Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Isnin, 29 Ogos 2011

Sama-sama nantikan berapa ‘kebal’ Mat Sabu di sisi Undang-undang....



Polis Siasat Kenyataan Mat Sabu Di Bawah Seksyen 505

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.

Katanya, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.

"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini hari ini.

"Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri," katanya.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata beliau sedang mencari rakaman ceramah itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

"Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman itu balik," beliau dipetik sebagai berkata dalam lidah rasmi PAS, semalam.

Sementara itu, dua laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang yang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu tersebut.]

Laporan polis berasingan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datuk Adiwijaya Abdullah kira-kira pukul 4 petang tadi bersama beberapa badan bukan persatuan lain.
- BERNAMA

SATU MELAYU:
Selama ini para pemimpin pembangkang begitu gaja dan menganggap diri mereka kebal kerana mereka adalah golongan puak pembangkang yang sangat ditakuti oleh pihak kerajaan Umno/BN.

Si mulut celupar dan manusia paling ‘kurang hajar’ di kalangan pemimpin yang pernah wujud di negara ini – Mat Sabu, akan mengetahui nasib dirinya berdasarkan apa yang diberitakan ini.

Kalau dalam kes berkhalwat dengan bini orang dulu dia boleh lepas kerana adanya campurtangan Nik Aziz, apakah kali ini dia boleh bebas se bebas-bebasnya melanyak, memaki hamun para pemimpin Umno dan kini telah menghina maruah pejuang-pejuang bangsa Melayu pula?

Melayu haprak ini mesti dihukum supaya apa yang dilakukannya tidak menjadi ikutan generasi mendatang.

Sabtu, 23 Julai 2011

Polis siasat lakonan Shuhardi

PESERTA perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang 'berlakon' meninggal dunia kerana sesak nafas adalah di antara individu yang sedang disiasat polis kerana terbabit dalam demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.

Selain Shuhardi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.

Individu yang sedang disiasat termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar oleh kenderaan polis sedangkan pendedahan rakaman video oleh polis semalam jelas menunjukkan motosikal diboncengnya terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya menjalankan tugas sebagai sebuah agensi keselamatan secara profesional dengan menyiarkan video yang memaparkan situasi sebenar perhimpunan tersebut.

"Pengarah KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid telah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan itu semalam.

"Justeru, kita yakin rakyat sendiri boleh menilai perkara tersebut. Kita juga sedang siasat semua individu yang dikaitkan dalam tayangan sebenar semalam," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Liga Balai Polis siri pertama 2011 di sebuah hotel di ibu negara, Jumaat.

PDRM semalam mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.

Antaranya tohmahan melibatkan Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.

Turut ditayangkan adalah situasi Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman tindakan Shuhardi yang berlakon sebagai Baharudin.
Berita: Utusan

SATU MELAYU:
Siasat jangan tak siasat. Pembohongan puak ‘pengkhianat negara’ itu dah melampau. Perkhidmatan pasukan polis diperlekeh sesuka hati dengan teruk sekali.
Jangan beri muka kepada puak ini dan ajar mereka secukupnya.
Langkah berlembut pihak berkuasa selama ini telah disalah anggap sebagai takut.

Ahad, 17 Julai 2011

Jangan pakai baju kuning lambang Bersih: Polis

TIDAK salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.


"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan ''Crime Awareness Team'' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Kepada puak pembangkang yang mencari ruang untuk mempersenda arahan mengenai pemakaian warna kuning, sila buka otak tu dan faham maksud ‘pakaian warna kuning yang ada lambang Bersih’. Bukan yang warna kuning sahaja, apa warna pun kalau ada lambang Bersih adalah diharamkan.

Sabtu, 2 Julai 2011

Demonstrasi Komtar: Polis Tahan 8 Individu Termasuk Ezam

POLIS pada Jumaat menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata tujuh orang ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Katanya kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.

"Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu," katanya dalam satu sidang akhbar di George Town.

Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Terdahulu, seramai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ingatkan polis tidak menahan mereka yang anjurkan perhimpunan haram tanpa permit jika yang melakukannya adalah puak pro-kerajaan! Senator Ezam yang dah masuk Umno pun kena tahan jugak.

Tahniah Polis! Kalian telah jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Rakyat menanti-nanti apakah tindakan pihak polis pada 9 Julai nanti apabila ribuan manusia yang pro dan anti pengacau negara berhimpun, berarak dan mungkin bertempur atau memrosakkan harta awam.

Kepercayaan rakyat yang masih berfikiran waras terhadap pihak berkuasa polis masih ada. Rakyat yakin polis mampu mententeramkan keadaan dan seterusnya mencegah negara jadi huru-hara gara-gara Anwar dan puak pembangkang mahu mengalihkan tumpuan rakyat.

Rabu, 15 Jun 2011

Batalkan Hasrat Anjur Perhimpunan Bersih – Polis

POLIS meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dicadangkan berlangsung di sini selain di Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

"Kita amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur, Rabu, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan.

"Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

"Jika terdapat juga kumpulan yang ingkar dengan arahan polis, dengan bukti yang ada, kita tidak teragak-agak untuk menangkap mereka," kata Khalid.

Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana banyak cara lain yang boleh dilakukan sekiranya untuk membangkitkan sesuatu permasalahan.

"Saya percaya kerajaan tidak pernah menolak tepi apa jua masalah-masalah yang dibawa ke hadapan. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada penganjur-penganjur agar hentikanlah niat mereka untuk berhimpun," katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Yang jadi mangsa kerana diperalat oleh mereka yang berniat jahat terhadap negara ialah anak Melayu yang belum tentu berdaftar sebagai pengundi pun.... Kalau mengundi pun tak pernah, bersih apanya yang mereka tageh?
Menjelang hari di mana perhimpunan berkenaan dicadangkan, berkas sahaja mereka yang jadi penganjur dan dalang di sebalik projek mengkhianati ekonomi dan maruah negara itu. Jangan tunggu ‘nasi dah jadi bubur’ baru nak bertindak.

Tindakan melampau dan kurang hajar puak tertentu yang mahu melihat negara ini huru-hara tidak harus dimaaf dan ada kompromi dengan mereka.

Kalau mereka anggap negara ini tak bagus dan zalim, suruh mereka cari negara lain yang jauh lebih bagus.

Kepada mereka yang berhasrat join dengan perhimpunan itu cuba fikirkan sejenak bagaimana makmur dan amannya negara ini. Kalau negara ini tak bagus dan kerajaannya zalim masakan jutaan warga asing sanggup bersabung nyawa untuk datang ke negara ini bagi mencari rezeki?

Dan kalau pilihan raya yang diadakan tidak bersih, macam mana pembangkang boleh tawan lima negeri pada PRU-12?

Kepada anak Melayu, jangan jadi bodoh dan jangan terpengaruh dengan anasir kuasa luar yang mahu melihat negara ini kacau-bilau dan huru-hara melalui bangsa Melayu sendiri. Biasanya, yang sibuk berhimpun dan jadi mangsa hasutan ialah anak-anak Melayu yang tidak faham apa muslihat politik kuasa asing di sebalik semua itu.

Sabtu, 23 April 2011

Polis Tidak Lagi Bersembunyi Ketika Ops Trafik


POLIS tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar.

"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam, Sabtu.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

Timbalan KPN
"Jangan terkejut bila kena saman.... kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.

Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

"Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini," katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Semoga dengan cara ini para pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan waspada demi keselamatan mereka sendiri.

Bagaimanapun, pihak polis trafik diharap akan sentiasa berada di jalan-jalan raya. Kalau kereta peronda polis dilihat sering berada di jalan raya, InsyaAllah para pemandu akan berhati-hati memandu.

Khamis, 14 April 2011

SIASAT KES KEMATIAN PEGAWAI KASTAM: Polis arah pelakon buat 4 terjunan

PELAKON aksi lagak ngeri profesional melakonkan semula kejadian di mana Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, baru-baru ini.

PASUKAN penyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, semalam kembali ke lokasi kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Dalam siasatan semalam, penyiasat yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri bagi melakonkan semula situasi sebenar pada hari kejadian.

Sepanjang siasatan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang itu, pelakon lagak ngeri diminta melakonkan semula cara bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu, pada 6 April lalu.

Malah, pelakon itu dipilih berdasarkan berat badan sama dengan mangsa serta dipakaikan seluar dan baju kemeja yang sama seperti dipakai mangsa pada hari kejadian.

Chin Wah berkata, pelakon diminta melakukan empat terjunan pelbagai posisi dengan dirakam empat kamera dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti bagaimana mangsa terjatuh dari tingkat tiga.

“Selain cuba mendapatkan gambaran sebenar bagaimana mangsa terjatuh, kita menyiasat kecederaan dialami jika terjatuh dari tingkat tiga dengan disaksikan pakar terbabit bedah siasat mangsa,” katanya.
- BHOnline

SATU MELAYU:
Macam-macam cara digunakan oleh pihak berkuasa polis dalam melakukan siasatan demi menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Jumaat, 11 Mac 2011

TAHNIAH: Polis Lumpuhkan Kegiatan Samun Kereta Mewah Bernilai RM1 Juta, 11 Ditahan


PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, menunjukkan sebahagian kereta mewah yang berjaya dirampas selepas melumpuhkan kumpulan yang didalangi bekas tahanan Simpang Renggam pada sidang media di Jabatan Forensik, Maktab PDRM, Cheras.
TAKTIK licik 11 lelaki yang menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta tersebut di kawasan sunyi, tumpas selepas polis menahan mereka serta merampas lapan kereta mewah bernilai RM1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu yang dipercayai terbabit lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.

Katanya daripada tangkapan itu, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa.

Bakri berkata polis, melalui Ops Lejang Elite, yang dilancarkan untuk mengesan kegiatan samun kereta mewah pada ketika ini sedang giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu yang menggunakan modus operandi sama.

Sementara itu, katanya Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiket samun kenderaan yang menggunakan modus operandi sama, apabila lima lelaki ditahan dan dua kereta dirampas.

"Taktik yang sama juga digunakan, tetapi kali ini suspek menyamun mangsa yang hendak memasuki kereta sebelum melarikan kereta dan meninggalkan mangsa di situ," katanya.

Beliau berkata, dalam senario yang berlainan, polis Perlis juga berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan kereta mewah yang dicuri ke negara jiran melalui Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam dengan tertangkapnya enam anggota kumpulan tersebut.

"Sebanyak empat kes curi kenderaan berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya keempat-empat lelaki terbabit," katanya sambil menambah kejayaan polis juga dibantu dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pintu-pintu sempadan.

Sejak 2009 hingga tahun ini, polis mengesan 100 kes samun kereta mewah menggunakan modus operandi sama dengan nilai anggaran RM10 juta, katanya.

Katanya kereta-kereta mewah yang disamun suspek akan diseludup ke luar negara manakala yang kurang berjenama pula akan digunakan untuk melakukan kegiatan samun, atau kereta tersebut akan dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti.

"Kita sedang menyiasat sama ada suspek-suspek samun kereta ini ada gunakan 'orang dalam' daripada syarikat-syarikat perkapalan untuk diseludup ke luar negara," katanya.

Beliau berkata hasil siasatan polis juga mendapati kereta-kereta yang disamun tersebut berjaya diseludup hingga ke Dubai dan Afrika Selatan.

Beliau turut mendedahkan kegiatan samun dan melarikan kenderaan oleh sindiket yang menyamar sebagai anggota penguatkuasa ketika melakukan sekatan jalan raya atau di tempat-tempat awam lain.

"Mereka akan berlagak seperti polis sebelum meminta mangsa turun dari kereta dan terus melarikan kereta mangsa. Ada juga kita terima laporan mangsa dari golongan wanita cuba dirogol suspek," katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang manyamar sebagai anggota polis ini dengan meminta mereka (polis) menunjukkan kad kuasa, nombor anggota mereka atau dari balai mana demi memastikan mereka tidak menjadi mangsa samun.

"Bagi mangsa kes langgar belakang pula, saya nasihatkan supaya mereka tidak berhenti di tempat kemalangan itu berlaku, sebaliknya pergi ke balai-balai berdekatan untuk proses perbincangan," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa yang ditemui, mendedahkan kereta mewahnya disamun tiga lelaki bulan lalu selepas melanggar belakang keretanya di satu lebuh raya PLUS.

Kejadian berlaku pada 12 tengah malam ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah di Shah Alam dari tempat kerjanya di USJ.

"Sebaik dilanggar saya keluar daripada kereta, sebelum seorang daripada mereka keluar dalam keadaan mabuk sambil meminta maaf.

"Tidak lama selepas itu, rakannya seorang lagi keluar dan hunuskan parang ke leher saya dan larikan kereta saya bersama beg duit dan telefon bimbit dan saya ditinggalkan di tepi jalan," kata ahli perniagaan yang berumur 30 tahun itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Tahniah diucapkan kepada pasukan polis yang berjaya menumpaskan sindikit ‘langgar dan samun’ yang menghantui rakyat selama ini.

Harapan rakyat ialah supaya penjenayah terlibat dapat dibanteras hingga ke akar umbinya.
Sebagaimana biasa, kegiatan mereka akan terhenti untuk seketika sahaja dan akan bersambung semula, sama ada oleh individu sama atau oleh orang lain bagaikan tumbuhan yang bertunas dari akar yang sama.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog