Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Tun Dr. Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Dr. Mahathir. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

Teruskan Dengan Dasar ‘Pandang Ke Timur’ - Tun Dr Mahathir

“.... seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari Barat kerana ia satu kegagalan yang total. Jadi, kita perlu terus memandang ke Timur dan bukan ke Barat. Barat kini menuju ke arah muflis."

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara-negara Timur yang lain dan bukannya Barat sebagai model untuk pembangunan mereka.

Beliau berkata yang beliau percaya telah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan dasar "Pandang ke Timur" iaitu mencontohi etika kerja dan teknik-teknik perniagaan dari Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.

"Pada masa ini, terdapat banyak sangat masalah dengan negara-negara Barat. Masalah di Barat ialah mereka telah meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.

"Jika kita lihat negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China di Timur ... China ada rizab bernilai US$3.2 trilion. Mereka berenang dalam lautan duit. Korea boleh hasilkan produk utama yang lebih baik daripada yang dihasilkan oleh negara-negara di Barat.

"Jepun, yang kita tahu, ialah negara yang kalah dalam peperangan ... musnah sepenuhnya tetapi kembali membina semula negaranya sendiri, dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia. Jika kita mahu tiru atau belajar sesuatu, belajar dari kejayaan orang lain, bukan daripada kegagalan," kata beliau ketika sesi soal-jawab di Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi yang ketiga (LIFE 3).

Persidangan tiga hari itu, bermula semalam.

Dr Mahathir berkata seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari Barat kerana ia satu kegagalan yang total.

"Jadi, kita perlu terus memandang ke Timur dan bukan ke Barat. Barat kini menuju ke arah muflis," kata beliau.

Beliau juga berkata secara peribadi, beliau menentang sosialisme kerana ia akan menjadikan semua orang miskin.

"Untuk kapitalisme, ia adalah cara untuk memakmurkan negara. Jika kita lihat sekitar kita, negara-negara kapitalisme tampak amat kaya, malah, pekerja mereka boleh memandu kereta besar. Tetapi, sudah pasti kita akan menjadi tamak ...mahukan lebih banyak wang tanpa memikirkan akibatnya.

"Mereka meminjam dan terus meminjam sehingga mereka tidak mampu bayar dan muflis. Sifat tamak akan menyebabkan ini semua. Hari ini, kita melihat kegagalan negara di dunia maju," kata Dr Mahathir.
- BernamaOnline

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dr Mahathir Saran Negara Islam Kaya Sumbang Zakat Kepada Negara Miskin

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ini kerana katanya, lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

"Jika kita menganggap diri kita sebagai ummah, masyarakat Islam yang menggunakan wang zakat untuk membantu golongan miskin di negara lain tidak akan dianggap melanggar kategori mereka yang memerlukan bantuan zakat," katanya di Langkawi.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi (LIFE) ketiga bertema "Perbankan dan Kewangan Islam: Wakaf, Zakat dan Sedekah sebagai Pemerkasaan dan Strategi Komuniti Untuk Transformasi Ekonomi Ummah".

Dr Mahathir yang juga penaung LIFE berkata walaupun hanya sebahagian kecil daripada 2.5 peratus zakat yang dikutip disumbangkan, jumlah itu sudah lebih daripada cukup untuk membantu meringankan penderitaan penduduk miskin.

"Saya percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur bagi membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.

"Bolehkah kita menggunakan zakat untuk infrastruktur? Jika untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderitaan penduduk di negara Islam yang miskin, saya fikir kita tidak bertentangan dengan hukum Islam," katanya.

Beliau berkata ulama boleh meneliti perkara tersebut dan mengeluarkan fatwa mengenainya.

Bagi mengumpul dan mentadbir dana zakat itu, Dr Mahathir mencadangkan agar sebuah institusi diwujudkan dan dikendali oleh petugas daripada negara yang menyumbang.

"Menerusi perakaunan yang sewajarnya, serta ada ketelusan dan peraturan akan memastikan tidak berlaku penyelewengan. Negara yang menyumbang serta ummah mesti dimaklumkan dari mana sumber dan bagaimana sumbangan diagih," katanya.

Beliau berkata selain zakat, Islam juga menggalakkan amal menerusi sedekah, dan lebih banyak sedekah daripada golongan kaya bukan saja dapat membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga baik untuk imej Islam.

"Bagi wakaf, amalan ini harus dipromosi dan digalakkan dalam dunia Islam. Sesetengah negara Islam sudah mengamalkannya dengan menyokong pembinaan masjid dan universiti di seluruh dunia. Dengan maklumat yang lebih banyak mengenai keperluan, lebih banyak akan mendapat manfaat daripada wakaf," katanya.

Dr Mahathir berkata masyarakat Islam disatukan menerusi kegiatan kebajikan namun mereka tidak harus membataskannya untuk orang Islam semata-mata.

"Kita juga harus membantu manusia lain jika ada keperluan.

"Jika kita menubuhkan institut untuk mengagihkan wang zakat bagi mengatasi kemiskinan pada kalangan orang Islam dan negara Islam, kita bukan saja mempamerkan cara hidup dalam Islam, tetapi juga membantu mengubah imej Islam yang dipaparkan media Barat. Kita akan berupaya membuktikan Islam dan cara hidup Islam adalah yang terbaik untuk kemanusiaan sejagat," katanya.

Persidangan tiga hari itu dianjurkan bersama Kolej Universiti Insaniah, Bank Pembangunan Islam dan Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.
- BernamaOnline

Ahad, 16 Oktober 2011

TUUUDIA! Dr. Mahathir kata, "Dr. Aziz Bari kurang ajar...."

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Profesor Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf serta menarik balik kenyataannya yang mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu, 'sebagai kurang ajar'.

Beliau berkata kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertentangan dengan moral masyarakat Timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam bahasa Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke-11, Ahad.

Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Abdul Aziz dilaporkan berkata sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Canselor Emas kepada graduan Sarjana Muda Kepujian Kejuruteraan Awam Lai Chin Leong, 23, ekoran kecemerlangannya meraih purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.

Muhammad Aiman Jamaludin, 22, T. Kuhanesapathy, 23, pula menerima Anugerah Canselor Perak dan Gangsa.

Khamis, 13 Oktober 2011

TUN DR. MAHATHIR: Melayu hilang kuasa 10 tahun lagi....

ORANG Melayu di negara ini dijangka kehilangan identiti serta kuasa terutama berkaitan hal sosial, politik dan ekonomi dalam masa 10 tahun lagi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan trend perpecahan politik yang semakin ketara di kalangan kaum itu sehingga menyaksikan terdapat di antara mereka menjadi pihak minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa.

Apabila itu terjadi, katanya, golongan minoriti tersebut terpaksa meminta bantuan pihak lain demi kuasa, tetapi 'berhutang' dengan pemberi 'bantuan' berkenaan sehingga akhirnya membuatkan Melayu Islam kerugian.

Menurutnya, senario identiti Melayu Islam di Singapura serta keadaan ekonomi golongan itu di Thailand wajar dijadikan iktibar.

"Di Singapura, muftinya tidak boleh memprotes hidangan daging haram yang dihidangkan di majlis membabitkan Melayu Islam (serta Islam lain) walaupun membuat ketetapan Islam tidak boleh memakannya.

"Hidang tidak apa dan ini (berlaku) kerana ketiadaan kuasa (di kalangan Melayu)," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Perpaduan dan Ekonomi Ummah di Bangi, pada Rabu.

Seterusnya, Dr. Mahathir yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengingatkan supaya masyarakat Islam merebut kekayaan negara serta menguruskan kekayaan itu kerana kekuatan ekonomi boleh menyelamatkan agama.

Sebagai contoh, katanya, banyak negara Arab yang mempunyai kekayaan hasil minyak tetapi gagal menjananya semula sehingga menyimpan wang dalam bentuk rizab bon di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun menurut beliau, AS yang kini mempunyai hutang terkumpul bernilai AS$14 trilion dikhuatiri tidak mampu membayar rizab bon negara-negara Arab berkenaan.

"Miskin itu kufur dan pegangan (agama) juga boleh jadi lemah," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Demikianlah penjelasan tersirat yang menggambarkan bagaimana beruntungnya kaum pendatang Cina dan India di negara bertuah ini dari dahulu, kini dan selamanya.

Sejak dahulu Melayu terlalu banyak bertolak ansur hinggakan Melayu tertolak ke tepi beransur-ansur.

Kini mereka jadi kuasa penentu. Rebutan kuasa sesama Melayu meletakkan mereka berada di tempat selamat untuk menuntut pelbagai kepentingan kaum mereka pada setiap kali pilihan raya umum mahu diadakan.

Memang benar seperti kata Tun. Dalam masa dua atau tiga kali lagi PRU diadakan, kuasa Melayu akan jadi minoriti dan kaum imigran jadi dominen. Ketika itu tidak mustahil jutaan rakyat negara China akan diimport jadi warganegara Malaysia.

Maka akan berulanglah sejarah silam di mana pada satu ketika dahulu, kaum imigran Cina pernah melebihi jumlah penduduk asal Tanah Melayu.

Akhirnya nama Persekutuan Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu hanya tinggal nama.

Sekarang pun telah berlaku. Anak muda negara ini tidak tahu lagi menyebut Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu. ‘Malaysia’ – Malay sie dalam loghat Cina yang bermaksud ‘Melayu Mati’.

Rabu, 21 September 2011

Dr M sindir Nik Aziz laksanakan hudud di Kelantan.... 'Ada berani?'

Datuk Nik Aziz Nik Mat.... 'Ada dengarrrrr...?'
TUN Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri melaksanakannya.

"Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Rabu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, dilaporkan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

PAS dan DAP adalah rakan pakatan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat.

Dr Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada masa yang sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak 2008.

"Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

"Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids...ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya," kata Dr Mahathir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh 2008-2009 di Kelantan adalah hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
- Bernama

SATU MELAYU:
 Apa lagi Pok Nik! Sahutlah cabaran Tun Dr. Mahathir itu. Laksanakanlah hukum hudud untuk Kelantan sepertimana yang pernah dilakukan di zaman kekuasaan Tun dahulu. Sekarang bukan Tun Dr. M lagi yang jadi PM. Lagipun, sekarang ini pembangkang dah ada banyak kuasa. Bukan macam di zaman Tun dahulu.

Kalau Kelantan buat, pastilah Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan ikut sama.

Sejak PRU 2008, kini dah lebih tiga tahun pakatan berkuasa tetapi tak pernah pun Pok Nik sebut nak laksanakan hukum hudud, waiman untuk negeri Kelantan sendiri.

Bagaimanapun, apabila tersiar berita bahawa rakyat Kelantan menjuarai jangkitan HIV AIDS, tetiba Pok Nik teringatkan hukum hudud dan salahkan Dr. Mahathir. Apa hal? Mimpi atau mengigau?

Dan kalau Karpal tidak menentang atau melarang hukum hudud dilaksanakan, silalah lakukan. Khas untuk negeri Kelantan pun dah cukup baik.... kalau berani.

Sanggup dan beranikah Nik Aziz berdepan dengan Karpal, Lim Kit Siang, Lee Kuan Yew dan Anwar Ibrahim jika Kelantan berani melaksanakan hukum hudud?

Takut nanti Pok Nik terkencing dalam kain mereka kerjakan.....

Rabu, 14 September 2011

Penentuan Tarikh Pilihan Raya hak Istimewa Kerajaan - Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Bekas Perdana Menteri berkata sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan.

"Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu.

"Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...,"
katanya.

Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Rabu.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.

"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.

Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.

Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya kenal (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia."
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Kata-kata Tun yang bermaksud bahawa kerajaan akan menerima cadangan pembang-
kang jika ianya ‘waras’ dan sesuai agak menarik untuk kita semua fahami.

Maknanya, apa yang dituntut oleh puak pembangkang yang semacam mengugut kerajaan supaya menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13 terlebih dahulu sebelum mereka bersetuju menyertai Jawatankuasa Pemilih Parlimen itu adalah tindakan orang yang ‘tidak waras’ – sewel, sasau, meraban teben, meroyan dan entah apa lagi gelaran yang sesuai untuk manusia yang sepatutnya berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Memang pun. Tindakan itu tentulah datangnya daripada al-syeikh Anwar Ibrahim yang diketahui umum telah sasau, tidak waras dan senget kepala hotaknya kerana salahlaku moralnya yang begitu teruk dan sangat susah untuk dibersihkan.....

Rabu, 7 September 2011

Kenyataan Mat Sabu Pamer Gelagat Sebenar Perjuangan PAS - Dr Mahathir

PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.

"Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama anjuran kerajaan negeri Melaka dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.

Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Timbalan Presiden PAS itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.

"Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa," katanya.
- Berita: Bernama

SATU MELAYU:
Makhluk parasit yang bakal  menghancurkan PAS dari dalam....
Kesian dengan Umat Melayu/Islam yang selama ini begitu yakin dengan perjuangan Pas dianggap sebagai pejuang Islam, hinggakan ada yang pernah beranggapan bahawa mati sebagai ahli Pas boleh menjamin masuk syurga.

Walaupun itu adalah kisah lama, tetapi dengan perkembangan terbaru Pas sejak menabalkan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti itu, segalanya terserlah dengan sendirinya. Semuanya bohong dan apa yang diuar-uarkan selama ini adalah auta semata-mata.

Lebih teruk lagi segalanya mendedahkan bahawa pemimpin Pas kini bertuhankan undi. Dan undi yang sangat dipuja mereka pula ialah undi kaum kafir harbi.

Tepatlah seperti apa yang Tun katakan: "Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa."

Siapa yang suka dirinya tertipu dan terus ditipu untuk selama-lamanya, maka kekalkanlah sokongan dan kesetiaan kalian dengan parti berkenaan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dr Mahathir Bimbang Umat Islam Di Malaysia Berpecah Tiga

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya "berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negaraIslam lain yang telah berpecah.

"Kerana berpecah belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan(menentang) Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapikerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union," katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, Kedah, malam Khamis.

Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Anggota Parlimen Jerlun.

Dr Mahathir berkata banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.

"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.

"Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu," katanya.

Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.

"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi burukkerana perpecahan kita," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Bapak kepada segala punca perpecahan umat Islam di negara ini adalah PAS, iaitu Parti jenama Islam yang telah dengan suka relanya menjadi murtad. Sama macam Lina Joy atau 12 individu di GMDU tu....
Walaupun ianya kelihatan berpunca daripada ‘kaki kelentong’ nombor satu – Anwar Ibrahim, tetapi Anwar tidak akan jadi hebat kalau tidak disokong oleh pemimpin dan ahli Pas.
Contoh terbaru, Bersih 2.0 yang mengadakan perhimpunan haram baru-baru ini tidak akan dihadiri oleh hampir 10,000 peserta kalau tidak disokong oleh pemimpin dan ahli Pas.
Fikirkanlah....

Rabu, 17 Ogos 2011

Pembangkang pun menipu juga semasa pilihan raya – Tun Dr. M

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penubuhan jawatankuasa pemilih Parlimen untuk mengubah proses pilihan raya bukan memenuhi kehendak pembangkang semata-mata.

Ini kerana, katanya, penipuan juga berlaku di pihak pembangkang ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sambil mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu, Dr Mahathir mendedahkan ada kes yang mana sebuah rumah digunakan sebagai alamat 50 pengundi yang bukan penduduk kawasan terbabit.

"Perkara seperti inilah yang Suruhanjaya Pilihan Raya wajar teliti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengumpul sumbangan untuk mangsa kebuluran di Somalia menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima, di Putrajaya Rabu.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa tersebut bagi mencari langkah terbaik mengubah proses pilihan raya di negara ini demi memastikan ia adil dan telus. Jawatankuasa itu akan disertai anggota Parlimen yang menyokong kerajaan dan juga pembangkang.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata amnya pilihan raya di negara ini adalah bersih.

"Di Malaysia, pada setiap pilihan raya, anda akan dapati pembangkang bukan saja memenangi kerusi tetapi memenangi kerusi di negeri berbeza. Mungkin ada sedikit perkara yang tidak kena, tapi keseluruhannya pilihan raya di Malaysia bersih," katanya.

Perkara itu kata beliau tidak berlaku di sesetengah negara di mana 99 peratus undi untuk parti tertentu sahaja.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berharap rakyat Malaysia akan menyokong usaha tersebut dan mengumpul sebanyak mungkin dana untuk membantu rakyat Somalia.

"Kita telah mengumpul banyak wang untuk membantu Gaza, mangsa gempa bumi di Pakistan, rakyat Aceh yang dilanda tsunami.

"Saya fikir kita sudah berasa letih sedikit namun saya gembira mengatakan itu tidak benar. Rakyat berasakan kita perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka ini," katanya.

Dr Mahathir berkata Yayasan Al-Bukhary telah berikrar untuk menyumbang RM750,000 kepada dana itu, manakala Yayasan Keamanan Global Perdana akan menyumbang RM50,000 dan sebuah lagi persatuan sebanyak RM10,000.

Beliau turut memberi sumbangan peribadi kepada tabung itu yang digerakkan bersama NSTP-Media Prima dan Mercy Malaysia.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian, krisis kebuluran di Somalia membabitkan kira-kira 3.2 juta penduduk.
- Berita: BernamaOnline


SATU MELAYU:
Apa yang dihebohkan oleh pembangkang, khasnya Anwar Ibrahim dan Pas itu adalah modal alasan ketika kalah teruk pada PRU-13 nanti, khasnya di Kelantan.

Oleh kerana mereka telah merasakan pakatan akan kalah teruk, terutamanya PKR dan Pas pada PRU akan datang jawapannya telah pun disediakan, iaitu penipuan SPR dan pilihan raya tidak bersih.

Ketika itu mungkin satu gerakan mengesa rakyat membantah keputusan pilihan raya akan diadakan supaya negara kacau-bilau dan ada pelung untuk Anwar diangkat jadi PM oleh kuasa luar yang datang mengambil kesempatan seperti yang cuba dilakukan di Libya sekarang.

Rabu, 20 Julai 2011

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Tun Dr. Mahathir

TERDAPAT sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ pada Selasa.

Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.

"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.

"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.

"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.

Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.

"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain.
Berita: UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apabila orang Islam miskin, negaranya jadi mundur dan miskin.
Bila negara miskin, rakyatnya tidak mendapat pendidikan secukupnya.
Bila rakyat tidak cukup pendidikan dan ilmu, mereka mudah dipenraguhi dan diperalat oleh orang yang cerdik dan berniat menipu.
Bila rakyat tidak berpendidikan, mereka mudah dipengaruhi dengan wang dan makanan.
Siapa yang memberi wang dan makanan akan didengar dan diikut kata-katanya, walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Isnin, 4 Julai 2011

Demonstrasi boleh akibatkan kesan buruk terutama ekonomi - Dr. M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, meskipun demonstrasi dibolehkan di dalam amalan demokrasi, namun ia boleh meninggalkan kesan buruk bagi sesebuah negara terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau berkata, sepertimana berlaku kepada Mesir ketika ini, negara itu kini berdepan dengan kemerosotan ekonomi yang begitu teruk selepas berlakunya demonstrasi besar-besaran menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak sebelum ini.

Katanya, Mesir yang selama ini amat bergantung kepada bidang pelancongan terpaksa berhadapan dengan masalah penurunan jumlah pelancong sehingga menyebabkan industri pelancongan negara berkenaan merudum.

“Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak.

“Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan kerajaan sahaja. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong,’’ katanya.

Beliau berkata demikian di dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog.

Dr. Mahathir berkata, apabila itu berlaku sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu sekali gus menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan mereka yang miskin bertambah derita.

“Hakikatnya, walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah kepada rakyat,’’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir menyifatkan perhimpunan yang dirancang oleh pihak Bersih sebagai usaha memburukkan kerajaan supaya pihak pembangkang meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Sambil mempersoalkan tujuan perhimpunan itu diadakan beliau menegaskan, parti-parti pembangkang di Malaysia boleh menang sepertimana yang berlaku pada 2008.

Katanya, umum mengetahui pada tahun itu parti-parti pembangkang berjaya menawan lima buah negeri dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

“Bandingkanlah dengan pilihan raya di negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan kerajaan tidak dapat wakil dalam Dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah.

“Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam Dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media,’’ ujarnya.

Beliau berkata, pada pilihan raya yang baru lepas, banyak tekanan digunakan oleh kerajaan berkenaan hingga menyebabkan jumlah calon pembangkang yang menang adalah terlalu kecil.

“Malangnya di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran.

“Sepertimana parti di negara jiran, pada mulanya berjanji untuk mendirikan kerajaan yang baik dan adil.

Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan, jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada apa yang dijanjikan,’’ katanya lagi.
- Utusan:

SATU MELAYU:
Kalau ikutkan sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya selama 12 tahun mulai 1948 hingga 1960, salah satu kegiatan utama mereka ialah mensabotaj ekonomi negara seperti memusnahkan ladang getah, lombong bijih dan membakar kenderaan awam seperti bas dan kad pengenalan rakyat.

Perkhidmatan keretapi juga disabotaj dengan merosakkan landasan dan macam-macam lagi.

Kalau Bersih didakwa ada kaitan dan campur tangan komunis, maka usaha mensabotaj ekonomi negara sudah tentu menjadi agenda. Cuma cara dan sasarannya sahaja yang mungkin berbeza. Kalau dulu secara militan dan gorila, kini berarak dan menganggu ketenteraman awam di tengah-tengah bandaraya.

Kalau dulu yang dirosakkan sumber ekonomi seperti ladang dan lombong, kini sasarannya ialah imej negara di sektor pelancongan serta perniagaan.

Begitulah cara komunis bertindak. Dan cara itu telah digunapakai oleh pengkhianat negara kini yang menghadapi masalah kerana tidaklagi diterima majoriti rakyat.

Jumaat, 24 Jun 2011

Amerika Syarikat sebenarnya sudah bankrap - Tun Mahathir

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

''AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

''Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur pada Khamis.

Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.

Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.

Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.

''Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.

''Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.

''Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,'' tambahnya.

Sambil memberi contoh, Tun Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.

''Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.

''Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,'' tambah beliau.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Kalau negera Anerika Syarikat berada dalam keadaan bankrap, bagaimana pula dengan negara-negara kecil lain yang selama ini bergantung nyawa kepada ekonomi dan bantuan politik Amerika seperti Singapura?

Terfikirkah kita semua bahawa jika AS senak perut, Singapura terus ceret-beret?

Bila Singapura tersepit dan kerana fizikal negara itu yang kecil serta sumber ekonominya daripada bahan asli langsung tak ada, apakah tidak mungkin negara jiran kita itu sedang berusaha untuk bercantum semula dengan Malaysia melalui kepimpinan baru yang mereka rancangkan?

Ehhh! Merepek meraban pulak jadinya....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog