dengan Anwar?
Mohd Najwan: Saya tidak rasa begitu. Selepas dia kerja dengan Anwar, dia masih berkempen untuk BN sedangkan dia pusing satu negara dengan Anwar.

Beliau juga pada keterangannya mengakui adalah sesuatu yang normal jika seseorang suka mengambil gambar bersama menteri di dalam sesuatu majlis.

Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, yang merupakan bekas pembantunya dan kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung pada Khamis dan pihak pembelaan dijadualkan memanggil pakar bedah tulang belakang, Dr Thomas Hoogland.

Hoogland dilaporkan adalah doktor yang mengetuai pasukan pakar yang terlibat dalam rawatan membetulkan tulang belakang Anwar di klinik Alpha di Munich, Jerman.
- Laporan: mStarOnline

Isnin, 3 Oktober 2011

Najib, Rosmah Bukan Saksi Relevan Dalam Perbicaraan Kes Liwat Anwar - Peguam

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bukan merupakan saksi yang relevan atau penting dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung, Mahkamah Tinggi diberitahu Isnin.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili pasangan itu, berkata walaupun pemohon pertama (Najib) dalam afidavit sokongannya mengaku beliau ada berjumpa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun, 2008, dua hari sebelum kejadian liwat itu berlaku, ianya tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi responden (Anwar).

"Kami setuju dengan hujahan responden (Anwar) bahawa beliau mempunyai hak untuk mensapina Najib dan Rosmah, tetapi pada masa yang sama, pemohon-pemohon juga mempunyai hak untuk datang ke mahkamah bagi mengetepikan sapina itu," hujah Hisyam.

Mengambil contoh beberapa kes undang-undang berkaitan dengan saksi penting, peguam itu berkata Anwar tidak mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk memanggil saksi yang langsung tidak ada memiliki dalam pengetahuannya, sebarang keterangan penting dan relevan.

Merujuk kepada afidavit Najib untuk menyokong permohonannya bagi mengetepikan sapina itu, Hisyam berkata pertuduhan yang dihadapi Anwar ialah kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 dan sehubungan itu apa juga perkara yang berlaku antara Najib dan Mohd Saiful pada perjumpaan di kediaman perdana menteri di Taman Duta dua hari sebelum itu (24 Jun), adalah tidak relevan dengan kes itu.

Dalam permohonan difailkan pada 29 Sept, Najib dan Rosmah memohon Mahkamah Tinggi mengetepikan sapina itu dan menegaskan tidak wujud sebarang konspirasi terhadap Anwar atau mereka mengarahkan mana-mana pihak untuk sengaja mereka-reka keterangan bagi mensabitkan tertuduh.

"Hujahan kami ialah ianya berupa "ekspedisi memancing" dan menyalahgunakan proses mahkamah di pihak responden pertama dan dengan itu mahkamah patut membenarkan permohonan pemohon-pemohon untuk mengetepikan sapina itu," kata Hisyam.

Hujahnya lagi, adalah amat jelas bahawa tujuan kedua-dua sapina itu adalah untuk Najib dan Rosmah memberikan penjelasan dan pengesahan mengenai apa yang berlaku semasa perjumpaan dengan Mohd Saiful.

"Undang-undang membenarkan kedua-dua pemohon mengetepikan sapina itu jika pihak yang memohon sapina itu dikeluarkan tidak memenuhi keperluan daripada segi kerelevanan dan kepentingannya," katanya.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar dalam hujahannya berkata tujuan sapina itu ialah bagi mendapatkan pengesahan mengenai lawatan dan perjumpaan Mohd Saiful dengan Najib yang ketika itu ialah timbalan perdana menteri.

Beliau berkata bekas pegawai khas Najib, Datuk Khairul Anaz Jusoh, semasa temu bual saksi pada 25 Mei tahun ini, memberitahu peguam yang mewakili pihak pembelaan bahawa pertemuan antara Najib dan Mohd Saiful berlangsung selama sejam.

Karpal berkata masa pertemuan itu agak penting dan pihak pembelaan mahu tahu apa sebenarnya berlaku.

"Keterangan seumpama itu adalah, perlu diberi penekanan, relevan dan penting. Ditegaskan di sini bahawa permohonan Anwar adalah bona fide dan tidak menyalahgunakan proses mahkamah atau satu penindasan terhadap perdana menteri. Hak pihak-pihak terhadap kehadiran saksi adalah sebahagian penting dalam sistem perundangan," katanya.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mewakili responden kedua (pihak pendakwaan) menyokong hujahan Hisyam.

Beliau berkata Anwar perlu membuktikan keterangan relevan yang ada pada Najib dan Rosmah, tetapi gagal berbuat demikian.

Beliau berkata keterangan relevan atau penting adalah amat penting untuk mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan.

Najib dalam afidavit yang dikemukakan pada 23 Sept, untuk menyokong permohonannya, mengesahkan perjumpaan antara dirinya dan Mohd Saiful berlaku pada 24 Jun, 2008, kira-kira 8.30 malam, di mana Mohd Saiful memberitahunya yang dia telah diliwat oleh responden pertama (Anwar).

Beliau juga menyatakan yang beliau memberitahu Mohd Saiful untuk menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan.

Najib juga berkata oleh kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan atau maklumat daripada pengadu mengenai kejadian yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 itu, oleh yang demikian beliau tidak dapat membantu Anwar dalam pembelaannya.

Katanya sapina yang diperoleh Anwar adalah bersifat mala fide (berniat jahat) dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Sementara Rosmah dalam afidavit yang diikrarkan pada 21 Sept, berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan Mohd Saiful, dan dengan itu beliau tidak dapat memberikan sebarang maklumat atau keterangan mengenai apa-apa isu yang dibangkitkan pihak pembelaan.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis ini untuk menyampaikan keputusan mengenai permohonan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon akan memberikan keterangan pada perbicaraan utama kes itu yang akan bersambung esok.
- Laporan: BernamaOnline

Khamis, 29 September 2011

Kes Liwat II: Permohonan DS Najib dan Isteri Ketepikan Sapina Anwar Didengar Isnin

PERMOHONAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka untuk hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan didengar pada Isnin depan.

Permohonan itu pada asalnya dijadualkan didengar pada Khamis (hari ini), di hadapan Hakim Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Bagaimanapun, peguam Datuk Ghazi Ishak yang mewakili Najib dan Rosmah selaku pemohon, memohon agar ia ditangguhkan ke tarikh lain atas alasan pihaknya baru sahaja menerima afidavit yang difailkan oleh Anwar yang dinamakan sebagai responden pertama dalam permohonan tersebut.

"Oleh itu, kami sangat berharap agar mahkamah dapat memberikan masa untuk kami mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam," katanya dan menambah mereka juga berkemungkinan akan memfailkan afidavit balasan selepas itu.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan itu setelah tiada bantahan dikemukakan oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin yang mewakili pihak pendakwaan yang dinamakan sebagai responden kedua.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, seorang lagi peguam yang mewakili Najb dan Rosmah, Datuk Salehuddin Saidin memberitahu, pihaknya hanya menerima salinan afidavit yang dimaterai pada pagi ini.

Usaha untuk mendapatkan sesalinan afidavit tersebut juga tidak berjaya dan difahamkan ia hanya akan diserahkan selepas mahkamah selesai mendengar permohonan tersebut.

Pada 21 September lalu, Najib dan Rosmah memfailkan permohonan untuk mengenepikan sapina tersebut menerusi peguam-peguam Ghazi, Salehhudin, Hisyam Teh Poh Teik dan M. Athimulan.

Pada 8 Ogos lalu, Anwar yang merupakanAhli Parlimen Permatang Pauh dibenarkan untuk menyoal Najib dan Rosmah dan pada 12 Ogos lalu, kedua-dua mereka telah hadir ke mahkamah tetapi enggan ditemubual berhubung kes liwat berkenaan.

Anwar, 64, sedang membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, yang didakwa dilakukan pada antara pukul 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di sebuah kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur.

Perbicaraan kes liwat tersebut akan bersambung pada 3 Oktober ini dan difahamkan antara saksi yang akan dipanggil ialah seorang pakar ortopedik, Dr Thomas Hoogland yang mempunyai sebuah klinik di Munich, Jerman.
- Laporan: mStarOnline

Jumaat, 23 September 2011

Kes Liwat II: Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi. McDonald mengaku ‘tersilap baca’....

BARISAN pembelaan Anwar Ibrahim akan memanggil pakar bedah tulang belakang yang membuat pembedahan terhadapnya pada 2004 sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

Salah seorang peguam bela tertuduh, Sankara Nair menyatakan, Dr. Thomas Hoogland yang akan hadir pada 6 Oktober ini bakal memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan perubatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Peguam tersebut berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Kes itu dijadualkan untuk sambung bicara peringkat bela diri dari 3 hingga 7 Oktober ini.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Hoogland ialah doktor pakar yang mengetuai pasukan pakar pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha di Munich, Jerman.

Anwar menjalani pembedahan tersebut pada 7 September 2004 selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh dekat sini setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara berhubung kes liwat pertamanya.

Selain pakar bedah itu, Nair memaklumkan pihaknya akan turut memanggil Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Kong Boon ialah saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian asid deoksiribonuleik (DNA) ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian, Tivolli Villa dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar yang turut membabitkan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Sementara itu, pada pemeriksaan semula oleh pihak pembelaan ke atas Dr. Brian McDonald , saksi tersebut menyatakan, beliau 'tersalah baca' keterangan yang diberikan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini.

Kesilapan tersebut, jelasnya, menyebabkan beliau menyangka bahawa saksi pakar kimia tempatan itu membuat ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas semua calitan-calitan putik kapas yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terutamanya daripada dubur mangsa.

McDonald, 60, turut menyatakan, kenyataan yang diberikan tidak mempunyai hubung kait dengan kejujurannya sebaliknya ia adalah disebabkan 'tersilap baca'.

Menjawab pertanyaan peguam, Ramkarpal Singh berhubung daya tahan sperma di dalam rektum, saksi pembelaan keempat itu berkata, bahan rujukan yang dikemukakan oleh Peguam Negara Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semasa pemeriksaan balas semalam merupakan satu contoh yang disifatkan amat jarang berlaku.

Ujarnya, peratusan untuk menemui DNA di dalam sampel yang berusia antara 65 hingga 113 jam adalah 0.01 peratus.

Beliau menyatakan, kes ini (kes liwat terbaru Anwar) yang mana sampel diambil dari rektum mangsa dan hanya dianalisis selepas 56 jam merupakan rekod paling lama sesuatu bahan bukti menunjukkan hasil DNA yang positif.

Dalam kes tersebut, calitan putik kapas mengandungi sampel sperma itu diperoleh doktor-doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 dan Lay Hong menerima sampel tersebut kira-kira 56 jam kemudian.

Dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan, Lay Hong mengesahkan bahawa spermatozoa dalam sampel yang diperoleh dari dubur Mohd. Saiful Bukhari berada dalam keadaan elok.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Eloklah Anwar dan peguam-peguamnya cuba pulak pakar dari Jerman tu. Mana tau, kalau-kalau boleh membantu, walaupun ianya tak ada kena mengena dengan kes meliwat si Saiful. Kes sakit tulang belakang yang satu ketika dulu pernah dipertikaikan.

Saksi import dari negara kangaroo tu nampaknya tak berapa menjadi. Buat peghabeh bogheh jorrrr...

Kalau si Jerman tu pulak tersilap langkah dan tersalah baca, dapatlah kita ketahui apa kisah sebenar mengenai sakit tulang belakang si Nuar dahulu.

Tunggggguuuu!

Khamis, 22 September 2011

Kes Liwat II: Pakar asing tidak nafikan DNA Lelaki Y

WALAUPUN mendakwa kaedah yang digunakan oleh pakar kimia tempatan dalam mendapatkan asid deoksiribonukleik (DNA) adalah tidak tepat, seorang perunding sistem genetik molekular di Australia pada Rabu tidak menafikan bahawa DNA Lelaki Y wujud pada sampel yang diambil dari rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

DNA Lelaki Y sebelum ini telah dikenal pasti serupa dengan DNA Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Dr. Brian McDonald menyatakan demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding pembelaan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebelum memberikan jawapan sedemikian, McDonald dilihat menjadi begitu defensif dari awal perbicaraan sehingga pada satu ketika 'meluahkan perasaannya' dengan mendakwa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangannya dan keterangan-keterangan lain serta bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Terdahulu, saksi pembelaan keempat itu ketika disoal mengenai degradasi sampel-sampel terutamanya berkaitan calitan-calitan putik kapas yang dibuat di bahagian rektum bekas pembantu peribadi Anwar itu menyatakan, adalah mudah untuk mengesan degradasi melalui analisis ujian elektroferograf.

Beliau turut mendakwa bahawa Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong mengelak daripada menjawab soalan-soalan berhubung perkara tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan.

Lay Hong dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan sebelum ini menyatakan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya degradasi tetapi ia tidak begitu serius sehingga boleh merosakkan atau memusnahkan DNA pada sampel-sampel terbabit.

Bagaimanapun, McDonald ketika ditanya berdasarkan nota keterangan prosiding pakar kimia itu sebelum ini, adakah pihak pembelaan sendiri pernah menunjukkan sebarang bukti berhubung degradasi pada graf, kembali menyatakan bahawa Mohd. Yusof cuba memutar-belitkan keterangan.

Selain itu, saksi tersebut yang sebelum ini mempersoalkan mengenai proses pengasingan ekstrak DNA memaklumkan bahawa beliau 'pernah melakukannya tetapi bukan secara rutin'.

Sebaliknya, beliau lebih kepada mengawasi dan menyelia mereka yang melakukan proses tersebut sebelum tafsiran dibuat olehnya terhadap hasil ujian yang dijalankan.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok (Khamis) dengan pemeriksaan semula ke atas McDonald oleh pihak pembelaan.
- Laporan: UtusanOnline
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog