Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Fikirkanlah..... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikirkanlah..... Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2011

HAKIKATNYA: Bila Melayu tak sokong, mereka tak berani....

ALHAMDULILLAH! Penganjur Seksualiti Merdeka hari ini memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan bulan ini tidak akan diteruskan.

Dalam satu kenyataan media, Seksualiti Merdeka berkata keputusan itu diambil demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir, meskipun program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008 lagi.

“Demi menjaga keselamatan semua yang bakal hadir, kami tidak akan meneruskan acara-acara awam Seksualiti Merdeka sambil kami cuba berjumpa dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar untuk menerangkan tujuan sebenar Seksualiti Merdeka,” petik kenyataan itu.

Lantaklah apa kau orang nak kata bagi ‘memujuk hati’ yang kecewa kerana tentangan umat Melayu/Islam kali ini benar-benar solid. Bukan main-main dan bukan macam Bersih 2.0 dulu.

Semasa perhimpunan haram Bersih 2.0, Melayu bangsat dari puak Pas dan PKR dok sokong gerakan itu. Sebab Aci Ambiga sangat berani meneruskannya walaupun diberi amaran oleh pihak berkuasa polis.

Keadaan kali ini sangat berbeza. Macam bumi dengan langit. Semua umat Melayu/Islam – tak kira Melayu Umno dan Pas, semuanya bersatu hati menentang niat kaum Lut yang cuba meminta amalan mereka dihalalkan oleh budaya, agama dan undang-undang negara bertuah ini.

Maknanya, kalau orang Melayu/Islam bersatu menentang atau membantah, mereka yang jadi ‘jembalang’ mahu mencabar agama Islam, bangsa Melayu dan adat istiadat Melayu tak berani buat apa-apa.

Kelihatannya mereka sama seperti anjing dengan tuannya. Kalau ada tuannya si anjing bukan main garang dan menyalak semahu-mahunya menunjukkan kegarangannya. Tapi bila tak ada tuannya, si anjing tak bersuara. Takut kecut. Belum dibaling dah cabut lari, kecut. Itulah yang dikatakan bagai anjing bercawat ekor....

Alhamdulillah! Bersyukur kita semua kepada Allah swt yang membukakan hati mereka untuk merancang projek laknat itu. Dan kerana itu jugalah Allah swt telah satukan hati-hati umat Melayu menentang mereka demi agama Islam dan ajaran Islam sebenar.....

Mungkin inilah yang dikatakan, ‘ada rahmatNya di sebalik apa yang kita semua anggap sebagai musibah’....
Fikir-fikirkanlah....

Ahad, 30 Oktober 2011

Kenapa begitu jadinya?

Perhatikan apa yang tak kena pada banner ini.... (Gambar SM cilok dari Panglima Perang Cyber)
KATA orang, sesuatu amal dan kebajikan yang hendak kita lakukan mestilah disertakan dengan nawaitu atau niat yang ikhlas ‘kerana Allah’.

Tidak ada amal dan kebajikan yang hendak dilakukan tanpa adanya niat. Tetapi kerana apa dan untuk apa sesuatu amal dan kebajikan itu dilakukan tertakluk kepada niat yang dimaksudkan.

InsyaAllah, jika niat kita ikhlas kerana Allah, maka apa jua kerja kebajikan dan amal kita akan diterima oleh Allah swt dan pelaksanaannya akan turut lancar kerana adanya keberkatan serta keredhaan Allah swt.

Itu dan begitulah yang terjadi kepada niat kerajaan Pas Kedah melalui Menteri Besarnya, apabila terdapatnya banner yang mengalu dan mengucapkan kesejahteraan kepada bakal-bakal haji di negeri itu.

Malangnya, entah apa sebabnya..... Hanya Allah swt sahaja yang tahu, terdapat kecacatan yang tidak sepatutnya berlaku kepada banner berkenaan.

Saksi, cari dan fikirkan apa yang SM maksudkan itu.

Khamis, 1 September 2011

Pas ‘gila meroyan’ dengan sambutan merdeka kerana dendam kesumat terhadap UMNO....

ALHAMDULILLAH, umat Islam di negara bertuah ini telah dirahmati Allah swt menyambut Aidilfitri dalam keadaan aman, ceria dan sejahtera. Lebih bermakna lagi, selang sehari selepas itu, rakyat yang taat setia merayakan pula sambutan hari kemrdekaan yang ke-54 juga dalam suasa ceria.

Pendek kata, sambutan ‘Merdeka-Raya’ tahun ini menambahkan lagi keceriaan rakyat yang tidak rosak otaknya kerana hasad dengki dan iri hati. Kunjung mengunjung sempena rumah terbuka Aidilfitri berjalan serentak dengan sambutan ‘Hari Kemerdekaan’. Rakyat berbilang kaum mmeraikannya dalam suasana yang aman dan gembira.

Tidak siapa boleh menafikan keadaan itu. Ianya jadi satu fakta kesejahteraan dan keharmonian rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, keadaan ini tidak disenangi oleh sebahagian kecil rakyat, terutamanya para pemimpin Pas yang jelas bagaikan ‘gila meroyan’ dengan fakta sejarah yang mencatatkan bahawa kemerdekaan negara ini dari tangan penjajah British adalah atas daya usaha Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.

Setiap tahun, apabila tiba sahaja tarikh keramat 31 Ogos, hati mereka jadi ‘bengkak’ lalu menyerang saraf otak hingga menjadikan mereka ‘gila meroyan’.

Kenyataan pemimpin-pemimpin Pas pada hari ini membuktikannya apabila masing-masing mereka mempertikai sejarah kemerdekaan negara.

Mula-mula mereka mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam.

Apakah mereka ini semuanya buta sejarah atau segaja mahu memesongkan fakta sejarah kerana terlalu dengki dan iri hati terhadap UMNO hinggakan sanggup membangagkan diri sendiri?

Apakah mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa para pejuang itu tetap tercatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan? Tidak tahukah mereka bahawa ketika negara ditangan penjajah dahulu banyak pihak menggerakkan usaha memerdekakan negara hingga membentuk tiga kumpulan tersbesar?

Tiga kumpulan itu ialah Parti Komunis Malaya (PKM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang terbentuk hasil cantuman lebih tiga puluh persatu-persatuan orang Melayu, termasuk pengasas Pas itu sendiri – Datuk Ahmad Fuad Hassan?

Puak komunis bergerak menentang Inggeris dengan maksud merampas negara ini dari diserahkan kepada orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Dan mereka yang menganggotai PKM itu adalah kaum imigran Cina yang datang ke negera ini kerana dibawa masuk oleh penjajah Inggeris untuk dijadikan kuli di lombong bijih.

Sementara PKMM pula adalah pertubuhan orang Melayu dari kalangan kaum dari Indonesia yang mahukan negara ini mencapai kemerdekaan melalui hujung senjata sebagaimana Indonesia berjaya merdeka dari tangan penjajah Belanda pada tahun 1947.

PKMM juga mahu supaya Tanah Melayu ini bercantum dengan Indonesia sebagai sebuah negara bangsa. Kepada mereka, orang Melayu di Tanah Melayu ini tidak mampu mentadbir sendiri negara ini tanpa bercantum dengan Indonesia yang telah merdeka.

Manakala UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman juga berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah yang sama, iaitu British melalui cara perundingan. Tidak perlu tindakan kekerasan dan juga senjata.

Antara tiga kumpulan ini, cara dan pendekatan UMNO diterima pakai oleh British. Sebab utama British memlilih UMNO ialah kerana mereka memang mahu menyerahkan pentadbiran negara ini kepada orang Melayu selaku peribumi yang sah. Kepada British orang Melayulah yang berhak diserahkan untuk mentadbir Persekutuan Tanah Melayu merdeka.

Tindakan itu tidak disenangi oleh PKM dan PKMM yang akhirnya memilih cara meghuruharakan negara melalui gerakan gerila. Secara tidak langsung pertubuhan kaum Melayu PKMM telah bergabung atau bekerjasama dengan PKM menentang penjajah Inggeris.

PKMM ketika itu samalah seperti Pas yang sekarang ini bergabung tanpa satu asas kukuh dengan DAP yang secara terselindung masih meneruskan perjuangan komunis PKM atas nama sosialis.

Ketika itu PAS yang dikenali sebagai Pan Malayan Islamic Parti (PMIP) tidak terlibat kerana ianya ditubuh sebagai serpihan UMNO oleh sekumpulan bekas ahli dan penyokong UMNO yang keluar parti kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO setelah Dato Onn Jaafar meletakkan jawatan pada tahun 1951.

Maknanya, Pas yang ditubuh atas dasar ‘kecewa’ itu tidak terlibat langsung dalam usaha merundingkan kemerdekaan negara dari penjajah yang mana akhirnya Persekutuan Tanah Melayu di merdekakan oleh penjajah Inggeris pada 31 Ogos 1957 untuk diterajui oleh UMNO yang menubuhkan Perikatan (gabungan UMNO, MCA dan MIC).

Kepada Inggeris, UMNO adalah tonggak perikatan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu – Melayu, Cina dan India.

Begitulah secara ringkas perjalanan sejarah kemerdekaan negara yang disambut pada setiap 31 Ogos. Yang pemimpin Pas bagaikan orang gila meroyan tidak mengaku Umno dan para pemimpinnya sebagai pejuang kemerdekaan apa hal?

Sesungguhnya api kemarahan terhadap Umno yang cuba dicetuskan pemimpin Pas hari ini adalah cetusan rasa hasad dengki dan iri hati serta dendam yang masih terpendam sekian lama oleh pihak PKM atau puak komunis yang diterajui kaum imigran Cina. Pas hanyalah alat kepada puak itu.

Keadaan ini wujud setelah Pas bergabung dengan DAP dan PKR dalam pakatan haramjadah. Pas sanggup jadi alat puak pro-komunis kerana dengki dan dendam kerana tidak dapat mengambilalih kepimpinan Umno pada tahun 1951 itu.

DAP yang merupakan wajah baru PKM dengan bijaknya telah berjaya memperalat-
kan pemimpin Pas untuk meneruskan dendam kesumat mereka terhadap kegagalan merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Kedua-duanya bersatu atas nama ‘dendam’ yang berpaksikan ‘hasad dengki’.

Jaguh Pas yang sangat berjaya dijadikan alat oleh DAP ialah Mat Sabu.

Melalui Mat Sabu, DAP yang berkiblatkan PAP di seberang tambak cuba sedaya upaya memadamkan fakta sejarah negara dan mengangkat pemimpin mereka seperti Chin Ping dan pengganas komunis sebagai pejuang yang memerdekakan negara.

Justru, wajarkah umat Melayu/Islam di negara ini menyokong dan membiarkan Mat Sabu menjadi penderhaka sebuah negara bangsa bernama Malaysia?
Fikir-fikirkanlah...
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog