Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Selasa, 25 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT 2010: SPRM Buka 36 Fail Siasatan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 36 fail siasatan berikutan isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diedarkan kepada umum semalam.

Sebanyak dua fail siasatan dibuka di ibu pejabat, dua fail di Sarawak, tiga masing-masing di Pulau Pinang dan Johor, enam masing-masing di Terengganu dan Kedah, tujuh masing-masing di Perak dan Sabah.

Menurut kenyataan SPRM, Selasa, pihaknya telahpun menyiasat sebahagian besar isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

SPRM mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam memberi sebarang maklumat yang berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara itu.

Menyentuh soal suruhanjaya itu disenarai sebagai salah satu daripada sembilan jabatan dan agensi kerajaan yang berbelanja melebihi peruntukan, beliau berkata:
"Lebihan perbelanjaan sebanyak 0.73 peratus disebabkan menampung bayaran bonus tahunan atau bantuan khas kewangan kepada pegawai Gred 54 ke bawah mengikut Arahan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2010".

Lebihan perbelanjaan ini sama sekali tidak bermakna SPRM melanggar mana-mana arahan perbendaharaan atau mana-mana prosedur pengurusan kewangan sebaliknya ia adalah bayaran bonus yang diluluskan oleh kerajaan, jelas kenyataan itu.
- mStarOnline

Ahad, 24 Julai 2011

Tiga Pegawai Dilucut Tugas: SPRM siasat pegawai terbabit kematian Beng Hock


SELEPAS dua hari la­­­­poran Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock diumumkan, Suruhanjaya Pencegahan Ra­­suah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan melucutkan tugas operasi siasatan terhadap tiga pegawai yang dikatakan terbabit.

Tindakan itu diambil sementara menunggu hasil laporan Pasukan Khas Siasatan diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, yang tubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Mereka yang diambil tindakan ialah Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim yang ketika kejadian menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus

Tindakan itu berikutan Suruhanjaya Diraja dalam laporannya mendapati mereka menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar, sekali gus melanggar prosedur sedia ada.

SPRM dalam kenyataan media semalam menyatakan, pasukan khas itu akan menjalankan siasatan susulan dalaman secara menyeluruh serta menyediakan laporan komprehensif. Hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan terdiri daripada empat individu bebas, dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Muhammad Mohd Noor; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan peguam, V Ravindran.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak akan bertolak-ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tata kelakuan," kata kenyataan itu.

Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu memutuskan Beng Hock bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

Kenyataan itu turut menjelaskan penubuhan pasukan khas berkenaan antara tindakan susulan proaktif serta merta kerana SPRM menerima dan memandang serius cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya diraja yang dikeluarkan Khamis lalu.

Beberapa cadangan suruhanjaya itu juga sudah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), mewujudkan bilik temubual bervideo (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bangunan SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi ketika berada dalam premis SPRM.

Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya dan SPRM akan menyerahkan serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.
Berita: BHOnline

SATU MELAYU:
Kerajaan melalui agensinya seperti SPRM telah cuba sedaya upaya membuktikan ketelusan dalam tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Tapi bagaimana pula dengan wakil rakyat DAP Selangor dan juga MB Selangor? Teluskah mereka dalam isu yang membabitkan kematian Teoh ini?
Setahu umum, sebab Teoh mati membunuh diri adalah kerana mahu melindungi penyelewengan wang rakyat negeri Selangor yang dirompak dan disesah oleh wakil-wakil rakyat DAP termasuk boss beliau Ean Yong.

Apakah SPRM mahu menyiasat pegawai-pegawainya sahaja? Sedangkan wakil rakyat DAP dan MB yang bersekongkol dalam menyamun wang rakyat Selangor dibiarkan tanpa tindakan susulan?

Khamis, 21 Julai 2011

Suruhanjaya Diraja Kemuka Cadangan Baiki Sistem Perlindungan Saksi SPRM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta meningkatkan infrastruktur di premis dan pejabatnya termasuk menyediakan kamera pengawasan untuk merekod pergerakan dan perlakuan setiap orang yang memasuki atau meninggalkan pejabat atau mana-mana biliknya.

Itu antara cadangan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dalam laporannya bagi menambah baik aspek perlindungan saksi yang sedang dalam siasatan SPRM bagi mengelak sebarang kontroversi seumpama kes kematian Teoh berulang.

Cadangan yang dikemukakan itu merupakan pendapat kesemua ahli panel Suruhanjaya Diraja itu berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan semasa perjalanan siasatan kes berkenaan.

Selain penambahbaikan infrastruktur, Suruhanjaya Diraja itu turut mengusulkan supaya SPRM meneliti prosedur sedia ada supaya lebih mantap dan berkesan dan menilai semula kelayakan masuk perkhidmatan dan latihan pegawainya.

Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S.Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh; Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim selaku setiausaha suruhanjaya.

Bagi meningkatkan aspek infrastruktur, Suruhanjaya Diraja itu berpendapat SPRM perlu mengadakan bilik menunggu yang ditetapkan untuk menempatkan saksi sementara menunggu ditemubual atau pernyataannya direkod.

Para pegawai perlu menunggu bersama dengan saksi untuk menghalang apa-apa perkara yang tidak diingini dan juga untuk menghalang saksi yang terlibat dalam siasatan yang sama daripada berhubungan antara satu sama lain.

Saksi pula tidak boleh dikehendaki menunggu lebih daripada 30 minit kecuali ada alasan yang baik, demikian menurut laporan itu.

"Kami tidak perlu menekankan lagi keperluan perkara ini memandangkan terdapat kejadian yang menunjukkan bahawa apabila saksi atau orang yang disyaki dibiarkan merayau-rayau tanpa diawasi di pejabat SPRM, perkara yang tidak diingini mungkin berlaku," katanya.

SPRM turut disarankan mewujudkan bilik khas untuk menemubual dan merekod pernyataan saksi.

Bilik temubual itu perlu ditempatkan di tingkat bawah pejabat SPRM dan tidak boleh dikunci semasa sesi temubual atau sesi merekod pernyataan.

Ini akan membolehkan pegawai atasan kepada pegawai yang menemubual atau yang merekod pernyataan memeriksa pegawai tersebut dari masa ke masa untuk memastikan sesi itu dijalankan dengan sepatutnya dan mengikut undang-undang.

Bagi mewujudkan ketelusan dalam proses temubual dan mengelak tuduhan menggunakan kekerasan, bilik itu perlu dilengkapi cermin kaca sekala selain semua prosiding di pejabat SPRM dirakam dalam CCTV.

SPRM turut disaran mewujudkan bilik rehat atau bermalam untuk pegawainya sekiranya tugas memerlukan mereka berada lebih lama di pejabat bagi membolehkan mereka berehat dengan lebih selesa bagi membolehkan pegawai berkenaan menguruskan saksi dengan lebih baik.

Mengenai tindakan merekod pernyataan di luar waktu pejabat, Suruhanjaya Diraja itu berpendapat, jika perberhentian tugas merekod pernyataan saksi mendatangkan kesan buruk terhadap siasatan, maka tugas itu hendaklah diteruskan melewati waktu pejabat dengan syarat saksi diberikan waktu rehat yang mencukupi dan perhatian kepada keadaan dan kesihatan fizikal dan mental saksi diambil kira.

Turut ditekankan oleh Suruhanjaya Diraja itu berkenaan layanan kepada saksi semasa tempoh soal siasat dijalankan di pejabat SPRM, termasuk penggunaan bahasa yang baik selain memberikan hak kepada saksi untuk berhubung dengan keluarga.

Mengenai kelayakan pegawai SPRM, Suruhanjaya Diraja itu berpendapat, mereka hendaklah sekurang-kurangnya tamat pendidikan tinggi, telah menjalani latihan yang komprehensif dan memenuhi standard yang dikehendaki termasuk penilaian dan kaunseling psikologi.
- Berita: Bernama

Sabtu, 4 Jun 2011

Terima bayaran RM350 ribu dari Husam: SPRM siasat pengakuan Kickdefella

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat mengesahkan sedang menyiasat pengakuan penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau dikenali sebagai Kickdefella yang dia menerima sejumlah wang daripada Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes tersebut sejak setahun lalu.

“Pengakuan penulis blog Kickdefella ini telah lama disiasat dan siasatan itu masih dijalankan sehingga sekarang.

“Jadi, biar siasatan dilakukan dahulu dan saya juga tidak mahu mencampuri urusan siasatan kerana ia sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menutup kursus latihan asas Pegawai Pencegahan Rasuah Bhutan di Akademi Pencegahan Rasuah di Kuala Lumpur.

Syed Azidi semalam mengaku menerima wang tunai sebanyak RM350,000 daripada Husam secara berperingkat-peringkat melalui orang tengah.

Penulis blog itu menjelaskan, sebanyak RM50,000 diterima berkaitan pembayaran kos tertunggak selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada November 2009 manakala RM300,000 lagi dipercayai wang pampasan.

Pada April tahun lalu, beliau mengaku menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
- Utusan

SATU MELAYU:
Apakah akan ada nanti tunjuk perasaan penyokong-prnyokong PAS-PKR-DAP membantah tindakan SPRM menyiasat kes ini?

Sebagaimana biasa, puak pembangkan cahuvanis Cina DAP selalunya akan hanya berdiam diri dan memerhati dari jauh segala isu yang menimpa rakan sekutunya dalam Pas atau PKR. Tapi bila ada isu yang menyentuh DAP seperti kes kematian Teoh beng Hock, para penyokong Pas dan PKR akan bermatian-matian menyokong atau turut campur.

Begitu juga dengan isu video seks dan kes liwat II Anwar Ibrahim, mana ada pemimpin DAP mahu campur. Yang ada cuma Karpal yang pernah berkata: ""Anwar Ibrahim mesti bertaubat....." ketika menyedari dirinya tertipu dengan 'projek 16 September."

Begitulah bangangnya Melayu PKR dan Pas yang terbukti telah dicucuk hidung oleh Lim anak beranak.

Tungguuuuuuuu....!

Sabtu, 30 April 2011

Hargai kecekapan SPRM – DS Najib

KECEKAPAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pesalah rasuah yang mencatat tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan jenayah itu harus dihargai oleh rakyat negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan jenayah rasuah termasuk mengatasi masalah pengaliran wang keluar secara ‘gelap’.

“SPRM telah diberi begitu banyak kuasa oleh kerajaan dan mereka telah mengambil langkah-langkah seperti yang dibentangkan dalam laporan di Parlimen (Khamis).

“Kita dah kata untuk kurangkan rasuah ialah salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan. Antaranya seperti yang sedang kita lakukan di bawah deklarasi import eksport.

“Ini semua langkah-langkah positif yang terus diambil kerajaan termasuk beberapa kes berprofil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (MPPK) ke-11 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

Seramai 944 pesalah rasuah ditahan oleh SPRM tahun lepas iaitu jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

Malah, lebih ramai pemberi rasuah berjaya ditahan berbanding penerima sepanjang tahun lalu.
- Utusan

SATU MELAYU:
Mereka yang mengkritik tindakan atau cara SPRM jalankan tugas adalah puak yang takut dengan agensi berkenaan kerana banyak buat salah.

Mereka tidak sedar dan tidak tahu bahawa rakyat menilai mereka berdasarkan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Lebih teruk lagi, pihak pembangkang sering mengalih isu siasatan SPRM terhadap mereka menjadi isu politik atau isu perkauman. Sedangkan mereka lupa fakta bahawa SPRM bertindak tanpa mengira status seseorang atau dari parti mana mereka berada.

Kes kematian Teoh beng Hock sudah cukup mendedahkan kepada rakyat hakikat itu.

Jumaat, 29 April 2011

Rasuah Di Kalangan Penguatkuasa Punca Pintu Masuk Negara Sering Bolos - SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pegawai penguatkuasa, termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara.

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan dipercayai menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam. Terdapat juga penguatkuasa yang dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram," demikian menurut laporan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Khamis.

Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

"Ini adalah antara punca menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin," menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu, daripada pemerhatian risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini setiap hari dan dianggarkan kira-kira 35 peratus daripada jumlah itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelakkan prosedur pemeriksaan Imigresen.

"Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen Malaysia adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

"Anggapan dengan menggunakan bilangan pendatang tersebut dan purata bayaran yuran pas lawatan (kerja sementara) serta levi yang sepatutnya dikenakan adalah RM800, kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian mencecah RM86.4 juta setahun akibat daripada ketidakpatuhan prosedur Imigresen berpunca daripada amalan rasuah," menurut laporan SPRM.

Hasil operasi yang dijalankan, 11 pegawai Imigresen ditangkap dengan keseluruhannya RM231,608.36 nilai wang tunai atau dalam akaun simpanan pegawai terbabit selain RM117,400 nilai aset disita.

Pesalah imigresen di depot tahanan....
Hasil siasatan, operasi dan pendedahan mengenai gajala rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen menyebabkan jabatan itu melaksanakan rombakan besar-besaran termasuk menukar 20 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang bertugas di Pelabuhan Klang ke cawangan lain.

Rombakan itu dilakukan bagi memastikan 'jalinan rangkaian' antara pegawai Imigresen dengan dalang-dalang yang membawa masuk pendatang tanpa izin ke Malaysia dapat dihentikan.

Dalam masa sama, Jabatan Imigresen dan SPRM mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang gejala rasuah hingga menyebabkan 'pencerobohan' berlaku di pintu masuk negara oleh anggota penguatkuasa undang-undang di negara ini.

Laporan SPRM 2010 itu turut membongkar isu ketirisan subsidi diesel, dengan segelintir pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dikatakan ditawarkan suapan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ekoran perlakuan penyelewengan.

Ia mendedahkan bahawa Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit.

Turut dilaporkan menjadi ejen perantara ketirisan diesel ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

"Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depot kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan.

"Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing kilang atau ke sempadan," menurut laporan itu.

Kerajaan dianggar menanggung kerugian RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun akibat penyelewengan subsidi minyak diesel, berdasarkan anggaran minimum, iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi diluluskan kerajaan untuk golongan nelayan.

Bagi tempoh 2006-2010, kerajaan meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 bilion liter kepada nelayan.
- Bernama

SATU MELAYU:
Majoriti kakitangan kerajaan adalah kaum Melayu.
Kalau rasuah yang boleh menjahanam dan melingkupkan negara itu berlaku di kalangn kakitangan kerajaan, maka bangsa Melayu sendirilah yang jadi penyebabnya.

Oleh kerana Melayu itu agmanya Islam, dan Islam melarang menerima rasuah, sekali lagi bangsa Melayu jugalah yang jadi penyebab tercemarnya ajaran suci Islam.

Justeru itu, gaya hidup dan kemantapan ajaran Islam sebanar perlu menjadi asas dalam membentuk umat Melayu yang tersesat jalan hidupnya kerana terlalu mengejar kebendaan dalam hidup sementara di dunia ini.

Khamis, 28 April 2011

Kerugian akibat pembalakan haram, curi pasir RM754 juta: SPRM

KERAJAAN dianggar mengalami kerugian kutipan hasil berjumlah RM754 juta akibat aktiviti pembalakan haram dan kegiatan mencuri pasir yang berleluasa sepanjang tahun lalu.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2010, kerajaan dianggar mengalami kerugian hasil kutipan royalti berjumlah RM745 juta akibat kegiatan mencuri pasir dan RM8.95 juta akibat pembalakan haram.

"Dengan anggaran 3,000 lori digunakan mengangkut pasir selama setahun, kerugian boleh mencecah hampir RM600 juta, manakala bagi kes penyeludupan pasir ke negara jiran, anggaran kerugian ditanggung sekitar RM145 juta setahun," menurut laporan itu.

Sepanjang tahun lalu, SPRM menerima sebanyak 410 maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam pengeluaran bahan batuan pasir.

Sebanyak 45 kertas siasatan dibuka yang menjurus kepada 43 tangkapan yang mana 22 daripada mereka dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyelewengan isu pasir.

Sepanjang "Ops Pasir" dilaksanakan, nilai suapan terbabit adalah RM321,528.40, dengan nilai rasuah tertinggi bernilai RM88,000.

Enam orang pula ditangkap kerana rasuah seks.

SPRM, dalam laporan itu turut mendedahkan pemberi rasuah bukan sahaja bertindak menyogok penguatkuasa undang-undang, malah berani mengancam dan mengugut pihak berkuasa.

"Lokasi pengorekan pasir haram milik persendirian dipagar dan dikawal TONTO, yang ada antaranya memiliki senjata api.

"Mereka bukan sahaja mengganggu kerja penguatkuasaan malah berani mengugut dengan mengacukan pistol ke arah pegawai penguatkuasa," katanya.

Dalam kes pembalakan haram, kerugian ditanggung kerajaan itu adalah daripada anggaran nilai balak yang ditebang secara haram dan disita melalui operasi-operasi dijalankan sepanjang "Ops Balak" tahun lalu.

Sepanjang tahun lalu, 10 siasatan terbuka dijalankan daripada 46 maklumat mengenai amalan rasuah berkaitan pembalakan haram.

Jumlah penerimaan maklumat juga meningkat berbanding hanya 32 pada 2009.

Antara operasi yang dijalankan adalah Ops Pembalakan Haram di Johor, Ops di Perak, Pahang, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands, Kedah dan di daerah Hulu Selangor.

Di dalam operasi di Hutan Simpang Bintang Hijau, Lenggong Perak, SPRM menemui 800 batang balak sudah ditebang dianggarkan bernilai RM250,000, manakala di dalam operasi di Hutan Simpang Tersang, Raub, Pahang, hasil siasatan mendapati kayu balak yang dicuri, dijual kepada pembeli dengan harga RM2,500 sebatang.


Dalam operasi di Kedah, SPRM menahan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua renjer hutan, mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah daripada pengusaha balak.

"Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kutipan hasil, tetapi kegiatan yang dijalankan secara berleluasa tanpa kawalan memusnahkan habitat dan ekosistem semula jadi selain mengancam punca pencarian kehidupan Orang Asli akibat aktiviti penggondolan hutan," menurut laporan SPRM itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Daripada laporan ini dapat difahami kenapa pihak tertentu atau kaum tertentu di negara ini begitu memusuhi SPRM. Kepada mereka SPRM menyekat ruang dan peluang mereka meraih kekayaan negara dengan cara yang salah dan melanggar peraturan.

Lebih malang lagi, mereka yang menjadi musuh negara ini mendapat pembelaan daripada parti politik tertentu.

Ape hairrr kome? Yob Nizar terkedu dibidas Abu Kassim,,,, Malu-maluuuu...

Penderhaka yang syok sendiri.... sangka dirinya hebat....
CUBAAN bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menghentam kerajaan dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal bertindak ke atas kes rasuah membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam satu wacana di sini tidak kesampaian.

Sebaliknya, beliau terdiam dan terkedu apabila dakwaannya berjaya dibidas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed yang menegaskan suruhanjaya itu tidak pernah mengamalkan siasatan atau pendakwaan terpilih.

Tegas beliau, tindakan terhadap mereka yang melakukan rasuah sudah diambil sejak BN memerintah termasuk di Selangor.

''Sejak merdeka, kerajaan Selangor yang diperintah BN sentiasa disiasat SPRM (sebelum ini Badan Pencegah Rasuah) termasuk bekas-bekas menteri besar dan baru-baru ini ada ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri (ADUN) turut didakwa.

''Tetapi kenapa sekarang (di bawah kerajaan parti pembangkang) tidak boleh? Begitu juga kes pasir, kita siasat di beberapa negeri termasuk Perak tetapi kenapa bila tiba di Selangor kata konspirasi?'' bidasnya.

Sebelum ini, Mohammad Nizar menuduh SPRM tidak melakukan siasatan melibatkan kes-kes berprofil tinggi dan pemimpin BN.

Pelbagai serangan dan tohmahan dilemparkan terhadap SPRM ekoran kematian Teoh Beng Hock dan terbaru pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, apa yang menarik setiap jawapan Abu Kassim untuk mempertahankan SPRM menerima tepukan gemuruh para peserta wacana tersebut.

''Siapa kata kita tidak siasat? Takkan setiap kali kita buat apa-apa kita nak dedahkan. Ini bukan drama minggu ini. Jangan buat tuduhan tanpa bukti.

''Kalau perjuangan hapus rasuah pastikan SPRM buat kerja 24 jam dan bukannya suruh kita kerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ini kerana orang ambil rasuah ini bukan waktu pejabat sahaja tetapi kokurikulum (luar waktu pejabat)," katanya.

Wacana tersebut turut melibatkan Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor yang juga pengasas Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr. Ary Ginanjar.
- Bernama

SATU MELAYU:
Yob Nizar kome tu ingat dia teror sangat, hentam kromo salah sana-salah sini. Salah sendiri tak sedor. Dahlah gitu, tuduhan tu pulak tak ada asas. Ikut sedap molot jerrrr.... tak buat home work langsung.

Biasalah gaya dia yang memang kurang ajor tu, melompat dan menjerit-jerit menghentam pihak SPRM. Bila dijawab dengan fakta, terkedu dan terduduk, malu muka....

Buat malu orang Perak jerrr....

Rabu, 13 April 2011

Ops 3b: SPRM bukan tuding jari kepada kastam

Abu Kassim Mohamed bersalaman erat bersama Iskandar Jaafar (kiri), Ibrahim Ahmad dan Omar Osman selepas pertemuan di Putrajaya, semalam. - Bernama
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Ops 3b yang dijalankan oleh suruhanjaya berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, sebaliknya operasi itu bertujuan menghapuskan penipuan dan penyelewengan melibatkan segelintir pihak di dalam jabatan tersebut.

Beliau sehubungan itu, mengajak Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PKKM) dan Kesatuan Kastam Semenanjung Malaysia (KKSM) bersama-sama SPRM mengatasi masalah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa itu.

"SPRM harap hasil kutipan cukai dapat dikembalikan melalui proses pengisytiharan yang betul kerana siasatan mendapati pihak JKDM turut tertipu.

"Kita minta kastam terutamanya pihak persatuan bekerjasama dengan SPRM dan semua agensi terlibat dalam Ops 3b untuk memastikan perkara-perkara ini dikurangkan dan kutipan hasil meningkat.

"Kehilangan wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat seperti pembinaan sekolah, hospital dan rumah kos rendah," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Datuk Omar Osman, Presiden KKSM, Ibrahim Ahmad dan Naib Presiden PKKM, Iskandar Jaafar di sini hari ini.

Abu Kassim menambah, SPRM turut bersetuju untuk melakukan aktiviti bersama dan mengadakan beberapa siri perbincangan meja bulat dengan KKSM dan PKKM.

"Yang penting soal integriti dapat ditingkatkan dalam Kastam. Saya percaya jumlah yang berintegriti jauh lebih tinggi kerana yang melakukannya (salah guna kuasa) adalah sekumpulan kecil sahaja," katanya.

Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, pihaknya berpuas hati dengan pertemuan hari ini kerana mendapat penjelasan tepat daripada Abu Kassim mengenai kontroversi RM108 bilion yang sebelum ini didakwa lesap.

"Kastam berpuas hati kerana kami bebas dari RM108 bilion dan saya rasa sangat berterima kasih kepada SPRM kerana penjelasan itu amat melegakan kami. Kami penyumbang kepada kutipan kerajaan dan pembangunan negara, jadi kita tak rela tuduh sedemikian," katanya.

Beliau turut berharap agar aktiviti bersama yang bakal diadakan bersama SPRM dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi integriti 12,000 pegawai Kastam.
- Utusan

SATU MELAYU:
Alhamdulullah! Ada kesefahaman antara jabatan kerajaan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog