Perhatikan apa yang tak kena pada banner ini.... (Gambar SM cilok dari Panglima Perang Cyber) |
KATA orang, sesuatu amal dan kebajikan yang hendak kita lakukan mestilah disertakan dengan nawaitu atau niat yang ikhlas ‘kerana Allah’.
Tidak ada amal dan kebajikan yang hendak dilakukan tanpa adanya niat. Tetapi kerana apa dan untuk apa sesuatu amal dan kebajikan itu dilakukan tertakluk kepada niat yang dimaksudkan.
InsyaAllah, jika niat kita ikhlas kerana Allah, maka apa jua kerja kebajikan dan amal kita akan diterima oleh Allah swt dan pelaksanaannya akan turut lancar kerana adanya keberkatan serta keredhaan Allah swt.
Itu dan begitulah yang terjadi kepada niat kerajaan Pas Kedah melalui Menteri Besarnya, apabila terdapatnya banner yang mengalu dan mengucapkan kesejahteraan kepada bakal-bakal haji di negeri itu.
Malangnya, entah apa sebabnya..... Hanya Allah swt sahaja yang tahu, terdapat kecacatan yang tidak sepatutnya berlaku kepada banner berkenaan.
Saksi, cari dan fikirkan apa yang SM maksudkan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan