Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana Alam. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

Letupan Kuat Dalam Kebakaran Kilang Penapisan Minyak Shell Pulau Bukom Singapura

SATU letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom pada tengah hari Rabu ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu.

Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan pada Khamis berkata keadaan kini adalah terkawal.

Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran.

Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

Sehingga pukul 8 pagi, sebanyak enam jentera dan 11 kenderaan bantuan dengan 80 anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Kira-kira 250 kakitangan utama Shell juga berada di Pulau Bukom bagi membantu operasi itu.

Shell, dalam kenyataan berkata pihaknya percaya kebakaran itu adalah kemalangan dan siasatan penuh akan dijalankan selepas api dipadam sepenuhnya.

Semua petugas dari Pulau Bukom dipindahkan dari pulau itu.


Sabtu, 27 Ogos 2011

Selepas gempa bumi, Taufan Irene pula menjelma: Darurat di New York dan tiga negeri lain....

Hiasan: Taufan Katrina 2005
GABENOR New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene.

“Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya.

Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, juga mengarahkan pemindahan hospital dan institusi penting lain di kawasan paling rendah di bandar raya itu.

Ramalan menunjukkan Irene bakal menjadi taufan pertama menyerang Amerika Syarikat sejak 2008, ketika taufan Ike membunuh lebih 50 orang dan menyebabkan kerugian AS$30 bilion (RM89.7 bilion).

“Bahagian timur menjadi laluan taufan ini. Kita dapat lihat impaknya,” kata Pengarah Pusat Taufan Kebangsaan Amerika, Bill Read.

Hiasan: Kesan Taufan Katrina 2005

Taufan kategori tiga itu, diletakkan sekuat Katrina pada 2005, melanda sebahagian Bahamas dan menyebabkan tiga kematian di Haiti dan Puerto Rico.

Lovely Bay terletak di kepulauan terpencil Bahamian Acklins, dimusnahkan angin sekencang 177 kilometer sejam manakala berpuluh-puluh rumah ranap di pulau lain, kata pihak berkuasa.

Sementara itu hujan setinggi 0.30 meter dijangka turun diiringi dengan ombak besar dan bahaya.

Arahan pemindahan mandatori itu dikeluarkan kepada 200,000 penduduk di kawasan pesisiran pantai Dare dan Hyde di Carolina Utara. Penduduk di Dare dijangka tiba di tempat perlindungan khas menjelang 8.00 pagi manakala pelancong diminta meninggalkan kawasan itu secepat mungkin kerana impak Taufan Irene dijangka dirasakan hari ini.

“Taufan Irene mungkin menjadi sekali dan setiap 50 tahun yang melanda timur laut. Tingkap kaca mungkin retak di bangunan pencakar langit di bandar raya ini,” kata pakar kaji cuaca bagi Accuweather, Kristina Pydynowski, yang meramalkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terjejas dan kerosakan bangunan.

Taufan itu dijangka meningkat ke kategori empat sebaik melepasi Florida tengah hari semalam, sebelum ia lemah apabila melanda pantai timur.

Bloomberg meramalkan keadaan bakal menjadi seperti ribut tropika dengan hujan lebat serta angin selaju 96 kilometer sejam di New York. Amaran banjir juga dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk daerah kewangan.

“Kita berharap yang terbaik tetapi bersedia berdepan terburuk,” katanya.

Akhbar tabloid di New York menggabungkan gambar satelit besar Taufan Irene di muka depan akhbar masing-masing.

Sementara itu, penduduk di Washington turut diberi amaran akan dilanda taufan itu jika ada sebarang lencongan pada laluan Irene.

Pentadbir Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan, Craig Fugate, memberi taklimat kepada Presiden Barack Obama mengenai keadaan itu.
Agensi/BHOnline

SATU MELAYU:
Kecanggihan peralatan ciptaan manusia yang diilhamkan oleh Maha Pencipta sekadar mampu meramal kemungkinan berlakunya sesuatu bala bencana sahaja. Untuk menyekat atau mencegah daripada berlakunya sesuatu bencana itu tidak mampu dilakukan.

Begitulah kerdilnya kekuasaan manusia di sisi Allah swt...
Allahhuakbar....

Khamis, 25 Ogos 2011

Semua Rakyat Malaysia Di Washington Dan Virginia, Amerika Syarikat Selamat


Kakitangan Pentagon bertempiaran lari menyangkakan serangan pengganas....
KESEMUA rakyat Malaysia, termasuk para pelajar di bandaraya Washington dan Virginia, Amerika Syarikat dilaporkan selamat berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Virginia pada awal pagi waktu Malaysia.

Kementerian Luar berkata maklumat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat Jeneral di New York, bahawa kesemua rakyat Malaysia termasuk pelajar di kawasan yang menerima gegaran akibat gempa bumi itu selamat.

Satu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Virginia pada pukul 1.53 petang waktu tempatan Selasa, iaitu 1.53 pagi Rabu di Malaysia, dan gempa bumi itu turut dirasai di beberapa negeri kawasan pantai timur di negara itu termasuk Washington dan New York.

Setakat ini, keadaan di Washington dan Virginia adalah aman dan terkawal, menurut kementerian itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di kedua-dua kawasan tersebut dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan dan konsulat dari semasa ke semasa, katanya.

Menurut kementerian itu bantuan akan diberikan oleh pihak kedutaan dan konsulat sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang menghadapi masalah berikutan kejadian gempa bumi tersebut.

Mereka juga boleh menghubungi kedutaan di talian am: 001-202-572-9795, konsular di 001-202-629-6718 dan emel ke malwashdc@kln.gov.my serta konsulat jeneral di New York di talian am: 001-212-490-2722/2723 dan emel malnycg@kln.gov.my.
- Berita: BernamaOnline

Gambar-gambar kegemparan rakyat US ketika menerima sedikit ujian daripada Allah swt melalui gempa bumi: 
 

Rabu, 24 Ogos 2011

Gempa bumi kuat gegar Pantai Timur Amerika


ORANG ramai berkumpul di Dataran Foley, New York susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan Pantai Timur Amerika Syarikat, awal pagi tadi. Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan berikutan gempa bumi 5.8 magnitud itu yang berpusat di Mineral, Virginia.
WASHINGTON: Gempa bumi kuat menggegarkan Pantai Timur Amerika Syarikat awal pagi tadi dan gegaran dirasai sehingga ke Kanada manakala ribuan pekerja pejabat di ibu negara bertempiaran lari ke jalan raya.

Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan susulan gempa bumi 5.8 magnitud itu yang berpusat di Mineral, Virginia.

Ia adalah gempa bumi terkuat di Virginia sejak 1897 dan pada kedalaman agak cetek, sekali gus meningkatkan kekuatannya.

Dua reaktor nuklear di North Anna, Virginia, ditutup selepas loji berkenaan kehilangan kuasa elektrik tetapi syarikat pengendali menyatakan tiada kerosakan besar.

Reaktor itu akan terus ditutup sehingga boleh dihidupkan semula dengan selamat.

Pentagon, Rumah Putih dan US Capitol dikosongkan dan ribuan pekerja bergegas ke jalan raya apabila gempa bumi pada waktu makan tengah hari itu menyebabkan barangan di rak di pejabat jatuh ke lantai.
- Reuters/BHOnline

MAMPUKAH kecanggihan teknologi dan kewangan yang banyak dimiliki negara ‘polis dunia’ itu melawan bencana alam ciptaan Allah swt yang tidak mengenal mangsa itu?

Ketika manusia seluruh dunia mengagumi kehebatan US dalam serba serbi, terutamanya dalam menawan dan menguasai sesebuah negara yang dikehendakinya sepertimana yang dilakukan di Iraq, Afghanistan, Palestin dan terbaru di Libya, apa perasaan mereka ketika menyaksikan rakyat negara berkenaan bertempiaran lari lintang pukang gara-gara sedikit gegaran?

Sesungguhnya perancangan dan ketentuan Allah swt mengatasi segala usaha manusia ciptaanNya....

Semoga lebih banyak lagi gegaran seperti itu berlaku di negara berkenaan bagi maksud menyedarkan mereka yang merasakan negara mereka sangat berkuasa dan boleh lakukan apa sahaja sesuka hati.

Sabtu, 21 Mei 2011

24 Orang Tertimbus Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat


KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
SERAMAI 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang Sabtu.

Setakat pukul 7 malam, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
- Bernama

Tanah Runtuh: Enam Kanak-Kanak Yatim Piatu Diselamatkan; Tiga Terkorban


TIGA kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Manakala enam orang kanak-kanak berjaya diselamatkan, setakat pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 24 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog