
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bukan merupakan saksi yang relevan atau penting dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung, Mahkamah Tinggi diberitahu Isnin.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili pasangan itu, berkata walaupun pemohon pertama (Najib) dalam afidavit sokongannya mengaku beliau ada berjumpa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun, 2008, dua hari sebelum kejadian liwat itu berlaku, ianya tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi responden (Anwar).
"Kami setuju dengan hujahan responden (Anwar) bahawa beliau mempunyai hak untuk mensapina Najib dan Rosmah, tetapi pada masa yang sama, pemohon-pemohon juga mempunyai hak untuk datang ke mahkamah bagi mengetepikan sapina itu," hujah Hisyam.
Mengambil contoh beberapa kes undang-undang berkaitan dengan saksi penting, peguam itu berkata Anwar tidak mempunyai hak daripada segi undang-undang untuk memanggil saksi yang langsung tidak ada memiliki dalam pengetahuannya, sebarang keterangan penting dan relevan.
Merujuk kepada afidavit Najib untuk menyokong permohonannya bagi mengetepikan sapina itu, Hisyam berkata pertuduhan yang dihadapi Anwar ialah kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 dan sehubungan itu apa juga perkara yang berlaku antara Najib dan Mohd Saiful pada perjumpaan di kediaman perdana menteri di Taman Duta dua hari sebelum itu (24 Jun), adalah tidak relevan dengan kes itu.
Dalam permohonan difailkan pada 29 Sept, Najib dan Rosmah memohon Mahkamah Tinggi mengetepikan sapina itu dan menegaskan tidak wujud sebarang konspirasi terhadap Anwar atau mereka mengarahkan mana-mana pihak untuk sengaja mereka-reka keterangan bagi mensabitkan tertuduh.
"Hujahan kami ialah ianya berupa "ekspedisi memancing" dan menyalahgunakan proses mahkamah di pihak responden pertama dan dengan itu mahkamah patut membenarkan permohonan pemohon-pemohon untuk mengetepikan sapina itu," kata Hisyam.
Hujahnya lagi, adalah amat jelas bahawa tujuan kedua-dua sapina itu adalah untuk Najib dan Rosmah memberikan penjelasan dan pengesahan mengenai apa yang berlaku semasa perjumpaan dengan Mohd Saiful.
"Undang-undang membenarkan kedua-dua pemohon mengetepikan sapina itu jika pihak yang memohon sapina itu dikeluarkan tidak memenuhi keperluan daripada segi kerelevanan dan kepentingannya," katanya.
Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar dalam hujahannya berkata tujuan sapina itu ialah bagi mendapatkan pengesahan mengenai lawatan dan perjumpaan Mohd Saiful dengan Najib yang ketika itu ialah timbalan perdana menteri.
Beliau berkata bekas pegawai khas Najib, Datuk Khairul Anaz Jusoh, semasa temu bual saksi pada 25 Mei tahun ini, memberitahu peguam yang mewakili pihak pembelaan bahawa pertemuan antara Najib dan Mohd Saiful berlangsung selama sejam.

Karpal berkata masa pertemuan itu agak penting dan pihak pembelaan mahu tahu apa sebenarnya berlaku.
"Keterangan seumpama itu adalah, perlu diberi penekanan, relevan dan penting. Ditegaskan di sini bahawa permohonan Anwar adalah bona fide dan tidak menyalahgunakan proses mahkamah atau satu penindasan terhadap perdana menteri. Hak pihak-pihak terhadap kehadiran saksi adalah sebahagian penting dalam sistem perundangan," katanya.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mewakili responden kedua (pihak pendakwaan) menyokong hujahan Hisyam.
Beliau berkata Anwar perlu membuktikan keterangan relevan yang ada pada Najib dan Rosmah, tetapi gagal berbuat demikian.
Beliau berkata keterangan relevan atau penting adalah amat penting untuk mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan.
Najib dalam afidavit yang dikemukakan pada 23 Sept, untuk menyokong permohonannya, mengesahkan perjumpaan antara dirinya dan Mohd Saiful berlaku pada 24 Jun, 2008, kira-kira 8.30 malam, di mana Mohd Saiful memberitahunya yang dia telah diliwat oleh responden pertama (Anwar).
Beliau juga menyatakan yang beliau memberitahu Mohd Saiful untuk menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan.
Najib juga berkata oleh kerana beliau tidak mempunyai pengetahuan atau maklumat daripada pengadu mengenai kejadian yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 itu, oleh yang demikian beliau tidak dapat membantu Anwar dalam pembelaannya.
Katanya sapina yang diperoleh Anwar adalah bersifat mala fide (berniat jahat) dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Sementara Rosmah dalam afidavit yang diikrarkan pada 21 Sept, berkata beliau tidak pernah berjumpa atau bercakap dengan Mohd Saiful, dan dengan itu beliau tidak dapat memberikan sebarang maklumat atau keterangan mengenai apa-apa isu yang dibangkitkan pihak pembelaan.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis ini untuk menyampaikan keputusan mengenai permohonan itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon akan memberikan keterangan pada perbicaraan utama kes itu yang akan bersambung esok.
- Laporan: BernamaOnline
Post Ter'latest' dari Senarai Blog
-
So what will you be calling for next - a ban on cigarettes, alcohol, and
kapcais?
-
What happens to Regulation — and Enforcement?
KL, July 18: Out of the blue, a local newspaper earlier this week called
for a nationwide ban on vaping. It s...
2 minggu yang lalu
-
The Politics of Outrage by Philip Golingai
-
Reform interests? Rafizi with his allies voicing their concerns regarding
the recent judicial appointments in a press conference. — LOW BOON TAT/The
Star...
2 minggu yang lalu
-
MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
-
Tuan Yang Terutama Negeri Sabah adalah Ketua Negeri dan Simbol Rasmi
Kerajaan Negeri.
Walaupun tidak mempunyai kuasa eksekutif seperti Ketua Menteri, kedu...
2 bulan yang lalu
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
-
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT :
PKR,Politik,Tengku Zafrul,UMNO
7 bulan yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA
KHAS ??
-
MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ?
APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ...
MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...
2 tahun yang lalu
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan
-
MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU
SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku
setiap dua...
3 tahun yang lalu
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan
Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin?
-
Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya
mendapat perhatian seluruh negara.
Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
4 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI
-
Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG,
lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald
Trump y...
4 tahun yang lalu
-
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
5 tahun yang lalu
-
Ada usaha mahu pecah belahkan UMNO: Annuar
-
SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua
ahli Parlimen UMNO dan Pas masih teguh bersama walaupun usaha untuk
memecahbelahkan...
5 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
-
SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan
tirainya. Se...
5 tahun yang lalu
-
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
5 tahun yang lalu
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya
Lebih Bijak!!!
-
Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja
utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng
pisang...
6 tahun yang lalu
-
Sariyah Jutawan Segera
-
Profile Fb Sariah
Sariah nama pengguna fb Sariah sekarang ini sudah pasti jadi jutawan
segera, kerana telah mendapat wang tunai dalam ringgit malaysia b...
6 tahun yang lalu
-
ICERD: KALAU BUKAN MELAYU NAK HAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN MELAYU/BUMIPUTERA,
ORANG MELAYU BOLEH BATALKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN ORANG BUKAN MELAYU
-
Kontrak sosial adalah perjanjian/persefahaman yg terjalin antara pemimpin
Melayu dengan pemimpin bukan Melayu semasa proses menuntut kemerdekaan
negara ...
6 tahun yang lalu
-
Prostitution in Pakatan Harapan
-
Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14
million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan.
It end up, he come out wit...
6 tahun yang lalu
-
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
7 tahun yang lalu
-
Tiga Pengumuman Tergempar Dato Seri @NajibRazak Buat Rakyat Malaysia
-
Tiga Pengumuman PM Buat Malam Ini
1) Rakyat Malaysia berusia 26 tahun ke bawah tidak dikenakan cukai
pendapatan. Malah cukai yang telah dibayar tahun lep...
7 tahun yang lalu
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH?
-
PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi
Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat
ke kerus...
7 tahun yang lalu
-
TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN
#PAS ???
-
Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah
ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula
dipecahkan sesama...
7 tahun yang lalu
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
-
Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai
iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima
rakyat ...
8 tahun yang lalu
-
Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding
untuk PRU14 di Kedah
-
Pergolakan dalaman UMNO dilihat semakin membahang:
1. Ada yang merajuk ketua tidak dicalonkan (printscreen dari group whatsapp
UMNO bahagian/cawangan)
...
8 tahun yang lalu
-
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO- SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI?
-
Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak lawak, badut dan
pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun. PAU ini juga
diguna ...
8 tahun yang lalu
-
-
Dulu Sama Menyokong. Sekarang ?
-
Dulu ramai dari kalangan blogger proKerajaan yang menyokong agar Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan berikutan ada ura-ura kerajaan
pada masa ...
9 tahun yang lalu
-
Lowongan Kerja CRRANTE Cosmetic Cab. Purwokerto
-
Lowongan kerja *CRRANTE* - *Lowongan kerja purwokerto* hari ini, merupakan
Perusahaan yang bergerak di bidang *cosmetic. CRRANTE cosmetic *atau *PT.
Lautan...
9 tahun yang lalu
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
9 tahun yang lalu
-
Ringgit Tak Laku Di Madinah? Aziz Kecewa Fitnah Bodoh
-
Pagi tadi bertempat di perumahan FELDA Gelanggi 04 Jerantut Pahang,
Pengerusi Tabung Haji, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez Rahim dengan
tegas menaf...
9 tahun yang lalu
-
#DEIG: Bimbang GT Bimbang... Engkau Hilang Bawa RM6.7 Billion!
-
Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya
Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development
Berh...
9 tahun yang lalu
-
KONSPIRASI PERTAHAN NAJIB
-
Tun Mahathir menulis lagi tentang konspirasi mempertahankan Najib tanpa
memikirkan buruk baiknya kepada rakyat dan negara. Aku sendiri pun pelik
dengan pe...
10 tahun yang lalu
-
Tepu
-
Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itup...
10 tahun yang lalu
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat
25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa
oran...
10 tahun yang lalu
-
Pas lah, bukan DAP atau PKR yg teraju PR.
-
FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan
penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan
adalah Pa...
11 tahun yang lalu
-
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!
-
PUAS MENCARI DI SELURUH ALAM MAYA. TAK ADA SATU PUN UCAPAN TAKZIAH DARI
PARTI RASISI DAP UNTUK KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN. TAK ADA. APA
MAKNANYA. MEREK...
11 tahun yang lalu
-
Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?
-
Umum mengetahui siapa Marina Mahathir, salah seorang daripada individu yang
memperjuangkan LGBT dan dalam masa yang sama beliau juga adalah salah
seorang...
11 tahun yang lalu
-
Madonna Belajar Al-Quran & Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam
-
I*kon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.*
“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata
pen...
11 tahun yang lalu
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
-
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat
menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang sew...
12 tahun yang lalu
-
JANGAN JADI AGEN YAHUDI...
-
* Wall Street and London’s hegemonic ambitions in Asia, centered around
installing proxy regimes across Southeast Asia and using the supranational
ASEAN b...
12 tahun yang lalu
-
#SepetSunami di Lempang Ah Gor...
-
Najib Lempang Wartawan Cina?!
Seorang wartawan melayu bertanya "apa pendekatan nk digunakan untuk
mendapat balik sokongan orang cina?",
PM berkata "kita k...
12 tahun yang lalu
-
Alert...Anwar seru rakyat untuk buat demo
-
Email ni aku dapat tadi,sila baca dan buktikan kesahihan nya PRESS
STATEMENT FOR RELEASE6 MAY 2013The recently concluded 13th General Election
was marred w...
12 tahun yang lalu
-
SPENDA INI MEMBUNUHKU!! - MUSTAFA ALI
-
Seorang lelaki miskin akan berkahwin dengan gadis pujaan hatinya, namun dia
teringin sekali memiliki spender baru. Kerana ketiadaan wang yg habis
dibela...
12 tahun yang lalu
-
TEST
-
12 tahun yang lalu
-
Lagi demo NGO tak puas hati terhadap Karpal Singh
-
Kira-kira 80 ahli Perkasa cawangan Grik menyertai perhimpunan aman petang
semalam bagi membantah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bukan
Melayu ...
13 tahun yang lalu
-
-
Adam Adli Geli Gagal Lagi.....
-
Ceramah sampah yang hendak diadakan telah dibatalkan oleh penganjur.
Penganjur bimbang kerana telah mendapat sambutan terhangat dari golongan
"Hardcore" d...
13 tahun yang lalu
-
-
PENGANUGERAHAN SAYA SEBAGAI SRIKANDI OLEH PERSATUAN SILAT GAYUNG
-
Jangan lupa melihat butik online saya yang akan dilancarkan esok Ahad
28/1/2012 dibawah nama hafildafamous.com anda juga boleh mempromosikan
produk anda...
13 tahun yang lalu
-
Salam Maal Hijrah 1433H
-
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
Helaian cebisan kenangan 1432 H sudah menjadi lipatan sejarah. Kini, 1433 H
tiba dengan kisah baru yang penuh m...
13 tahun yang lalu
-
Belajar Menjadi Jujur..Adalah Satu Perjuangan
-
PRU 13 semakin hampir. Medan semakin panas dan pertempuran semakin sengit.
Di sebalik semangat juang yang tinggi dan berbekalkan strategi yang betul,
pa...
13 tahun yang lalu
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?
-
*Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri
sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes
liwatnya dengan Sa...
14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan