Kenaikan harga barang tidak akan mampu dikawal selagi kaum chauvanis ini berkuasa penuh dalam perniagaan bekal dan borong barangan keperluan rakyat..... |
AWAS! Kemeriahan sambutan rakyat ramai terhadap Bajet 2012 yang dibentangkan DS Najib semalam sudah tentu tidak disenangi oleh puak pembangkang. Ianya sudah tentu mencabar bajet alternatif yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim dua hari sebelumnya.
Sebagaimana biasa, Anwar selaku Ketua Pembangkang hanya mampu berkata bajet itu tidak realistik kerana tidak dihuraikan bagaimana ianya akan dilaksanakan. Kepada Anwar Bajet 2012 kerajaan BN itu sama seperti bajet ciptaannya yang hanya ‘omong kosong’ dan ‘angan-angan Mat Jenin’ dalam keadaan ‘gila talak’.
Seperti biasa puak cahuvanis DAP hanya berdiam diri. Mereka hanya membisu kerana sedang memikir cara terbaik untuk ‘merosakkan’ apa yang dicadang oleh belanjawan kerajaan BN untuk tahun akan datang itu. Mereka mungkin sedang menanti keputusan para pemikir dari seberang Tambak.
Puak chauvanis yang sangat kita ketahu sikapnya, selalunya akan senyum dan mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju ketika berdepan. Tapi di dalam hati mereka Tuhan sahaja yang tahu bagaimana mendekam dan geram.
Angguk puak chauvanis belum tentu bererti setuju. Ada udang di sebalik batu. Mereka sedang mengatur strategi untuk melemah atau menggagalkan apa yang rencanakan oleh DS Najib dan barisan kepimpinannya. Ini pasti akan mereka lakukan.
Apa pun kenaikan gaji kakitangan awam, bonus dan macam-macam pemberian sagu hati kerajaan BN terhadap rakyat melalui bajet berkenaan memungkinkan puak chauvanis yang menguasai perniagaan sebagai pembekal dan pemborongan barang keperluan akan diguna oleh DAP untuk bertindak menaikkan harga barang sesuka hati.
Pembangkang yang didominasi strateginya oleh kaum chauvanis DAP sudah tentu akan bertindak balas bagi melemahkan kerajaan dan kepimpinan DS Najib. Maknanya, kebaikan kerajaan BN itu akan cuba disanggah atau dicelakan keberkesanannya terhadap rakyat.
Tindakan melabelkan akronim BN bermaksud ‘Barang Naik’ akan digerakkan semahu-mahunya bagi melemah dan memudarkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN menjelang PRU-13 nanti.
Inilah senjata ampuh yang mereka miliki. Sudah pasti senjata ini akan digunakan.
Tak lama lagi rakyat negara ini akan menerima bahang kenaikan harga barangan. Dan kesalahannya akan tertempelak kepada kerajaan....
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan