Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 2 Julai 2011

Demonstrasi Komtar: Polis Tahan 8 Individu Termasuk Ezam

POLIS pada Jumaat menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata tujuh orang ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Katanya kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.

"Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu," katanya dalam satu sidang akhbar di George Town.

Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.

Terdahulu, seramai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini dan membantah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ingatkan polis tidak menahan mereka yang anjurkan perhimpunan haram tanpa permit jika yang melakukannya adalah puak pro-kerajaan! Senator Ezam yang dah masuk Umno pun kena tahan jugak.

Tahniah Polis! Kalian telah jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.

Rakyat menanti-nanti apakah tindakan pihak polis pada 9 Julai nanti apabila ribuan manusia yang pro dan anti pengacau negara berhimpun, berarak dan mungkin bertempur atau memrosakkan harta awam.

Kepercayaan rakyat yang masih berfikiran waras terhadap pihak berkuasa polis masih ada. Rakyat yakin polis mampu mententeramkan keadaan dan seterusnya mencegah negara jadi huru-hara gara-gara Anwar dan puak pembangkang mahu mengalihkan tumpuan rakyat.

2 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

tahan je ezam tu..budaya merusuh ni ajaran anwar..ezam masih tak lupa pada ajaran tok guru hitamnya hehehe

Pak Sulung berkata...

Salam 1 Malaysia YB,
Dah tahan dah pun. Polis dah buat kerja apa yg diamanahkan. Begitulah telusnya pemerintahan Umno/BN.

Bukan macam pemerintahan PAS,PKR dan DAP. Kalau puak sendiri yg buat salah bela bagainak mampoosss. Mat Sabu berkhalwat dengan isteri orang pun boleh bebas atas kesalahan teknikal.

Anwar Ibrahim yg dunia tahu adalah peliwat tegar dan sanggup tutuh bini kawan serta sering melanggan pelacur dianggap hero dan semuanya fitnah. Fitnah kepala bapa depa.

Konon berkiblatkan Amerika, tapi bila ramai pemimpin Amerika atau pemimpin Barat yg apabila terdedah skandal seksnya terus meletak jawatan, tidak pulak Anwar mahu ikut.

Yg peliknya, pemimpin jenis itulah yg cuba dijadikan PM Malaysia. Gila aper?

Agaknya mereka itu mahu jadikan negara bertuah ini sebagai negara tempat pesta seks bebas dan homo?
Wallahhualam.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog